JOM KIRA RAMAI-RAMAI...!!! BERMULA 11 JUN 2007,


Saturday, June 2, 2007

Ditutup atau Menutup...?

Hasil daripada feedback yang aku dapat jelaih sekali masih ramai yang kompius dengan apa yang berlaku kat internet investment macam SC ni dan apa yang dijangka berlaku akibat press release SS 3 hari lepaih.

Yang paling aku kesian ialah ada sorang pelaboq investment lain (bukan SC) yang bagi pendapat bahawa kerajaan (SS) tak sepatutnya BLOK internet investment, tapi BUKAK KEMBALI internet investment yang dah ditutup (dia ingat SS yang tutup…) pasai internet investment sebenaqnya terbukti membantu menyelesaikan masalah kewangan ramai orang (dan jangan lupa, melingkupkan ramai orang jugak…!)

Brader ni tak sedaq langsung yang skim yang dia masuk tu bukannya SS yang tutup, tapi TERTUTUP SENDIRI pasai operator DAH CABUT…!

Isy…Isy….Isy…Anak sapa la ni..? Kesian, hang punya upline tak habaq kat hang kaa….?

Hangpa yang baca blog ni janganla jadi macam tu, buat malu aku saja…..! Operator Skim tu dah cabut hangpa kata SS atau kerajaan yang tutup, pandai bagi alasan pulak tu….! Kerajaan dengkila, bank dengkila, cukai tak bayaqla, ustaz dengkilah, macam-macam lagi…!

Dukacita aku nak habaq kat semua, kalau ada internet investment yang hangpa masuk tu tetiba TUTUP berhari-hari, terimalah hakikat yang benda tu dah bungkuih… INI BUKAN COBAAN INI BETUL-BETUL…!!!! Senarai tu ada banyak, tapi tak payahlah aku habaq satu-satu kat sini, sendiri mau tau maa….! Dan SC sebenaqnya tak terkecuali… aku ulang, TAK TERKECUALI… (tapi buat masa ni dak lagila…)

Kekompiusan yang kedua ialah ada jugak orang yang baca blog ni kata aku ni hardcore SC, tak kisah halal haram, tak kisah genuine tak genuine. Ni aku nak habaq la sekali lagi, hang yang duk kata macam tu sila BACA SEMUA TULISAN AKU DALAM BLOG NI… Cari mana satu tulisan aku yang kata SC ni HALAL, GENUINE….? Sila cari…..! Aku pun masih dok cari maklumat tu…, apara…..?!

Kekompiusan yang ketiga ialah isu terkini pasai SS nak tutup SC (khasnya), 11 Jun ni…, aduhhh… nilah padah kalau hangpa baca paper saja, pastu tak cari original info dari web SS. Pi lah baca dulu apa yang SS tulih pasai ni yang ASLI, bukan amik komentator paper, paper ni dah goreng semua info dah, dah jadi pening… Aku pun malaih nak ulang lagi, sila baca tajuk SEKAT…? yang aku keluaq 3 hari lepaih….

Sebenaqnya, ikut logik akai, SS memang boleh tutup apa saja web yang depa nak, pasai depa ada kuasa di MAIN GATEWAY, semua pihak berkuasa berkaitan akan berkerjasama dengan SS sebagai satu badan kerajaan untuk buat keja ni….

Tapi, IA BUKAN SENANG, macam KPDNHEP pi serbu restoren naik harga barang, serbu la takat 1-2 bulan, pastu penatla… duk la kat opis balik semua pegawai tu… Bagi peniaga yang pakai akai sikit, depa tak naik harga barang time KPDNHEP sibok nak raid, tunggula 2-3 bulan, Melayu ni, 100 hari lupala balik…. Lupa…. Waktu tu nak penaik, buat la, sapa nak sibok lagi hal hang…?!

SS boleh halang kita masuk SC dengan halangan terhadap IP address, nama web dan sebagainya, tapi, semua benda tu boleh tukaq…. Bagi aku, SS nak tutup SC ka, bukak SC ka tak penting, YANG LEBIH PENTING IALAH SC DIPASTIKAN GENUINE OFFSHORE INVESTMENT DAN HALAL….! Lantakla SS ataupun Tok Wan SS nak tutup SC pun, banyak lagi saluran lain untuk semua pelaboq buat aktiviti masing-masing kalau SC ni GENUINE…, walaupun lepaih ditutup aksessnya di Malaysia.

Dan buat masa ni keyakinan aku terhadap kegenuinenan SC amatlah kritikal…! Insyallah umoq panjang, Oktober penentu…!

Keseriusan SS dan TEAMNYA untuk buat keja sekat-menyekat ni akan dapat kita tengok mulai 11 Jun 2007 ni, jangan salah paham lagi, SC BUKAN akan mula ditutup 11 Jun, baca terang-terang, SS AKAN MULA MENJEJAK, MENGESAN dan baru MENYEKAT mana-mana web yang MENAWAQKAN PELABORAN TAK SAH MELALUI INTERNET.

Takrif TIDAK SAH bagi SS ni ialah yang TAK DAFTAR, tak kira investment tu BETUI ka, SCAM ka. Jadi, yang BETUI (GENUINE) tapi tak daftar akan disekat, manakala yang SCAM tapi DAFTAR akan dibenarkan… ada ka macam tuu…?

Kalau Dato Zainudin Maidin, Menteri Penerangan tu cadangkan WAJIB bagi semua BLOGGER yang mengutuk kerajaan kaw-kaw dalam blog depa MENDAFTARKAN DIRI sebelum buat blog, kan pelik tu…..? Buat apa nak daftar lagi? Tutup sajalah blog yang mengancam reputasi depa tu bila perlu…! Paham dak…?

Internet ni luas, aku yakin, BUKAN TUGAS SENANG BAGI SS…. Bagi DK…? Aaaaaahhhh…. Lantaklah, kami dah kaya…! Jom juai benda lain pulak….! Ada benda baru ni..., POWER...!!!

Sekian dulu, kata kunci hari ini….”Tak perlu bimbang SS nak tutup SC, tapi perlu bimbang kalau-kalau SC ni akan tertutup dengan sendiri…”

Tunggulah…!

No comments: