JOM KIRA RAMAI-RAMAI...!!! BERMULA 11 JUN 2007,


Tuesday, June 5, 2007

www.sip25.com

MIRROR WEBSITE for SwissCash.

Mungkin hangpa semua pun dah tau perkembangan SC yang baru, iaitu mirror website dahpun ada tapi tanpa news updates dikeluaqkan, cuma penyampaian verbal dari orang ataih.
Dengan adanya mirror website ini jugak sebenaqnya menjelaihkan lagi betapa susah SS nak buat penutupan laman web, tutup A, keluaq B, IP address bertukaq tapi content 100% sama. Aku dah sentuh dalam tajuk lepaih.

Hari ni aku amik masa lebih kurang sejam untuk buat check secara ringkaih apa benda perubahan baru yang kita jumpak dalam www.sip25.com untuk makluman hangpa. Keja free saja ni jadi sapa yang tak suka tak payah komplen, duk diam-diam...

Selain dari perubahan nama yang ketara, alamat pendaftar SIP25.COM ni masih lagi di Prolexic Technology, di USA. Hangpa boleh baca detail sip25.com di SIP25.com untuk keterangan lanjut. Alamat pendaftar masih sama tetapi alamat email lebih meyakinkan berbanding swisscash.net lepaih. Dan sudah tentu IP address dah tukaqla, senang saja nak buat benda ni, JANJI GENUINE COMPANY...

Tapi yang menarik ialah Pak Guard SC untuk sip25.com telah di bagi kepada THAWTE.COM, sebuah syarikat penyedia SSL ditubuhkan pada tahun 1995 yang dimiliki sepenuhnya oleh VERISIGN sejak tahun 2000. Thawte jugak adalah salah satu penyedia SSL yang diiktiraf WEB TRUST, bagi aku cukup baguih pertukaran ni. Lebih meyakinkan berbanding GoDaddy sebelum ni. THAWTE adalah syarikat berpangkalan dari Cape Town, Afrika dan mempunyai sokongan teknikal seluruh dunia, hangpa boleh baca dalam ruangan "CONTACT US" di web THAWTE.

Untuk lebih memuaihkan hati, boleh check lagi background THAWTE di SINI.

Sukacita sekali aku nak habaq kat hangpa yang pertukaran ke THAWTE ni adalah satu langkah terbaik. Persediaan SC dalam menyediakan Mirror Website untuk swisscash.net juga adalah kena pada masanya.

Sebagai tambahan, THAWTE-VeriSign-WebTrust juga adalah rangkaian yang menjaga kepentingan maybank2u.com pada hari ini iaitu, Deloitte-VeriSign-WebTrust. Boleh masuk web maybank2u.com tengok kat bawah sekali... Issuer (vendor) yang berlainan (Thawte-Deloitte) tapi menggunakan teknologi dari Parent Company yang sama....

Baguih...baguih... Aku yakin swisscash.net lama-lama akan ditutup sepenuhnya sama macam swisscash.biz hari tu... tukaq pilah kepada apa pun, janji dapat duit balik jadi RM...!

Tapi semua info ini hanya menjelaihkan dari sudut keselamatan transaksi, SC dah upgrade lagi dan tidak membawa maksud kesangsian terhadap SC dan duit yang dibisneskan serta Oktober ni terhapus. Ia lebih kepada perubahan kawalan keselamatan, dan buat masa ni, info terbaru tentang kesohihan SC di pasaran dunia masih belum cukup terbukti. Insyallah Oktober penentu.

Bagi aku, soal SS nak tutup SC tak releven untuk kita para pelaboq risaukan. Asaikan SC ni genuine satu investment platform yang sah ia sudah memadai untuk melawan dengan SS dari sudut bukak-tutup. Tapi Kerajaan khususnya masih lagi ada senjata lain, iaitu menghalang transaksi duit dari luaq negara yang meragukan. Tu lah sebabnya aku SERIUS untuk mencari kebenaran SC sebagai OFFSHORE INVESTMENT pasai ia akan berkait. NAMUN BEGITU, kerajaan jugak takkan dapat berbuat apa-apa jika SC terbukti satu pelaburan OFFSHORE seperti yang digembaq-gemboqkan. Takkan kerajaan kita tak pakai akai, duit SAH nak masuk.... GILO APO nak SEKAT-SEKAT..?!

Insyallah, pakar kata SC PAYAH NAK DISEKAT dengan syarat GENUINE, GENUINE dan GENUINE....

Penting ni....! Penting...!

Kalau SS sekat pun, aku ada satu mentera boleh bagi kat hangpa, amik free saja tak payah pengeraih-pengeraih... Syarat nak pakai, kena mengadap komputer dan baca kuat-kuat, dipahamkan sapa yang baca mantera ni akan dapat bukak apa-apa yang tertutup.... So jangan risau dan amik boleh amaikan... kalau boleh hapai lagi baguih...

Ni manteranya......,

......
......
......
......
......
......

"Niat enssooooonnnnn, matakkajiiiiiiiiiiiiiii,..... semarrrrrrr, ngiiiii...senggggggggg!!!"






No comments: