JOM KIRA RAMAI-RAMAI...!!! BERMULA 11 JUN 2007,


Sunday, April 29, 2007

Bila Hati Suda Bersatu....

Keputusan Ijok dah tau, tak susah nak dapatkan repot, statistik, komen, analisis, bedah siasat dan resolusi keputusan pilihanraya tersebut bagi pihak BN. Paper hari ni semua dah adaaa... Boleh baca kalau minat nak amik tahu... Tapi bacalah juga repot, statistik, komen, analisis, bedah siasat dan resolusi yang dikeluaqkan oleh pihak lawan yang satu lagi. Kita hidup mesti berprinsip, jangan ikut orang...!

Semua adegan dan tindak tanduk pihak yang bertanding kita boleh tengok dalam kedua-dua versi... geli geleman kadang-kadang bila tengok perangai depa tu... yang penting, BERPENDIRIAN... ada asas dalam bagi sokongan, bukan ikut membuta tuli...!

Yang menarik perhatian aku adalah cakap-cakap sorang menteri, yang heran bin ajaib katanya, yang rasa pelik pasai pa bila BN lawan ngan ADIL saja jadi benda bukan-bukan, dulu kata dia, bila BN lawan ngan pembangkang lain, PAS, DAP mahupun 46, tak dak kes provokasi bukan-bukan, kata dia la dengan muka heran dan kesian...

Ni aku nak habaq la..... langsung aku teringat pantun Tun Mahathir, "Melayu Mudah Lupa"... heheheheheh, ni yang menteri tu dok heran pasai perangai pelik ADIL bila lawan BN, ni aku nak habaq, mungkin menteri tu sendiri dah lupa asai usul ADIL... 8-9 taun lepaih... aku ingatkan la kat depa... ADIL adalah pecahan UMNO... hhahahahahahah... jadi perangai buruk depa bawak dari 'rumah' lamalah... sapa lagi yang lebih kenai perangai baik-buruk kita selain daripada 'ex roommate' kita sendiri....?

Jadi sepak terajang hangpa semua serumah dulu masing-masing dah tau... so janganla buat-buat heran...! Jangan buat-buat lupa....! Hangpa pulak yang duk baca ni jangan pulak marah-marah kalau tak berkenan dengan pendapat politik aku...!

Macam SC la jugak, sapa jugak yang paling kenai SC ni berbanding bekas-bekas pelaboq SC yang penah aktif dulu...? Yang dah takdak mood pasai sikap orang ataih yang hampeh dan jugak macam-macam kes yang keluaq la ni, memangla makin sejuk.... Minggu Saham Amanah pun dah abih... tapi kesan fatwa masih kuat.... memangla boleh jawab dengan pelaboq, tapi kalau sungguh-sungguh tanya dalam hati..? Tak lepaih jugakkk... Tak percayaa...? Cuba buat....!

Dahla semua sebelum ni kena PAKSA jadi ACF, dah ada unsur penindasan tuuu.. ramai orang kantoi, ada kes simpan duit nak kawin la, apa laa... yang dah terbeli BMW atau Merc bulan 2-3 tu lantak pilah kat depa, padan muka hang...! Nasib baik aku tak terpengaruh... memang berhati-hati....

Ni kalau nak suruh juai SIP25 pun aku dah malaih... tunggulah Oktober nanti, kalau ok bolehla main balik, kalau tak....? Kita pun tak tau..., kena pikiaq worst case la... bersedia saja... Tapi kalau semua ok, penerangan tentang FATWA pun geng ataih tu buat sungguh-sungguh, ikut cadangan pi ke Dominica dan bawak balik laporan yang meyakinkan, keluaq ke depan media buat penjelasan, dan sebagainya, tak mustahil aku dan geng aku buat balik dengan sungguh-sungguh hati... seperti kata pepatah moden (baru lagi... sejak Ijok ni laaa),

"Bila hati suda bersatu, semua singketa suda dilupaa, boleh tido lain katil, tapi mimpi sama juga, satu hati satu suara, hati suda bersih, suda tiada singketa...!" Yennadeiii....!

Oktober yang aku countdownkan di dalam blog ni pasti menjadi satu cabaran kepada orang ataih untuk membuktikannya betui...! Buatla keja hangpa....! Aku tak keessaaaahhhh, kalau ok kata hati aku, aku on balik tanpa rasa malu...!

Sementara tu, lagi 5 bulan ni, kita cari alternatif lain untuk buat duit dengan lebih tenang, tanpa gangguan Fatwa, dan kompetetif macam SC... dah jumpa punnn... tungguuuuuuu....!!!!

Sapa nak masuk....?

Friday, April 27, 2007

LHDN... Dah hantaq borang....?

Tadi aku bawak keta kat pekan... wuih... jem giles... aku punya heran awat pukui 3 petang pas Jumaat jem pulak nii...? Oooooo.... banyak keta nak masuk LHDN rupanya.... ramai sungguh... jem giles...

Taun ni aku tak pasti nak isi borang macam mana...? Aku dah tak dak borang E, tad sat aku try jugak masuk e-filing pasai taun lepaih aku buat online... jem jugak...! heheheheh.. kena buat tengah malam la nampaknya....

Aku pikiaq-pikiaq... sebenaqnya, sistem e-filing ni ada kena sikit lebih kurang ngan SC secara am. Kalau kita pikiaq punya pikiaq... memang sistem e-filing ni akan menjadi kewajipan suatu hari nanti... taun ni LHDN kata peningkatan penggunaan e-filing naik 300%... nampaknya, aku jangka 3-5 taun lagi sistem kertas manual akan dihapuskan sepenuhnya..! Kalau tak pun, tunggu saja semua orang yang masih pakai kertas tu mati semua, pastu pakai full online...!

Ini point yang aku selalu pakai bila promote SC dulu... (dulu laa.. tak abih bengang lagi ni..!) Bila LHDN mengamalkan online sepenuhnya, kebaikan2 berikut akan kita dapat...

1) JIMAT KERTAS...! LHDN tak payah print lagi borang setiap taun...! Bukan takat jimat kertas, ink pun jimat, upah print kat kilang pun tak kena..., sampul surat pun tak yah..., delivery postal pun takyah..., pegawai nak ajaq isi borang pun tak tensen bila ajaq orang... SC juga buat kerja jimat macam ni bila tak dak sebarang kertas pun depa keluaqkan untuk pelaboq-pelaboq depa...!

2) JIMAT DUIT...! Tak payah pegawai LHDN tunggu kat opis sampai pukui 10 setiap kali nak dateline...! Jimat kos tenaga kerja, bil api-ayaq, bil tepon, jimat overtime, depa pun boleh balik awai jumpa anak kat umah.... ada rezeki boleh usaha dapat anak lagi....! SC pun jimat jugak buat cara online ni pasai 'opis' dibuka 24 jam selagi ada internet... mana-mana pun jadi opis.. kat kedai makan, kat belakang bonet keta, kat opis orang.., kat padang bola..., kat shopping kompleks... dsb.

3) JIMAT MASA...! Boleh buat online bila-bila masa... ada 2-3 bulan masa sebelum hantaq.. banyak masa.... sistem online tak payah ada orang tunggu, semua pegawai boleh balik tidoq... SC pun sama gak, sapa-sapa nak invest 24 jam anytime boleh kecuali time 'period'.

Aku agak lama-lama nanti LHDN akan mula kecikkan saiz bangunan dan bilangan staff depa, kalau semua online, buat apa staff banyak-banyak...? Mungkin 1 opis saja setiap negeri, cukupla, nak cater unsolved problem yang tak boleh setel online saja...

Sistem online jugak tersambung ke seluruh dunia... maknanya, rakyat Malaysia yang keja di luaq negara kalau baik ati nak bayaq (atau terpaksa kena bayaq) tax tak ada alasan lagi... betui dak...?

Ini sama jugak dengan SC, overhead berjaya dikurangkan dengan sistem online sepenuhnya. Di seluruh dunia, bangunan tak payah bukak (sekuriti, cukai tanah, bil api-ayaq-tepon semua tak dak....), tax tak payah bayaq, staff tak payah gaji, kertas tak payah keluaq memangla untung sehari 1-2% cukupla... Bandingkan tengok dengan local mutual funds atau fund managers yang lain kat Malaysia ni....? Cukai korporat saja dah 28-30% setahun....Patutla depa dengki........

SC ok kaa...? Kita tunggu Oktober nanti insyallah... Semoga semua orang hepi sakan pasai dapat durian runtuh seperti yang depa dijangkakan, nak dekat raya pulak tu... mudah-mudahanlah... Moga Oktober 2007 ini dikenang dengan ingatan manis, bukan dianggap sebagai tragedi, Tragedi Oktober...

"Tidak mahu ku ingat lagi... apa yang telah terjadi... Tragedi Oktoberrrr.....!"

Aku tak yakin lagi.... baru percaya saja.....

Thursday, April 26, 2007

Pasai Lain La Pulaaakkk....!

Boring jugak asyik dok sembang pasai SC saja.. la ni pun nak sembang pun takdak modai sangat pasai dalam paper & TV pun dah tak sembang isu ni...

Aku sempatla tengok berita TV3 sat tadi, dah lama jugak tak sempat tengok TV time perdana macam ni... maklumlah, time ni lah dulu kita sibuukkk kerja saja... jumpa client, member... ni la time yang paling perdana...

Yang menarik perhatian aku ni, ada 3 berita, yang pertama laporan yang mengatakan ramai cikgu kat Malaysia mintak berenti keja cikgu sebelum time persaraan, yang kedua pasai pilihanraya Ijok, yang ketiga pasai e-filing income tax naik 300% penggunaan berbanding taun lepaih, kata LHDN.

Malam ni aku tulih pasai Ijok la dulu, memandangkan lagi 2 hari pilihanraya kecik tu, mana tau ada sorang dua pungundi Ijok baca blog ni, boleh la bantu buat pilihan... tapi untuk pembaca lain pun mesti ada kaitan jugakla, nanti-nanti pun mungkin kena ngundi jugak...

Sama macam isu SC, aku nak ajak kita pikiaq cara yang paling simple, tapi BERPENDIRIAN. Berlandaskan kebenaran, yang kadang-kadang memangla pahit, tapi kena telan jugak... macam kes SC & ACF ni la, pahit jugak, tapi kena jugak telan... kalau nak merajuk dulupun tak mau buat lagi pun takpa...

Ada ramai menteri pi Ijok la ni... mintak apa pun depa bagi, buat jalan baru, masjid yang dah di mintak berbelas taun tak dapat, tapi kerana matinya wakil depa hari tu, Ijok dapat masjid baru bernilai RM 5.5j terus dibagi peruntukan, bukan itu saja, keseluruhan peruntukan SEGERA yang diterima lebih RM20j... wuih... baguih jugak ada orang mati ni.... Cuma nak tanya, kalau BN kalah Sabtu ni, semua projek tu jalan jugak kaaa...?

Isu perkauman langsung dikatakan dimainkan pembangkang... nilah masalahnya, tapi dalam berita tak pulak ditunjuk kempen pihak pembangkang, yang ditunjuk kempen kerajaan saja.. biasalah tuuu...

Langsung aku teringat ayat Al Quran, Al Maidah ayat 57, "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, DAN ORANG-ORANG YANG KAFIR (Musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah, jika kamu betul-betul orang yang beriman."

Ijok mempunyai majoriti 52% pengundi Melayu-Islam, hanya 23% pengundi India. Tapi pemilihan wakil yang dibuat atas dasar BN ini adalah kes terpaksa yang menjadi kewajipan pemimpin BN, atas dasar muafakat la kata depa. Atas dasar quota sebenaqnya.

Ni yang susah, apa nak jadi dengan negara kita...? mungkin hangpa semua tak perasan, cuba campoq semua wakil Melayu-Islam di Parlimen (Tak kira parti, BN, PAS, ADIL, BEBAS, SENATOR), bandingkan dengan wakil bukan Melayu-Islam, hangpa akan dapat bilangan wakil bukan Islam lebih ramai.... Jangan lupa pulak, yang duk mengaku Islam pun, ada macam-macam jenih pegangan. Osu Sukam pun Islam jugak, tapi kena dakwa utang RM7Juta dari Casino London, dah lupa...? Tolak-tolak yang tak berjenih tuuu... berapa kerat tinggal orang Islam sebenaqnya...? Yang masih solat... yang tak rasuah....yang isteri & anak tutup auratt.... yang tak dak kes rasuah, pompuan, pecah amanah.....?

HHmmmmmm..... apa nak jadi...?

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluargamu dari api neraka....." Al-Quran, At-Tahrim, Ayat 6.

Moga Allah lindungi kita dengan rahmatNya....

Buatlah apa yang mampu...

Tuesday, April 24, 2007

Dok Tanya Lagiii...?

Ada la sorang mamat ni, tak melaboq pun ngan group aku, sibuk duk tanya aku SC ni ok ka lagi...? Aku sebenaqnya maleh nak layan, pasai dia pun bukan member group aku, so aku extend address blog ni lah, baca la sendiri, pikiaq sendiri, pakai sendiri, untung sendiri, rugipun sendiri... Jangan kacau aku dah...

Lepaih duk heboh-kecoh pasai siasatan polis, fatwa, BNM, SS dan baru ni pulak Dato Najib pun ada gak komen pasai ni.... berkebetulan dengan Minggu Saham Amanah PNB, dan berbetulan juga dengan time runtuhnya hampir semua product DAILY (aku dengaqla... aku tak laboq pun...), dan lebih teruk lagi SC pun transfer dana SIP15300 ke ACF di 3 negara saja.. (sampai la ni aku setakat TAU saja sebabnya, tapi aku tak paham, sungguh aku tak paham, penjelasan depa yang dipanggil leader pun tak meyakinkan akai aku...hangpa paham kaaa...?) nampak sangat market tengah slow ni, dan boleh dikatakan bagi aku di bawah ni, 'tak ketahuan hala.." Hangpa boleh syokla mungkin SFP dah lebih USD10k, tapi aku yakin hangpa tak lupa yang SC boleh buat magic lagi sekali... serap masuk ACF lagi sekali... hahhhahahhhah, padan muka hangpa.....! hahahahhah aku menakutkan hangpa saja... Tapi tak mustahil kan...? Walaupun kira awai sangatla dia buat camtu, baru sebulan.... dak la kooottt.....

Ada gak member yang dah hepi sakan bila tengok harga ACF dah naik 10 sen.... hehehhehhehe.... tu figure saja bang.... yang lebih penting dan yang menentukan sahihnya benda-benda ni, adalah 1 Oktober nanti...! Dapatkah semua angka dalam alam maya tu dapat diterjemahkan ke alam nyataaa...? Hanya Allah yang Maha Mengetahui... Sama-sama beringat... PERCAYA boleeehh, YAKIN janggaaaaann.....

Tapi kita kena pahamlah.... satu hint aku bagi kat hangpa semua... SC tak akan disokong oleh mana-mana pihak berkuasa tempatan...., so kalau lepaih sebulan-dua isu siasatan Polis, BNM, SS dan sebagainya tu diaaaammmmm sajaaaa.... buat deeerrrkkkkk saja tu, pahamlah kita bahawa SC diredailah oleh pihak-pihak tu....! Bolehla kalau hangpa nak start cari orang balik....

Tapi jangan lupa 1 Oktober 07....! Beringat.....

Ada jugak sorang aku dengaq tak berapa berkenan ngan aku pasai aku ni BERFIKIRAN NEGATIF atas apa yang berlaku dalam SC ni... hehehhehheeh... hang kalau positif sangat laboqlah USD30k bulan ni, tak pun USD20k, ta pun USD10k.....! Boleh..? Apa alasan...? Elleeeeehhhhhhh! Hang pun lebih kurang aku gak.... SIP25 pun tak laboq lagii....!

Hehehhehehhehehheh.... positif konon...!

Positif tu baguih, optimistik tu baguih.... tapi kena juga realistik, letak SPARE dalam otak kita pasal semua risiko... ni dak, orang punya duit beriya-iya suruh laboq, siap support bila member tu nak ambik loan lagi, tapi duit hang sendiri..? Hang ada amik loan untuk laboq SIP25...? Macam nak pelingkup member tu sajaa...?

Antara tujuan blog ni dibuat adalah untuk mengajak semua pelaboq pikiaq secara berhati-hati, berhemah, dan BERPENDIRIAN untuk melaboq, so, kalau terkena, dah WELL PREPARED, READY...! Ni semua pun untuk hangpa jugak.... kalau apa-apa hal, kurang sikit keja nak explain tu, pasal semua pelaboq dah educated..... dah matang... rillek saja....

Isyyy..., depa tanya, "Hang tak yakin dengan SC kaaa..?" Aku kata, "Memang laa....! Setakat percaya sajalah...."

Hangpa...?

Sunday, April 22, 2007

Awat Tak Pii.....?

Bagi sapa yang baca blog ni mesti tau yang aku tak pi majlis penerangan kat Bangi Sabtu hari tu… Saja ja aku telefon member dari group lain yang pi, tanya khabaq apa bestnya program kat situ adakah mampu mengubah mindaku daripada setakat ‘percaya saja..’ kepada ‘lebih yakin’ dengan SC.

Jawapannya, ”hhmmmm…. Biasa saja….”, Yaka..? “Ya, kalau pelaboq kelas biasa ni memang boleh terima dah apa yang diterangkan oleh Super-Power-Rangers –Leaders kat sana tapi bagi pelaboq yang pentingkan FAKTA dan KESUNGGUHAN GROUP BESAQ menjalankan bisnes ni akan rasa majlis hari tu biasa-biasa saja….” Macam kata Pengkritik AF5 yang aku tengok malam tadi…” percubaan yang baik… teruskan usaha…”, pasai 100% apa yang nak diterangkan tu walaupun oleh puak depa aku dah tau pun, ada la sikit-sikit info baru, terima kasih jugaklah aku ucapkan…

Macam nilah… aku dulu awai-awai pembabitan dengan SC dulu ada penah di habaq oleh sorang leader dari utara (yang belum Islam lagi… moga dapat hidayah….) yang mengaku SAYANGKAN bisnes ni dan tak mau aku dari groupnya terlibat dengan aktiviti over-advertised sampai menjejaskan bisnes ni keseluruhannya.

Aku yakin kalau leader yang sorang ni mengaku sayangkan bisnes ni, mesti semua ‘mentol’ dan Super-Power-Rangers-Leaders pun camtu jugakla… La ni aku nak cadangkan semula kalau hangpa betui-betui sayangkan biz ni kena buat perkara PENTING ni…! Cadangkan semula maksudnya aku yakin dah ada pihak yang pernah mencadangkan benda ni, cuma dalam bahasa yang baik dan hangpa pun tak berasa nak buat….

1) Pi SANA…! Pi Dominica dan dapatkan gambaran sebenaq dari sana… ambik gambaq kat depan opis, pastu siar dalam website.. kalau boleh buat appointment dengan si Michael tu dan jumpa dia… Aku dah habaq dalam tulisan yang lepaih, jangan duk mohong kata Malaysia ni tak significant, jumlah pelaburan kecik berbanding orang negara lain yang main USD50k ke atas… Janganla mohong…! aaaaaa…..tuih…!

2) Pi sana make sure si Lee tu pi sekali…. Technical Director jawatannya.. biaq dia ada sama untuk kenalkan dengan staff di sana khususnya si Michael tu…! (2-2 belum Islam, moga dapat hidayah….)

3) Lepaih pi Dominica pi USA pulak…., pi Madison Avenue tu… tengok pejabat kat sana pulak….! Buat benda yang sama….

Lepaih tu balik sini masukkan semua laporan dan gambaq-gambaq dalam website hangpa yang dikatakan terbesaq di Asia Pasific tuuu…. Barulah orang berduyun-duyun boleh masuk dan kerja orang bawahan macam aku ni pun akan makin senang.. .hangpa takpa la duk ataih semua kerja aku di bawah ni yang buat… hangpa tidoq sebulan pun ada koman2 USD20-50k dalam tangan…! Aku…? Dahla kena keja kuat, leader macam hampeh lak tu…! Kedekut pait…!

Secara logik, kata sayangkan biz, maka usaha macam ni perlulah kalau nak teruskan biz untuk jangka masa lama… berapa lama…? 3 tahun..? 7 tahun..? Ntahla….

Hangpa pun kata duit juta-juta dah dapat.. takkan takat laboq RM20-30K untuk pi sana tak mampu…? Boleh pi satu group, mungkin dapat diskaun, boleh call Air Asia untuk buat ‘deal’ special route…!

Jangan dok mohong aku lagi kata biz offshore ni RAHSIA…. aaaaaa…tuih…! Aku bukan suruh pi korek rahsia dia, pi amik gambaq saja…. Laaa… takkan amik gambaq pun kena marah..? Lagipun pelaboq Malaysia penting la bagi SC, takkan tak mau jaga kita…? Mengong laaa…!

Pikiaq laaa… jangan duk berani kat sini saja…. Jangan duk berani explain kat ahli saja… jumpa media tak mau…. Macam2 pulak tu alasan…. Syarikat tak lantik la, apa la…. aku bukan suruh pi jadi wakil syarikat… jadi wakil group pelaboq yang kononnya paling besaq di Asia Pasific ni pun tak boleh..? Waktu jumpa SS 4 jam siap dengan kamera dulu berani pulak jadi ‘wakil’…siapa pulak yang lantik?.…? Pebende niii…? Awat berani dalam web saja kaa….? Bukan jumpa nak explain macammana syarikat buat keuntungan, tapi explain dari kacamata pelaboq la….. tapi kalau boleh panggil si Lee tu sekali lagila baguih…! Apa keja si Teknikal Director tu ntahla…. Kalau takat macam ni keja dia, aku pun boleh apply jadi macam dia bila kontrak dia expired July 2007 nanti…. Aku bukan koman punya orang, yang penting aku Muslim… Tak tamak dengan harta dunia…!

Oh ya… member yang pi Bangi ni jugak habaq top mentol semuanya tak dapat pi walaupun dijemput atas sebab yang tak pulak dihabaq kat aku… wallau’alam, kalau depa tipu aku pun tipu hangpa la…. Aku sangka baik la mungkin depa semua on the way pi Dominica... baguihla Alhamdulillah…

Harap benda penting ni dapat dibuat… jangan duk mohong-mohong lagi…. Kami semua ada akai…!

Ada akai pakai….!

Saturday, April 21, 2007

Boleh tutup kaaa....?

SS & BNM...

Orang tanya aku la ni, "Bolehkah gomen tutup web SC?" jawapannya, "Ya, boleh."

Tapi sebelum sampai ke penutupan web SC kalau nak dibuat pun nanti, elok kita bincang serba sikit isu2 dibawah, penting utk kita paham situasi la ni.... Ok, pada pandangan & pendapatan aku yg lum jutawan ni (pasal nak harapkan semua yg ngaku jutawan berani cerita kat pelaboq saja berbanding kat media), SC HANYA MUNGKIN BOLEH DITUTUP GOMEN JIKA...

1) SC terbukti SCAM, selepas siasatan rapi & terperinci oleh polis, FBI dsb, sebabnya, tentulah kerajaan bimbang pengaliran RM besar-besaran ke luaq negeri & web SC terpaksa ditutup pasal kerajaan tak mau amik risiko RM-RM tersebut yang berjumlah beratus juta dollar tak balik2 lagi ke Malaysia dlm bentuk keuntungan pasal bakal ditelan scammers.

2) SC terbukti BETUL & GENUINE OFFSHORE INVESTMENT, selepas siasatan rapi & terperinci oleh polis & FBI-sebabnya kerajaan bimbang pengaliran RM besar-besaran dari Malaysia yang dibawak keluaq dari unit2 amanah saham di Malaysia spt PNBs, Local Mutual Funds, Local Investment Licensed Schemes, Akaun2 Bank dsb menjejaskan bisnes kumpulan tadi yg kita tahu semuanya kroni & penyumbang kpd aktiviti politik & pengumpulan kekayaan peribadi mereka.

Di samping itu walaupun pelabur2 SC untung juta-juta tapi rasanya tak ramai pun sudi declare & bayaq income-tax, yg bayaq tax beli Mercedes & BMW ramai la, tu pun terpaksa kalau boleh lari nakla jugak tu.....

Aku yakin isu fatwa halal-haram tak penting bagi kerajaan sedia ada pasal depa punya produk PNB, PTPTN pun 2x5 jugak haramnya, cuma takla disebut HARAM, berat sangat bunyinya, lalu disebut BERCANGGAH DGN SYARIAH, sedap sikit. Mcm babi ngn khinzir laaa...

Habih tu...? Kalau betui pun salah, salah pun salah... abih camna...? Laaa..... biasala tu....!

So, mcmana? Pasti kedua2 kondisi ini susah bagi gomen utk bagi kata putus. Macam kata pepatah, diluah mati emak, ditelan mati bapak. Nak dikulum saja pun tak boleh jugak pasal lama2 geli-geleman dengan ayaq lioq sendiri pulak...

Pikiaqla sendiri. Itulah risiko sebenaqnya, kalau penakut tak payahla invest, kalau nak invest boleh tp jgn asyik dok kacau aku dgn sms & email bila jadi isu. Tanya mcm samseng pulak tu... Apara..? Kan budi bahasa budaya kita? Kalau invest usd50k takpala jugak, ni invest usd100, buang karan betui! Org pun selalu tanya aku, "Boleh percayaka SC ni?", aku jawab, "Percaya boleh, YAKIN jangan..." Lebih selamat kita percaya & yakin akan rezeki Allah, dari percaya kat SC mahupun DKGROUP! Ingat, kawan ketawa senang nak cari, kawan menangis...? So...? Ada paham....? Sindri mau ingat laaa....

La ni selalu masuk berita dan paper pasal BNM & SC malah pihak berkuasa seperti polis, ambulan, bomba, jabatan bekalan ayaq, jabatan imigresen dan sebagainya sibuk bincang hal SC ni... popular dah aku ni... Tapi pelik jugak pasai pa time Minggu Saham Amanah Anjuran PNB la ni jugak la isu-isu ni pun timbui sekali....? Pelik....? Hangpa pelik ka...?

SC akan kekal sebagai satu peluang bisnes bagi sapa-sapa yang nak... kalau penakut sangat nak try tak payah la sibuk2! Duk diam-diam bawah ketiak mak sampai bila-bila..!

Tapi nak menerai SC ni pun hangpa kena bersedia lah.... Jangan over sangat, aku dah kata, PERCAYA BOLEH... YAKIN JANGAN......!

Tak percaya kaaa....?

Thursday, April 19, 2007

Amboi...amboi...amboi...

Amboi...amboi...amboi.... sedap gigi hangpa saja cakap bukan main bersemangat gila babas dan seronok hangpa noooo menghentam SC apabila isu fatwa ni dikeluaqkan..?

Habis semua pelaboq SC yang hangpa kenai pakat-pakat hantaq sms, email memberi amaran dan nasihat la tu kononla... tapi sambil duk hantaq sms tu rokok duk kepit juga kat jari...

Nilah dia bontot orang nak dibasuh bontot sendiri pun dipenuhi taik. Ambik ni fatwa tentang rokok 1 dan rokok 2 dulu bagi yang isap rokok, tapi bersemangat nak pukui SC sekali.

Aku tak mau tegakkan benang yang basah pasai benang yang kering pun lum tentu boleh tegakkan jugak, tapi ada akai pikiaqla tengok, dan dengaq penjelasan dulu... jangan pakai bantai ikut wartawan yang ada niat busuk tu, pasai bisnes uptrend depa kena kacau aku dengaqla, wallahu'alam...

Ceritanya panjang.. tapi aku ringkaskan macam nilah...

1) Sistem pemberian bonus kepada pelabur SC yang diambil sampel perbincangan dalam majlis hari tu dah expired. SC dah tak dak plan pelaburan FIXED RETURN 15 bulan 300% sejak 6 April 2007. Yang ada ialah pelan 25% yang keuntungannya mengikut keuntungan syarikat. Akan dimaklumkan percentage keuntungan dari masa ke masa.

2) Untuk area of investment SC ni hangpa rujuk la kepada introducer masing-masing. Amnya, ACF (pertanian), EMF (Teknologi ICT) dan SIP25 (produk baru)-Projek developement, Equity, HYI, Forex. Tak paham kena tanyalah.

3) Yang boleh ditimbulkan sekarang ni ialah soal Penasihat Shariah. La ni aku bagi contoh keputusan fatwa 2 negeri yang berlainan bagi saham kebanggan kita, iaitu ASB. ASB juga malah semua produk PNB tidak diselia oleh Penasihat Shariah jugak pun, tapi hangpa boleh baca ASB HARAM untuk fatwa 1 dan ASB HALAL untuk fatwa 2.

Jadi apa maksudnya...? Perselisihan pendapat antara ulama' la... tapi adakah pasai perselisihan itu kita nak kena bergaduh..? Ambik la mana-mana pendapat yang hangpa suka dan ikut diam-diam, jangan kacau orang sudah... sebab tu dalam blog ni aku link kan kepada semua tempat yang aku pikiaq boleh hangpa pakat-pakat baca, pastu decide dan duk diam-diam, jangan kacau orang...! Bila ASB dan ROKOK pun ada 2 pendapat, ada ustaz pro dan ada jugak ustaz kontra, takkan perkara macam SC tak berlaku benda yang sama..? Salah ka..? Logik la tu kat SC ada ustaz melabur dan ada jugak ustaz yang menentang... Biasalah tu....

Hangpa boleh baca pandangan ustaz zaharudin dan forum lain yang bincangkan jugak hal pelaburan internet ni. Sebelum tu hangpa jugak kena paham antara pelaburan internet dan pelaburan MELALUI internet...! Tak kira mana mai pandangan ustaz tu kita pun mengaji tak habih bolehka paham semua...? Ada 4 mazhab utama khatam paham semua mazhab kaaa...?

Ada akai, pikiaqla, kalau tak mau susah-susah, ambik satu pastu ikut saja. Tapi jangan pulak hipokrit, SC tolak, tapi rasuah pulun... keja curi tulang atau kata orang la ni.. 'kenching' time keja (rehat lebih time, ngulaq sampai sehari, chatting YM, guna barang pejabat macam barang bapak dia, photostat, fax, komputer, transport opis...)... Utang kredit kad melambak.... utang PTPTN tak bayaq... utang MARA tak bayaq.... utang JPA tak bayaq.... loan umah konvensional... loan keta konvensional... insurans keta, PA semua konvensional... bini sendiri tak jaga aurat... main bola seluaq pendek... solat pun ikut dan saja.. mengaji quran pun tak lagi, last sekali khatam pun waktu baru lepaih akil baligh dulu... client belanja layaaan..., tipu claim milage, tipu overtime dan banyak lagi la... !

Ada akai kena pakai...! amboi...amboi...amboi...!

Suruhanjaya Sekuriti...

Hari ni ramai yang kol aku tanyakan pasal hal dalam paper berkait pengumuman dalam web site Suruhanjaya Sekuriti (SS) yang tidak mengiktiraf SC sebagai satu pelaburan. Aku pun tak baca paper tu tapi kata depa SC masuk dalam senarai blacklist SS termasuk juga beberapa pelaburan & perniagaan lain seperti Jai Network juga.

Aku tanya balik, blacklist ke warning list?

Ooooo… dalam paper tulis blacklist tapi dalam web SS tulis warning list, iaitu senarai pelaburan yang tidak diiktiraf oleh SS.

Okla kalau macam tu…. Sebenaqnya tuan-tuan pelabur dan bukan pelabur (bzbodi…) yang baca blog ni, sukacita aku maklumkan bahawa SC dah lama pun masuk dalam senarai tu… sejak September 2006 lagi lepas KOSMO! keluaq hari tu…

Jadi sebenaqnya itu memang kerja SS pun… tak percaya…? Nah baca kat SINI. Sampai sana KLIK kat INVESTORS ALERT, senarainya ada di sana...

Tahulah kita bahawa nak dapatkan pengiktirafan SS bukanlah senang, macam nak dapatkan lesen kontraktor kompeten Elektrik juga dari Suruhanjaya Tenaga. Berapa banyak Kontraktor Elektrik kat Malaysia ni, tapi bukan semua yang berdaftar atau mampu berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga. Banyak kriteria yang diambil. Aku tau la pasal aku ada sorang kawan jurutera elektrik profesional berdaftar dengan BEM, IEM, IEEE tapi gagal dapatkan Perakuan Kekompetenan daripada ST, pasal syarat-syarat yang ketat. Ntahlah analogi aku ni releven ke tak..? Agaknya la kot….?

Jadi bagi aku, isu SS ni hanya the matter of registration. Nak register mestilah banyak dokumentation nak kena buat. Pertama sekali nak kena daftar dengan BNM la agaknya, dan tak mungkin SC akan nak berdaftar dengan BNM…, nanti nak kena bayaq komisyen pulak….

Ringkasnya, kita tak perlulah bimbang, aku penah juga dengaq salah sorang ‘mentol’ SC dalam DK Group dah penah kena soal siasat selama 4 jam dengan beberapa orang pegawai di SS tahun lepas. Dan ‘mentol’ ni pun terlepas pun tak kena lokap pun…? Entah-entah ada jugak yang invest SC dengan dia lepas soal-siasat tu…

Walau apapun, aku tetap tak pueh hati pasai pa depa ni semua tak mau ke depan lagi jumpa media atau pihak berkuasa berkaitan isu-isu ni. Boleh panggil si Lee tu sekali apa…? Awat tak keluaq..? Penakut ka apa…? Jangan dok mohong la kata pelabur Malaysia ni kecik, tak significant kepada dana SC, kalau dalam senarai trafik tunjuk Malaysia access paling banyak SC dengan majoriti lebih 50% pelawat….

Apa tunggu lagi…..?!

Wednesday, April 18, 2007

Michael?

Sapa-sapa rajin bolehla KLIK SINI dan dengaq sampai habih pastu buatla research sendiri untuk kepuasan hati masing-masing.

Wallahu'alam...

Majlis Penerangan Kat Bangi.

Aku ada dengaq dari leader aku pasai ada satu majlis kat Bangi Sabtu ni untuk memberi penerangan kepada pelabur-pelabur SC berkaitan isu terkini yang berlaku dalam SC.

Antara yang dijangka akan disentuh ialah isu Fatwa, isu keuntungan 25% SIP25, ACF dan sebagainya yang kini menjadi terhangit di pasaran.

Leader aku tu jugak ada ajak aku pi sama untuk dapatkan info terkini di sana, di samping jumpa dengan 'Mentol' & Super-Power-Rangers Leaders untuk dapatkan semangat baru. Maklumlah sales aku sengaja buat slow-slow pasai geram tak abih lagi ngan depa semua tu... (Dah jadi macam ni baru nak kol buat baik, piiiiraaaaahhhhh!!!) Bagi sesiapa yang baca semua tulisan dalam blog ini memang paham minda aku.

Aku bukanlah penyokong SC secara hardcore, aku akan explain ikut akai saja, tak kira sapa nak sakit ati @ terasa biaq padan muka depa! Mana-mana leader yang lebih pentingkan Mercedes depa dari beli balik e-point biaq terasa sikit.... pandai-pandailah...

Bagi aku, penerangan kat pelabur SC itu perlu, tapi LEBIH PERLU LAGI penerangan kepada semua wartawan & rakyat. Dah kena kaw-kaw 2 kali ni pun masih simpan info di kalangan ahli lagi...?

Awat takut kaaa....? Kalau yakin bolehla bawak individu yang penting dari semua sudut untuk memberi penerangan kepada semua orang, bukan hanya berani cerita kepada ahli yang dah memang takleh buat apa dah..... duit dah masuk dalam...

Sapa nak pi, pi lah...! Aku tak pi...!

Sukati aku la...!

Tuesday, April 17, 2007

Kacau Sungguhla...!

Sejak jadi isu hangat ni, ada la sorang dua yang tak habis-habis sms aku bila saja dia baca ka, dengaq ka atau perasan sesuatu berlaku dan takut sesuatu berlaku hingga mungkin menyebabkan dia kerugian berjuta-juta dollar kononnyalah!

Benci betui aku! La ni meh kita bincang apa yang berlaku dan lebih kurang untuk merilekkan kepala otak kita masing-masing.

PERTAMA, soal Fatwa Kebangsaan: Setakat la ni, rasanya keterangan bertulis yang ORIGINAL daripada Majlis tersebut belum pun keluaq ke masyarakat. Yang keluaq cuma RESOLUSI muzakarah secara lisan. Dan resolusi inilah yang dijadikan modal paper & tv membelasah SC sekarang. Tak terkecuali semua internet investment yang lain. Suka diingatkan kepada semua, sepanjang penelitian aku mengikut sedikit ilmu yang ada ni, SC adalah PELABURAN LUAQ PESISIR, yang diniagakan secara INTERNET. SC bukan pelaburan internet. Tu kena paham dulu... Jadi pelaburan jenis luaq pesisir ini SAH di sisi undang-undang. Boleh tengok BNM 1 APRIL 05 ada dalam link di sebelah.

Dalam SC juga buat masa sekarang, TIADA LAGI FIXED RETURN yang dikatakan HARAM tu, yang ada SIP25 yang diberikan keuntungan 25% sebulan UNTIL FURTHER NOTICE. Selagi depa boleh bayaq, depa bayaq, pastu kalau tak boleh diberikan pilihan kalau tak mau ngan percentage yang baru, boleh tarik modal keluaq. Dan produk lama semua dah masuk KOMODITI.... ACF... PERTANIAN.

KEDUA, SOAL Suruhanjaya Sekuriti: Dikhabarkan tengah menyiasat.. kita biaqla kat depa tu menyiasat, dulu pun depa siasat juga bila KOSMO! buat kecoh... dan alhamdulillah, senyap ja... pastu KOSMO! tak pueh hati asyikla dok korek-korek tak henti-henti.... dah keja dia macam tu nak buat camna? Biaqpilah kat depa! Malas aku nak layan lagi, macam budak-budak! So kalau kita pun ikut rentak depa, jadilah kita macam budak2 sama...!

KETIGA: KERAJAAN (Kementerian Multimedia): Yang dikatakan akan menutup web-web ni... soalan aku balik.... NAK tutup atas sebab apa? Kesalahan apa? Kalau terbukti SC PELABURAN LUAQ PESISIR yang urusniaganya dilakukan SECARA INTERNET, apa salahnya? Lagipun duit kita dah berjuta keluaq negara selepas dasar liberalisasi, takkan kerajaan tak mau duit2 tu masuk balik dalam bentuk keuntungan..? Pelik la...!

Dahtu, kalau ketiga-tiga benda ni kita paham, aku rasa takdakla sapa-sapa kalut dengan situasi la ni....

Kalau kalut jugak, memang hang Pak Kalut... Boleh tanya berapa juta hang invest..? Ha....? Seratus..? Ooooo... seratus dollar..... ingat maksima seratus ribu....

Pelaburan lain selain SC aku tak tau...., tapi aku fokus SC saja dalam blog ni... lain lantak pi kat depa... kalau terkena pun jangan la dok bising2... hang masuk dulu buat apa..? Padan la muka...!

SC ni pun semua pelabur yang matang akan pikiaq WORST CASE SCENARIO.... so, aku pun tak kata benda ni 100% akan ok, cuma, dari pengkajian yang agak mendalam. Kira ok la ni... harap dia pun tak buat hal la.... wallahu'alam. Orang Islam ada Aqidah, dan tak percaya janji manusia...

Betui dak?

Malang jugak bagi kita tak dak la sorang pun jutawan SC ni tampil ke depan beri penjelasan kepada akhbar..! Tak larat aku yang tak jutawan ni nak jawab..!

"You're not alone" dah jadi "You're on your own...!"

Memang hampeh!

Monday, April 16, 2007

Bila Lagi...?

Hari ni aku beli paper Berita Harian, biasa hari Ahad saja beli lain2 hari baca online, pasai semak ngan kertas kat umah kalau hari-hari beli paper... hehehhe....

Duk perati tengok nampaknya dalam BHarian dah takdak... tapi tak tau pulak dalam Utusan... Tadi tengok Utusan Online depa siap buat pool untuk kes kita hari tu.... tak puas hati lagi tu....

Ada gak sembang ngan member yang dah setahun dalam bisnes ni kata dulu time KOSMO! keluaq pun lebih kurang isu sama saja... cuma yang musykil sikit dan menjadi kemarahan setengah orang adalah apa tindakan group atau orang yang bernama Lee tu dalam menghadapi kes ini?

Depa yang dah jadi jutawan pun sengap tak kata apa dalam isu ini dengan media, Bila lagi...? Aku duk perati jugak kalau-kalau nak panggil sidang akhbar ka untuk perjelaskan isu... salah ka buat camtu...? Bukan perlu jadi wakil syarikat, jadi wakil group yang dikatakan terbesaq di Asia Pasific ni dahla.... nak cerita kat investor senang, pasai duit dah masuk dalam, papahal pun dah tak boleh buat apa, ni yang jadi masalah kat orang luaq yang tengok kita beriya-iya bawak produk, pastu kena kena macam ni, malu oooiii....!

Ada jugak member yang hilang kawan, hilang sedara pun ada... toksah la cakap "risiko tanggunggan sendiri... melaburlah setakat yang anda berani hilang semuanya..." aku pun tau nak cakap macam tu.... tapi mana tanggungjawab?

Awat time SC kemaih dulu semua gelak sampai telinga, pastu jadi macam ni mana pi depa semua..?

isy...isy...isy.. pelik la aku!

Fatwa Negeri-Negeri

Asalamu'alaikum,

Saja nak habaq pi kat hangpa semua yang dok baca blog ni kalau ada masa pi klik kat link pi ke Fatwa Negeri-Negeri di Malaysia dan baca satu-satu, setiap negeri... Kita ni jahil kena la mengaku banyak sangat ilmu berguna dalam web tu.. jangan asyik duk masuk web SC ngan Maybank2u saja....

Yang menarik orang Penang boleh rilek sikit pasai hukum rokok di sana masih makruh... Tak tau la pulak pasai apa... ? Mungkin pegawai yang prepare dokumen fatwa tu pun geng isap rokok jugak kot...? Hukum ASB di negeri tu pun masih harus... sama macam Perak...

Tapi ada 3 keadaan mengikut keputusan fatwa tu kata merokok akan jadi haram. Aku pun kesian gak kat pakcik-pakcik masjid yang dah biasa isap rokok dari dulu... duk lepak kat luaq masjid siap rokok sembang ngan member-member... itulah hiburan bagi depa... depa pun isap rokok daun saja.... bagi aku kira ok la... nak berenti teruih tak sedap....

Rupa-rupanya bila baca tu baru aku tau kat Selangoq banyak betui ajaran sesat... macam-macam jenih.... macam mana boleh jadi macam tu...?

Sabaq sajalah... moga-moga kita semua dilindungi Allah.

Baca jangan tak baca.

Sri Kembangan?

Paper kemarin ada tulih kononnya SwissCash didaftarkan dari Malaysia, berpangkalan di Seri Kembangan dan nama pendaftarnya ialah Amir Hassan (Aku pun tak baca sebenaqnya, member habaq dari paper Utusan Malaysia, paper ni je masih tinggal nak report benda ni... la ni guna Utusan pulak, maklumlah KOSMO! tu orang tak beli sangat... aku pun jeling-jeling saja kalau jumpa kat kedai...)

Aku kata baguihla... aku rasa lebih selamat kalau Amir Hassan yang jadi pendaftar SwissCash, senang papahal nak repot ka, nak pi cari kat umah ka, nak ajak makan kenduri ka.... kalau terlajak pi Sri Kembangan boleh la ajak dia minum teh... Lagipun dia orang Melayu-Islam, conform boleh berurusniaga... pakai kaedah Fekah, Husnuz zon... sangka baik sesama Islam. Tak la ragu-ragu...

Bukan apa.... ni yang depa dok habaq Michael Manfield yang jadi CFO tu aku pun tak berapa konfiden ada lagi ka dia tu...? Hidup lagi ka dia...?

Aku setuju sangat kalau Michael Manfield kompom bagi SC ni kat Amir Hassan... Amir pun kena la keja kuat nak cari 25% sebulan untuk semua pelabur... Nanti anak aku kawin boleh cari dia ajak makan kenduri...

Betui ka....?

Loyar Buruk....

Satu perbualan pada 12 April 2007...

"Macamana nak buat ni?... Fatwa dah keluaq kata benda ni haram....", kata sorang kakak yang baru labur SIP15300 dan hanya sempat collect sekali payment 10%. Suami dia isap rokok... sebagai tambahan fakta....

"Takpa kak, nanti insyallah bulan Oktober saya tolong juai semua ACF kak dan saya akan pass balik semua modal kak hari tu, kemudian kalau kak risaukan tentang Majlis Fatwa punya keputusan tu kak pass je semua keuntungan tu kalau ada kat saya, saya ambik.. takpa......." balas aku....

"eh.. takpa... kak risau saja..."

(nak pulak....?)

Keterangan.

Saudara-saudaraku... setakat hari ni, laporan penuh yang menjadi resolusi Majlis Fatwa masih belum dapat kita baca.... yang paper dok belasah ni asalnya pasal Fatwa ja tapi la ni duk meleret sampai semua isi kain dikorek.... tapi bagi kengkawan yang dah penah 'kena' ngan KOSMO September taun lepas ada sikit rileks, pasal isu sama masih dimainkan... kira tak puas hati la tu...

Kita tunggu saja... insyallah mudah2an duit kita semua dapat dimaterialisekan, Oktober nanti....

Wassalam....

Apa Cerita?

Asalamu'alaikum...

Selepas apa yang berlaku dalam seminggu ni, ramai pulak yang tanya aku pasal SC, walaupun dia tak melabur pun, saja bz bodi & jeles, dan sikit perasaan hepi pasal SC terhangat dibincang secara negatif di pasaran la ni...

Ikuti sidang balas membalas sms antara aku ngan member aku yang dulu nak masuk takdak duit pastu nak pinjam dulu pastu la ni kira hepi la pasal depa sangka bisnes ni dah bungkuih....

SMS dia....

"Majlis Fatwa haramkan swisscash, pelaburan internet dan pameran hantu dan keranda.. Nasihatkan la kawan2 (supaya berenti..)"

SMS aku.... (pasai aku kenal sangat mat ni isap rokok, ada utang kerdit card dan rasanya ada jugak personal loan...(buat kontra utang..)

"Majlis Fatwa yang sama jugak dah hukumkan ROKOK HARAM sejak 1995! Hang pun tak masuk so takkan paham. Semua HUTANG yang BUKAN SECARA ISLAMIK hukum HARAM,-Hutang kereta-riba, hutang buat bisnes-riba, personal loan-riba, hutang rumah-riba, credit card-riba, Hukum ASB di Malaysia, Selangor-HARAM, Perak-Harus, Beli emas & Perak secara ansuran-HARAM, insurans konvensional keta, PA dan lain-lain selain ISLAMIK-HARAM, kebanyakan MLM-HARAM, semua konvensional Banks-HARAM, Hukum kerja di bank konvensional-libat riba-haram jugak, Beli saham bukan dari Shariah List SC-HARAM, all savings & investment yang terjamin modal-HARAM macam ASB-PNB Product, BSN etc. Pikir sendiri, selamat bayar utang!"

-Senyap teruih!

Ukoqla baju kat badan sendiri..... wallahu'alam.

Penjelasan September 06

Asalamu'alaikum Tuan-tuan...

Hangat... memang hangat.... isu yang melanda dalam akhbar KOSMO! RM0.80... dan tiada pulak virtual version dalam internet... kesian....

Sebagai seorang yang rasional, yang lebih penting ialah:

1) SwissCash adalah satu PELABURAN yang disebut oleh Bank Negara (Perenggan 2 kenyataan akhbar dalam link di bawah), bukan SCAM atau Skim atau Labu Peram. Sila lihat press release BNM yang asal bertarikh 5 September 2006. Walaupun dalam bentuk AMARAN, tiada satu perkataan LARANGAN dikeluarkan untuk pelaburan di sana.

Cuba baca dengan teliti. Biasalah dalam bahasa, tambah-tambah lagi orang Melayu, berapa ramai orang yang hisap rokok walaupun dalam masa yang sama membaca "AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA, MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN' tertulis pada kotak rokok? Sila lihat link ini http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=61&pg=69&ac=1300&lang=bm

2) Semua peraturan tempatan dipatuhi. Tidak timbul pengambilan deposit secara haram kerana deposit memang tidak pernah diambil tetapi ditukar... pelabur dinasihatkan membuat TT terus ke Barclay bank di UK untuk transaksi dan semua pelabur mempunyai akaun masing-masing.

3) Tidak timbul juga urusan lesen kerana rakyat Malaysia dah BEBAS untuk melabur ke luar negara sejak 1 April 2005, sila baca kenyataan BNM di link http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=61&pg=69&ac=996&lang=bm perenggan A(i) dan B(i) dengan teliti. B(i) dengan jelas mengatakan "Tiada kebenaran khusus diperlukan terlebih dahulu". Kalau kerajaan Malaysia umumkan, "Rakyat Malaysia bebas untuk memandu kereta, tiada kebenaran khusus diperlukan terlebih dahulu,", apa maknanya? Maknanya, kita boleh memandu tanpa lesen lah! senang je kan? Susah ke?

4) Isu Kedutaan Switzerland, yang menafikan kewujudan SwissCash di sana, eleh..... kek Swiss Roll pun banyak di Carrefour, takdepun kedutaan Swiss nak buat statement pasal kek Swiss Roll tu? Baca sejarah la.... Lagipun kenyataan Swiss Embassy tu dah 7 bulan, dah basi dahhhh...

5) Buat masa ini, SwissCash masih membayar secara tepat kepada semua pelabur, jadi tak timbul isu '50 ribu orang terpedaya', PM yang meminta orang yang terpedaya ini membuat laporan polis secara dasarnya tiada yang tampil membuat laporan kerana masih belum ada yang terpedaya setakat hari ini.

6) Web site katanya akan ditutup: Soalan saya, atas sebab apa? Apa kesalahan? Selepas BNM & Suruhanjaya Sekuriti menyiasat, katanya. Insyallah, kita serahkan kuasa menyiasat kepada mereka yang arif. Setakat ini masih belum ada apa-apa kerana SwissCash masih membayar dan masih mematuhi peraturan-peraturan tempatan. Berhubung siasatan ini, saya mengalu-alukan KENYATAAN yang benar, walaupun mungkin pahit, tetapi adil untuk semua pelabur.

7) Isu komen Menteri...? Hehehehehhehehhe.... Nasib baik KOSMO tak tanya Samy Vellu.....heeheheheehh.... nilaikan sendirilah....hehehheheh... “Apa pandangan Dato Seri tentang Labu Peram SwissCash..?”….. “Ooooo… itu labu ka?.... memang kalau masa(k) lema(k) memang sedap….. saya pun suka… hahahahhahha….

8) SwissCash didalangi oleh Malaysian? Jika ada bukti silalah kemukakan….atau dalam siasatan adil dan rasmi pihak berkuasa mendapati sedemikian, memang patut kita respek rakyat kita tu…. Kerajaan boleh amik dia keja dengan MINDEF atau Bank Negara…. Kepakaran yang dia ada akan memanfaatkan Negara… Saya pun nak tahu siapa yang punya keja ni?, mintak kerajaan ambil tindakan tegas!

9) Mcamana SwissCash boleh bayar 300% 15 bulan?..... Ginilah…. Elok taip “5% daily profit investment” kat search engine dan klik… banyak investment area boleh bagi… kalau 5% daily ada, inikan pula 13% monthly…. (payment termasuk modal)… (300%-100%) / 15 bulan =13% sebulan untung sahaja… Keuntungan syarikat ialah hanya average 1% sehari… sebulan 26%, maknanya 50% sharing profit…. Pening ke?

10) CFO SwissCash, Michael Mansfeild dikatakan tak pernah ditemui oleh mana-mana pelabur dari Malaysia…. Heheheheheh… lawaknya…. Anda ada melabur di ASN/ASB/ASW/Unit2 Trust yang lain di Malaysia..? Dah pernah jumpa Chairman pelaburan-pelaburan tadi? Hehehehehhe….. kenal mereka? Dah pernah telefon untuk mintak bercakap dengan mereka? Hehehehhe….

11) Pelabur Taiwan kata ada telefon SwissCash New York tapi tiada orang layan…? Hehheheh… pertama sekali, pukul berapa dia telefon? Hehehehhehe…. Kedua, untuk pengetahuan anda, pejabat SwissCash di New York hanya VIRTUAL OFFICE, bukan operational office. SwissCash beroperasi dari Commonwealth of Dominica sepenuhnya.

Sebagai syarikat dana internasional, keperluan untuk membuka pejabat di pusat dagangan dunia adalah satu KEPERLUAN. Pusat dagangan dunia ialah di New York. Macam company contractor jugaklah…..walaupun beroperasi dari Perlis, mesti kena ada cawangan di Kuala Lumpur jika nak dapat projek di Seluruh Malaysia…. Kuala Lumpur adalah pusat dagangan bagi Malaysia. Faham kan?

12) Return 300% dalam masa 15 bulan adalah too good to be true… hehehehhehehhe….. dengan penjelasan yang betul, isu ni tak timbul langsung… malah tak cukup lagi adalah… cukup kecil….
Suka bola sepak? Nah! Gaji pemain bolasepak pro di Malaysia average sekitar RM6-8k sebulan…. Kualitinya? Boleh tengok sendirilah…… Gaji pemain pro ternama macam Thierry Henry, Schevchenko, Christiano Ronaldo dan lain-lain di UK sekitar ₤100k-₤200k SEMINGGU! Hah! Too good to be true…? Tulah, jangan fikir di Malaysia saja… saya kalau pandai main bola pun tak main di Malaysia….baik main di UK walaupun gaji sekitar ₤2000 seminggu pun ok apa…? Maknanya, kalau pandai dengan iklim pelaburan di Malaysia pun, janganlah sombong kerana kat luaq orang boleh bagi lebih lagi….. hehehheheheh…..

Walau apapun.... kita tidak boleh terlalu comfortable dan tak juga boleh terlalu skeptikal dengan laporan media, yang penting adalah fakta, bukan berita...

Saya juga bukan seorang hardcore dalam pelaburan ni, memandangkan masih ada peluang mendapatkan keuntungan, masih mengikut peraturan pentadbiran negara, masih ada website, masih ada peluang, buatlah, sambil sentiasa ingat bahawa risiko ada di mana-mana, tak terkecuali dalam pelaburan ini. Peluang dan risiko tak dapat dipisahkan..... Jarang-jarang sekali kita jumpa orang berjaya tanpa mengambil risiko...

Jika kita mengambil risiko melabur, kita pasti tahu tentang risiko yang paling besar ialah kehilangan semua wang kita, tapi kalau tidak tidak mengambil risiko itu pun, kita masih boleh kehilangan semua wang kita…. Melaburlah setakat yang selesa, selesa untuk kehilangan semuanya….

Jika SwissCash terbukti SCAM oleh siasatan badan yang arif lagi bijaksana, saya dan kawan-kawan saya dah pernah jangka, tapi jika betul, memang tak sangka!

Pilihlah untuk melabur atau tidak, duit anda, pilihan anda! Bagi yang sedang melabur, Semoga Berjaya Bersama-Sama….

Salam hormat, maaf kalau tersalah kata... Wassalam...

Produk Saingan

Asalamu’alaikum Tuan-Tuan sekalian,

Saya adalah seorang pelabur dan penggerak pelaburan SwissCash. Sukacita saya mengambil inisiatif ini untuk menghubungi tuan-tuan dalam usaha memaklumkan kepada tuan-tuan tentang jawapan bagi satu soalan yang biasanya ditanya oleh rakan-rakan pelabur SwissCash mutakhir ini, sama ada yang baru atau lama iaitu berkaitan dengan pelaburan saingan lain yang memberikan pulangan lebih dari segala segi. Antara yang mendapat perhatian ialah ABFund, EAIndex, DanaFutures, BHG-Corp, EBarrel, WinLi Fund, JinLi Capital, Dinar Iraq dan sebagainya.

Semua di atas menawarkan keuntungan yang lebih BANYAK & CEPAT, jadi memberikan saingan yang hebat kepada produk veteran seperti SwissCash ini.

Saya dan rakan-rakan yang serius dalam menjana pendapatan melalui internet ini telah mengambil masa yang cukup lama sebelum bergiat aktif, hanya untuk mengkaji sedalam-dalamnya daripada semua segi dan masih lagi belajar dan mengkaji untuk memperkemaskan knowledge produk ini.

Tidak salah untuk kita melabur di mana-mana pelaburan yang ditawarkan tetapi bagi individu yang ingin menjadikan perniagaan internet ini satu career jangka panjang, mungkin sedikit ulasan saya di bawah boleh dijadikan ukuran dan panduan, insyallah.

Saya TEKANKAN kelebihan SwissCash untuk dibincang bersama-sama…

1) SwissCash adalah salah satu daripada 5 produk Swiss Mutual Fund (1948) yang telah dilancarkan pada 1 April 2005 dengan saiz dana USD3B untuk pasaran global. Swiss Mutual Fund (1948) adalah satu syarikat SAH, BELESEN & BERDAFTAR di Commonwealth Of Dominica, tertakluk kepada undang-undang International Business Corporation, IBC (Reg No. 00757) berkaitan perniagaan Luar Pesisir (Offshore) yang antaranya mendapat keistimewaan PENGECUALIAN CUKAI 100% untuk tempoh 20 tahun. Swiss Mutual Fund adalah full licenced 3rd party mutual fund agent di Dominica. Keistimewaan ini tuan-tuan boleh baca dari www.swissmutualfund.biz, website untuk parent company bagi SC. Bagi saya, ini yang menjadikan SC unggul berbanding produk lain.

2) Saiz dana sesuatu produk pelaburan adalah SANGAT PENTING untuk disemak & diketahui. Pelaburan yang tidak menyediakan saiz dana boleh dianggap tidak mempunyai hala tuju dan mustahil boleh bertahan lama. Ini kerana saiz dana menentukan kemampuan sesebuah firma pelaburan menguruskan dana orang ramai. Jadi saiz dana adalah satu point penting untuk disenaraikan dalam checklist.

3) Pengecualian cukai juga adalah satu point penting untuk ditekankan. Pelaburan di syarikat yang tidak menyatakan penyelesaian percukaian mereka amatlah boleh diragui kerana di Malaysia, cukai korporat adalah 28-30%, maka bolehlah dicongak cukai yang patut dibayar oleh Maybank bagi suku kedua tahun ini ialah RM2.01B*30%=RM603M. Tinggi kan? Jadi percukaian patut dimasukkan dalam checklist pelaburan yang dipilih. Swiss Mutual Fund dikecualikan cukai sejak beroperasi di Dominica pada 1996 dan ada masa 10 tahun lagi insyallah untuk menikmati keistimewaan ini. Inilah antara sebab yang membolehkan SC membayar sejumlah 300% pulangan dalam 15 bulan tanpa masalah.

4) Pengesahan syarikat pelaburan yang BERDAFTAR, SAH, dan BERLESEN dari sesuatu Negara sepatutnya menjadi ukuran utama sesuatu pelaburan yang ingin disertai. SC dan SMF melepasi screening ini.

Perkara di atas antara scereening paling awal untuk kita menyemak syarikat sebelum membuat pelaburan.

BAHAGIAN TEKNIKAL:

Inilah bahagian yang sering dilepas pandang jika kita kurang berhati-hati: Sebagai panduan ada beberapa tips untuk dikongsikan:

1) Apabila melayari laman web berkaitan kewangan & privasi, perhatikan address web akan ditukar dari http kepada https dan ikon mangga “security seal’ akan muncul. Kita boleh double click mangga ini untuk melihat detail issuer path kepada security seal berkenaan. Dari sini kita boleh search kredibiliti syarikat issuer seal ini dengan menggunakan google search engine atau lain-lain. Pada masa ini SC menggunakan godaddy sebagai security guard, amat logik setelah security guard yang sebelum ini, GeoTrust telah berjaya dicerobohi oleh penggodam pada lewat bulan lepas. GoDaddy adalah syarikat wibawa yang telah meraih 8 anugerah dalam bidang keselamatan laman web, dan yang paling murah dalam perkhidmatannya.

2) Secara logik jika laman web pelaburan yang tuan-tuan sertai tidak mendapat kelepasan dari screening di atas, ia adalah terlalu mengarut untuk disertai.

3) Apabila SC diceroboh tempohari, ini menunjukkan yang data-data kewangan dari SC memang real money, bukan hanya figure semata-mata. Penggodam hanya berminat dengan laman web yang genuine mempunyai wang di dalamnya, bukan hanya wang di atas screen.

4) Semakan kepada whois sesuatu laman web boleh dibuat dengan percuma dan mudah, hanya masuk ke www.whois.domaintools.com dan masukkan laman web yang hendak dicari asal-usulnya. Server SC dan SMF terletak di PROLEXIC TECH. INC, USA, sebuah syarikat unggul menyediakan perkhidmatan guarding daripada DDOS attack, sejenis penggodam kategori lain yang lebih canggih. Prolexic bagi saya adalah sebuah company wibawa yang tuan-tuan boleh baca di www.prolexic.com untuk mendapatkan detail. Maknanya, SC melantik sebuah syarikat besar untuk diletakkan servernya secara fizikal, bukan hanya menumpang di server-server provider yang boleh didapati secara mudah dan murah di internet.

5) Jika tuan-tuan mendapati keraguan dalam lokasi server pelaburan yang tuan-tuan sertai, contohnya sever hanya dikatakan di Hong Kong tanpa pengawasan watchdog seperti Prolexic, secara dasarnya amat terdedah kepada DDOS attack. Tapi suka saya nyatakan bahawa penggodam hanya akan berminat dengan web pelaburan yang memang ada duit di dalamnya, bukan figure di atas screen semata-mata.

6) Frequently Asked Question (FAQ) sesebuah web pelaburan boleh juga dijadikan kayu ukur dalam pengkajian. Sila baca FAQ web-web tersebut dan adakah ianya memadai dan cukup wibawa untuk dipercayai? Contoh terbaik ialah BHG-Corp menggunakan 95% FAQ SwissCash dalam ruang FAQ nya….cuba bandingkan.. Di mana wibawa syarikat seperti ini yang meniru produk syarikat lain? Elok kita baca SEMUA FAQ SwissCash untuk mendapatkan kefahaman lebih tentang produk.

7) PALING PENTING… Siapa yang mewakili syarikat jika terdapat apa-apa masalah yang timbul. Sebagai contoh, ketika web SC ditutup untuk maintenance dan berlaku kekalutan antara .biz dan .net tempohari, pelabur biasa akan merujuk kepada leader yang terdekat, dari leader ke leader, sehingga ke group leader, main leader dan seterusnya ke orang paling lama dalam SC, dan kemudiannya dirujuk kepada Pengarah Teknikal yang dilantik dan dibayar gaji oleh syarikat untuk khidmatnya, bagi mendapatkan penjelasan rasmi daripada syarikat. Cuba bayangkan kalau tiada pengarah teknikal ini untuk dirujuk? Jangan harapkan orang atas tuan-tuan kerana mereka pun tak tahu… jadi perlantikan WAKIL SYARIKAT amatlah penting untuk dipertimbangkan sebelum menyertai pelaburan. Sepengetahuan saya, hanya SC yang mempunyai STAFF syarikat untuk dirujuk, yang tiada pada pelaburan lain.

8) Ruang CONTACT US juga boleh dijadikan panduan… sila bandingkan, web yang tidak menyatakan dengan jelas di mana mereka beroperasi, hanya menyatakan perhubungan melalui email amatlah diragui berbanding SC yang menyediakan 2 alamat lengkap sebagai rujukan. Pelabur SC juga diberi keistimewaan untuk berinteraksi dengan syarikat melalui Swiss Ticketing System. Ini juga setahu saya tiada dalam program yang lain.

9) Suka saya cadangkan kepada semua untuk membaca SEMUA NEWS UPDATE dalam Notice Board di dalam akaun kita dari hari pertama hinggalah yang mutakhir. Dari sini sebenarnya keyakinan akan mula timbul dengan produk ini.

Pembahagian keuntungan yang boleh dihuraikan.

Bukan kita mencari keuntungan semata-mata… bagi saya, jika kita dapat mengagak & meneka penyangak sedang meminta duit kita untuk dibayar orang lebih lama, buat apa kita nak bagi duit kepada penyangak ini?

SC memberikan keuntungan yang boleh dihuraikan dan logik. Bagi pelaburan kita, tak kira berapa jumlahnya, pembahagian keuntungan adalah seperti berikut:

Pulangan Dari Pelaburan : 300%
(tolak) Modal : 100%
Bersamaan : 200% dibahagi 15 bulan = 13.3% sebulan atau 0.5% sehari.

Kalau kita membaca cara syarikat membuat keuntungan, pasti kita tahu bahawa TARGET MINIMA untuk syarikat capai setiap hari ialah 1% keuntungan atau 26% sebulan. Bermakna ada perkongsian 50-50 dengan SEMUA PELABUR, tidak kira berapa mereka labur…

Adakah susah untuk capai untung 1% sehari?

Senarionya, tuan-tuan ada RM100 untuk dibuat modal beli barangan terpilih, dan kemudiannya kita jual dalam masa sehari dan pastikan selepas habis jualan, duit RM100 tadi akan menjadi RM101… itulah 1% untung….. susah nak capai?

Jadi penjelasan perolehan keuntungan yang logik perlu diambilkira sebelum kita letakkan duit kita di mana-mana pelaburan.

Penjelasan ini adalah hanya garis panduan, wang tuan-tuan sendiri yang uruskan saya tiada niat untuk menghalang, tetapi bagi rakan-rakan yang serius untuk mencari platform syarikat kukuh dan wibawa untuk dijadikan career harus mengambil kira keuntungan jangka masa panjang. Kawan saya sebelum ini pada NOVEMBER 2006 ada mengajak saya sertai dan buat secara serius SPLITINDEX dan beliau adalah antara penggerak utama dengan group yang besar di utara ini. Selepas screening semampu yang saya buat saya tidak berminat untuk sertai atas penerangan seperti di atas. Pada Disember 2006 SPLININDEX collapsed dan bayangkan beliau terpaksa menjawab dengan ramai pelabur, tiada Pengarah Teknikal untuk dirujuk, nama baik tercemar, duit hilang dan yang paling penting, terpaksa merangkak dari bawah semula untuk membina rangkaian di pelaburan baru… bukankah membuang masa namanya..? Dan bukan mudah sekali lagi untuk membina rangkaian setelah reputasi tercemar?

Perkongsian ini hanya untuk rakan-rakan yang berkaitan, saya akui semua pelaburan ada risiko dan biarlah kita mengambil risiko dalam keadaan berfikir, menaakul maklumat dan menganalisa supaya kita tak membazir masa, wang dan reputasi.

Saya juga akui system SC juga masih ada kelemahan terutamanya sikap tamak dan tidak bertanggungjawab introducer atau leader dalam group kecil kita… yang suka menangguk keuntungan tanpa berkerja keras mengharapkan kerajinan orang bawah. Nasihat saya bersabar dan berhijrahlah! Kalau boleh dibawa bincang dengan ikhlas untuk kepentingan bersama. Saya sendiri menubuhkan group kedua (akaun 2) setelah menerima pengalaman buruk di akaun 1. Tapi peluang yang besar ini saya tak boleh lepaskan hanya dengan sikap buruk sebahagian kita. Fikir, susun dan teruskan. Insyallah berjaya.

Jangan pula terikut-ikut dengan otai group kita yang mula meneroka peluang pelaburan lain kerana pada level seperti mereka, tiada lagi duit sendiri yang perlu dikeluarkan, hanya rolling duit keuntungan sedia ada. Pendapatan mereka takkan jatuh sampai bawah USD10k sebulan walaupun mereka tidur sepanjang bulan! Mana sama dengan kita yang masih perlu menggemukkan group kita.

SC ada kelebihannya, Cuma kita perlu tahu mengeksploitasi kelebihan yang ada. Tidak perlu mengutuk produk lain, hanya perlu memberitahu kelebihan SC dan tekun dalam membina rangkaian. Tak hairankah kita dengan peniaga kecil kaum cina yang boleh buat kerja yang sama, untuk tempoh 30 tahun? Takkan tuan-tuan tiada kenalan kaum cina seperti ini di kampung-kampung? Yang kerjanya servis basikal, servis tv dan sebagainya.

Memang dalam ruang yang terbatas ini hanya ini yang mampu saya ulaskan. Terlalu banyak lagi perkara lain yang boleh dibincangkan bersama-sama untuk kebaikan.

Inilah serba sikit yang boleh saya tuliskan. Maaf jika terkasar bahasa dan tersilap kata. Sekian, terima kasih.

Selamat Maju Jaya dan Wassalam.

Soalan Sebelum 6 April 07

SOALAN LAZIM TENTANG SWISSCASH

Apakah sebenarnya swisscash?
SC adalah satu produk baru Swiss Mutual Fund (SMF). Ia direka khas untuk membolehkan pelabur individu berpeluang melabur dengan OFF SHORE dan memperolehi keuntungan yg banyak sehingga 300% dlm masa 450 hari.

Bagaimana SC bermula di Malaysia?
SC bermula sejak April 2005. Ia adalah produk kewangan terbaru Swiss Mutual Fund. Tapi syarikat yg punya SC dah wujud sejak 1948 lagi, iaitu Swiss Mutual Fund ( SMF ). Namun syarikat ini tidak berdaftar di Msia untuk membuka peluang pelaburan kepada penduduk tempatan. Lesen penuh dan pendaftaran syarikat ini berada di The Commonwealth of Dominica. Mereka membuka syarikat di sini kerana kelebihannya sebagai negara kepulauan yg diistiharkan sebagai OFFshore.

Apa perniagaan yg dijalankan oleh SC?
Nak sebut satu-satu tak larat. Sangat banyak sebab mereka dah bangunkan perniagaan sejak 1948. Namun penglibatan mereka dlm dunia kewangan dan pelaburan utama adalah seperti berikut: Projek Pembangunan, Kewangan, Saham, HYI, Forex dll. Adakah swisscash mendapat kebenaran beroperasi di Malaysia? SC tidak perlu mendapat kebenaran secara sah utk beroperasi di Msia atau mana-mana negara, kerana ia beroperasi melalui internet (DMS). Sc sampai ke seluruh dunia tanpa sempadan dan tanpa melalui sebarang kerenah BIROKRASI seperti kebenaran, lesen operasi, itu dan ini. Hal ini menyebabkan mereka dapat memaksimumkan keuntungan dan sekaligus dapat memberi pulangan kepada para pelabur dengan jumlah yang paling memuaskan sehingga 300%.

Adakah bank negara membenarkan pelaburan Msia melabur wang yg banyak di luar negara? Liberalisasi kewangan yg diumumkan oleh BNM pada 1 April 2005 tlh memberi kelonggaran kepada pelabur individu melabur diluar Negara tanpa had. Tapi jangan salah faham dengan kenyataan berkenaan. Kenyataan berkenaan bukan lesen yg diberi BNM kepada SC. Bab ni ramai yang tersalah cakap. So harap hati-hati membuat penjelasan.

Siapa di sebalik swisscash?
Swiss Mutual Fund adalah pemilik SC. Ia adalah produk ke lima utama yg dihasilkan oleh SMF. Swisscash diwujudkan khas untuk memberi pelabur individu yg bermodal kecil untuk melabur dengan OFFSHORE.

Adakah swisscash kukuh?
Ya. SC sangat kukuh dan boleh diharap, kerana syarikat yg menguruskannya telah wujud sejak 1948 lagi. Syarikat ini terus berkembang dan kukuh diperingkat antarabangsa hingga kini. Cuma kita je yg tak tau. Tapi kalau dia kong masa akan datang tak mustahil. Tapi agak sukar, sebab mereka telah berpengalaman selama 60 tahun dalam menghadapi dan menguruskan risiko. Namun dlm bisness apa-apa pun boleh jadi. Cuma kita harus beringat...!!!!

Apa kelebihan melabur dengan Mutual Fund?
Melabur dengan mana-mana Mutual Fund banyak kelebihannya berbanding dengan Stock Market (Pasaran Saham). Melabur dengan mutual fund selamat kerana sudah ada team yang mahir dan berpengalaman untuk menguruskan wang pelaburan anda. SMF contoh terbaik menguruskan pelaburan dalam bentuk MUTUAL FUND. Dengan pengalaman 60 tahun mengendalikan urusan pelaburan, mereka telah membina 6 - 8 team mahir dalam pelaburan. Hal ini menyebabkan mereka sangar mahir dan cekap menguruskan risiko dalam pelaburan dan sekaligus membolehkan mereka memaksimumkan keuntungan. Sebab itu SMF adalah destinasi yg terbaik untuk melabur dengan OFFSHORE.

Adakah swisscash satu syarikat MLM?
Tidak!!!. Syarikat MLM perlu ada barang dan ahli perlu menjual untuk dapat bonus. SC hanya pelaburan atau simpanan tetap. Anda simpan wang kemudian tunggu untuk 450 hari dapat untung maksimum sebanyak 300%. Anda tidak perlu menjual, meeting, dll. Duit masuk sekalipun anda duduk diam-diam.

Adakah SC akan bersaing dengan MLM?
Tidak!!!. Syarikat MLM bersaing sesama mereka. SC bersaing dengan syarikat mutual Fund lain.

Adakah SC mengancam syarikat MLM?
Tidak!!!. Cuma orang MLM yg tak faham saja rasa terancam sehingga memburuk-burukkan SC dlm apa jua cara.

Mengapa ada Syarikat MLM cemburu dengan SC?
Tentulah ada cemburu, kerana mungkin ada ahli mereka tidak berminat buat jualan selepas melabur dalam SC. Dlm SC tidak perlu penat menjual. Wang tetap berkembang kerana wang bekerja untuk anda. MLM perlu jual, jika tidak tak da untung. Hal ini menyebabkan syarikat MLM cemburu. Tapi kalau mereka bijak mereka juga akan melabur dengan SC untuk menggukuhkan kewangan Syarikat dan tambah bonus untuk ahli mereka.

Bolehkah rakan sc beroperasi seperti cara MLM di Malaysia?
Tidak boleh!!!, agen tidak perlu extreme macam MLM sebab wang tetap dapat tanpa perlu extreme mencari pelabur baru. Promosi ala kadar saja terutama dengan rakan-rakan rapat. Jangan buat road show, banner ditempat terbuka, hantar flyer ke rumah-rumah dan lain-lain teknik MLM. BNM dan SJS sendiri telah memberi amaran keras dlm hal ini, melalui pihak mentor dreamkaya. Adalah lebih baik anda gunakan teknik INTERNET MARKETING. Kerana teknik ini sangat berkesan dan pelanggan tidak terhad, tak terkejar2, bebas masa, rendah kos, sukar kena dengki dek org lain dll.

Mengapa swisscash tidak boleh dijalankan seperti MLM?
Kalau guna teknik MLM pasti banyak syarikat MLM terancam dan tutup. Sebab SC mempunyai kekuatan yg tidak sebanding MLM. Biarkan MLM peluang cari makan. Mereka pun rakan-rakan kita juga. Jangan tamak!!!!!!

Adakah SC ada kaitan dengan Swiss Bank atau sistem perbankan Switzerland?
Tidak!!!!. Hanya kebetulan nama SWISS tu sama. Nama tu mungkin ada "LUCK" sebab itu ia dipilih. Banyak firma atau benda lain ada nama SWSS seperti swiss hotel, Swiss Panorama, Swiss Garden dll. Tapi tak ada kaitan dengan Switzerland. Tak caya cuba taip "SWISS" kat Search Engine beratus nama Swiss tu keluar dengan macam-macam syarikat. Mungkin sayapun akan bagi nama anak saya yg akan datang dengan nama Mad Swiss atau Nur Swiss. Mana tau ada "Luck"!!!!!!!!

Mengapa SC semakin popular?
Sudah pasti SC jadi popular. Sebab ia pelaburan yg menguntungkan dengan pulangan 300%. Bagi kita di Malaysia SC bayar untung dalam mata wang dollar. Banyak barang boleh anda beli dengan dollar berbanding ringgit. Kan….kan…kan….

Adakah wang pelaburan saya selamat?
Wang modal dijamin selamat oleh Swiss Mutual Fund 1948 tak hilang. Tapi untung pelaburan setakat yg saya tahu sejak saya melabur dengan SC…pun tak hilang. Kalau takut hilang duit mudah je. Untung yg kita dapat tiap bulan tu, cepat-cepat jual atau tukar dengan Cash. Duit tunai yg kita dapat tu simpan dalam bank tempatan. Secara tak langsung kita tolong bank tempatan negara kita yg tercinta ini pula buat duit.

Adakah pulangan keuntungan tetap dan terjamin?
Peratus untung dibayar secara tetap, sehingga 300% selama 450 hari. Kalau anda melabur USD 1000, selepas 450 hari wang anda tetap jadi USD3000. Tolak modal anda USD1000. Anda dpt bersih USD2000 (200% untung sebenarnya setelah tolak modal)...ingat nilai $2000usd tidak menyebabkan anda kaya. Jika anda nak kaya kena simpan lebih kurang selama 7 tahun. Kiralah sendiri berapa anda dapat jika disimpan dan re-invest selama 7 tahun. Jadi ini bukan skim...CEPAT KAYA???.......KOSMO.....????

Berapa modal minimum dan modal maksimum?
Modal minimum USD130. USD30 untuk members fee. Modal Maksimum USD100,000. Tapi ingat jangn sampai anda jual tanah dan rumah untuk dapat modal. Itu gila namanya!. Loan je dengan bank. Tapi jangan bagi tau kat bank hasrat murni anda tu. Kalau terdesak sangatpun rumah dan tanah tu boleh cagar. Tapi amat tidak digalakkan dan tidak baik, walaupun dlm 8 bulan lepas anda melabur, loan bole bayar balik. Jadi lebih baik guna duit anda sendiri. Klu apa-apa berlaku, anda tak melopong...Betul tak?????????.........

Berapa modal selamat yg patut saya labur?
Dapatkan satu nilai yg anda mampu. Paling minimum USD1000. Lepas tu kalau anda nak lebih banyak untung bawa pelabur baru masuk melabur dlm SC. Yg ni anda dapat 10% dari jumlah pelaburannya (SAP income)dan tiap-tiap bulan selama 15 bulan anda dapat 10% lagi (SRP income) dari pada keuntungan yg dia dapat. Lumayan kan….tapi bukan untung dia kena cut. SC yg bagi anda.

Saya tidak mahir cari orang untuk melabur. Apa boleh saya buat?
Mudah saja cari referal gunakan system DMS atau digital marketing system. Anda tidak perlu keluar rumah jika guna teknik ini. Dengan kemudahan auto mail hunter, auto mail sender, auto responder, auto iklan, hyiper link...auto...dll...anda hanya duduk dirumah. Sistem akan melakukannya untuk anda. Klu nak blajar dengan abangcash.....boleeeee......je.....tapi.....bayar......la.

Apa syarat utk menjadi agen pelaburan swisscash?
Nak jadi agen SC kena melabur USD1000 ke atas. Jadi agen pelabur akan dapat lebih banyak untung macam saya terangkan kat atas. Bagaimana cara memasukkan wang kedalam akaun swisscash? Guna TT atau telegraph teletransfar. Kemudian baru pergi kat bank dan bawa alamat penuh Swiss Mutual Fund. Alamat ni anda akan dapat dari laman sc selepas anda mendaftar. Semua data dan cara pindah duit ke SMF pun ada dalam laman sc berkenaan. Tapi jika ada tak daftar anda tak dapat maklumat berkenaan cara-cara TT duit ke SMF. Seterusnya setelah anda daftar, sediakan wang yg cukup. Bagi tau bank nak TT ke SMF. Yg lain mereka akan buatkan untuk anda. Tunggu 4-5hari SMF akan masukkan e-point dalam akaun SC anda. Bila epoint masuk anda akan terima SMS dari SC. Pastu baru anda aktifkan pelaburan anda. Kalau tak paham tanya orang yg memperkenalkan anda dengan sc. Kalau TT tak paham pegi tanya kat Mat indon atau Bangla. Diorang biasa TT duit ke kampong masing-masing dr Msia.

Adakah cara lain transfar duit selain cara TT?
Ada. Cara ini lebih pantas. Tak perlu tunggu 4-5 hari. Ia boleh selesai antara 10minit hingga 3jam. Iaitu beli e-point dengan rakan sesama SC yg dah dapat return. Exchange rate biasanya tetap. Tapi anda runding dulu dgn mereka. Anda hanya perlu beri tahu berapa e-point anda mahu. Kemudian masukkan wang dalam Maybank2u mereka (cth:155126-952230 Hussein Musrin). Mereka akan semak status wang berkenaan. Jika sah, mereka akan transfer e-point dengan nilai yg anda mahu ke dalam akaun SC anda. Berapa bulan boleh dapat balik modal yg dilaburkan di SC? 8 bulan balik modal dari keseluruhan 15 bulan. 7 bulan lagi bersih keuntungan untuk anda.

Mengapa saya mesti melabur dengan swisscash?
Sebab SC beri keuntungan 300% kepada pelabur dalam masa 450 hari dan keuntungan boleh keluar setiap 30 hari. Bayaran pulangan dalam US DOLLAR....bayangkan berapa banyak duit yg anda dapat selepas dollar tukar ke ringgit. Singapore Dollar pun orang Msia dah syok, apa lagi US dollar.....!!!!...banyak RM la jadinya....

Bagaimana cara mendaftar jika saya ingin melabur dengan swisscash?
Yg penting anda mesti ada introducer atau penaja. DAFTAR PERCUMA…..jika tak aktif selama 14 hari akaun akan terpadam sendiri. Apa itu OFFSHORE? OFF SHORE adalah pelaburan kewangan luar persisir. Macam Labuan. Cukai tidak dikenakan keatas sebarang keuntungan.

Kenapa SC pilih melabur dengan OFFSHORE?
Sebab untung tak kena cukai dan boleh dapat lebih untung. Untung kena cukai dan untung tanpa cukai. SC buat untung tanpa kena cukai sebab itu dia boleh bagi untung banyak kepada para pelabur.

Kenapa pilih OFFSHORE di kepulauan Carribien?
Sebab kepulauan Carribien satu kawasan yg baru membangun. Banyak kemudahan prasarana diperlukan. Jadi banyak projek pembangunan boleh direbut dan buat untung. Anda boleh guna search engine untuk dapatkan maklumat OFF SHORE di Carribien.

Labuan juga bertaraf OFFSHORE, kenapa individu tidak boleh melabur di OFF SHORE Labuan?
Kalau anda ada USD1juta baru anda layak melabur di OFFSHORE labuan dan mesti ada lessen OFF SHORE. Hanya syarikat korporat saja boleh melabur dan mendapat manfaat dengan off shore Labuan. Orang perseorangan hanya boleh beli barang di Labuan tanpa cukai. Orang gila Rokok dan Arak kenyang kat sana.

Sekian, berapa banyak nak tanya daa..? Berapa juta ko nak invest nii...?

Soalan Selepas 6 April 07

SOALAN LAZIM TENTANG ACF

1. Apakah ACF?
Produk baru sc, khas utk investor 3 negara iaitu Malaysia, Indonesia, Singapora.

2. Mengapa 3 negara ini yg terlibat dengan ACF?
Sebab 3 negara ini mempunyai paling banyak pelabur sc. Thailand, Hong Kong, Taiwan dan lain-lain negara di dunia tak terlibat.

3. Bagaimana pengiraan untung dalam ACF?
ACF macam EMF, cuma EMF tidak wajib, ACF wajib beli dan auto transfer semua bonus dalam SIP 300%. Baki SIP 300 yg BELUM bayar pun telah dibayar dan auto masuk dalam ACF.

4. Kenapa sc auto transfer semua bonus SIP 300 ke dalam ACF?
Sebab sc dah tutup plan SIP300. Jadi semua duit anda akan duduk 6 bulan dalam ACF. Sambil duduk dalam ACF ia terus berkembang jadi lebih banyak duit. Bulan 6 nanti amik la semua. Sc tak marah.

5. Kenapa sc tak bagi peluang buat pilihan sama ada masuk ACF atau tidak?
Nak buat macam mana, suka hati dia tukar apa pun dia mau, sebab sc diorang punya. Lagipun dalam terma dan syarat sc sebelum setuju invest memang ada kenyataan bahawa sc berhak menukar segala plan investment tanpa notis.

6. Jadi duit dalam SIP300 tak hilang lah dan SC tak tutup atau bungkus macam program HYIP? Duit anda tak hilang. Malah kena tambah dan lebih cepat dapat duit. Cuma kena tunggu bulan Oktober baru bole keluar semua. Sabar jangan nangissss!!!!....Kalau sc nak tutup dah lama dia tutup. Apa taknya sejak tahun 2005 lagi macam-macam orang kata sc nak tutup. Tapi sampai sekarang sc tetap macam tu juga. Ini menunjukkan sc bertanggung jawab terhadap semua investor yg menyertai mereka.

5. Adakah ACF lebih untung?
Yeee!!!... sebab kalau ikut trend EMF, sebulan naik 1usd. Sekarang EMF dah 3 bulan dia naik 3 usd. Kalau ACF naik ikut trend EMF, lepas 6 bulan nanti harga ACF mungkin naik jadi 6usd. Maknanya kalau ACF anda sekarang ada usd10k, bulan oktober nanti anda ada usd60k. Duit ini nanti boleh jadi duit raya. Sebab bulan oktober nanti anda semua dapat duit 6 kali ganda ( kalau dia naik jadi 6usd 1 share ). Lagi kaya,kaya, dan terus kaya. Sebab anda ada modal yang banyak untuk masuk SIP25.

6. Adakah ACF boleh keluar sepenuhnya selepas bulan Oktober 2007?
Yeee!!!!. Boleh keluar semua sekali jika mahu. Tapi baik jangan keluar semua sebab dijangka ACF dan EMF akan naik sehingga usd20 maksimum dalam tempoh 3 tahun akan datang.Keluar duit untuk perlu sahaja. Atau jadi modal untuk masuk SIP25 yg baru.

7. Kenapa ACF tak boleh keluar sekarang?
Kalau boleh keluar sekarang memang seronok. Tapi memang tak boleh sebab sc perlu selesai 5 masalah berkenaan masalah luaran sc seperti yg terdapat dalam 5 perkara yg disenaraikan sc dalam news updatenya. Kalau bayar sekarang tergelak la penjenayah antarabangsa yg tumpang cuci duit mereka dalam bentuk epoint sc. Sekurang-kurangnya leher mereka tercekek sikit sebab duit diorang sekali jem 6 bulan. Lagipun kalau keluar sekarang bulan oktober nanti tak banyak lak dapat duit raya. Sabar je la duit anda tak hilang. Cuma rasa kekok sikit, sebab dah biasa keluar duit tiap bulan. Bak kata Fadilah Kamsah…dah biasa pakai jam tangan di tangan kiri bila tiba-tiba tukar jam ke tangan kanan rasa janggal pula.


SOALAM LAZIM TENTANG SIP25

1. Apakah produk investment SIP25?
Ia produk investment baru mengantikan SIP300.

2. Kemana produk SIP300 sebelum ini?
Dah tamat dan tukar dengan SIP25?

3. Apa kelebihan plan SIP25 berbanding SIP300 ?
Kelebihan plan SIP25, membayar pulangan keuntungan kepada pelabur secara tetap 25% sebulan tanpa tempoh matang. Dulu SIP300 membayar berperingkat-peringkat selama 15 bulan. Kesannya 8 bulan baru dapat balik modal (lambat). Dalam SIP25 CEPAT BALIK MODAL (4 bulan). Lepas tu anda kutip untung berterusan tanpa had. Had 15 bulan dihapuskan. Seronoklah orang baru masuk sc sekarang. Apa taknya orang lama bebuku tunggu 8 bulan balik modal, lepas tu 7 bulan baru boleh enjoy. sekarang pula orang baru 4 bulan je seksa, lepas tu enjoy kutip untung sakan tanpa had masa. Tak pe lah dah rezeki orang baru. Kalau orang lama nak juga kenalah keluar modal baru utk invest dalam SIP25. Modal lama biarkan dalam ACF.

4. Bagaimana pelaburan saya dalam SIP300 selepas SIP25 berjalan ?
Anda tak perlu fikir dah SIP300 yg lalu. Ia dah TAMAT. Tapi bukanlah investment anda dalam SC HANGUS semua sekali. Ia masih ada dalam ACF. Tunggu saja bulan Oktober nanti baru anda dapat hasilnya. Sekarang BUKA BUKU BARU SIP25. Kalau nak melabur dalam SIP25 anda kena pakai modal baru. Kalau tak yakin cuba dulu sikit dalam usd1000. Kalau yakin letak terus usd10k. 4 bulan dah balik modal. Lepas tu terus kutip untung. Anda bukan tak tau sc bayar untung macam mana? untung dibayar On time.

5. Bagaimana dengan bonus referal dalam SIP seperti SAP, SRP dan SFP?
Ia tetap berjalan macam biasa dalam plan SIP25 dan tetap dibayar ikut peratus yang sama. Cuma bagi group sales setiap leader yg sedia ada dulu jadi kosong semula, macam baru masuk sc mula-mula dulu. Jadi group sales hanya akan naik semula selepas rakan kongsi yang sedia ada TOP UP untuk menyertai plan SIP25.

6. Kalau saya tak TOP UP SIP25 buat masa ini adakah bonus referal dari investor baru dan lama dalam kumpulan saya yg top up SIP25 akan dapat?
Yeee!!!. Tetap dapat macam biasa. Lesen anda utk dapat bonus referal masa invest usd1030 dulu masih laku.

6. Adakah saya dapat bonus referal dari orang baru dan berapa modal masuk SIP25?
Ye, bonus referal macam biasa dapat. Modal pun macam biasa bagi orang baru usd 1030. Cuma yang lebih seronok orang BARU MASUK sebab dapat merasa duit banyak lebih pantas berbanding orang lama. 25% sebulan…ehhhh sama pula macam STROMBERG.

7. Adakah epoint dalam SIP25 boleh ditebus, jual atau TT macam biasa?
Yeee. Boleh….urusan jual beli epoint jalan macam biasa. Tapi lebih baik pergi TT withdraw ke bank lain selain MBB. Buat masa ni MBB ada EX....sikit. Biasalah nak jaga status. Untuk jangka panjang buka akaun Offshore Bank di Luar negara. Jadi lebih selamat anda simpan duit anda di luar negara sebab tak seorangpun orang Msia tahu berapa banyak duit anda di luar negara. Anda kat Msia macam biasa je. Makan kat Warong, Naik kereta kecik, duduk rumah teres. Tapi bila anda pergi luar negara anda makan di Hotel Mewah, duduk hotel 5 bintang dan dapat merasa percutian mewah. Tak timbul masalah anda kena rompak, ragut, colek kat Msia ni.


SOALAN UMUM

1. Adalah TT withdraw akan berjalan macam biasa?
Yeee!!!! boleh. Cuma duit anda akan dibayar oleh agen sc dalaman. Ia bukan duit yg masuk dari luar negara terus ke Malaysia.

2. Kenapa Maybank tak terima duit TT dari luar negara ?
Sebenarnya Maybank saja yg tak terima TT dari luar negara. Bank lain OK. Mungkin May Bank mempunyai rekod TT masuk duit dari luar negara terlalu banyak sebelum ini. Jadi mungkin BNM bagi amaran kepada MBB supaya berhati-hati. Takut ada penganas atau peminjam wang haram dari luar negara tumpang sekaki guna perkhidmatan MBB.

3. Kenapa tiba-tiba BNM bertindak menyiasat semua TT dari luar negara?
Ia adalah arahan dari Bank Dunia. Bukan suka-suka BNM sekat. BNM dah lama tau tentang sc sejak 2005. Mereka tak sekat pun.

4. Apa tujuan BNM buat kawalan TT dari luar negara?
Tujuan untuk elak penjenayah antarabangsa cuci duit mereka dengan menggunakan kemudahan TT epoint sc. Bukan sc saja yg kena sekat semua sekali investment dlm internet terutama HYIP kena sekat. Sebenarnya BNM dah tau tentang sc sejak tahun 2005 lagi memang tak ada masalah dan genuine. BNM tak kisah pun dengan TT dari sc masuk Msia, sebab sc offshore mutualfund yg sah dari segi undang-undang antarabangsa.

5. Tapi kenapa BNM baru bertindak sekarang?
BNM bertindak sekarang sebab terlalu banyak HYIP tumpang sekaki dengan kemudahan TT dari luar negara. Kalau HYIP tak kacau, kemudahan TT withdraw epoint, mungkin jalan macam biasa. Tapi admin sc sejak awal sudah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan seperti yg berlaku sekarang. Sejak akhir tahun 2006 lagi mentor dah bagi tau berkenaan hal ini. Sebab itu mentor umumkan bahawa agen dalaman akan dilantik oleh sc untuk menguruskan hal berkenaan epoint sc. Ini bermakna admin sc telah pun menjangka masalah yg bakal berlaku terhadap sebarang perkembangan yg boleh mengganggu kelancaran investment dalam sc.Mungkin lepas ini ada lagi perubahan yg bakal berlaku. Tapi segalanya bertujuan untuk kepentingan pelabur agar mereka sentiasa berada di atas landasan yg betul.

6. Apa rasionalnya BNM bertindak menyekat semua TT epoint dari money program di internet ?
Pertama adalah untuk menyekat tindakan pengganas mendapat kemudahan kewangan utk mengganas di seluruh dunia. Tahun 2004 dulu pun perkara ini telah berlaku terhadap e-gold. Masa tu semua HYIP yg pakai e-gold untuk bayar bonus tersangkut selama 6 bulan. Masa tu juga semua org yg main HYIP pening kepala. Siapa yg siasat e-gold, FBI. Lepas siasatan FBI selesai semua ok balik sampai hari ini.

Kedua untuk menyekat semua perkembangan HYIP yang banyak menipu pengguna melalui investment dalam internet. Anda pun dah lihat sendiri sekarang akan PENIPUAN HYIP dalam internet. Banyak HYIP dah tutup money program masing-msing. Ada yg masih boleh buka tapi point tak boleh transfer ke BANK. Jadi lepas ni HYIP akan terus bungkus dan tak dapat menipu pengguna. Namun sc tetap jalan dan terus memberi manfaat kepada semua orang seluruh dunia. Jadi manfaatkanlah semua peluang dalam sc selagi ia masih ada.


PENUTUP

Swisscash tak ada apa-apa. Rombakan plan SIP300 menjadi SIP25 bertujuan untuk memberi lebih untung kepada para pelabru sc. Macam-macam orang kata diluar sana tentang sc, itu terpulang kepada mereka. Bagi anda yg telah sedia terlibat melabur dalam sc tak perlu risau. Ingat kembali apa mentor kata" investment dalam sc tiada paksaan dan risiko tanggung sendiri". Jika anda yakin sc boleh membantu anda bebas dari masalah kewangan anda rebutlah peluang ini. Namun jika anda tidak berminat lupakan. Carilah sumber lain yang meyakinkan anda seperti buat FOREX trading dan lain-lain. Janji HALAL dan anda tak kacau orang lain.

Semoga abgcash dapat membantu menjelaskan apa yang kusut dan keliru tentang swisscash.

Sekian abgcash.biz 07 April 07

Halal vs Haram

Pandangan Ustaz Ahmad Syukri VS Ustaz Zaharuddin

ISU HALAL DAN HARAM INVESTMENT INTERNET

ASALAMU'ALAIKUM,

Kepada semua pembaca saya saya doakan semoga sihat.

Saya seringkali diajukan pertanyaan berhubung dengan isu pelaburan. Saya ada juga membaca tulisan Zaharuddin, tetapi banyak yang kurang tepat, barang kali di sebabkan beliau hanya menuntut di Jordan sahaja. Semasa saya menuntut di Al-Azhar 1995-2000 saya melihat isu ini telah di bincangkan di akhbar sebelum pelaburan sebegini berkembang di Malaysia, secara umumnya tiada ada apa2 masalah, akan tetapi apabila ramai di kalangan para ustaz menceburi dunia perniagaan saya terpanggil untuk menjawab sekaligus menyanggah pandangan serong berkenaan dengan pelaburan internet.

Saya juga melihat Zaharuddin berusaha mengumpulkan berbagai koleksi di laman web sebagai salah satu unsur perniagaan dan tarikan, agar hujah beliau di sokong. Maka di sini saya kemukakan soal jawab moga-moga pembaca akan merasa tenang sekian wassalam .

SOAL JAWAB AGAMA BERHUBUNG INTERNET .

Apakah hukum pelaburan menerusi internet ?
Hukum perlaburan menerusi internet adalah sah di sisi Islam dan ianya sama juga dengan alat-alat komunikasi yang lain seperti telefon dan sebagainya. Ini berdasarkan beberapa dalil dari hadis nabi yang menyatakan bahawa pada satu saat nanti akan datang satu perubahan iaitu " sesuatu yang jauh akan menjadi dekat". Hal ini menunjukkan bahawa Rasulullah sudah mengetahui perubahan zaman. Perubahan ini sekaligus menunjukan bahawa Islam akan berkembang dengan pesat beserta teknologi yang semakin canggih. Rasulullah sendiri dalam mencapai kejayaan sebagai seorang peniaga berjaya menembusi pasaran dunia sehingga ke Syria dengan membawa barang dagangan Siti Khadijah. Mengikut hukum aqal adalah suatu yang mustahil mereka yang tidak mempunyai ekonomi yang kukuh dapat sampai ke sana. Apabila zaman berlalu orang menggunakan surat menyurat untuk berurus niaga sehingga ke abad ke 17 terciptanya kertas, alat tulis, mesin taip dan sebagainya. Seterusnya zaman berubah sehingga abad ke 18 terciptanya mesin telefon untuk berhubung dengan jarak yang terhad dan mereka menggunakan alat tersebut untuk berurus niaga. Setelah itu muncul pula faxs pada masa itu ia merupakan sumber maklumat yang sangat canggih yang boleh sampai ke penerima dengan beberapa saat dan di gunakan sehingga ke hari ini. Kemudian muncul pula telefon bimbit tanpa wayar serba guna yang boleh menghubungkan manusia melalui sistem pesanan ringkas ( SMS ) dengan cepat dan pantas dan akhirnya muncul pula satu teknologi yang canggih menggunakan satelit iaitu internet untuk menghubungkan dunia luar sama ada urusan peribadi, perniagaan dan sebagainya. Oleh yang demikian hukum pelaburan menggunakan internet adalah sah sekaligus sebagai sanggahan terhadap Dr. Asri, Mufti Perlis.

Benarkan perniagaan di internet tidak jelas.?
Tidak semua perniagaan di internet tidak jelas, bagi saya yang melihat sebahagian daripada lama web ia serba sedikit ada menyatakan jenis perniagaan. Kadang-kadang terdapat juga sebahagian laman web menyebut secara jelas semua bentuk perniagaan dan sebahagian tidak kerana sebab tertentu seperti soal keselamatan yang sangat sulit dan sebagainya. Penjelasan dan bentuk perniagaan tidak perlu secara tadqiq atau terperinci, cukup sekadar apakah jenis perniagaan yang diusahakan sebagai contoh, minyak, gas, projek, pertukaran mata wang, pembinaan bangunan, bahan-bahan mentah dan sebagainya. Walaubagaimana pun sikap berhati dan waspada perlu ada agar perniagaan seperti judi, arak tidak wujud . Seandainya ada yang mempertikaikan persoalan ini terlalu terperinci maka bagaimana pula halnya bank-bank di Malaysia yang tidak menyatakan bentuk perniagaan. Bahkan ada yang menyimpan sehingga berpuluh-puluh tahun apabila di tanya apakah jenis perniagaan bank, sudah pasti jawapanya , tak tahu ?

Apakah hukum perniagaan yang tidak dapat di lihat seperti di telefon dan apakah pelaburan di internet tergolong dari pelaburan yang ghaib ?
Hukum jual barang atau perniagaan yang ghaib dari majlis jual beli atau jual barang yang tidak dapat di lihat menurut pendapat ulama' Mazhab Hanafi adalah sah , walaupun tidak dapat di lihat dan tidak dinyatakan sifat-sifat barang itu. Dalam kes ini pembeli mempunyai hak khiyar (hak pilihan) apabila melihat barang jual yang di jual (atau di laman web yang tertera). Di sisi ulama' mazhab Maliki kontrak jualan ini sah kerana ia merupakan gharar yang kecil, Ini berdasarkan hadis nabi ertinya "Sesiapa membeli suatu tanpa melihatnya, maka dia mempunyai hak khiyar apabila melihatnya". Manakala Mazhab Syafei menurut pendapat yang lebih zahir di sisi mereka dan juga pendapat al-Ibadhiah tidak sah secara mutlak jualan barang yang ghaib atau yang tidak dapat di lihat oleh pembeli atau penjual kontrak jualan ini tidak sah . Dalam hal ini pelaburan di internet termasuk salah satu pelaburan atau jualan yang dapat di lihat melalui skrin komputer dan bukan pelaburan yang ghaib, yang tidak dapat dilihat, oleh itu pembeli atau pelabur mempunyai pilihan sama ada untuk meneruskan atau pun tidak.

Apakah pelaburan internet mempunyai aqad dan ijab qabul ?
Pelaburan menerusi internet sama juga dengan yang lain, ia juga mempunyai aqad iaitu persetujuan antara kedua-dua belah pihak, akan tetapi ijab dan qabul boleh juga di pakai apabila kita menyerahkan wang pelaburan seperti katanya :"Saya Muhamad bin Ali menerima wang daripada Hassan bin Senin sebagai pelabur di dalam AL-ARABIC sebanyak RM 3,800 tunai " Menurut pandangan seperti berikut: Para ulamak mengatakan persoalan aqad atau kontrak di anggap sah walaupun tanpa ijab qabul , kontrak yang tidak di lakukan dengan tiada lafaz di sebut al-aqad al-mu'atah iaitu kontrak yang tidak di lakukan dengan perkataan atau lafaz, tetapi dengan perbuatan dua pihak, iaitu dengan tukar menukar, persetujuan dan kerelaan.

Dalam kes ini seperti kita membeli air minum kemudian memasukan siling ke dalam mesin padahal tiada lafaz ijab dan qabul adalah sah, perkara ini juga sama dalam kes sewaan, apabila kita parking kereta selama 2 jam kita akan membayar RM4 di mesin tanpa lafaz ijab qabul. Para ulama menyatakan kontrak atau perjanjian dengan telefon, surat menyurat [dan pada zaman sekarang internet] adalah sah walaupun mereka tidak ada pada "satu majlis". Para ulama menyatakan yang di maksudkan "bersatu majlis" bukan bermakna kedua-dua pihak mesti ada di tempat yang sama, tetapi bersatu masa yang mana kedua-dua pihak berurusan."

Dalam hal ini samalah kita berurusan dengan pelaburan internet, apabila kita key in atau mendaftar lalu kita print out menunjukan kita sudah beraqad atau bersetuju, yang mana dinyatakan di situ jumlah RM (USD), masa, nama, tarikh lahir, dan sebagainya. Perkara ini sama apabila kita bercakap melalui telefon tanpa melihat si penjual dan si pembeli atau pelabur.

Oleh itu para ulama menyatakan boleh di sebut aqad dengan 3 perkara iaitu percakapan , penulisan, persetujuan. Oleh yang demikian, pelaburan internet terdapat 2 perkara iaitu aqad persetujuan dan penulisan sebagai mana yang tertera di skrin komputer. Oleh yang demikian mereka yang menyatakan pelaburan di dalam internet tiada aqad adalah batil dan salah.

Apakah imbuhan yang di berikan di dalam pelaburan itu riba dan munasabah?
Ada juga yang mempersoalkan tentang imbuhan dan pulangan yang diberikan tidak munasabah dan ada juga yang mengatakan riba . Ini sebenarnya satu tuduhan yang keterlaluan tanpa usul periksa. Saya melihat pulangan yang diberikan adalah munasabah. Contohnya apabila kita melabur USD1,000 (RM 3,800), kita akan mendapat modal sahaja selepas sebulan. Bukannya kita melabur USD 1,000 (RM 3,800) pada keesokanya harinya kita mendapat untung itu barulah namanya judi atau riba, keuntungan tidak di perolehi pada satu masa. Padahal untuk mendapat keuntungan selepas sebulan, kecuali apabila ia bekerja keras mencari downline, mencari ahli dan sebagainya. Sebagaimana yang telah di jelaskan keuntungan diberikan setelah wujud persetujuan, bukan keuntungan di sebabkan penangguhan.

Bagaimana pandangan ustaz berkenaan pelaburan yang di katakan riba ?
Sebenarnya pelaburan tiada unsur riba kerana Riba hanya terdapat pada qirad atau pinjaman , Menurut pandangan ulama Riba ada 3 jenis :

Pertama : Riba Al-Fadhal iaitu jual beli yang berlaku tambahan atau lebihan pada salah satu daripada barang tukaran, ertinya tambahan berlaku semata-mata kerana kelewatan. Riba ini tidak berlaku kecuali pada dua barang tukaran yang sama jenis, contoh pertukaran satu gantang gandum dengan satu setengah gandum lain.

Kedua : Riba Al-Yadd : iaitu jual beli yang di lewatkan serahanya semasa menukar barang dan tidak menyebut tempoh seperti penyerahan lain jenis, gandum dengan barli.

Ketiga : Riba al-Nasi'ah : Jual beli tangguh iaitu jual beli tangguh kepada satu tempoh dan di tambah apabila tempoh itu sudah cukup di samping harga tidak di bayar bagi tempoh yang telah selesai itu, maksudnya : tambahan yang di buat kepada barang tukaran, tanpa di sebabkan apa-apa tukaran tetapi kerana kelewatan membayar. Oleh yang demikian di manakah letaknya unsur riba di dalam pelaburan? Sedangkan ia bukan pinjaman, bukan penangguhan kerana hadis nabi menyebut Ertinya :"Tidak ada riba kecuali pada al-Nasiah ", maksudnya yang dikatakan riba itu adalah kelewatan membayar hutang kerana ada tambahan, umpama meminjam RM50.00 sekarang , tetapi jika di tangguh kepada bulan depan menjadi RM60.00.

Apakah hukum menetapkan masa keuntungan sebagai contoh 100 hari ?
Penetapan masa keuntungan adalah sah dan memberi banyak faedah, sebagaimana nas yang diambil dari Mazhab Hambali dan Hanafi katanya: "Menetapkan masa mudhrabah (keuntungan), jika di bataskan mudhrabah (keuntungan) dengan suatu waktu yang tertentu di mana di tetapkan bahawa jika satu waktu yang tertentu telah habis, maka kontrak mudharabah (keuntungan) akan menjadi batal maka kedudukan kontrak seperti ini adalah sah di sisi mazhab Hambali dan Hanafi. Sebab kontrak ini adalah satu kontrak perwakilan. Oleh itu ia boleh di bataskan dengan waktu ia sama dengan dengan pembataskan jenis, tempat dan orang yang kita hendak membuat pelaburan Kontrak seperti ini tidak ada di sisi mazhab Syafei dan Maliki, sebab pembatasan waktu itu merosakan maksud keuntungan, sebab ada kemungkinan keuntungan tidak diperolehi dalam tempoh itu dan ada kemungkinan keuntungan diperolehi selepas daripada tempoh yang ditetapkan "

Ulasan : Apa yang dapat difahami Mazhab Hanafi dan Hambali menetapkan semua jenis perniagaan termasuk nilai (RM atau USD yang di sebut sebagai jenis, jikalau dulu emas dengan emas, perak dengan perak). Begitu juga menetapkan kepada siapa kita hendak berurus niaga, begitu juga menetapkan tempoh perniagaan seperti 100 hari, akan tetapi dalam mazhab Syafei dan Maliki perkara tersebut tidak ada atau tidak di sebut, oleh itu Imam Syafei mengambil keputusan ia merosakkan keuntungan "bukan riba".

Perkara ini sama seperti zakat, menurut mazhab Syafe'i kadar zakat hendaklah di keluarkan mengikut makanan asasi, jika mereka makan beras mahal maka zakatnya tinggi, jikalau mereka makan beras murah zakatnya rendah sebagai contoh di Kelantan dan Terggganu, zakat tidak serupa dan mengikut peringkat contohnya RM4.50, RM4.70 dan RM 5.00 . Ini berbeza di Selangor dengan kadar zakat yang telah DI TETAPKAN iaitu RM4.70, sedangkan jikalau di ihat dari sudut lain, ia adalah penindasan kepada golongan yang tidak berkemampuan atau yang makan beras yang murah.

Pernah satu ketika PM Dr Mahathir Mohamad menetapkan kadar mata wang Malaysia RM3.80 bersamaan USD 1.00 sehingga tahun 2006. Pada hal kita semua tahu kadar mata wang jikalau untung akan meningkat, jikalau jatuh akan menurun. Sedangkan di negara-negara lain tidak serupa boleh di katakan setiap hari turun naik. Apa yang dapat di lihat daripada fenomena ini adalah darurat semata-mata untuk menstabilkan ekonomi rakyat Malaysia.

Hal ini samalah dengan pelabur-pelabur yang mendapat keuntungan daripada syarikat walaupun nampaknya tetap. Jadi kita tidak boleh mengatakan keuntungan tetap itu riba, tetapi ia sebenarnya bergantung kepada keadaan, sebagaimana yang saya sebutkan tadi, di negara-negara lain perubahan mata wang turun naik sangat ketara , tetapi di Malaysia TETAP USD1.00 bersamaan RM 3.80 sehingga 7 tahun dan sejak akhir-akhir ini ada sedikit perubahan RM 3.50. Jadi maksud TETAP itu luas, mungkin tetap sehingga 100 hari sahaja, mungkin tetap 3 bulan sahaja, mungkin tetap 6 bulan sahaja

Apakah yang dimaksudkan menetapkan kadar keuntungan ?
Yang di maksudkan menetapkan keuntungan ialah keuntungan tahunan, biasanya dalam perbankan untung rugi akan di nilai dalam tahun itu, akan tetapi ia berbeza dengan pelaburan di internet kerana keuntungan adalah harian dan bertempoh. Menurut Dr Wahbah Az-Zuhaily: "maka tidak sah mudharabah dengan penetapan keuntungan yang di buat di bank-bank perniagaan kepada penyimpan-penyimpan. Sebab mengikut hukum mudharabah perkongsian mesti berlaku pada keuntungan tanpa had nisbah yang tetap seperti 7% umpamanya".

Bagaimanakah penentuan kadar keuntungan ?
Menurut pendapat Jumhur keuntungan di bahagikan menurut syarat yang di persetujui oleh kedua-dua belah pihak, oleh yang demikian pelaburan yang tertera di skrin internet adalah merupakan salah satu syarat yang dipersetujui oleh pelabur. Apabila pelabur bersetuju dengan jumlah tersebut maka ia telah menjadi satu syarat perjanjian, tetapi Imam Syafei mengatakan keuntungan hendaklah di bahagikan mengikut kadar modal. Hal ini juga sama kepada pelabur yang melabur dengan jumlah yang besar akan memperolehi keuntungan yang besar, begitulah sebaliknya.

Imam Syafei menyatakan salah seorang ahli syarikat boleh mendapat kadar untung melebihi rakan kongsinya hasil daripada kebijaksanan perniagannya, biarpun modal yang sama banyak atau tidak sama banyak dan kerugian adalah mengikut modal. Ini di persetujui oleh seluruh mazhab berdasarkan hadis ertinya, "Keuntungan adalah mengikut syarat yang di buat oleh kedua mereka, manakala kerugian berdasarkan kepada kadar modal" Sebagaimana yang di sebut dalam hadis nabi "Keuntungan adalah mengikut syarat yang di buat oleh kedua mereka". Yakni hendaklah keuntungan itu dalam nisbah peratus atau dalam saham seperti satu pertiga (30 : 70) satu perempat (25 : 75) atau satu perdua (50 : 50) Imam Maliki mengatakan harus bagi kedua-dua pihak yang berkontrak saling merelai selepas daripada melakukan mudhrab (keuntungan) terhadap bahagian yang di terima sama ada sedikit atau pun banyak .

Apakah yang di maksudkan Mudharabah Mutlaq ?
Mudharabah Mutlaq adalah menetapkan kadar keuntungan oleh pemilik asset, sebagaimana di dalam pelaburan internet ia juga di sebut Mudharabah Mutlaq. Mudharabah Mutlaq juga di kenali sebagai Keuntungan yang pasti atau Jaminan keuntungan. Dr Wahbah menyatakan: "Pembatasan yang baru mendatang yang berlaku ke atas mudharabah mutlaq, kata ulama Mazhab Hanafi jika mudharabah itu ialah mudharabah mutlaq kemudian di khususkan oleh pemilik harta, selepas daripada berlakunya kontrak, maka di lihat jika modal itu berbentuk tunai mahupun mudharib (pelabur) menggunakan modal itu untuk membeli sesuatu barang kemudian dijualkan barang itu dan di terima harganya dalam bentuk wang, maka pengkhususan yang dibuat oleh pemilik harta itu adalah harus. Kedudukannya samalah seperti jika ia mengkhususkan atau membataskan mudhrabah itu sejak awal. Sebab pemilik harta adalah mempunyai kuasa untuk membuat pembatasan jika pembatasan itu berfaedah.

Jelaslah di sini membataskan mudhrabah atau keuntungan oleh pemilik fund atau pemilik asset diharuskan ia di sebut sebagai Mudharabah Mutlaq . Hal ini di sebabkan banyak memberi faedah, selain dari pemilik harta juga berhak menentukan dan mempunyai kuasa dalam hal tersebut. Sebagai contoh pemilik asset atau fund menetapkan keuntungan mutlaq sebanyak 31% kepada pelabur. Oleh yang demikian jawapan ini sebagai sanggahan kepada mereka yang mendakwa bahawa keuntungan tetap adalah haram atau riba.

Apakah nasihat ustaz terhadap pelabur ?
Nasihat saya kepada pelabur banyakkan sedeqah dan mengeluarkan hibah, kerana harta yang halal tidak semestinya bersih, harta yang bersih apabila kita mengeluarkan hibah setiap kali memperolehi pendapatan. Kita kadang kala memperolehi sumber pendapatan tetapi belum tentu bersih, hukum pembersihan harta ini ada yang wajib dan ada yang sunat, yang wajib di sebut zakat setahun sekali, tetapi konsep pembersihan harta yang ingin saya tekankan ialah setiap kali kita memperolehi pendapatan, sebagai contoh jikalau kita memperolehi RM 1,000, jangan kita berbelanja sebelum kita mengeluarkan hibah RM 2.50 atau lebih.

Apakah benar kenyataan Mufti di akhbar Metro SAHAM NERAKA ?
Kenyataan mufti perlis SAHAM NERAKA di Harian Metro , Ahad 18hb Mac 2007 adalah keterlaluan. Ingin saya nyatakan. "Apakah Mufti Perlis dapat menjamin ia masuk syurga sehingga menyatakan orang lain masuk neraka yang kononnya memakan harta riba lebih dahsyat dari memakan daging babi dan khinzir?" Apakah Mufti Perlis bersubahat dengan akhbar Harian Metro yang terkenal dengan propaganda menjatuhkan ekonomi umat Islam?

Salah satu contoh 2 kes yang pernah berlaku :

Kes pertama. Isu air susu IGG yang terkenal, apabila berlaku keracunan di Selangor yang kononya berpunca daripada air susu IGG , Harian Metro terus mengeluarkan kenyataan sehingga seluruh masyarakat Malaysia merasa takut untuk minum, akibatnya perniagaan orang-orang Melayu jatuh merundum.

Kes kedua: Propolis Gold yang satu ketika memuncak tiba-tiba di kejutkan adanya alkohol padahal minyak cap kapak pun ada alkohol. Apakah mereka ini tidak tahu permainan akhbar?.

Apakah Mufti Perlis sudah melihat sendiri tentang pelaburan, mengkaji, pergi ke tempat tersebut, bertanya kepada pemilik atau hanya sekadar mengambil hukum berdasarkan skrin di internet? atau hanya menguatkan hujah Ustaz Zaharuddin sebagai rakan kongsi semasa di Jordan? Ingin saya mengajak saudara melihat bagaimana Rasulullah mengambil hukum, pada satu ketika Rasulullah melihat dengan mata kepala sendiri peniaga mencampurkan tamar kering dengan yang basah, kemudian barulah Rasulullah menasihatnya. Apakah mereka yang mengatakan haram berbuat demikian? Hal ini serupa di Jabatan Agama Islam atau JAKIM yang mengeluarkan cop HALAL seperti kaedah penyembelihan, makanan dan sebagainya setelah di periksa dan di sahkan kehalalanya. Pada saya apa yang di paparkan di akhbar bukanlah satu fatwa tetapi selayaknya menjadi bungkusan nasi lemak, fatwa hanya dapat diperolehi di dalam kitab-kitab yang muktabar. Oleh yang demikian mengambil sumber hukum hanya semata-mata berdasarkan apa yang tertera di skrin internet yang terbatas, tanpa usul periksa atau ke tempat tersebut, atau bertanya kepada pemilik asset (fund) maka ia adalah tidak sah dan di tolak.

Sekian,

Ustaz Ahmad Shukri Ghazali.

PS: Pandangan Aku?... Wallahu'alam... Baca dan Pikir sendiri.. pakai akai....