JOM KIRA RAMAI-RAMAI...!!! BERMULA 11 JUN 2007,


Wednesday, June 6, 2007

Soalan Lazim SS

SIARAN AKHBAR SURUHANJAYA SEKURITI
Kuala Lumpur, 6 Jun 2007

Soalan-soalan Lazim “Jangan Melabur dalam Skim Pelaburan Internet Tidak Sah”

Berikutan pengumuman baru-baru ini oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) bahawa ia akan mula menyekat akses ke laman-laman web pelaburan tidak sah dari 11 Jun 2007, SC telah menerima sebanyak 349 pertanyaan daripada orang ramai mengenai perkara tersebut. Sebagai panduan umum kepada orang ramai, pihak SC hari ini mengeluarkan satu set soalan lazim yang merangkumi pelbagai aspek mengenai langkah yang akan diambil untuk menyekat laman web pelaburan tidak sah.

1) Mengapa SC menyekat akses kepada laman web pelaburan tidak sah ini?

SC telah berulang kali mengeluarkan amaran kepada para pelabur mengenai risiko melabur dengan skim tidak sah dan juga secara berterusan mengingatkan orang ramai agar hanya melabur dengan individu yang berlesen supaya mendapat perlindungan yang disediakan di bawah undang-undang sekuriti. Namun begitu, walaupun adanya amaran berulang tersebut, bilangan pertanyaan dan aduan orang ramai yang meningkat menunjukkan bahawa mereka terus mengambil bahagian dalam pelaburan tidak sah sedemikian. Oleh yang demikian, SC telah mengambil langkah penguatkuasaan yang lebih tegas termasuk menghalang orang ramai daripada mengakses laman-laman pelaburan tidak sah ini. SC akan terus mengambil semua langkah memerangi aktiviti pelaburan tidak sah ini untuk melindungi pelabur dan integriti pasaran modal Malaysia secara keseluruhannya.
Lebih banyak penipuan didapati dari senarai pelaburan internet yang ada hingga ada jugak di kalangan pegawai kami terkena. Oleh itu, kami geram jadi kami nak tutupla.... Lagipun hangpa yang dok laboq ada yang kaya gila babi nak belanja kami teh pun ngelat, kami yang dok keja ni penat hangpa tau dak...?! Mai sini dah banyak kali buat-buat tak tau pulakkk....?

2) Bagaimana SC mengetahui bahawa laman-laman web ini adalah tidak sah?

Laman-laman web pelaburan tidak sah tersebut dikesan melalui pemantauan dan penyiasatan SC, serta maklumat yang diterima daripada orang ramai.
Kami agak saja.... mana yang kami sendiri terkena tu kami kompom la, tapi macam swisscash tu depa tukaq jadi ACF, habih la kami bukan kaya sangat, SIP dah tak dapat...!DKT pun buat derrrkkk saja, bengang laa....!

3)Laman web manakah yang akan disekat? Mengapa SC tidak menyekat akses kepada semua laman web dalam senarai laman web yang tidak diberi kuasa?

Pada 11 Jun, SC akan mula menyekat sebilangan laman-laman web. Penyekatan laman web merupakan salah satu daripada banyak langkah yang boleh diambil dan SC akan menentukan mengikut kes langkah yang sesuai untuk diambil. Penyekatan laman web tersebut akan dilakukan secara berperingkat dan ia merupakan proses yang berterusan.
Laman web mana tu kami tunggu pegawai habaq la bila kompom. Dulu kami dapat bulan-bulan, ada jugak yang dapat hari-hari. Bila dapat syokla, tapi bila tak dapat...., kami geramla....! Bila start tak dapat kami pun ingat nak tutup saja semua sekali, padan muka hangpa...!

4) Jika SC telah pun mengetahui bahawa laman web tersebut adalah yang tidak diberi kuasa, mengapa ia tidak menutupnya sebelum ini dan mengambil tindakan? Mengapa laman-laman web ini dibenarkan untuk terus beroperasi?

Sebelum ini, SC telah mengadakan program pendidikan dan kesedaran di seluruh negara mengenai skim ini. Kami juga telah bekerjasama dengan pihak kuasa tempatan dan asing yang lain untuk mengeluarkan amaran dan peringatan kepada pelabur. Dalam usaha menghalang orang ramai untuk melabur dalam skim tidak sah sedemikian, satu senarai laman web yang tidak diberi kuasa disiarkan di laman web SC dan juga disebarkan kepada orang ramai.
Kan aku dah habaq tadi, dulu kami dapat payment, lepaih tu dah tak dapat, upline pun dah hilang... mana tak marah...!

5) Adakah ini bermaksud bahawa laman-laman web yang tidak disekat pada 11 Jun 2007 adalah diberi kuasa untuk menawarkan skim pelaburan mereka?

Laman web yang kekal dalam senarai SC selepas 11 Jun, terus dianggap tidak diberi kuasa di bawah undang-undang sekuriti untuk berurusan dalam sekuriti, memberikan nasihat pelaburan dan/atau perkhidmatan pengurusan dana yang berkaitan dengan sekuriti atau niaga hadapan. Orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak membuat mana-mana pelaburan dengan pihak yang tidak dilesenkan oleh SC.
Dak aiiihhh...., kira selagi tak daftar tak sahla... sampai bila-bila pun camtu la... tapi kami pun orang jugak, lama-lama letih jugak.... hangpa ingat senang kaa...? Kalau hangpa ada produk internet investment, mai la daftar, selain daripada boleh operasi dengan senang, kami pun masyuukkk sikit....

6) Bilakah SC akan menyelesaikan operasinya untuk menyekat laman web pelaburan tidak sah ini?

Usaha SC untuk menyekat akses kepada laman web pelaburan tidak sah ini akan dijalankan secara berterusan.
Kami buatla selagi kami larat..... awat hangpa banyak tanya niii...?

7) Sesetengah pengendali skim tersebut mendakwa bahawa laman web mereka adalah sah dan tidak dalam siasatan SC. Adakah dakwaan ini benar?

Dakwaan ini adalah palsu. SC tidak pernah memperjelaskan dengan mana-mana pengendali laman web pelaburan tidak sah sama ada mereka adalah di bawah siasatan atau tidak. Sekiranya seseorang pengendali itu berlesen, ia akan tersenarai dalam senarai pengantara berlesen yang boleh didapati di laman web SC.
Sebenaqnya kami pun tak larat nak siasat banyak-banyak... kalau tak betui tu nanti lama-lama lingkupla....

8) Walaupun SC mengatakan bahawa akses kepada laman web pelaburan tidak sah tersebut akan disekat bermula 11 Jun, saya memang pun tidak boleh memasuki beberapa laman web. Mengapa begitu?

Laman-laman web yang tidak boleh diakses sebelum 11 Jun 2007, mungkin telah ditutup oleh pengendalinya.
Bengong la hangpa ni....! Dah lari la operator tu...!!!! Anak sapa ni...? Apa punya soalan ni...? Sekolah mana dulu...???!!!

9) Bagaimanakah saya boleh mendapatkan kembali wang saya sekiranya saya tidak boleh mengakses akaun saya untuk mengeluarkan pelaburan saya?

Orang ramai yang mempunyai pelaburan melalui pihak tidak berlesen adalah tidak diperuntukkan perlindungan di bawah undang-undang sekuriti. Inilah sebabnya SC secara berterusan mengingatkan orang ramai agar berurusan dengan pihak yang berlesen kerana mereka akan diberikan bantuan di bawah undang-undang sekuriti. Pengantara berlesen juga dikehendaki menyediakan langkah-langkah perlindungan pelabur yang merangkumi keperluan untuk menyimpan wang pelanggan dalam akaun amanah.
Banyak cantik muka hang..! Waktu untung juta-juta ratus-ratus ribu ada hangpa nak bagi aku sikit...? Dah rugi nak tuntut pulak....!!!? Padan muka hang...! Sapa suruh hang masuk banyak2...? Aku pun masuk jugak, tapi okla rugi RM1000 saja...! Pandai dak aku....?

10) Adakah laman-laman web tersebut akan ditarik balik sekatan ke atasnya pada masa hadapan?

Tidak, laman web pelaburan tidak sah tidak akan ditarik balik sekatan ke atasnya pada masa hadapan.
Dak kott... tapi hang toksah pikiaq masa depan sangatla, umoq kita pun bukan panjang sangat.....!

11) Sekiranya laman-laman web tersebut dibuka semula, adakah ini bermakna mereka telah mengesahkan skim pelaburan mereka?

Sekiranya pihak tersebut tidak disenaraikan di dalam senarai pengantara berlesen yang boleh didapati di laman web SC, mereka adalah tidak berlesen untuk menjalankan atau mengendalikan aktiviti pelaburan melalui mana-mana laman web. Sekiranya tidak pasti, sila semak dengan SC sebelum membuat pelaburan.
Depa ni pun pandai jugak sebenaqnya.... senang saja nak buat web baru.... aku pun tak taula pegawai aku yang tau. Dia habaq macam tu kat aku aku pun habaq la balik kat hangpa....!

12) Haruskah saya terus melabur dengan pengendali/ejen laman web pelaburan tidak sah yang boleh menghubungi saham melalui e-mel/SMS/telefon/dsb?

Sekiranya laman web tersebut telah disekat, pelabur hendaklah menghentikan pelaburan mereka serta merta. Sekiranya pihak tersebut tidak dalam senarai pengantara berlesen yang boleh didapati di laman web SC, mereka adalah tidak dilesenkan untuk menjalankan atau mengendalikan aktiviti pelaburan.
Pandai hang masuk kalau terkena jangan cari aku sudah...! Time masuk iya-iya gelak, bila kena mai opis menangis macam budak-budak, kacau aku nak buat keja saja...!

13) Adakah saya boleh mengakses laman web yang sama dari negara lain?

Anda mungkin boleh berbuat demikian kerana akses hanya disekat dari Malaysia. Bagaimanapun, adalah tidak bijak untuk terus melabur dalam skim pelaburan tidak sah ini apabila pelabur telah pun diberi amaran oleh pihak berkuasa bahawa pihak ini adalah tidak dilesenkan bagi aktiviti pelaburan sedemikian. Pelabur adalah dinasihatkan agar memeriksa status pelesenan mana-mana skim pelaburan yang mereka untuk melabur di dalamnya, sama ada dengan pihak berkuasa tempatan atau asing yang berkaitan.
Boleh.... negara lain tak terdesak macam negara kita.... isy...isy...isy.... off record yek...!

14) Adakah saya melanggar mana-mana undang sekiranya saya hanya seorang pelabur dalam skim pelaburan tidak sah?

Ya, sebagai seorang pelabur dalam skim pelaburan tidak sah mungkin melanggar undang-undang kerana bersubahat dalam menyebabkan berlakunya satu kesalahan.
Ya, mengikut akta seksyen 13, seksyen 13 Shah Alam, jalan lama ke Sungai Buloh... ada roundabout amik pukui 12.... lajak teruih sampai nursery, beli tanah kat aku 2 kampit...!

15) Apakah penalti atas kesalahan mempromosi atau bersubahat dalam aktiviti pelaburan tidak sah?

Seseorang yang didapati mempromosikan atau bersubahat dalam mana-mana aktiviti pelaburan tidak sah boleh didenda sehingga RM1 juta atau boleh dipenjarai bagi tempoh tidak melebihi 10 tahun, atau kedua-duanya sekali.
Penalti kick sepak jangan tak masuk..! aparaaa.....!! (hehehehhe...Sebenaqnya kami pun tak larat nak dakwa hangpa ramai-ramai, gila apa..? Abih dok layan hangpa semua kami takdak keja lain...? Takat leader DKT tu boleh la... hangpa yang kat bawah toksah risaula... buang karan saja charge hangpa, bukan ada duit...!)

16) Selain menyekat laman web, apakah yang akan dilakukan oleh SC?

SC akan terus mengambil semua langkah bagi memerangi aktiviti pelaburan tidak sah termasuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengendali dan ejen laman web pelaburan tidak sah. SC juga akan meneruskan program kesedaran pelaburnya.
Ntahla, aku pun tak tau pegawai aku ni, agak-agak aku kami akan tetap takutkan pelaboq jugak kot...


SURUHANJAYA SEKURITI
TAKSAPASURUH

No comments: