Ada pelaboq yang marah pasai tak dapat masuk SC dan mintak bantuan dalam forum POLL bawah gambaq SpongeBob Squarepant. Ada member yang mengajaq cara buat setting di proxy server bagi membolehkan depa masuk jugak-jugak, tapi akhiaqnya tetap tak boleh bantu.
Pasai tu ada yang tetap berpendirian SC dah menuju bungkuih pasai web tak boleh masuk dengan sikit kepakaran di Malaysia, tapi di Singapore boleh pulak....?
Nampaknya mentaliti tahap pertama pelaboq yang kita cuba buat tanam kat sini sikit gagai.
La ni aku nak tanya kawan-kawan...,
1) Kalau boleh masuk pun SC malam ni, boleh ka dapat duit RM esok pagi...?
2) Banyak ka laboq SIP25....? Ataupun tak laboq pun...?
3) SIP 15300 pun dah jadi ACF kan...? So bila boleh mula juai...?
Apa yang aku nak kita semua paham ialah, KITA TAK BOLEH BERBUAT APA-APA... Cuma boleh tunggu dan HARAP. Ikhtiaq yang kita ada agak terbataih. Ada sikit ruang saja... terlalu sikit.
Kalau ada sesapa yang ada modai lebih nak pi Dominica sana, silakan pi...! Pi check. Kita yang dok baca ni semua pelaboq bawahan saja, termasuk aku. DKT nampaknya dah tarik diri, sapa yang rajin nak dakwa depa (kalau boleh buat kes) di mahkamah sila pi....
SC penah di upgrade dulu, Julai 2006 selama 3 hari. Bernotis. Pernah 1-2 hari takdak notis. Ingat Januari 2007...? Last minit baru boleh buat 'start invest', selepaih lebih kurang seminggu tak boleh...?
La ni yang dok jadi baru 1/2 hari...? Takkan takleh sabaq sat.....? Kebetulan time nak jadi masa tengak sibok dengan SS, SS pun tak kata yang SC ni salah satu web yang depa sekat... Kita pun tak tau apa cerita sebenaqnya. Aku pun tak tau pasai apa dan hangpa pun tak tau, jadi kat sini kita share apa yang kita tau supaya kita lebih tau dari tak tau apa yang orang lain tau...!
Dan masalahnya ialah kita TAKDAK PUNCA MAKLUMAT YANG TEPAT, semuanya spekulasi saja... termasuk yang aku sendiri tulih...
Jadi, semua maklumat akan diupdatekan kat hangpa dari masa ke masa, rajinla mai baca, sama ada di posting atau di POLL area mengomen. Ramai kawan kita yang amik tanggungjawab tanpa gaji di sana, tima kasih banyak-banyak. Mai la kita yang baca blog ni sama-sama jadi kumpulan pelaboq SC yang paling baguih, lebih baguih dari mentol, super-power-rangers-leaders dan DKT. Kita yang dok baca sini bukan mai dari satu group, banyak leader niiii....
Jangan ingat aku ada untung buat semua ni, free saja, cuma aku harap kita boleh bincang dan sembang sama-sama cara baik. Kalau taqdir memutuihkan SC buat kita sampai takat ni saja, SAPA BOLEH BUAT APA-APA? Takdak apa pun dalam dunia ni yang kekal brader....!
Bukanka tu yang aku selalu ulang....? Bersedia...bersedia...dan bersedia....!
Dan aku jugak selalu ulang, kalau SC ni GENUINE, insyallah tak ada apa-apa yang patut kita bimbang sangat... Sapa kat sini yang boleh sahkan SC ni genuine...? Sebab tu la semua posting yang keluaq ke blog ni tak ada yang selindung-selindung, habaq saja... Tulih saja, sapa yang tak tau kot-kot jadi tambah tau...
Matlamat Oktober 2007 masih jauh......... jauuuuhhhhh.... Biaqpilah apa pun nak jadi masa ni, asaikan Oktober 2007 nanti semua orang hepi....!
So, PLAY NICE....!
No comments:
Post a Comment