JOM KIRA RAMAI-RAMAI...!!! BERMULA 11 JUN 2007,


Wednesday, August 29, 2007

Bila Nak Merdeka....?


Malam tadi skuad bawah 23 tahun kita menang 3-1 dengan Myanmar, TAHNIAH aku ucapkan. Banyak perkara positif yang kita dapat kutip sejak Piala Asia kalah memalukan dan malam tadi usaha yang keras dan semangat juang yang tinggi tak macam geng senior sikit sebanyak menampakkan hasil yang semua rakyat Malaysia maukan. Waktu ni jugaklah semua orang penting yang duk di kerusi FAM dan KBS tu tersenyum lebaq dan rasa lega pasai kedudukan depa di situ takkan dipertikaikan lagi. Sekurang-kurangnya buat masa ni.

Kembalinya Trofi PestaBola Merdeka waktu Malaysia nak sambut 50 tahun merdeka ni banyak significantnya kepada rakyat Malaysia. Tak dapat dinafikan hal tu. Waktu ni jugak pihak-pihak tertentu yang nak menangguk di ayaq keroh untuk keuntungan dan kepentingan peribadi berhubung MERDEKA ni boleh amik kesempatan. Pejuang-pejuang kemerdekaan yang dulu ditonjolkan semula dan didebatkan hal mereka ini di sana sini. Bendera Malaysia di kibaqkan, dengan wajah-wajah pejuang kemerdekaan yang selari dengan 'sejarah yang depa nak', pejuang yang tak selari dengan 'sejarah' pula didiamkan dan tidak ditonjoikan langsung...!

Apa aku cakap niii....? Paham kaaa...?

Kita pelaboq pula masih duk tunggu bila pulak kita ni nak 'merdeka'? Dah banyak tempat bincang di hotel dan di kedai mamak rata-rata dah makin sejuk. Paling kesian ialah kepada depa yang laboq agak besaq dan tak sempat langsung collect modai lagi. Nasib-nasib, kalau dapat UL yang macam hampeh lagila menyakitkan hati. Sebab tu dalam keadaan ni bagi depa yang ada hati perut, maklumat sentiasa di update. SC belum berkuboq lagi, ada banyak posting kawan-kawan yang rajin di RUANGAN FORUM memperincikan hal ni, kena la baca dan sebaqkan.

Duit orang, susah nak himpun, tup-tup dah siap himpun dan cadang nak hidup senang sikit dengan masuk SC, jadi lagu ni.... depa tu mungkin peniaga kecik saja, untung meniaga tak banyak tapi dah berpuluh tahun hidup berjimat cermat, ada la duit terhimpun dalam bank. Waktu nak masuk kita dok promote sampai lupa diri, bila jadi lagu ni.....? Pakat hilang semua UL dan power rangers dan bila ditanya, "Aku pun tak tau laa..., aku pun rugi jugak....", ada ka macam tu....?! Hang punya rugi sama ka dengan orang lain punya rugi...? Hang rugi USD200k, tapi dah untung USD450k. Rugi apa macam tu....?!!! Sambil-sambil tu, dengan muka tak malu..."Ni aku ada produk baru ni....., power gila...! Hang nak masuk....?"

Dengan semua jentera berkuasa menentang SC dan pelaboq-pelaboqnya, jelaih sekali kita tak mampu lawan. Mula-mula dengan media, pastu MFK, pastu SS malah ada jugak mintri-mintri yang duk komen benda ni, semua pihak yang ada kuasa dan pengaruh pun bercakap. Tu dulu laaa...

Maka tindakan pun diambik, sama-menyaman dan beku-membeku. Sedangkan, perkara pokok tentang SC iaitu MENGESAHKAN KETULENAN pelaburan ini menerusi MUTUAL FUND sah dan berdaftar tak pun dikisahkan.

Pelik sebenaqnya, sungguh pelik.

1) BNM benaqkan rakyat Malaysia laboq ke luaq negara sejak 1 April 2005 dan dikemaihkan lagi peraturan ini pada 1 April 2007. Pelaboran yang dimaksudkan di luaq negara tu dalam konteks hari ni tak semestinya menghendakkan kita pi luaq negara, kalau ada teknologi yang boleh pakai ke arah tu pasai pa jadi salah...? Sama ka PELABURAN INTERNET dan PELABURAN LUAQ NEGARA MELALUI INTERNET...? Bank utama di Malaysia ni pun dah ada produk investment dan share depa yang diniagakan secara internet, inipun pelaburan internet jugak ka...? Oh ya, sebut pasai bank utama ni aku nak habaq yang Maybank baru umumkan untung sebelum cukai berakhir pada 30 Jun 2007 sebanyak RM 4.36b.

2) Dan untung selepas cukai Maybank ialah RM3.18b, naik 14.6% dari taun lepaih. Boleh baca di SINI. Maknanya, cukai yang MBB kena bayaq kepada kerajaan Malaysia ialah RM4.36-RM3.18=RM 1.18b. SMF pulak berdaftar di bawah International Business Registration (IBCs) dan dikecualikan cukai oleh kerajaan DOMINICA sejak 1997 hingga 20 tahun beroperasi. Bila cukai tak kena, bukanka para pelaboq boleh dibayaq lebih tinggi....!? Apa nak pelik...?!

3) SC pulak HANYA diniagakan melalui internet. Tak dak kaunter. Cukup jimat pasai....

3a) Opis atau kaunter bukak 24jam dengan tak payah ada sorang pun kena jaga kaunter, kecuali time maintenance.
3b) Tak payah buang duit bukak opis di mana-mana negara, hanya tumpukan sepenuh masa di headquarters di Dominica.
3c) Tak payah terikat dengan mana-mana negara punya peraturan, cukai hasil, pintu, tanah, pendapatan, perniagaan, korporat semua tak payah, security guard pun tak payah ada.
3d) Dengan platform internet, prospek besaq ke satu dunia tak payah ada pegawai pemasaran. Pelaboq yang jadi pegawai secara tak langsung untuk kembangkan market.
3e) Tak payah buang duit untuk renovate opis, bil-bil, kertaih pun tak payah keluaq, semua masuk database online boleh achieve.

Jadi, untuk bagi keuntungan 1 peratus sehari kepada pelaboq untuk SIP25 dan 0.5% sehari untuk pelaboq untuk SIP yang lama amatla 'achieveable'. Bukan pelik. Tambah-tambah lagi SMF beroperasi tanpa politician yang biasanya akan mempolitikkan perniagaan depa. Alaa... macam bola jugak laa......

4) Bila SS amik tindakan mula dengan AMARAN, dan MENUTUP web pelaboran, satu lagi benda pelik berlaku. PASAI PA SWISSCASH TAK DITUTUP OLEH SS kalau betui benda ni SCAM? SS hanya membuat statement depa dah tutup 10 web dan 10 web ni pun kalau SS tak tutup pun web-web ni dah tertutup dengan sendirinyaa..... Bukan ka pelik, pi tutup benda yang dah tutup...? SS juga la ni dok cari pelaboq SC untuk bertanya khabaq.... Siap hantaq surat kepada pelaboq untuk mai ke opis SS untuk membantu memberi maklumat. SS juga pesan dalam perbincangan tu, jangan laboq SC pasai kata depa "MFK dah keluaq fatwa..... tak elok langgaq fatwa....",

Bagi member yang loyaq buruk, dia jawab.... "Rokok pun ada jabatan mufti kata HARAM, letak kalung bunga dan berdoa depan tugu pun HARAM, bukak aurat pun HARAM, malah ASB pun HARAM gak.... pasai pa tak ditekankan....? Pasai pa kerjaan yang jadi LEADER buat benda haram ni...?" Pasai kena kat batang hidung depa....! Tu tak sembang pasai kegawatan rasuah projek tender kerajaan lagi, salah guna barang kerajaan, pembaziran duit kat pertandingan bunga api, kes curi balak, kes curi duit PPRT, kes cium pipi pelakon hindustan, kes shooping kat luaq negara sampai 17 kereta kena bawak barang dia, kes model Mongolia..... banyak laggiiiiiiiiiiii....... Tak boleh didetailkanlah pulak, aku ni bukan blogger yang power macam Raja Petra tu....... TAHNIAH RAJA PETRA...!

Aku menyebut begini bukanla pulak aku bermaksud yakin yang SC ni halal pulak, hangpa jangan salah paham. Kurang-kurang kena la ada satu perbincangan yang serius. Mula dengan KETULENAN SC di DOMINICA sana dan SMF, masuk bab agama, masuk bab-bab lain, cukai ka dan sebagainya.

Itupun kalau nak dilayan ADIL SC ni, kalau tak mau dilayan adil pun, janganla pulak bersikap double standard dengan hukum hakam, buruk sangat perangainya...! Yang dia suka dia kata HALAL, yang dia tak untung dia kata HARAM... Takkanlah macam tu....?!! Takkan berani tak malu cakap pasai aurat sedangkan dia sendiri atau bini dia atau anak dia sendiri tak pakai tudung...?!

Dan satu lagi yang pelik ialah BNM pun takdak komen tentang apa yang sedang berlaku ni antara SS dan SC ni. Tapi hal ni aku tak pelik sangatla berbanding kepelikkan yang dipanjanglabaqkan tadi. Kira 'selamat' laa.....

Ini sebenaqnya cerita dulu yang dibagi napaih baru. Saja sebulan tak menulih jadi kita flashback semua laaa....

Tapi keadaan yang terbaru ni, SC tak boleh di aksess walaupun apa cara. Untuk perbincangan dan keterangan lanjut dipersilakan ke RUANG FORUM untuk mendapatkan maklumat. Malaih aku nak tulih panjang-panjang di sini. Takpayahlah pulak email aku tanya pasai hal ni, jawapan berlambak di forum sana....

Nak dikatakan SC dah bungkuih pun belum boleh pasai ada aktiviti maintenance, nak kata ada pulak pun kita belum tahu....

Mungkin SC tengah bersiap untuk memberikan kemerdekaan kepada pelaboq-pelaboqnya, terutama dari Malaysia, kita yang orang biasa-biasa ni tunggu sajalah.....

Macam-macam boleh berlaku, bersedia....!

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE-50.

Semoga kemakmuran dan keberkatan untuk bumi Malaysia ini berjaya dicapai dan dilorongkan jalan oleh Allah SWT, dan moga semua usaha ke arah itu akan berjaya walaupun dengan perubahan yang besaq...! Moga semua kemaksiatan dan kemungkaran yang dilakukan dalam negara ini oleh sesiapa sahaja akan dihapuskan oleh Allah, semoga bumi ini mendapat pemerintahan yang diredai Allah dunia dan akhirat... Semoga akal dan fikiran kita semua terbuka luas untuk di anugerahkan ilham ke arah itu oleh Allah SWT.

Sekian.