JOM KIRA RAMAI-RAMAI...!!! BERMULA 11 JUN 2007,


Monday, June 25, 2007

Blog Ubat

Lagi 98 hari ke 1 Oktober 2007. Keadaan makin sejuk sebenaqnya, mana-mana pelaboq yang sebelum ni dok marah-marah nampaknya dah slow down sikit. Bahan nak ditulis pun berkurang. Bukan mati idea, tapi kalau tak ada bahan buat apa buang masa menulih...? Bukan ka diam tu lebih baik dari berkata-kata yang sia-sia...? Ada jugak yang dok tulih kat forum tu, nampak sangat macam tak ada apa nak tulih, jadi dia memilih untuk mengacaula, apa lagi....!? Tapi bilangan depa tak ramai, dan aku biaqkanlah saja... Harap depa bahagiaaaa.... Terima kasih jugak kerana melawat blog ni, dan aku ulangi untuk kesekian kali, keja ni free, jadi kalau sapa yang tak suka baca sila jauhkan diri...

Kita simpuikan apa yang dah berlaku dalam 2 minggu ni, dalam bentuk point form, supaya yang dok masih tanya aku apa yang berlaku ni paham, nak explain ramai-ramai tak menang la beb...

1) SC masih beroperasi, KECUALI di Malaysia TAK BOLEH dilayari. Tak dibenarkan rakyat Malaysia masuk akaun sendiri, membuat sponsor, melaboq semula, atau membuat pelaboran baru dengan akaun baru.

2) SS masih belum menyekat SC. SS dan sekat 8 web pelaboran, belum sempat habih ditutup berpuluh-beratus web-web investment, ada 33 juta lagi web lucah menunggu.... uihhh... mau hilang ingatan pegawai yang dok buat keja ni....

3) Lain-lain entiti di Malaysia seperti MFK, BNM dan sebagainya, TIADA ISU BARU. Kekal seperti 2-3 bulan lepaih.

4) Web SC boleh dimasuk jika kena caranya, sama ada melalui SC mobile atau menggunakan proksi. Tapi aku cadangkan kepada sesiapa yang tak ada SIP25 tak payahla sibuk nak masuk, tunggu sajalah sampai SC bukak semula seperti asal. Tu pun kalau ada rezeki dan umoq panjang laa....

5) SC dijangka akan dibuka semula seperti sediakala, bilaa......? Tak Tau...! Mungkin selesai habih semua isu panaih la ni... tak lama daahhh... agaknyala....

6) Ada beberapa akaun leader DKT khususnya dah kena freeze oleh pihak berkuasa. Ataih KESALAHAN YANG MANA SATU.....? Aku tak tau....!

7) Yang pasti, pihak SC jugak bengang dengan beberapa pelaboq yang terang-terang melanggaq peraturan, hangpa boleh nilaikan sendiri dalam perenggan di bawah.

WARNING – SwissCash’s Management has the right to revoke any investor’s membership whenever it is found that the means, methods and motive to promote SwissCash have caused direct/indirect malicious repercussions to SwissCash’s global image and business growth or have broken any financial regulation in their own country.

Jelaih sekali, ada pelaboq dah terlajak jauh, pandai-pandai pikiaq sendiri, sapa terasa....? Ini antara sebab menyebabkan SC digantung la ni untuk Malaysian. Boleh baca semua posting dalam blog ni untuk dapat info, kalau boleh membantu.....

Ada jugak yang kata aku promote orang masuk group aku dalam blog ni.... hahahahhaha.... be careful leaders, aku dapat lebih 50 permohonan. Tapi ataih dasaq pikiaq pakai-akai, aku put on hold dulu, semua aku kata tunggu Oktober. Aku tak gila kuasa dan duit ringgit hingga TAMAK nak jugak-jugak dan promote produk lain pulak macam setengah power-rangers-leaders. Itu prinsip aku..... Nak pi report sukati hangla...! (Terasaaa kaaaaa.......?) Kalau kita sorang introducer, ni aku nak tanya, bila last sekali kita call introducee kita.....? Cerita explain apa yang berlaku....? Oh ya, terima kasih kepada sesiapa yang berminat tu.... kita tunggu masa yang sesuai insyallah..... tu pun kalau masih minat nanti.

Ada jugak yang tumpang blog ni pi cerita kat introducee masing-masing, "hangpa pi amik maklumat kat sana, hampir semua ada.....", kata depa. Baguih alhamdulillah, at least ada tanggungjawab. Senang keja depa kaaaaaannnnn.......? Aku tak kisahla....

Introducer aku sebenaqnya dah 4-5 bulan tak kol aku tau dak...?! Tapi aku tak peduli la, walaupun di hati kecewa tu ada. Ntahla dia baca ka dak blog ni...?

Di sini aku nak menyeru sapa yang ada DL dijemputla kol depa tu, kesian aku dapat email macam-macam komplen pasai UL, kesian, naya depa tu.... apa salahnya kol balik, tanya khabaq... dulu waktu nak bagi dia masuk bukan main lagiiiiii..........! Tak patutlaa kalau dibiaqkan sajaaa........

TAHNIAH kepada member-member yang dah mencerminkan kualiti pelaboq yang ingin dibentuk melalui blog ni melalui tulisan depa di forum. Aku sebenaqnya nak upgrade forum tu jadi lebih proper, tapi memandangkan SC dan blog ni pun ntah tak tau bila akan bungkuih, biaq pi lah dulu, kalau aku upgrade nanti tetiba kompom bungkuih (iissssyyyy.... mulut...!) kan buang masa aku....!?

Dan sebenaqnya memang banyak masa yang dah dikorbankan untuk blog ni, ada kepuasan dalam diri, mesti ada jugak yang tak suka, dan aku tak peduli...! Kalau nak blog yang hangpa suka, buatla sendiri... pastu baca sendiri....!

Terima kasih semua, insyallah bilangan pelawat blog ni akan menjangkau 10,000 orang Rabu ni, 27 Jun 2007, dalam keadaan yang semakin sejuk ni, dengan rendah hatinya aku ingin mintak maap kepada semua ataih segala yang mungkin kasaq dan menyinggung hangpa. Pasti ada power-rangers yang baca blog ni, mentol aku tak taula, mantapkan diri untuk menerima 'ubat' dari sini, termasuk aku sendiri jugak....

Bukanka ubat untuk orang dewasa selalunya PAHIT....?

No comments: