Thursday, June 14, 2007
Kodok Sesat
Aku sempat jeling kat paper murah KOSMO! sat tadi dengan tajuk besaq, "Suami-Isteri Nyaris Bercerai, Duit Juai Lembu Hanguih, BALA LABOQ INTERNET...!"
La ni boleh di kira time kemenangan depa, seronok sakan, semua yang di usaha sejak 5 September 2006 lagi nampaknya hampir berjaya...! BNM, SS, (Majlis Fatwa Kebangsaan) MFK, KERAJAAN, malah Mentol DKT pun dah di freeze kan akaunnya... Berjaya..! Berjaya...! Berjaya...! Semua web pelaboran internet pun nampaknya hampir pupus di alam maya buat masa ni, berjaya sungguh depa...!
Tapi mungkin depa lupa perkara asas, iaitu MEMAHAMI konsep pelaboran MASA KINI yang telah MULA di luaq negara, dan PASTI akan sampai ke Malaysia antara 3-7 tahun akan datang. Pada waktu itu aku yakin MFK akan bersidang semula, untuk mengkaji balik fatwa mengharamkan pelaboran internet, kerana produk pelaboran PNB dan fund managers yang lain jugak akan mula di jual melalui internet pada waktu tu...! Bermakna, depa jugak adalah BAKAL penganjoq pelaboran internet yang puak-puak tu takuti di masa depan...! Betui atau dak, moga kita ada umoq yang cukup panjang untuk jadi saksi sekali lagi...!
Depa tak minat untuk amik tau KELEBIHAN PERNIAGAAN MELALUI INTERNET, asai internet saja, investment, asai investment saja internet... Hidupla depa seperti kodok di bawah tempurung... Rasa PERAK (pelik), TAKUT, dan RASA DIRI SENDIRI PANDAI kerana mungkin bagi depa dah berjaya membuktikan sesuatu yang BENAQ..! Ataih pahaman kepala otak depa yang sempit lagi suka menyempitkan itu...!
Padahai, depa kena amik tau dan belajaq dulu, apa itu internet, apa perniagaan internet, apa pelaburan internet, apa pelaburan MELALUI internet, banyak mana jimat yang boleh dibuat, apa offshore, apa SSL Cert, berapa ramai prospek yang berpotensi dari internet, macam mana nak kenai yang betui dan yang kon, apa risikonya, bagaimana soal hukum hakam dan keputusan lain di dunia luaq, maklumla depa hanya juai paper murah di negara sendiri, tak mungkin laku kalau dijuai di luaq...!
Mengkaji balik fatwa bukan bermaksud apa yang telah difatwakan itu salah, tapi dalam kes la ni, dengan lebih banyak PENIPUAN dari yang betui dari konteks pelaboran DALAM internet yang cukup luas itu, MFK boleh aku anggap memberikan fatwa yang "sesuai" sahaja pada masa la ni...
Ini kerana tak dak pihak yang TAMPIL membuat penjelasan dan penerangan yang sebenaqnya, mana mungkin nak buat penerangan yang benaq andai Dominica pun tak penah dijejakkan kaki...! Walaupun duit dikatakan berguni...! Pooorrraaaahhhhh chit....!
Aku tulih untuk kita renung, begitu bengongnya depa itu...!
Sapa bengong...?
Pikiaq sendiri... sungguh ramai kalau nak ditulih...!
Tapi yang pasti BUKAN MFK, aku HORMAT depa itu, ULAMA' PEWARIS NABI...! Depa hanya menjalankan tugas yang di amanahkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment