JOM KIRA RAMAI-RAMAI...!!! BERMULA 11 JUN 2007,


Thursday, May 31, 2007

Sekat...?

Ingatkan nak lepak lima nam hari, baru tulih balik, tadi ramai pulak yang tepon aku kata ada news dalam TV3, Suruhanjaya Sekuriti (SS) nak sekat semua web penipuan yang ada kat internet start 11 Jun ni... kalut...

Aku pun bukakla SS punya web, memang ada news tu, ada press release yang hangpa boleh tengok kat http://www.sc.com.my, cari di sana....

SS dikatakan akan MULAKAN operasi MENYEKAT mana-mana laman web yang menawaqkan pelaburan yang TIDAK SAH kepada orang ramai MULAI 11 JUN 2007. Pelaboq diminta KELUAQKAN (macamana nak keluaq ACF ooiiii...?) semua duit depa dan TUTUP akaun (kalau dah keluaq semua duit tak tutup akaun pun takpa...!) pasai kalau dah ditutup, takdak sapa boleh masuk lagi...

SS buat kerjasama dengan pihak Multimedia Malaysia (MCMC) dan CyberSecurities Malaysia untuk mula JEJAK, KENAL dan SEKAT web tempatan dan asing yang tawaqkan internet investment (yang tak betui, kata depa...)

Yang TAK BETUI ni bagi SS ialah yang TAK BERDAFTAR dengan SS. Tu saja....

Termasukla SC.....

Aku penah sentuh bulan lepaih yang SS memang boleh tutup aksess pi SC kalau betui pun, apatah lagi kalau SC ni SCAM. Jadi, kalau tindakan SS ni SERIUS, maka kita akan mula nampak satu per satu internet investment ni dihalang aksessnya di Malaysia. Tapi di Indon dan lain-lain negara patutnya masih boleh aksess.

Elok juga sebenaqnya, kalau SC tak ditutup dalam masa sebulan dua ni, maknanya SC genuine investment, TAPI nak genuine macamana kalau DEFINASI "TAK BETUI" bagi SS ialah yang "TAK BERDAFTAR" dengan depa...?

Mana boleh...?! Adakah sama yang "TAK DAFTAR" dengan "TAK BETUI (SCAM)"....?

Apa rasional Bank Negara keluaqkan DASAR LIBERALISASI pada 1 April 2005 dan 1 April 2007 yang lepaih.....? Awat BNM kata DIBENAQKAN LABOQ KE LUAQ NEGARA TANPA KEBENARAN KHUSUS TERLEBIH DAHULU...? Pasai pa kelonggaran ni dibuat di peringkat Bank Negara....? Macamana BNM boleh longgaqkan dasar pelaboran luaq negara TAPI BNM tak mintak pun syarikat pelaboran tu DAFTAR DULU dengan SS dalam press release BNM tu...?

Jelas sekali ada pertembungan makluman atau arahan dalam kedua-dua entiti ni... Dan aku tengok dalam web BNM jugak tapi TAKDAK isu tutup-mentutup ni....

Dan ikut kata salah sorang mentol, top mentol dah penah kena soal-siasat 4 jam dengan SS pada taun lepaih... awat dari taun lepaih SC tak ditutup kalau SS dapat tau SC khususnya SCAM...?

Investment lain yang dah lingkup tu aku tak peduli la.... lantak pilah kat depa, SS tak cadang pun nak tutup lagi, depa dah tertutup dulu.... Banyak....

Jadi...? Aku pun rasa macam nak mengong bila pikiaq, tu pun kalau SC genuine investment dari luaq negara (DIBENAQKAN OLEH BNM), tapi pasai TAK DAFTAR dengan SS, maka DILARANG oleh SS.... pasai larangan tak laboq saja tak cukup, maka TUTUP aksess saja, SENANG KEJA DEPA.

Nampaknya kalau macam tu, DKT punya investment product recommendation yang berbelaih dalam web tu, satu-satu akan ditutup.... jeng...jeng...jeng.... dan pastu DKT pun tutupla jugak... takpun depa semua pindah Indon, baru POWER...!

Boleh kaaa....? Pening...?

Aku ringkaskan dalam bentuk premis-premis berikut....,

1) Pelaboran luaq negara BNM dah benaqkan kepada pemastautin biasa rakyat Malaysia sejak 1 April 2005. Tidak perlukan kebenaran khusus kecuali pengeluaran ke luaq negara lebih RM50k kena buat makluman kepada BNM untuk tujuan statistik.

2) Investment di SC adalah SAH dan DIBENAQKAN di Malaysia ataih sebab (1) di atas. DENGAN SYARAT, SC ADALAH GENUINE OFFSHORE INVESTMENT (Ni yang aku selalu bising.... tak dapat-dapat info yang meyakinkan...!)

3) SS nak MULA TUTUP WEB yang MENAWAQKAN SKIM PELABURAN TIDAK SAH di Malaysia, TIDAK SAH bagi SS ditakrifkan sebagai TIDAK BERDAFTAR dengan SS.

4) SC TIDAK BERDAFTAR dengan SS pasai SC adalah produk luaq negara. SC sebenaqnya tak perlu daftar pun dengan SS pasai operasi SC tak significant untuk didaftarkan dengan peraturan SS di Malaysia malah mana-mana negarapun.

5) Maka, SC secara logik juga akan ditutup aksessnya, penaakulan mantik mudah tingkatan 4...

Betapa SERIUS tindakan atau perancangan SS ni kita tak tau lagi, kena tunggu.... dan berdoa kepada Allah dengan penuh harapan.

Teringat aku satu lagi ayat Al Quran, "... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui...", Al Baqarah, ayat 216.

Orang mukmin sepatutnya tenang, ada aqidah, kita special dari penganut agama lain....

Dengan pengumuman SS yang baru ni jugak, kita MUNGKIN akan dapat lihat kesungguhan DKT malah Si Lee tu untuk memihak, membantu, memperjuangkan dan menuntut HAK MELABOQ KE LUAQ NEGARA kita dari SS andai benaq SC bakal ditutup oleh SS. Mana taknya kalau kita, dari Malaysia adalah pelawat majoriti dengan 50% aksess berbanding negara-negara lain...? Bukankah kita patutnya istimewa di pandangan SC...? Dan mungkin tindakan DKT dan Si Lee tu akan tunjuk kat kita, baru tau sapa pompuan sapa pondan...!

Lee....., mana hang....? DKT...., mana hangpa piiii......?

Poooooorrraaaahhhhhhhh.........!!!!!! Chit....!

Kelihatan di gambaq super-power-rangers leaders sedang bersedia untuk menggempur SS untuk menuntut HAK MELABOQ KE LUAQ NEGARA ataih kebenaran BNM sejak 1 April 2005 lepaih, tiada di gambaq, Si Lee... Mana dia pi ntah...!




P/s: Bukanlah elok kalau SS dan geng yang nak menutup tu cari web-web yang ajak orang murtad, yang skinhead, yang punk, yang underground, yang sediakan khidmat seks, yang ajak orang khurafat, yang ajak orang maksiat, yang ajak orang jadi terrorist, yang boleh download gambaq lucah, video lucah, yang juai CD haram, yang mempersenda agama Islam, yang buat provokasi agama, yang buat provokasi bangsa, yang dok mengutuk ulama' dan sebagainya dan tutup depa ni dulu, barula pikiaq nak tutup SC.... tak boleh...? Oooooo... pasai tak masyuk kann...........?!

Tuesday, May 29, 2007

Soalan Pelabur Marhaen...

Dah 2 bulan.... sejak April 2007 lepaih, swisscash dah kena dengan Suruhanjaya Sekuriti, akhbar-akhbar, Majlis Fatwa, heboh dengan Bank Negara, Kementerian Multimedia, menteri-menteri, kena bantai pada Minggu Saham Amanah PNB, kena dengan ustaz-ustaz tertentu, malah yang lebih teruk, geng-geng investment lain terutamanya daily punya hampir 95% dah lingkup. Dalam masa yang sama, SC pulak buat magic, tukaq program...isy...isy...isy... apa cerita ni....?

Ada jugak geng yang masih buat SC ni mintak aku stop saja tulih, tak mau ada pembaca jadi negatif lalu melingkupkan group depa. Sukacita aku nak habaq lagi sekali, aku pun ada group jugak, dan tak logik aku nak lingkupkan group sendiri. Aku ada lebih kurang 2000 akaun ahli di kiri dan kanan, dalam keadaan ni, dalam keadaan aku tulih ni, alhamdulillah, sejak Mei 2006 aku masih dapat SFP sampai la ni... terima kasih aku ucapkan kepada member group aku yang nampaknya mantap walaupun macam-macam dah jadi. Aku berpendapat perlu untuk kita bincangkan secara terbukak semua isu, tak dak selindung-selindung. Ingat, duit orang.... kita kena tanggungjawab jugak...

Sebelum aku tulih ni, aku sempat jugak masuk tengok ke semua web mentol dan super-power-rangers-leaders kalau-kalau ada jawapan terkini dan penerangan tentang isu-isu terendam-terpendam yang aku nak bangkitkan di sini. Depa bolehlah aku anggap sebagai Tunggak Unggul (atau ringkasnya TUNGGUL... hahahahahhahhahah......!) SC yang berada di level of konfiden yang paling ultimate dalam pelaburan ni. Aku tak payah habaqla sapa hangpa pun tau sendiri ada la 5-6 web taiko yang power-rangers tu...!

Tapi malang, takdak apa-apapun isu terkini yang dihuraikan. Mungkin depa ikut cara penerangan mulut ke mulut.... yang tak sampai ke telinga aku la setakat ni...

"Kalau SC ok Oktober ni, hang tak malu kaa...Pasai macam-macam hang kutuk depa?" Ada orang tanya....., "Laaaa.... apa nak malu lak...? Sujud Syukurla....." aku kata.

Aku tutup tulisan Mei 2007 ni dengan refresh balik semua yang berlaku sepanjang 2 bulan ni, kalau hangpa ada jawapan-jawapan ataih apa yang aku nak mengarut kat bawah ni, sila hantaq email ke pakai_akai@yahoo.com, aku akan publishkan tulisan hangpa tanpa edit, kalau hangpa tak mencarut... Cabaran kepada leaders, CARI JAWAPAN...!

1) Buktikan SC adalah genuine offshore investment. Buktikan SMF dengan nombot IBC 00757 tu dalam satu dokumen yang meyakinkan. Tunjukkan 3rd party link-link yang berkaitan untuk kami semak. Lepaih semak kami nak pakai buat presentation pulak... Kalau boleh ada bukti-bukti bergambaq, bukan andaian semata. Paling penting, antaranya berkaitan dengan opis dan Si Michael tu....

2) Buktikan SC ni dikonsider konsep pelaburan yang halal dalam hujah-hujah ilmiyah dan berakademik. Sanggah semua pandangan uztaz yang menentang dan dengan baik explain kembali ataih apa yang difatwakan oleh MFK.

3) Buktikan Si Lee tu pengarah teknikal Asia, dan mana rakan-rakan sejawat dia di rantau yang lain.

4) Explain kenapa dalam senarai visitor WHOIS tunjuk Malaysian visitor ke SC lebih kurang 45-55%. Boleh tengok kat Laporan Terperinci SwissCash dalam link di blog ni...

5) Explain "sekali lagi" apa cerita dengan ACF...? Aku pernah timbuikan isu ni dulu..... baca balik...

6) Explain mekanisme macamana e-point boleh avialable pada petang 6 April 2007 lepaih, hari yang sama semua e-point dibekukan ke ACF, tup-tup petang ada balik di akaun mentol. Apa cara dia pakai...? Kalau TT (kut dia salah sorang dealer) patut amik masa paling koman 2-3 hari... Tunjuk bukti.

7) Explain macamana mekanisme TT ke Malaysia la ni, macam mana flow chart kalau kita bawak TT balik Malaysia. Pasai pa "CASH DEPOSIT' yang keluaq...? Sapa bank in...? Apa untung SC lantik dealer tolong bank in ringgit ni....? Bukankah terus macam dulu dari Barclay Bank lagi baguih....? Walaupun mahai tapi bukti penghantaran tu lebih mahai harganya. Kalau melibatkan orang tengah kan lebih berisiko....?

8) Kenapa DKT dah macam tak sungguh-sungguh lagi dengan SC ni....? Kenapa tak ada explaination ke pihak media...? (pernah ditimbuikan dulu...) dan kenapa jawapan-jawapan ataih isu sebelum ni tak dijawab dalam website....? Makin sarat web tu dengan peluang cari duit saja... duit...duit...duit....

9) Apa dah jadi dengan CHINEESE BANK GATEWAY...? Dari FEB 2007 aku tengok "unavialable...", apa cerita...? Hangpa tak perasan kaa....? Cuba mintak member yang paham bahasa cina baca tengok.... Sapa boleh jawab...?

Aku sebenaqnya tak heran dengan apa yang paper tulih, boleh pakai akai pikiaq apa...? Tapi semua soalan di ataih ni setakat yang aku tau tak ada jawapan yang betui-betui boleh aku terima. Hangpa kalau baca semua tulisan aku dalam blog ni mesti tau inilah semua isu yang aku pernah sentuh dalam tulisan yang lepaih-lepaih...

La ni aku bukak pada sesiapa yang ada jawapan sila email kat aku. Tak payah ulang kata- "pelaburan ni ada risiko, tak payah laboq kalau takut, aku cuma tunjuk SC untuk hang laboq, risiko tanggung sendiri...Kami sebagai leader hanya nak share saja, kerja kami la cari semua investment untuk share dengan hangpa, sebab tu ada group, tapi jangan laboq sampai lupa risiko...Kami tak bertanggungjawab kalau ada apa yang berlaku nanti, kami pun pelaboq macam hangpa jugak..." Aku dah meluat...!

Leader takkan cakap macam tu, yang cakap macam tu adalah follower... pengikut...

Sekian dulu, lagi 125 hari lagi, moga semua impian kita akan jadi kenyataan....

POWER...!

Tuesday, May 22, 2007

Laaaa....?

Aku banyak dapat komen dalam email, yang mengutuk pun ramai jugak... jawapan ringkas aku tulih kat sinilah... supaya takdak orang salah paham lagi, tak payah ulang lagilah isu ni kalau boleh, buang masa aku, dan buang masa hangpa jugak...

1) Pandangan aku dalam blog ni adalah pandangan peribadi + dengan beberapa pandangan member lain yang bersembang dan jugak yang email kat aku. Boleh baca PERHATIAN kat bawah sekali dalam blog ni...

2) Bila kata pandangan peribadi, takkan mungkin semuanya betui...? Kalau hangpa study pasai SC, mesti hangpa ada jawapan masing-masing... bila dah ada jawapan masing-masing, tak payahla ikut jawapan aku...!

3) Aku bukan taksub SC. Dulu pun tak taksub. Cuma bila nampak ada peluang, aku dan geng aku cuba amik. Semua isu yang ditulih dalam blog ni penah dibawak sembang dengan pihak atasan termasuk mentol pun kat perjumpaan-perjumpaan sebelum ni. Bukan baru timbui la ni... lama daaahhh....

4) Tujuan blog ni ditulih bukan untuk dapat nama, sebab tu aku tak letak nama aku... Kalau letak pun bukan dapat duit.... aku tulih kat sini free saja, kalau hangpa tak nak baca pun takpa, takkan aku nak suruh pulak...? Sekupang pun aku tak untung... Seduit pun aku tak rugi....

5) Kalau SC betui, apa nak takut...? Aku pun suka pasai USD aku dan family aku yang terlekat dalam ACF lebih USD100k... Tak termasuk member-member, sedara-mara, so, aku pasti suka kalau SC ni mampu bayaq balik dengan untungnya Oktober nanti. Takkan kerana penulisan aku yang negatif lebih banyak tu mampu membankruptkan SC...? Tak mungkin....! So....? Ada masalah....? Sapa blog aku ni nak dibandingkan dengan web SC yang serba canggih tu...? Takkan mungkin nyamuk makan gajah...!? Cuma elok bagi aku dijadikan cabaran untuk leaders...., CARI JAWAPAN....!

6) Kalau mana-mana leader kata tulisan aku menegatifkan group depa, kena la keja kuat sikit untuk yakinkan member group..., elakkan depa baca kalau perlu. Aku pun ada group jugak...., tak logik rasanya aku nak lingkupkan group sendiri, tapi aku hepi bila depa pelan-pelan boleh set dalam otak untuk bersedia hadapi apa saja nak jadi nanti. Khususnya Oktober.

7) Aku dah habaq tujuan aku tulih blog ni pasai nak menyediakan semua pelaboq dengan RISIKO DEPA YANG PALING BESAQ... kalau depa dah berani dan bersedia melaboq, depa pasti dah amik risiko tu.... leader semua apa nak takut...?

8) Aku jugak AMAT harapkan Oktober ni semua OK... bukan hangpa saja...

9) Tulisan aku kepada Si Lee dan DKT tu memang kasaq, tapi aku tak penah mencarut pun........? So, janganla sapa-sapa mencarut pulak... kalau depa tak boleh terima tak payahla baca.... Mungkin blog ni tak sampai pun kat depa.... bukan ramai sangat yang baca pun....? Yang mengundi 60 orang, tolak yang undi 3-4 kali, so dalam 30-40 orang saja yang baca... sikit saja..... takkan mampu lawan group DKT...?

10) Kalau tulisan aku ni tak membawak faedah kepada hangpa, tak payah la baca... Kalau mengarut dan menakutkan hangpa, tak payahla baca, kalau negatifkan hangpa, tak payahla baca... tak susah punnn....?

Bukan apa...., semua yang laboq SIP tu ada harapan, ada macam-macam jenih orang. Ada orang susah, ada jugak orang senang. Duit yang depa laboq tu mungkin tu sajalah yang depa dapat simpan bertaun-taun... Kalau terseleweng, kan berdosa bagi kita yang ajak depa...? Terseleweng ni ada banyak, antaranya, HARAM, dan TIPU. Ni kena pikiaq jugak kawan..... Sapa rasa hangpa yang paling layak huraikan hal-hal ni....? Bukan DKT...?

Jadi kesimpulannya, aku tak harapkan nama bila tulih pasai aku tak cari makan cara ni. Sapa yang baca kena pikiaq sendirila, kalau tak setuju pasti ada alasan-alasan hangpa, tu pandangan hangpa pulak, dan mungkin jugak pandangan hangpa aku tak setuju.... Aku dah kata, PANDANGAN PERIBADI dan BACA SECARA MAIN-MAIN SAJA...

Selamat Berjaya Semua...!

Monday, May 21, 2007

Teruih Mencuba...!

Ada jugak yang respon kat aku kata, dia dah mula hilang minat nak buat side income lagi, asai dia start buat apa-apa yang dia rasa boleh bagi side income-lingkup, asai nak buat lingkup, asai lingkup dia pun nak buat...! Kesian jugak.... Tak ada rezeki ka apa... Aku pun tak tau....?

Tu la yang jadi bila dia start buat SC, baru start... kena pulokkkk....! Dan ada beberapa lagi yang dia buat sebelum ni semua tak jadi, tu yang dia maleh tu....! Sampai nak ajak buat benda baru pun dia dah phobia...! TAK PENAH JADI...!

Elokla jugak aku bagi sikit nasihat pakat-pakat share la, walaupun aku pun lum terbukti berjaya dalam cari side income ni, aku bukan mentol atau super-power-rangers-leaders... hangpa jangan lupa tu...! Sekupang pun aku tak heran...! Kalau aku sorang mentol mungkin aku tak buang masa buat blog ni, baik aku duk umah main dengan anak.... tak pun pi Shanghai lagi..., Dominica tak maula..., takut loo....! (Pondan kaa....?) Aku pun tak mau syok sendiri nak nasihat kat hangpa, tapi sapa yang nak pakai sila amik..., Sapa tak mau SUDAH...!

Kalau diikutkan sejarah, yang mula-mula cipta tepon ialah Graham Bell (taun 1876), dah mati dah dia... lama dah.... taun 1847 hidup, mati taun 1922. Lepaih dia cipta, ada sorang mamat nama Philip Rice claim kata dia yang cipta tepon tu dulu, Graham Bell cuma tambah bunyi saja. Kata si Philip ni, dia dah berjaya hantaq bunyi dan tone melalui wayar, cuma lepaih dia TRY berkali-kali nak hantaq bunyi SUARA, tak jadi...., so dia malaih lagi nak try...

Pastu si Graham Bell ni upgradekan sikit ciptaan si Philip ni dan lepaih tu nama dia pulak yang masuk sejarah jadi pencipta tepon...

Mana tak bengang mamat Philip ni...!

Kes ni masuk mahkamah agung Amerika taun tu, dan Graham Bell menang. Maknanya si Philip GAGAL mencipta nama sebagai pencipta tepon, walaupun dia sudah hampir berjaya..!

Bagi aku, si Philip ni BUKAN GAGAL, cuma dia BENTI TRY. Baguih pengajaran cerita ni kalau kita boleh amik... tu pun kalau hangpa nak la.....

Kalau tak nak pun aku peduli apa....!?

Paham kaa...? Paham la kott....

Aku tau, ramai yang tunggu Oktober ni baru nak decide... baguihla... Kalau time tu betui-betui SC ok, pikiaqla balik nak buat ka dak, yang penting soal HALAL-HARAM kena bagi clear dulu.... ada jugak leader yang kata dia ada info pasai HALAL-HARAM ni...., kata dia OKKKKK.....! Halal ni......!!!!

Setakat yang aku dapat info....., susah nak lepaih la beb.....! Tak cukup lagi...!

Bila jadi camnila aku nak sangat DKT & SEMUA YANG KONON LEADER KELUAQKAN apa yang depa ada...! Jangan dok berani sembang ngan member saja...! Mana ustaz...? Mana bukti...? Mana tokoh...? Mana kitab....? Mana mazhab.....? Mana hujah....? Aku tak tau mata aku ni rabun ka apa ka bila masuk tengok dalam web DKT hal ni tak dibincangkan langsung oleh mentol...! Ada kaa...? Aku salah kaa....? Hantaq mai kat aku....! Jangan lupa hantaq kat wartawan sekali...!

KELUAQKAN....KELUAQKAN.....! Kalau OK aku pun nak buat jugak...!

Tapi takla terdesak sangat....., aku tak heran pun dengan KAYA depa tu.....!

Takat yang Allah bagi ni pun syukur bebanyak....

Alhamdulillah.....!

Saturday, May 19, 2007

Bagi la lagi....

Ok la.. okla... okla.... Tak pueh hati jugak depa bila aku habaq yang positif pastu yang negatif pun selit jugak... orang yang nak masuk sat tadi tetiba kansel pulak.... isy...isy...isy.... sabaq...sabaq....!

Ni aku bagi satu lagi kalau hangpa belum jumpa, aku dah jumpa lama benda ni tapi malaih nak habaq kat hangpa semua. Saja malaih...

SC punya server setakat yang aku check duk dalam Prolexic Technologies, hangpa boleh check apa bisnes Prolexic ni kat BALAI POLIS DIA dia ruang LINK BERKAITAN kat BLOG ni... Lama dah aku letak sana... hangpa penah check kaa.....?

Ada satu E-Gold operator yang wibawa jugak pakai Prolexic sebagai server depa. Depa dah wujud sejak 1996 dan nampaknya depa guna Prolexic ni pasai yakinla dengan semua kelebihan company ni... banyak lagi testimonial client yang lain ada tulih dalam web tu... pi la check baca sendiri...

So..., ada hepi....? Suka...?

Benda investment macam ni memang kena check abis. Aku ngan member2 group dulu rajin check sampai kadang-kadang kami takut balik.... hahahahhahahhahahha.....

Jadi....? Kesimpulannya hangpa pikiaqla sendiri. Takkan tu pun aku nak kena habaq...?

Pikiaq pakai akai....!

Positif la sikit.....

Hari ni kita tunjuk yang positif pulak lah.... heheheheheh... Suka la tu....!!!

Kalau hangpa klik kat sebelah gambaq ni, hangpa akan pi ke secured transaction page yang aku pakai untuk beli info dari SSM hari tu. Dengan positifnya aku habaq kat hangpa SSM juga pakai Go Daddy sebagai medium penghantaran duitnya.

SC jugak pakai Go Daddy, hangpa boleh nampak bila kita nak login masuk page. Tapi sebenaqnya waktu pakai EQUIFAX dan GEOTRUST lebih ok lagi pasai GEOTRUST jugak dimiliki oleh WEB TRUST, yang mana jugak jadi medium untuk MAYBANK2u. Bila pakai GEOTRUST dulu, memang senang sikit nak explain, pasai bukti depan mata.

GEOTRUST & EQUIFAX dah di terminate oleh SC bila SC dikatakan digodam oleh 'orang dalaman' (mengikut sumber Si Lee tu la...!), jadi kerana tak efisiennya GEOTRUST ni, depa pun tukaq pakai Go Daddy.

Go Daddy ni nampak macam kartun sikit, tu yang kureng power tu... Tapi hangpa boleh klik kat PAK GUARD DIA kat LINK-LINK PENTING blog ni untuk ke main page GO DADDY.

Pas tu hangpa pikiaqla sendiri.

Dalam positif aku sikit jugak yang negatifnya.... hahahahahahaha....., sebenaqnya, salah satu internet investent yang terbukti SCAM MAC lepaih, yang bernama E-BARREL, depa pun pakai Go Daddy jugak.... la ni dah bungkuih dah....

So....? Apa macam...? Positif dak aku...?

Thursday, May 17, 2007

Negatif lagi.....?

Ada jugak yang respon kat aku kata tulisan aku dalam blog ni dah menyebabkan ada orang-orang dalam group depa jadi negatif semua, lalu tak minat lagi nak buat SC ni dan akibatnya, sesetengah leader mula terasa bahang. Ada yang besa dok dapat SFP USD10k sebulan bila jadi macam ni habuk pun tak nampak lagi, walaupun dah setengah bulan.

Kalau ditengok kepada keputusan undian pembaca sini, memang hampir 50% saja yang masih yakin, maknanya kalau biasa buat kiri+kanan USD 200k sebulan, maka, jika short 50%, maka tinggal USD100k saja. Tapi kalau USD100k tu sama dengan USD5ok KIRI dan USD50k KANAN takpa, tapi kalau USD100k KIRI SAJA,.....?

Wuih.... naya....!

Bagi depa yang masih yakin, teruihkanlah...! Pasai apa aku nak halang pulak...? Tapi kalau diikutkan pandangan rasmi aku dan pandangan beberapa email yang masuk inbox aku, aku share la kat sini....

Akibat AprilFool lepaih, ada beberapa lagi benda LOMPONG yang nampaknya DK belum buat apa yang aku dan group aku harapkan. Saja nak bagi peringat, aku ulang kat sini, mana tau kalau ada depa baca pastu teringat nak amik tindakan....

1) FATWA, halal,-haram, riba' dan sebagainya. Apabila pihak MFK buat ketetapan, memangla dalam pikiran kita ada jawapan balaih, tapi awat tak ke depan bagi penerangan....? Bawakla ustaz-ustaz dan hujah-hujah hangpa....! Takkan aku nak ke depan....?

2) GENUINE OFFSHORE..? Ada la beberapa dokumen (yang aku rasa dah sezen dahhh...) yang katanya SC ni genuine offshore... tapi bukti-bukti baru yang lebih meyakinkan tak keluaq-keluaq... bukan sorang dua yang nak sapa-sapa yang kata depa KAYA tu pi ke Dominica sana, buat repot sikit, pastu jawabla balaih kepada press/media... Awat tak ke depan...? Takkan aku kott...?

3) ISU ACF.... La ni depa buat-buat lupa sajaa.... Dok promote benda lain la pulakkk.....Penerangan yang depa bagi banyak longgaq... aku tak boleh terima sangat.... Awat pi tukaq.....? Mana janji...? Ni pun depa kena ke depan bagi explain... takkan aku koottt....?

Cukupla 3 tu dulu... Si Lee tu pun tak boleh harap... maklumlah, dia pun STAFF jugak.... kalau dia operator SC pun, la ni bolehla duk senang-senang kat China sana, kaya gila babi (babi pun tak kaya macam tu...!) hasil SIP lama kita... jawatan dia pun dah nak expired Julai 2007 nanti..... apa kata kalau jawatan tu tak sambung....? Apa jadi dengan Oktober....? Sapa kita nak refer...? Kalau betui mamat Lee tu Technical Director untuk rantau ASIA, mana rakan sejawat dia di rantau-rantau yang lain...? Tak penah dengaq punnn......? Hangpa penah dengaq kaaa....?

Bagi aku mudah saja... SC KENA BUKTIKAN DULU...! Then kalau ok nanti hang nak laboq lapan juta pun lantakpilahkathang...!

Kata depa...,

"Bila nak ok.....?" OKTOBER laaa.....!

"Jadi masa la nii.....?" READY la.....!

"Investment memang ada risiko, hang kalau takut buat apa masuk dulu....?" YANG AKU masuk SIP15300, bukan masuk ACF, aku tak SUDI... tak BERKENAN... awat hangpa PAKSA...!

"Depa ada hak buat camtu, ada dalam T&C...", ABIH kita takda HAK...?

"Kalau hang tak percaya dukla diam-diam, jangan negatifkan orang"....,

SUKATI LA....! SAPA SURUH HANG BACA....?!

Monday, May 14, 2007

Untungnyaaaa....

"Maybank records nine months pre-tax profit of RM3.03b.

The Maybank Group today announced a higher pre-tax profit of RM3.03 billion for the nine months ended 31 March 2007, an increase of 7.5% compared with the RM2.81 billion recorded in the previous corresponding period.

Group profit after tax for the nine months period was higher by 8.9% at RM2.12 billion compared with RM1.95 billion previously".

Tuuudiaaaa, nilah point yang selalu aku guna bila buat presentation SC dulu.... CUKAI. Maybank baru umumkan untung gila-gila sampai 3.03b dalam masa 9 bulan, elleeehhhh mana tak untung semua komisyen hangpa pulun...!

Buat internal transfer kat kaunter lain cawangan pun hentam komisyen 0.3%, keluaq duit ATM lebih 4 kali sebulan hentam 5 kupang setiap withdraw kalau baki kurang dari 4 ribu ringgit (macam mana orang tak marah...? Patut tolak orang kaya, bukan orang kurang duit dalam akaun...!), pastu TT charges pun sampai 5 ringgit satu transaction, geng-geng JAI Smart Partnership pun hangpa hentam RM5 lagi, wuuiiihhhh, JAI punya Smart Partnership member sampai ribu-ribu orang, member JAI 16 ribu orang, katalah 50% amik smart partner, 8 ribu orang, pastu katalah 50% lagi pakai Hong Leong, wuiiiihh, 4 ribu orang, hangpa telan sorang 5 ringgit..... RM20,000 sebulan! ATAS ANGIN...! MINIMUM...!

Tu tak termasuk delay yang hangpa duk apung sampai berhari-hari duit orang dalam akaun, duit pembayaq dah potong, kat penerima lum masuk,.... satu hari apung dapatla koman-koman 0.1-0.2% kott... wuih,,... mana tak untung giles...!

Tu tak termasuk lagi BONUS tahunan Maybank, yang dicaj daripada semua pelanggan secara tahunan...!

Tulah Maybank..... Tapi aku bukan nak cerita pasai untung Maybank la ni, aku nak cerita pasai CUKAI yang depa kena bayaq kat gomen. Tulih kat ataih tu untung lepaih cukai RM2.12b, iaitu (3.03-2.12)/3.03*100=30%... Gomen telan cukai RM1.18b butakare...!

Kalau semua cukai ni dihapuskan dan dibayaq kepada setiap pelanggan Maybank, maka setiap pelanggan yang berjumlah 4 juta orang (pelanggan yang ada kad ATM) akan dapat RM1.18b/4j=RM295 sorang! Best tu..... tapi kalau buat camtu gomen nak dapat duit dari mana...?

Jadi bagi SC yang dikecualikan cukai dari Dominica, memang logik dan indah sekali penerangannya. Logik sekali dan memang masuk akai...! Dominica bagi pengecualian cukai penuh selama 20 taun kepada IBC yang berdaftar di sana, jadi ini advantage dan satu cara lagi SC boleh membayar pulangan yang tinggi kepada pelaboq-pelaboqnya.

Tapi tu dulu... maklumat yang dulu dah macam nak expired... tak dak sebarang bukti-bukti baru.... nombot IBC yang depa bagi 00757 pun takdak apa-apa bukti yang tepat.. kalau depa bohong kita pun tak tau.....

Si LEE tu pun tak penah nampaknya pi opis ka, jumpa Si Michael ka, pasai gambaq pun tadak...! Surat lantikan dari SMF yang dah nak expired JULY 2007 ni pun nampak macam komaaannnn sajaaa,.... entahla... tak tau la Labu....

Dan group DK pun nampaknya dah tak iya-iya lagi promote SC ni, depa buat benda lain la pulak... isyy...isy...isy.... "dok nyale pullookkk....!" Kate orang Terengganu bila api pelita depa tak menyala, macam SC jugak la ni... Tak berapa bernyala macam dulu lagi....

Dan SC bertambah sejukkk.... Tak percaya...?

Setakat ni, undian yang baru 4 hari tunjuk hanya 50% yang masih yakin, memangla yang undi cuma 34 orang saja, jauh dari menang simple majority,... tapi aku kata setakat 4 hari ni laa.... kita tengok sebulan camna... meh ajak kawan-kawan hangpa undi jugak sekali...!

Suka la aku nak habaq kat hangpa yang dok ataih pi la cari BUKTI-BUKTI BARU.... dah sezen dah bukti lama tuuuu.... sapa kena pi cari...? Takkan aku koottt....?

Hangpa yang KAYA la pii....! Takut kaa.....? Si Lee mana....?

Piiiiiiirrrrrrraaaaaaahhhhhhhhhh.......!!!!!!!!!!!!!

Pooooorrrrrraaaaaaaahhhhhhhh.......!!!!!!!!!!!!! Chit...!

Thursday, May 10, 2007

Sejuk.

Lama tak tulih, bukan apa..., ingat nak bagi sejuk dulu... aku pun ada dapat respon kata tulisan aku ni kasaq sangat, sampai ramai yang terasa. Aku pun tak pasti depa terasa pasai apa, pasai terkena ka atau pasai memang depa jenih yang dok pekena kita...!

Jadi aku pun kena baca balik apa yang aku tulih, oooooo.... memang agak kasaq jugak. Lama ni dok tulih tak perasan, maklumlah, kadang-kadang memang setan duk dalam kepala, duk perapi lagi.... dan lagi... dan lagi.... tulih lagi... tulih lagi... perli lagi...perli lagi.... hahahahahaha.....

Tapi bahasa Kedah ni memang kasaq sikit pun, sapa-sapa yang dok besa sembang lembut lemah gemalai memang akan terkejut sikit. Walau pun camtu, dengan dukacita aku nak mintak mahap la kalau ada yang tak boleh terima pandangan aku dalam blog ni. Aku pun dah buat disclaimer kat bawah sekali yang pembacaan di blog ni hendaklah dibuat secara main-main saja.... so, seeloknya jangan ada yang terasa, tapi kalau ada jugak, aku tak boleh nak buat apa.... mungkin padan jugak dengan muka hangpa...! (belasah lagi..?)

Tujuan utama blog ni dibuat (lepaih keluaq dari group yang selama ni duk hangguk saja) hanya untuk bagitau maklumat yang telus, tak kira sokong atau dak, yang penting semua maklumat malah spekulasi jugak dihabaq kepada semua pelaboq, atau kepada pembaca yang tak laboq tapi bzbodi lebih daripada yang dok laboq. Mungkin selama ni depa dok habaq yang baik-baik saja... tak penah tak baik... konfiden saja... senyum saja, semua ideal, semua unggul, baguih giles, tak tercelen SC ni berbanding yang lain, belagak pulak tu, waktu senang semua nak belanja, beli ikan kering pun convert RM-USD dulu... power... memang power.... naik jeles member-member yang tak laboq keriiiinnnngggg benggkkeeekkk saja tengok kita. Bila jadi macam ni awat semua sengap....?

Baguih jugak sebenaqnya, tak da la depa tu dok belagak-belagak lagi. Sekurang-kurang dok sedaq jugak diri, sedaq jugak yang macam-macam boleh jadi, jangan dok hepi sakan macam orang tak penah ingat mati...

isy... isy.... kasaq lagi ka...? Sori la dah terbesa....!

Harap member-member yang dok tunggu nak juai ACF ni dapat bersedia dari semua segi, ada lagi 143 hari lagi... nak mai daaaahhh... lambat lagi la....

Semua segi tu maksud aku, STANDBY. Macam-macam boleh jadi. Bila aku tulih dan habaq kat hangpa semua, sekurang-kurang harapan tak berapa tinggi kita letak. Jangan sampai Oktober nanti kita boleh jumpa kawan-kawan naik gerek pakai neck tie pastu pi isi minyak kat stesen minyak....! Wuuiiihhhh... Mintak simpang...!

Tapi untuk menyejukkan hati hangpa semua, elok aku cadangkan hangpa baca balik (kalau ada masa) semua news update SC sejak hari pertama dia keluaq (MAY 2005), sampai paling akhir ni.... Dengan positifnya aku habaq yang SC ni buat masa ni masih buat apa yang depa cakap, dan sedang menuju ke matlamat terbesaq depa menjelang 2010. Tu ada sikit kebaguihan yang boleh aku nampak. Ada sikit masa depan...

Yang baguih kita habaq baguih, yang tak baguih kita habaq tak baguihla... Tak reti aku ni semua nak angguk saja... issyyy... biaq berpendirian kawan, jangan ikut olang lo....!

Dah sejuk sebenaqnya isu SC, pelaburan internet, fatwa, riba' (rujuk SINI), BNM, SS, halal-haram, genuine tak genuine dan sebagainya yang dah hentam kita kaw-kaw genap sebulan lepaih, aku dah kata dah..... sama sejuk dengan Minggu Amanah Saham, Jadilah Pelaboq Bijak...!

Dulu masa tegang, tidoq pun tak lena, la ni alhamdulillah, siap boleh gelakkan balik kat diri sendiri. Sembang ngan member kaki invest ni, la ni syok sikit, pakat-pakat dok gelak... "Hang pun kena jugak..?, Yang mana...?" hahahahahhhahhhaa....! Padan muka hang...! hahahahhaha...!

Senarai investment yang lingkup pun dah tau, kebanyakan daily product. Harap tak dak yang sampai tak makan lepaih jadi semua ni.... dan penipuan stail baru ni at least kita ada pengalaman skit, jangan terkena lagi.... tolonngggglaa......!

Jangan ikut orang, ukoq baju kat badan sendiri, kita senang orang pakat rapat macam lalat hurung taik, bila susah....? sori la beb.....!

Pakai akai kita.....! Anugerah tuuuu...... Alhamdulillah....!

Monday, May 7, 2007

Melayu

Melayu itu orang yang bijaksana
nakalnya bersulam jenaka
budi bahasanya tidak terkira
kurang ajarnya tetap santun
jika menipu pun masih bersopan
bila mengampu bijak bergalas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
kecut takut kerana benar
janji disimpan di dalam perut
selalu pecah di mulut
biar mati adat,
jangan mati anak

Melayu di tanah semenanjung luas maknanya;
Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu
Minangkabau memang Melayu
keturunan Acheh adalah Melayu
Jakun dan Sakai asli Melayu
Arab dan Pakistani semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
malah mua'alaf bertakrif Melayu (sesudah disunat anunya)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
melorongkan jalur sejarah zaman
begitu luas daerah sempadan
sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
kias kata bidal pusaka
akar budi bersulamkan daya
gedung akal laut bicara

malangnya Melayu kuat bersorak
terlalu ghairah pesta temasya
sedangkan kampung telah tergadai
sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

meski telah memiliki telaga
tangan masih memegang tali
sedang orang mencapai timba

berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
walaupun sudah mengenal universiti
masih berdagang di rumah sendiri

berkelahi cara Melayu
menikam dengan pantun
menyanggah dengan senyum
marahnya dengan diam
merendah bukan menyembah
meninggi bukan melonjak
watak Melayu menolak permusuhan
setia dan sabar tiada sempadan
tapi jika marah tak nampak telinga
musuh dicari kelubang cacing
tak dapat tanduk telinga dijinjing
maruah dan agama dihina jangan
hebat amuknya tak kenal lawan

berdamai cara Melayu indah sekali
silaturrahim hati yang murni
maaf diungkap senantiasa bersahut
tangan diulur sentiasa bersambut
luka pun tidak lagi berparut
baiknya hati orang Melayu itu tidak terbandingkan

selagi yang ada sanggup diberikan
sehingga tercipta sebuah kiasan:
"dagang lalu nasi ditanakkan
suami pulang lapar tak makan
kera di hutan disusu-susukan
anak dipangkuan mati kebuluran"

bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
masihkah tunduk tersipu-sipu?
jangan takut melanggar pantang
jika pantang menghalang kemajuan;
jika segan menentang larangan

jika yakin kepada kebenaran;
jangan malu mengucapkan keyakinan
jika percaya kepada keadilan
jadilah bangsa yang bijaksana
memegang tali memegang timba
memiliki ekonomi mencipta budaya
menjadi tuan di negara Merdeka.

Usman Awang November, 1999

Sunday, May 6, 2007

Canteeekkkk.....!

Lepaih tulisan "Good Timing" keluaq, ada jugak yang kata "Hang tak boleh kata camtu... SC dah sebut dalam disclaimer SIP300 bahawa depa boleh tukaq apa-apa program dalam SC tanpa notis terlebih dulu...., jadi tula risiko yang kita kena amik...."

uuiiihhhh... Macam tu rupanya..... aku tak persoalkan SC tukaq SIP-ACF tu, lantak pi kat depa la...! Yang aku tak pueh hati awat depa tak TUTUP dulu pelaburan SIP15300 untuk pelaboq baru, pastu tetap bayaq 15 bulan dulu orang terakhir masuk, pastu hang nak tukaq bapak ACF pun lantakpilahkathang!

Masalahnya, kalau SIP15300 dulu ada la jugak jaminan modal daripada SMF(1948) macam kata depa kat certificate dan jangkaan dapat bulan2 SIP boleh la buat bayaq loan bagi orang-orang tertentu... Tapi ACF dah habaq terang-terang calam LEGAL DISCLAIMER "The prices of shares and units and income can go down as well as up, and you may not get back the full amount invested".

Orang masuk SC dulu pasai depa nak untung 200% tu, walaupun terpaksa tunggu 15 bulan, sekurang-kurangnya SMF menjamin modal paling kurang (walaupun bukan boleh harap sangat punnn....) tapi sekurang-kurangnya track record payment meyakinkan jugak laaa.... Boleh TT balik lak tuuu...

Bila tukaq macam magic macam ni, ramai yang terjejas. So, mau tak mau, suka tak suka, terima tak terima, setuju tak setuju, kena jugak telan, inilah PENINDASAN yang dibuat oleh SC kepada pelaboq-pelaboqnya. Apa yang orang ataih buat utk tenangkan pelaboq-pelaboq...? Hampeh...

Maksud aku mudah... Orang masih SIP13500 dulu dengan HARAPAN, jaminan modal, payment bulanan, untung 200%. Tapi bila tukaq ACF, 3-3 pun tak dak & tak tentu ada...! Hangpa tau dak...? Maknanya, orang yang mengharap cara lama yang asai, dah kena tindas. Dan depa akan makin tertindas kalau Oktober nanti jadi tragedi.

Sebenaqnya, inilah risiko bermain pelaburan dengan kapitalis tanpa ditunjangi syariah. Aku mengakuinya la ni... depa akan menindas dan hanya pikiaqkan kepentingan depa saja...! Dan orang ataih pun tak leh buat apa-apa. Isu-isu lain macam fatwa, kes genuine, BNM, SS dan sebagainya depa pun diam jugak.... Si Lee tu pun tak muncui-muncui, penakut pait depa ni semua. Kata sayangkan biznes, aaaaa.....tuuuiihhhh...! Mohong saja....!

Dengan semua wayang yang cuba meyakinkan pelaboq-pelaboq, aku takleh terima mudah-mudah... aku ada akai...! Sebab tu kalau ada orang nak invest SIP25, aku tak bagi buat masa la ni... Biaq SC habihkan 'utang' lama dulu, jangan baik ati sangat duk bagi saja utang kat depa, pastu depa ni pun, buat magic lagi sekali...! Tu yang aku tak mau, depa dah buat, tak mustahil depa buat lagi....!

Papahalpun, bayaq dulu yang lama.....!

Nak harapkan orang ataih explain pasai ni...? Sorila beb... Aku pun heran pasai pa jadi camtu, tapi aku agak depa pun gawat jugak.... cuma tak mau mengaku.... bagi semua nampak canteeekkkk saja... orang Melayu pun ada dilemanya, mudah lupa, tak percaya hang tunggu 100 hari nanti, ok la balik tuu....

Canteeekkkk bukan....? Macam setan...!

Saturday, May 5, 2007

Good Timing...?

Sapa-sapa yang pernah dengaq penerangan aku pasai SC dulu mungkin ingat perkataan "good timing' yang aku selalu pakai untuk menunjukkan tentang kecenderungan masyarakat la ni mencari pelaburan alternatif berbanding apa yang penah depa jumpa seumoq hidup sampai la ni...

Tu la pasai bila keluaq pelaburan offshore SC dan kemudiannya keluaq macam-macam program lagi (lebih 20 yang popular), berduyun-duyun orang masuk pasai nak jadi orang awai.. ada jugak yang jadi hardcore investment2 tadi tanpa depa sendiri pikiaq apa yang akan berlaku pada masa 'susah', pada masa gawat. LEADER2 dan yang mengaku LEADER pun menunjukkan kepakaran masing2 masing dalam bidang penerangan tapi hakikatnya depa pun bukan berjaya pasai kehebatan depa sangat puuunn, semua kerana KUASA RANGKAIAN, dan sudah semestinya TUAH masuk pada rangkaian yang bertimbangrasa dan aktif. Nasib baik kerana kena buat sebelah kaki saja, bukan macam aku yang kena buat dua-dua belah. Ni yang dikatakan 'good timing' tadi... tu yang aku bengang kalau ada leader yang sikap macam hampeh, tak sedaq diri...!

Tu masa senang..... senyum gelak sampai gigi la... Bila time susah..? Semua sengap sunyi....! Macam kena pikiaq sendiri... Semua penerangan yang depa bagi pun sebenaqnya kalau diikutkan, tak lebih daripada PANDANGAN PERIBADI, AGAKAN, CONGAKAN, dan ada la sikit pengaruh orang-orang tertentu, tapi hakikatnya, ada setengahnya terpaksa berjuang jugak, cari jugak orang untuk laboq walaupun depa sendiripun gayat nak laboq lagi...! Semua jawapan tentang isu yang melanda SC ni khususnya ACF bagi aku tak lebih daripada satu SPEKULASI, yang konon disampaikan oleh orang peringkat tinggi, tapi SC tak dak pun explain macam tuuu...?

Ada jugak yang terpaksa cari jugak orang laboq pasai depa dah buat SC secara full time, tak ada pilihan lain, so, redah la jugak, fatwa, isu-isu semua ada jawapan, so, apa salahnya belasah jugak...? Bila jumpa point boleh counter semua pandangan negatif, itu yang depa jaja ke seluruh dunia....

Balik kepada isu 'good timing' tadi, benda ni salah sorang mentol yang penah cerita kat aku, lebih kurang setaun lepaih. La ni boleh ka diconsider SC dalam good timing lagiii...?

Semua produk ada naik-turun, ikut market demand, kalau hangpa perasan, sales SC dah mula kurang sejak JAN 07, dengan isu pelaburan daily lain, dan isu halal-haram, e-point mula berlonggok dengan banyaknya. Pastu bulan Mac pulak, ada member2 yang TT duit bouncing balik akaun, aku dapat email dari sorang pelaboq pasai kes group dia TT balik ke Barclay Bank, England pada Januari 2007. Duit tak sampai dan bouncing masuk akaun balik pada Mac, tu pun lepaih dia follow up dengan SC....

Itu petunjuk pertama good timing tadi dah mula lingkup. Bila SC buat ACF dengan paksa pulak.... jelas lagi keadaannya. Ada member mengeluh pasai daily investment lain yang dia masuk semua dah lingkup. "Cuma SC saja masih maintain", kata dia.... Aku kata balik dengan negatifnya, "SC pun kalau diikutkan pun sama jugak, tapi masih ada sikit HARAPAN, Oktober nanti penentu..."

"Tapi ACF ok, dah naik 2 kupang...." kata dia lagi... Aku senyum sajala.... "hang baca LEGAL DISCLAIMER ACF tengok.....!" aku kata...."Awat...?" Kata dia pulak....

"The prices of shares and units and income can go down as well as up, and you may not get back the full amount invested. Past performance is no guarantee of future performance. ACF may pursue a higher return by engaging in riskier trade such as hedging; therefore a high return come with higher risk. You are in no control of your investment in ACF."

Hangpa paham kaaaa...? Buat-buat paham dahlaa.....

Awat aku duk bagi hangpa takut kaa...? Aku ni negatif kaa....?

Apa yang SC buat untuk ACF ni memang nampak cantik... Macam-macam alasan dia bagi, nak semua pelaboq boleh terimala... Aku pun boleh terima, papahal, bagi balik duit aku, makcik-makcik aku, orang kampung aku, kawan2 aku, dan semua pelaboq lain dulu... hangpa kata Oktober kaannn.....?

Aku tunggu... moga umoq aku panjang, dan umoq SC jugak...!

Friday, May 4, 2007

Apa Yang Tak Paham..?

Ada jugak yang respon kat aku, yang hang duk tulih tak paham pasai perubahan dalam SC ni, tak paham tu.... apa benda yang hang tak paham,...?

Salah satu benda yang aku tak paham ialah, kenapa ACF dibuat secara paksaan di 3 Negara saja? Depa bagi jawapan, 1) Ada aktiviti money loundring, 2) Ada aktiviti jual-beli e-point ganti dengan produk lain, investment lain. Dan kononnya di 3 negara ni saja ada banyak HYIP yang geng-geng SC jugak masuk, beli USD guna e-point pulak tu... So aku nak tanya balik...., apa salahnya masuk benda lain guna e-point SC buat transaction...? Depa kata, SC rugi pasai matlamat asai untuk dibuat investment di SC dah diguna untuk SCAM HYIP lain, so, macam SC menyokong aktiviti SCAM HYIP laaa....

OOOooo... tapi kenapa kena tutup SIP15300, kumpulkan semua 'duit lama', dan juai balik 'duit baru'...? Aku tak nampak connection yang ketara laa... tak boleh paham laa.... Depa kata pulak, dengan cara tutup SIP lama, money loundrer (penjenayah duit) yang guna platform SC untuk cuci duit depa tercekik sikit...., so ada masa 6 bulan untuk SC Team rectify.... Aku tanya balik, kalau boleh asingkan 3 negara saja untuk SIP 25, tentu boleh 'asingkan' money loundrer & genuine investor... betui dakkk....?

Takkan tak boleh...? Takkan tak dapat agak sapa money loundrer, sapa 'genuine investor...'? Rekod aktiviti setiap akaun kan adaaa..? Boleh siasat apaa..?

Masalahnya, kata depa susah untuk SC buat macam tu, nanti product tak seragam, susah... aku kata, satu dunia ni pun dengan lancarnya SIP25, dah ada tak seragam daahhh... apa cerita...? Tu bukan alasan yang boleh masuk akai aku... aku boleh duk kat Malaysia ni, tapi register bukak akaun dari Zimbabwe, tapi warganegara Malaysia... pastu bawak balik duit ke Malaysia, ada problem kaa...? Zimbabwe tak kena ACF & SIP25, no problem...

Maksud aku mudah, SC patut siasat aktiviti akaun... yang invest 1k-10k pastu diaaammm saja, tak buat apa, dapat SIP, withdraw, tiap-tiap bulan buat macam tu, dan satu geng lagi, invest 1k, pastu cari orang, buat SFP, dapat duit, withdraw.... ini aktiviti biasala.... takkan boleh kaitkan dengan money loundrer...?

Ni yang nak kena cari pastu freezekan akaun depa ialah geng yang selain 2 di atas laa... yang bukak akaun, pastu beli USD banyak2, pastu simpan dalam EMF ka, tak invest pun, pastu bawak balik bila perlu, banyak pulak bank cawangan tuuu... barulah ada sikit petunjuk yang depa tu money loundrer team... kan ada beza...? Yang SC duk freeze kan semua akaun di 3 negara tu buat apaaa...? Aku tak salah... geng aku tak salahhh.....! Orang ataih mungkin ada salah sikit, depa tak prihatin dengan orang bawah...! Waktu senang nak dengaq suara pun payah, waktu mula rasa nak susah baru start tepon orang.... !

Aku memang tak pueh hati! Aku rasa DK team belum betui-betui buat apa yang depa mampu untuk menangkan pelaboq kebanyakan macam aku, macam makcik aku, macam member aku yang meniaga, macam kawan-kawan aku.... DK tak buat sungguh-sungguh untuk menangkan pelaboq-pelaboq yang kayakan depa.... Isu dalam paper pun tak dijawab dengan media..., apa cerita....?

Banyak aku duk komplen & bagi cadangan pun, last sekali, depa habaq macam ni...."aku pun pelaboq macam hang jugak...., aku pun tak tau laa...."

Hampeh...! Leader ka macam tuuu....?

Sapa setuju jangan angkat tangan....!

Thursday, May 3, 2007

Produk Gantian.

Sepertimana yang pernah dihabaq sebelum ni, hari ni aku iklan 'copy-paste' produk gantian yang aku rasakan elok untuk dikongsikan dengan hangpa. Aku dah join, jadi tak payah sapa-sapa lagi ajak aku masuk group dia. Ada banner iklan kat atas ni hangpa boleh klik terus sampai sana.... Kalau tak boleh guna banner tu sila klik SINI... Kalau tak boleh jugak boleh taip secara manual web address www.jai-investment.blogspot.com untuk sampai sana...Pikiaqla untuk masuk ka dak, aku cuma habaq saja...

(Petikan daripada penaja...)

Asalamu'alaikum kepada semua pembaca,

Alhamdulillah, bagi kita yang sudah biasa dengan pelaburan pulangan tinggi sebelum ini, JNSSB seolah-olah hadir pada waktu yang amat tepat. Tatkala semua pelaburan lain khususnya pelaburan internet ataupun pelaburan melalui internet yang masih dibelenggu masalah fatwa, tidak tentu benar atau salah, halal atau haram, masalah penindasan kepada pelabur, masalah SCAMMERS, money loundring, masalah dengan Suruhanjaya Sekuriti, dengan BNM dan sebagainya, JNSSB dilihat mempunyai penyelesaian alternatif daripada apa yang kita takutkan selama ini.

Produk dari syarikat seorang Muslim, syarikat kukuh beroperasi di Kuantan, pulangan keuntungan secara jual-beli sehingga 25% sebulan daripada modal, terdapat akad pelaburan jual-beli, terdapat borang hard copy perjanjian jual-beli, ada pematian stem, ada peguam bagi kedua-dua pihak dan yang penting, produk halal, hanya satu aksesori kereta serta hanya dibuka kepada Muslim, memberikan kelebihan psikologi kepada pelabur Muslim moden, yang pentingkan semua diatas, di samping PULANGAN yang terbaik yang boleh diperolehi sehingga kini.

Kelebihan psikologi ini mengatasi produk pelaburan lain dari luar negara, tidak kira atas alasan apa pun, pelaburan jual-beli di JNSSB telah mengatasinya.

Masalah penyenaraian di Suruhanjaya Sekuriti ada pun dibincangkan dalam topik berikutnya, jadi saya tidak perlu huraikan lagi. Begitu juga dengan masalah di BNM dan yang melibatkan undang-undang negara yang lain, juga telah disentuh dalam topik sebelumnya, pendek kata, semuanya telah terbuka di depan mata kita, terpulang untuk membuat pilihan.

Tujuan blog ini hanya untuk memberikan pengenalan kepada peluang ini. Sungguh peluang seumpama ini masih tidak boleh dilaksanakan prosesnya melalui online seperti pelaburan lain, jadi KESABARAN anda dalam mengisi borang secara manual dan menunggu semua proses untuk selesai amatlah diharapkan.

Masih banyak ruang yang boleh ditingkatkan oleh JNSSB di masa mendatang. Pengenalan kepada produk baru, HFT yang dijangkakan mula dipasarkan pada Jun 2007 sepatutnya membuka mata kita, betapa besar peluang yang akan disediakan oleh JNSSB selepas itu. Tambahan pula JNSSB seperti pada produk STROMBERG, mempunyai akses pemasaran di seluruh ASIA...!

Walaupun begitu, bersederhana adalah yang terbaik, berhati-hati selalu, sesungguhnya tiada peluang yang datang tanpa risiko, dan risiko akan datang dalam pelbagai cara. Bersedialah menghadapinya.

JNSSB tidak membenarkan publisiti dan pengiklanan melalui laman web yang dibuat sendiri. Jadi kepada sesiapa yang berminat, silalah rujuk kepada senarai rakan kongsi anda di ruangan TEAM KAMI. Blog ini hanya merupakan pengenalan ringkas dan tempat untuk mendapatkan maklumat bagi keperluan ahli, bukan untuk tujuan promosi semata-mata.

Bagi rakan-rakan di blog ini, Selamat Berjuang...! Jangan lupa hubungi kami jika berminat...! Jika anda sudah biasa dengan pelaburan luar negara & pelaburan internet yang pernah memberikan keuntungan kepada anda sebelum ini, JNSSB wajib anda sertai sebagai sokongan kepada produk Melayu-Muslim, yang lebih penting, ia telah menjawab atas apa yang produk sebelum ini tidak mampu jawab...!

"REZEKI HALAL, DIKONGSI BERSAMA UMMAH..."

Wassalam.

(sekian petikan...)

Wednesday, May 2, 2007

Lepaih Sebulan...

Alhamdulillah, sebulan dah berlalu sejak SC buat magic yang aku sendiri tak paham sampai la ni...!, ada la jugak member kelompok dasar (bawah, orang bawahan yang mengkayakan orang atasan...lepas tu orang atasan buat tak tau saja... maklumlah selama ni senang, duk saja-saja pun hasil group bawahan ni lebih USD200k sebulan, mana nak amik tau....?) tanya aku, "Abih kami kat bawah ni yang buat la ni la masa yang paling susah, susah nak buat, malu+marah+takut+kena aniaya+kecewa dan sebagainya, tak dapatla nak try dapat SFP, tapi kalau buat sikit-sikit orang ataih sampai jugak, kami ni kira keja free la.... so apa pandangan terbaik untuk masa la ni...?"

Ikutkan pendapat aku... "hang baca blog pasai-swisscash laa......, lepaih tu pikiaq sendiri..."

La ni ibarat kalau tengah main bola, semua kena balik jaga pintu gol sendiri la.... tinggai sorang striker saja duk ataih, kalau-kalau ada bola sampai boleh perderaih...! Tapi hati-hati la jugak jangan sampai curi ayam...! Kira time bertahan la... kalau concentrate SC saja memang nampak ada sikit problem, tapi kalau ada produk lain main sama tak kira apa jenih semua belasah mungkin ada sikit back-up. Yang dah lama dalam SC pun mungkin dah simpan ratus-ratus ribu dalam akaun, Merc atau BMW pun dah ada, umah dah beli, so ada la sikit preparation, dah rasa pun harta dunia ni sikit sebanyak,...

Ni yang baru start buat Feb 07 lepaih, Mac baru start SFP1k, April jadi camni pulokkk....! aduh....! Sabaqjelah....

So, kalau nak teruskan, silakanlah.... tapi kalau nak tunggu Oktober nanti pun ok juga... No problem, tak sesuai jugak rasanya time ada beberapa orang yang merana batin pasai normal estimated income dari SRP, SIP sendiri dah takdak, bajet dah start lari, kita pulak yang dok ataih ni masih iya-iya usung laptop mintak suruh dia laboq lagi...! Tak sesuai la......Kesian member tuuu... loan bank yang lepaih pun tak setel lagi, nak pi pelingkup dia lagi kaa...? Lain la kalau dia yang nak jugak-jugak...

Oktober ni, kalau ada rezeki kita insyallah ada la USD dalam akaun, pastu kalau malaih nak cari orang lagi, boleh laboq besaq-besaq, pastu main SC sorang-sorang, reinvest every month, sampai cukup rasa dah kaya boleh withdraw semua bawak balik....! Tak kacau orang, tak la segan nak pasai tak payah ajak orang invest lagi...

Bertahan beb... bertahan... jangan sampai soru lari... kira balik perbelanjaan bulanan, potong mana yang patut, jimat mana yang patut, kalau ada harta boleh juai... (laptop ada 3-4 bijik, handphone ada 5-6 bijik, keta 3-4 bijik) boleh trade in dulu... buat apa banyak2...? Bertahan.... Nak bawak SIP25 pun lum ada selera lagi nampaknya, biaqla dulu... kalau aku pulun nanti, orang ataih makin duk gelak la..., biaq tak berapa ada sale, pandai-pandaila dia turun tolong kat bawah ni, pandai-pandaila kenai balik ahli group yang dia tak penah kenai, pandai-pandai hantaq orang, mana dak.., kalau dia tak buat belah aku ni, besaq la sebelah, teloq besaq sebelah takpa orang tak nampak pasai duk dalam seluaq, group besaq sebelahhh...? Wuih... lugi loo...!

Kawan-kawan yang duk bawah semua...., bertahan la.... kawan-kawan yang duk ataih.... mai la turun tolong... sendri mau ingat maaa.....!

Adakah SC akan kotakan janji Oktober nanti....?

Mana aku tau....!?