JOM KIRA RAMAI-RAMAI...!!! BERMULA 11 JUN 2007,


Tuesday, June 19, 2007

Tiada Perkembangan

Meninjau tulisan di forum oleh rakan-rakan yang aku kenai dan aku tak kenai tu membuatkan aku amik masa sikit untuk tulih di sini. Takdak perkembangan terbaru SC selama 3-4 hari aku tak tulih ni melainkan bila orang tanya, jawapannya, TUNGGU...TUNGGU dan TUNGGU...

Sampai bila...?! Wa pu ci tau...!

Ada yang kata tanggungjawab UPLINE (UL) masing-masing untuk servis DOWNLINE (DL) pasai UL dapat komisyen 10% tu dan selayaknya buat keja penerangan dan jangan makan gaji buta...! Kata-kata ni senang bangat untuk aku jawab balik... Habih yang dok di PUCUK tu apa keja pulak...? Hangpa yang banyak dapat Group Bonus SFP hasil dari kerja orang-orang bawah.... OOoooooo... Tarik diri...? "Pandai-pandai hangpa sendiri menerangkan kepada DL. Aku tak terlibat...", kata depa....

Yang aku tambah kesian ada yang mengaku ULnya dah hilang, dan ada jugak yang hantaq email kat aku mintak tukaq group, TERIMA KASIH aku ucapkan, buat masa ni belum sesuai la kawan, mungkin Oktober nanti kita buat, KIV dulu... Tu pun kalau umoq kita dan umoq SC panjang.

Amatla logik kalau UL masing-masing menghilangkan diri masa la ni, kalau dapat upline yang tak tau asai usul lagi parah.... UL-UL ni belajaq dari mana ni?, tak minat nak buat penerangan dan bersikap "diamkan diri", kok bila ditanya dihabaqnya, "aku dah tak buat lagi laa....". Macam pernah dengaq ayat tu....? Oooooooo... Ikut KEPALA la.... DKT buat macam tu, apa salahnya semua UL buat benda yang sama? Sedangkan DKT yang dah kaya gila babi pun tak mau amik tanggungjawab, apakan pulak UL-UL yang belum sempat kaya...??!!! Laaa... macam tu rupanya... baru aku paham.... Maafkanlah UL-UL hangpa...!

Jadi dengan tulisan ni harap member yang dok kata UL kena servis DL masing-masing tu paham..., PUCUK dah habaq macam tu.... IKUT SAJALAH...! Memang betui UL dapat komisyen 10% TAPI top metol dan super-power-rangers-leaders jugak ada dapat habuan masing-masing di rangkaian yang mantap dan hidup. So, KENA BUAT KEJA JUGAK LA... Jangan sampai keluaq dari mulut DL kita sumpah seranah pasai ada orang cakap tak serupa bikin...! Munafik tu...!

KEJA yang aku maksudkan mestilah bukan setakat kerja biasa yang macam aku buat ni, GREAT POWER COMES GREAT RESPONSIBILITY, kata Pakcik Spiderman. Tak paham-paham,.....?

Akaun yang pihak berkuasa bekukan 90 hari tu akan dibukak balik bila siasatan selesai. Dan pastinya dengan SYARAT tak menyalahi mana-mana undang-undang laa....

Bila dikatakan "menyalahi undang-undang", timbui soalan, "undang-undang yang mana satu, ataih PRODUK yang depa rekomen yang mana satu...?" DKT promote lebih 15 produk, tak termasuk beberapa super-power-rangers-leaders yang lain, MANA SATU YANG SALAH...?

Bagi aku tak mungkin SC, pasai SC ni ada banyak supporting dokumen yang DKT pernah pakai..., awat tak pakai balik..? Ada aku LINK kan di BLOG ni, pi baca sendiri satu-satu... Statement Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman tentang SC ada pada tajuk "2 Datuk Tak Kena..."

Kalau DKT rasa SC ni betui, pasti depa perjuangkan...! Pasai ni melibatkan kekayaan depa, satu sumber kekayaan depa yang depa dah buat sampai group jadi besaq. Takkan takdak rasa SAYANG dan RUGI kalau SC disekat oleh pihak berkuasa ataih SALAH PAHAM saja...? Bila depa cabut lari lintang pukang dan takdak semangat nak perjuangkan kebenaran, seolah-olah depa tak berani nak tunjukkan KEBENARAN. Atau lebih tepat lagi, depa takdak BUKTI KEBENARAN, atau lebih power lagi, DEPA PENIPU...!

Dulu, ada sorang top power-rangers bagi ucapan dalam satu ceramah yang besaq...., kata dia, "RISIKO paling besaq dalam SC ialah kejatuhan nilai matawang USD dan jika perang dunia ke-3", hangpa yang pi majlis grand tu mesti ingat.... Tu duluuuuuuu... Tapi la ni, depa habaq macam ni pulak....

"Risiko SC ni ialah sama ada SC ni tutup atau SC ni diganggu oleh pihak berkuasa tempatan..." aaiikkk.....tukaq pulak.....?!

Poooorrraaaahhhhh Cchhhhhhhhhiiiiittttttttt......!

Aaaaaa....Tttuuuuiiihhhhh....!!!!!

Aku tak pernah pertikai tentang keberanian amik risiko untuk pelaboran semacam SC ni, aku paham risiko dan ada pun tulih kat tepi blog ni, "Kalau takut dengan risiko usah bicara tentang pelaboran...", Tapi yang aku nak pertikaikan ialah "Kenapa puak yang sepatutnya menjadi tulang belakang SC cabut lari lintang pukang macam pondan kena serbu Majlis Agama sedangkan DULU puak-puak ni jugak la yang dok bawak macam-macam bukti sampai SC boleh berkembang..?" Adakah depa TAKUT pasai depa MEMANG ada salah lain yang dah dikesan pihak berkuasa...?

Sekali lagi, wa pu ci tau...!

Si Lee tu pun satu mangkuk tandas berayun jugak, pelik laa... Pikiaq macam ni: Kalau aku ni pemilik SC, dan Malaysia aku dapati salah anggap pasai aku dan SC, bukan ka tindakan aku yang paling utama ialah mai ke Malaysia dan buat penjelasan, penerangan kepada semua pihak, hingga menjernihkan balik semua kekelabuan...., Bukan tutup kedai kat Malaysia...?

Bukan macam tu kaa...?

No comments: