P/s: Bukanlah elok kalau SS dan geng yang nak menutup tu cari web-web yang ajak orang murtad, yang skinhead, yang punk, yang underground, yang sediakan khidmat seks, yang ajak orang khurafat, yang ajak orang maksiat, yang ajak orang jadi terrorist, yang boleh download gambaq lucah, video lucah, yang juai CD haram, yang mempersenda agama Islam, yang buat provokasi agama, yang buat provokasi bangsa, yang dok mengutuk ulama' dan sebagainya dan tutup depa ni dulu, barula pikiaq nak tutup SC.... tak boleh...? Oooooo... pasai tak masyuk kann...........?!
Thursday, May 31, 2007
Sekat...?
Ingatkan nak lepak lima nam hari, baru tulih balik, tadi ramai pulak yang tepon aku kata ada news dalam TV3, Suruhanjaya Sekuriti (SS) nak sekat semua web penipuan yang ada kat internet start 11 Jun ni... kalut...
P/s: Bukanlah elok kalau SS dan geng yang nak menutup tu cari web-web yang ajak orang murtad, yang skinhead, yang punk, yang underground, yang sediakan khidmat seks, yang ajak orang khurafat, yang ajak orang maksiat, yang ajak orang jadi terrorist, yang boleh download gambaq lucah, video lucah, yang juai CD haram, yang mempersenda agama Islam, yang buat provokasi agama, yang buat provokasi bangsa, yang dok mengutuk ulama' dan sebagainya dan tutup depa ni dulu, barula pikiaq nak tutup SC.... tak boleh...? Oooooo... pasai tak masyuk kann...........?!
Aku pun bukakla SS punya web, memang ada news tu, ada press release yang hangpa boleh tengok kat http://www.sc.com.my, cari di sana....
SS dikatakan akan MULAKAN operasi MENYEKAT mana-mana laman web yang menawaqkan pelaburan yang TIDAK SAH kepada orang ramai MULAI 11 JUN 2007. Pelaboq diminta KELUAQKAN (macamana nak keluaq ACF ooiiii...?) semua duit depa dan TUTUP akaun (kalau dah keluaq semua duit tak tutup akaun pun takpa...!) pasai kalau dah ditutup, takdak sapa boleh masuk lagi...
SS buat kerjasama dengan pihak Multimedia Malaysia (MCMC) dan CyberSecurities Malaysia untuk mula JEJAK, KENAL dan SEKAT web tempatan dan asing yang tawaqkan internet investment (yang tak betui, kata depa...)
Yang TAK BETUI ni bagi SS ialah yang TAK BERDAFTAR dengan SS. Tu saja....
Termasukla SC.....
Aku penah sentuh bulan lepaih yang SS memang boleh tutup aksess pi SC kalau betui pun, apatah lagi kalau SC ni SCAM. Jadi, kalau tindakan SS ni SERIUS, maka kita akan mula nampak satu per satu internet investment ni dihalang aksessnya di Malaysia. Tapi di Indon dan lain-lain negara patutnya masih boleh aksess.
Elok juga sebenaqnya, kalau SC tak ditutup dalam masa sebulan dua ni, maknanya SC genuine investment, TAPI nak genuine macamana kalau DEFINASI "TAK BETUI" bagi SS ialah yang "TAK BERDAFTAR" dengan depa...?
Mana boleh...?! Adakah sama yang "TAK DAFTAR" dengan "TAK BETUI (SCAM)"....?
Apa rasional Bank Negara keluaqkan DASAR LIBERALISASI pada 1 April 2005 dan 1 April 2007 yang lepaih.....? Awat BNM kata DIBENAQKAN LABOQ KE LUAQ NEGARA TANPA KEBENARAN KHUSUS TERLEBIH DAHULU...? Pasai pa kelonggaran ni dibuat di peringkat Bank Negara....? Macamana BNM boleh longgaqkan dasar pelaboran luaq negara TAPI BNM tak mintak pun syarikat pelaboran tu DAFTAR DULU dengan SS dalam press release BNM tu...?
Jelas sekali ada pertembungan makluman atau arahan dalam kedua-dua entiti ni... Dan aku tengok dalam web BNM jugak tapi TAKDAK isu tutup-mentutup ni....
Dan ikut kata salah sorang mentol, top mentol dah penah kena soal-siasat 4 jam dengan SS pada taun lepaih... awat dari taun lepaih SC tak ditutup kalau SS dapat tau SC khususnya SCAM...?
Investment lain yang dah lingkup tu aku tak peduli la.... lantak pilah kat depa, SS tak cadang pun nak tutup lagi, depa dah tertutup dulu.... Banyak....
Jadi...? Aku pun rasa macam nak mengong bila pikiaq, tu pun kalau SC genuine investment dari luaq negara (DIBENAQKAN OLEH BNM), tapi pasai TAK DAFTAR dengan SS, maka DILARANG oleh SS.... pasai larangan tak laboq saja tak cukup, maka TUTUP aksess saja, SENANG KEJA DEPA.
Nampaknya kalau macam tu, DKT punya investment product recommendation yang berbelaih dalam web tu, satu-satu akan ditutup.... jeng...jeng...jeng.... dan pastu DKT pun tutupla jugak... takpun depa semua pindah Indon, baru POWER...!
Boleh kaaa....? Pening...?
Aku ringkaskan dalam bentuk premis-premis berikut....,
1) Pelaboran luaq negara BNM dah benaqkan kepada pemastautin biasa rakyat Malaysia sejak 1 April 2005. Tidak perlukan kebenaran khusus kecuali pengeluaran ke luaq negara lebih RM50k kena buat makluman kepada BNM untuk tujuan statistik.
2) Investment di SC adalah SAH dan DIBENAQKAN di Malaysia ataih sebab (1) di atas. DENGAN SYARAT, SC ADALAH GENUINE OFFSHORE INVESTMENT (Ni yang aku selalu bising.... tak dapat-dapat info yang meyakinkan...!)
3) SS nak MULA TUTUP WEB yang MENAWAQKAN SKIM PELABURAN TIDAK SAH di Malaysia, TIDAK SAH bagi SS ditakrifkan sebagai TIDAK BERDAFTAR dengan SS.
4) SC TIDAK BERDAFTAR dengan SS pasai SC adalah produk luaq negara. SC sebenaqnya tak perlu daftar pun dengan SS pasai operasi SC tak significant untuk didaftarkan dengan peraturan SS di Malaysia malah mana-mana negarapun.
5) Maka, SC secara logik juga akan ditutup aksessnya, penaakulan mantik mudah tingkatan 4...
Betapa SERIUS tindakan atau perancangan SS ni kita tak tau lagi, kena tunggu.... dan berdoa kepada Allah dengan penuh harapan.
Teringat aku satu lagi ayat Al Quran, "... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui...", Al Baqarah, ayat 216.
Orang mukmin sepatutnya tenang, ada aqidah, kita special dari penganut agama lain....
Dengan pengumuman SS yang baru ni jugak, kita MUNGKIN akan dapat lihat kesungguhan DKT malah Si Lee tu untuk memihak, membantu, memperjuangkan dan menuntut HAK MELABOQ KE LUAQ NEGARA kita dari SS andai benaq SC bakal ditutup oleh SS. Mana taknya kalau kita, dari Malaysia adalah pelawat majoriti dengan 50% aksess berbanding negara-negara lain...? Bukankah kita patutnya istimewa di pandangan SC...? Dan mungkin tindakan DKT dan Si Lee tu akan tunjuk kat kita, baru tau sapa pompuan sapa pondan...!
Lee....., mana hang....? DKT...., mana hangpa piiii......?
Poooooorrraaaahhhhhhhh.........!!!!!! Chit....!
Kelihatan di gambaq super-power-rangers leaders sedang bersedia untuk menggempur SS untuk menuntut HAK MELABOQ KE LUAQ NEGARA ataih kebenaran BNM sejak 1 April 2005 lepaih, tiada di gambaq, Si Lee... Mana dia pi ntah...!
P/s: Bukanlah elok kalau SS dan geng yang nak menutup tu cari web-web yang ajak orang murtad, yang skinhead, yang punk, yang underground, yang sediakan khidmat seks, yang ajak orang khurafat, yang ajak orang maksiat, yang ajak orang jadi terrorist, yang boleh download gambaq lucah, video lucah, yang juai CD haram, yang mempersenda agama Islam, yang buat provokasi agama, yang buat provokasi bangsa, yang dok mengutuk ulama' dan sebagainya dan tutup depa ni dulu, barula pikiaq nak tutup SC.... tak boleh...? Oooooo... pasai tak masyuk kann...........?!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment