JOM KIRA RAMAI-RAMAI...!!! BERMULA 11 JUN 2007,


Sunday, June 10, 2007

Dia Dah Mai Daaaahhhhh....

Hari yang di tunggu-tunggu dah sampai, hari ni 11 Jun 2007 adalah cabaran pertama yang bagi aku dalam kategori KECIK saja... dah penah habaq berkali-kali sebelum ni, janji SC GENUINE, insyallah, tak akan berlaku apa-apa pada website SC, kalau berlaku pun, pasti ada jalan keluaq, JANJI GENUINE, GENUINE dan GENUINE...!

Cabaran kedua, ketiga dan seterusnya akan mai dalam tempoh 3 bulan 23 hari ni..., yang paling ultimate, optimus prime dan nomero uno pastinya tarikh keramat, 1 OKTOBER 2007, kalau umoq panjang, insyallah sama dengan 19 Ramadhan 1428H. Lebih kurang 10 hari pastu, Raya Aidilfitri menjelma, sama ada kita raya sebagai sorang yang ada tenang, hepi, atau gundah, belum dapat dipastikan. Wallahu'alam.

Masa tu jugak mungkin ada di kalangan kita, terutama aku sendiri yang akan mengambik kesempatan mintak mahap zahiaq batin, ataih apa yang berlaku pada SC. Kepada orang-orang yang aku bawak masuk kenaikan investment ni, mungkin pasai ni aku dah lingkupkan depa, aku mungkin amik kesempatan mintak mahap bebanyak time tu... Begitu jugak dengan lain-lain (DKT laaa.....), Dan mungkin jugak depa pulak yang thanks balik pasai dengan SC depa mungkin dapat untung. Ntahla... sabaqla tunggu sama-sama... Aku berharap baik semuanya macam hangpa semua jugak....

Dan aku penah kata dulu jugak, kekayaan yang ada beberapa orang dapat dari SC ni, terutamanya mentol dan super-power-rangers leaders aku tak heran puuunnn... Bagi aku tak guna kita kaya gila babi dengan harta dunia, yang dapat dari punca duit orang lain, sedang kita dok hepi sakan beli macam-macam dengan untung kita tu, ada ramai lagi yang menangis dan menyumpah kita. Pelaboq SC ada lebih kurang 50-80 ribu orang, kalau 10% tak pueh hati dah 5-8 ribu orang, sorang menyumpah kita, dah 5-8 ribu sumpah seranah orang sampai kat kita...! Mau lingkup hidup kita dunia akhirat...!

Sebab tu, bagi depa yang dok kat ataih, perlu ada tanggungjawab, tak boleh habaq risiko pandai-pandai tanggung. Hangpa dah lama, dah otai, dah kaya, kata duit banyak, sayangkan biz, tak pasai-pasai lantik diri sendiri jadi leaders pulak tu, padahal yang dok buat keja ni orang bawah macam aku, lepaih tu tak reti pulak tu nak hargai. Aku bukan nak jam ROLEX mahai-mahai, kalau hangpa yang dapat BUKTIKAN SC ni GENUINE & HALAL itu lebih berharga dari semuanya. Dengan bukti-bukti tu jugak aku akan mampu beli jam "Lolex" tu sendiri. Tapi aku tak rasa nak belila, kalau ada permata dan EMAS dalam jam tu, kira HARAM hukumnya untuk lelaki pakai, jangan lupa tu.... "Tapi pakai yang Petaling Stleet punya takpa looo... tatak halam punyaa...."

Bila time HEBAT, POWER semua mentol jadi macam dewa, super-power-rangers leaders jadi macam menteri-menteri, lagaknya bukan main, maklumla, income ratus-ribu. TAPI awat bila time GAWAT semua sengap..? Mana penerangan hangpa yang power tu..? Mana perjumpaan..? Mana makan malam...? Mana semua kenamaan yang hangpa pakai nama depa tu? Awat semua hilang, mana pi...?

OOoooooooooo.... Buat benda lain pulak...? Juai benda baru pulak....

Patutla... Balik buat MLM pulak, Gen2 punya MLM. Ntahla.....

Kalau nak jadi leader, perlu ada sifat PEJUANG. Bukan PENUMPANG... Time baguih semua mengaku power, mana sifat JUANG semua hangpa tu...? Pasai pa SC, MFK, BNM dan sebagainya memandang SC NEGATIF, HARAM, TAK SAH, TAK DIIKTIRAF dan sebagainya, sama dengan SEMUA pelaboran internet yang terbukti SCAM yang lain...?! Adakah SAMA SC dengan e-barrel, eaindex, splitindex, abfund, arabicfund, danafutures, win li fund, jin li capital dan sebagainya tu...? Sama kaaa...?

Kalau tak sama, awat hangpa tak mampu bawak penerangan yang betui kepada SC, MFK, BNM tadi...? Mana hujah-hujah hangpa semua untuk dibincangkan dengan depa...? Pasai pa kepada pelaboq hangpa berani explain macam-macam tapi nak jumpa depa tu, lebih penting lagi kepada wartawan, hangpa tak mampu...? Pasai pa tak boleh dibandingkan lagi perbezaan pelaboran-pelaboran ni...? Pelaboran MELALUI internet dan pelaboran internet, yang halal, yang riba', yang genuine, yang offshore, yang lokal, yang kat Balakong...?

SIKAP, inilah SIKAP buruk hangpa. Pondan pun lagi berani kalau depa rasa depa di pihak yang benaq.....! Kasaq kaa..? Lantak aku la...! Sukati aku laa...!

Kalau puak mentol, super-power-rangers-leaders dan Tunggak Unggul (Tunggul) semua tak mampu jadi punca maklumat yang memayungi kepentingan semua pelaboq, yang berjuang untuk kebenaran, yang yakin dengan apa yang depa buat, yang mampu menjadi WAKIL SEBENAQ dalam semua sesi penerangan dengan pihak berkuasa, TAPI duit nak pulak... mengaku leaders, TAK MALU...! Memang hangpa yang masuk kategori tu semua, PONDAN belaka....! "Haiiiyaaaa, kalau lu cakap wa suma pondan, wa bilani cakap sikalang wa mau talik dili loo... tatak mau buat lagi loo... apa mau susah-susah?, wa sudah kaya maaa... lu olang kena butut-butut buat lagi maa... wa mau buat lain balang maaa...."

Takkan semua benda yang hangpa masuk dan kenaikan kepada kami ada expired day pulak...? Takat 2 taun saja... SAMPAI BILA NAK BUAT KEJA NI...?? Hangpa takpala dok ataih, jangan la sesapa yang baca blog ni jadi tak berapa pandai ikut belakang puak-puak ni... Depa ni pulak kalau ikut Si Lee tu, lagi jahanam...!

Si Lee tu ntah tengah buat apa la ni....? Porraaahhh Chiiitttt...!

Pelaboq Malaysia cukup ramai, lebih 40%. Takkan tak dak apa-apa keistimewaan...? Keistimewaan yang aku maksudkan ialah dari segi maklumat, apa keja Si Lee tu haa...? Tak pueh hati betui aku....! Tak ka nak mai sini, buat apa yang patut...? Si Michael tu cerita jauh laa... Tak payah sembang....! Ntah hidup lagi ka dah mati kaa...?

Cukupla dulu FIRE sikit-sikit, nanti sambung lagi....

Insyaalah kalau umoq panjang....!

FIRE......!!!!!!!!!!!!!! Aku POWER...! Aku boleh Fire hangpa semua. Tapi kena cepat, pasai bateri aku tak tahan lama... FIRE...!!!!!! FIRE...!!!! POWER..!!!!

No comments: