JOM KIRA RAMAI-RAMAI...!!! BERMULA 11 JUN 2007,


Thursday, June 28, 2007

Piket


Ramai yang menunggu komen aku tentang isu piket memiket yang dibincangkan di forum. Dan nampaknya salah sorang power rangers pun dah bagi komen rasmi beliau, terima kasih aku ucapkan kerana sudi baca blog yang ntahapahapantah ni.... Semoga 'ubat-ubat' yang terhidang dalam blog ni dapat ditelan, mungkin tak akan menyembuhkan, tapi at least "preskripsi"nya kita dah tau...! Penting untuk kita tau untuk cari penawaqnya, moga 'penyakit' cepat sembuh.

Sebagaimana kita nak beliau menelan ubat kita, kita pun kena la jugak terima pandangan dia, baru adil. Walaupun kita mungkin tak suka, tapi kira ok la tu.... Aku takla kata aku ni complete perfect, akai pun ada had jugak, ada masa jem jugak...! Terima kasih kepada penegur-penegur yang ikhlas...

Bila kita sembang pasai-swisscash, cerita dia kompleks, panjang, TAPI pokoknya, penerangan yang pernah kita dapat dulu, membuktikan yang SC ni genuine offshore investment, yang dikatakan RISIKO dalam pelaboran ni ialah 1) Kejatuhan nilai USD dan 2) Berlaku perang dunia ke-3. Kita dibekalkan semua info dan material untuk membuktikannya. Dan kita digalakkan untuk cari orang, dan buat repeatition lagi, ulang dan ulang dan ulang....

Kepercayaan kepada genuine-nya SC ini menjadi harapan semua orang yang masuk dulu, iaitu, makcik-makcik, nenek-nenek, pakcik-pakcik, orang2 kampung, pemotong getah, peniaga kat pasar, cikgu-cikgi, salesman-salesman, malah sampai tahap jurutera-jurutera, doktor-doktor, majistrit-majistrit, hingga tahap mintri-mintri...! Mentol & super power rangers melalui DKT dulu pun nampak mantap, atak mantap loo.... dan beramai-ramaila orang yang masuk group DKT nak jadi kaya. Kecuali beberapa orang termasuk aku. Aku tak masuk DKT. Haaaa.. tu satu hint aku habaq....

Bukan masalah BERANI menghadapi TOTAL LOSS yang releven untuk dibincangkan. Tapi soal pokok, soal PEMBUKTIAN dan PERJUANGAN MEMBUKTI KEBENARAN. Kenapa dulu material boleh dikeluaqkan tapi bila kena gangguan depa cabut lari...? Habih semua jadi salah, SC yang di-konon-kan genuine pun jadi mangsa...? Kalau produk lain yang tak ada ujung ekoq tu cerita lain, ini genuine... genuine... dan genuine... Wuih, cukup gak waktu tu. Pi kedai mamak mana pun yang ada wi-fi free mesti ada geng SC buat sharing, POWER...! Aku yang group kecik sorang dua ni dah banyak kali 'lari' cari kedai mamak lain, malu beb, ikan bilih saja aku ni...... hahahhahahhaa...

Bila produk yang depa bawak terlalu banyak, ada sikit pening laa.... sikit kacau, sikit sebanyak ada satu dua peraturan dilanggaq, atau sengaja terlanggaq, mungkin ini jugak natijah daripada berlonggoknya produk yang depa bawak, sampai pihak berkuasa pun jadi maleh nak check satu-satu, so, angkut semuaaa...... ada ruang untuk laksanakan penguatkuasaan undang-undang, maka tindakan diambik kepada yang berkenaan. Akaunpun dibekukan...... 90 hari sajaaaa.....

Aku dok pikiaq KALAU HANYA SC yang ditumpukan oleh DKT, ikut peraturan2, cari semua maklumat ke-genuine-an, pi Dominica sana (bawak sekali pegawai berkaitan lagi baguih), buktikan isu syariah berpihak kepada kita, BUKTIKAN, mungkin kita tak buang masa sembang yang tak sepatutnya di forum sana.

Itu "kalau" la.... tak releven untuk ditangisi lagi....

TAPI SC masih tetap releven untuk dibincangkan, dalam apa cara sekalipun, kalau dikatakan forum ini memberi kesan kepada keputusan SC/SMF terhadap investor Malaysia nanti, aku tak tanggung....! Kalau itu pandangan hangpa, tak payah bagi komen lagi dalam forum, lama-lama bungkuihla blog ni...

Ini kerana SC masih berjalan, cuma Malaysia saja yang dihalang aksessnya, ikut kata SC depa nak setel beberapa perkara lagi, kena la tunggu. Sama ada rezeki berpihak kepada kita atau sebaliknya, kita akan tau jugak nanti. Mana boleh STOP bincang? Bak kata pahlawan, 'selagi tubuh masih berdarah, lebih mulia mati dari menyerah...!'

Tu kata pahlawan la... dulu-dulu.... la ni kena ikut keadaan laa... terpulang laa... Pikiaqla berbaloi ka dak, kalau kita mati kerana mempertahankan agama, diri, keluarga, harta kita dengan ikhlas, insyallah dapat kategori syahid ikut tahap-tahap tertentu, tapi kalau mati kerana lain, itu maciam katak atak mati jugak....! Bukanla maksud aku piket sampai mati, alah, hangpa paham sendirilah...! Susahla nak tulih panjang-panjang ni...! Maleh dah...

Dan kalau pihak yang berkaitan buat keja depa dulu, iaitu keja2 yang sesuai dengan pendapatan depa, aku yakin tak timbui isu ni...! Tak payah piket-piket.

Itulah dugaan sementara...... mudah-mudahan.

Sapa nak pi...? Aku tak halang dan aku jugak tak suruh....

Dah besaq-besaq dah semua niiiii......

No comments: