Wednesday, June 20, 2007
Di Sebalik Wajah
"Tapi yang aku nak pertikaikan ialah "Kenapa puak yang sepatutnya menjadi tulang belakang SC cabut lari lintang pukang macam pondan kena serbu Majlis Agama sedangkan DULU puak-puak ni jugak la yang dok bawak macam-macam bukti sampai SC boleh berkembang..?" Adakah depa TAKUT pasai depa MEMANG ada salah lain yang dah dikesan pihak berkuasa...?" Petikan dari "Tiada Perkembangan"
Agak susah aku nak ceritakan topik ini dengan berkesan pasai penerimaan masing-masing yang baca aku takleh kontrol. Tapi ataih dasaq penyampaian maklumat aku cuba jugak, kalau hangpa tak paham boleh refer kepada upline, tupun kalau depa paham, kalau sama-sama tak paham pandai-pandai hangpalah, buatlah sampai paham.
Secara dasaqnya, memang pelaboran di luaq negara tak dilarang sejak 1 April 2005 dan di kemaihkan lagi pada 1 April 2007, dan kita yang dok laboq di SC ni menggunakan perantaraan internet jugak tak salah dengan syarat SC adalah GENUINE investment berpangkalan di offshore Dominica seperti yang didakwa. Semakan yang kita boleh buat setakat yang termampu membawak kita di WHOIS dan SSL Cert. Bagaimanapun apabila SC masuk ke Malaysia, ia kenalah ikut undang-undang sini, macam masuk kandang kambing jugakla, kenala mengembeeekkkk.....
Apabila ada undang-undang dan peraturan yang dilanggaq, keluaqla nasihat dan amaran daripada pihak berkuasa untuk menjaga kepentingan semua pelaboq Malaysia (tak semestinya pelaboq SC saja) dan jugak aliran duit ke luaq negara. Kita bukan pandai sangat pun dengan undang-undang dan peraturan jadi ada jugak yang alpa teruih jugak buat promosi hingga secara tak langsung melanggaq undang-undang tadi.
Selama ni aku dok paham yang SC mesti BERLESEN dengan SS terlebih dulu untuk bergerak di Malaysia, tapi sebenaqnya, SC kalau di gerakkan secara cakap-cakap meja saja ataih pelaboran individu, sebenaqnya tak perlukan lesen pasai dah ada kebenaran am BNM tadi untuk melaboq ke luaq negara TANPA kebenaran khusus terlebih dulu. SEKALI LAGI DIULANG, dengan SYARAT SC GENUINE... syarat ni paling penting supaya tak dak sapa yang terkena dengan banyak program menipu dalam internet dan luaq internet jugak.
Tapi, andai cakap-cakap meja makan tadi bertukaq kepada seminaq besaq-besaran di hotel-hotel mahai dan murah serta promosi yang membelakangkan peraturan, dengan banner, bisnes kad, laman-laman web, blog yang mempromosikan (blog aku tak termasuk la kot pasai aku tak rasa aku mempromosi, agaknyalah...) hingga masuk promosi masuk papan iklan, paper, radio, tv dan sebagainya, ia termasuk dalam satu kesalahan mempromosikan produk pelaboran dan sekuriti TANPA lesen, tanpa tauliah, tanpa daftar dan tanpa sah...! Apatah lagi sampai peringkat bukak opis dan mempromosikan, maka ia akan jadi seperti menganjoqkan, memberi khidmat nasihat dalam bidang pelaboran dan sekuriti tanpa lesen untuk berbuat demikian. Sabit kesalahan boleh di denda RM1juta dan 10 taun penjara. Akta mana seksyen mana aku tak tau, tapi itulah dendanya.
Maka, antara langkah yang boleh pihak berkuasa amik kalau ada aktiviti semacam ni ialah dengan membekukan aset dan akaun-akaun bank orang yang berkenaan, dan siasat dalam tempoh masa tertentu. Kalau semuanya ok, akan dilepaihkanlah balik....
Tu yang berlaku "di sini"....., macam mana pulak yang "di sana"....?
Ataih kapasiti SC dan SMF sebagai satu Fund Manager dari offshore yang dilesenkan penuh di Dominica (aku tak kata SAHIH ok, let say SC SAHIH) , maka reputasi depa dan kerajaan Dominica kenalah dijaga. Bila ada sesuatu pihak yang mempertikai dan memandang serong kepada syarikat depa, tindakan jangka pendek dan panjang perlu di amik. Dan tindakan ni mesti MENGUTAMAKAN SYARIKAT lebih daripada pelaboq, pasai, syarikat ada tanggungjawab dengan pelaboq-pelaboq dari negara lain sama, bukan sini sajaa....
Maka keluaqlah news update dalam website seperti yang dah di ulaih pada posting "Awan Berarak". Boleh baca sekali lagi sampai paham. Bila tindakan di amik, pasti ada mangsanya, pasti jugak ada sebabnya, sebabnya aku dah habaq kat ataih, so mangsanya.....?
Setakat yang kita tau, pihak SS masih belum amik apa-apa tindakan kepada SC. Hanya ada 6 syarikat dah di amik tindakan seperti yang dihabaq dalam press release SS bermula 11 Jun 2007 yang lepaih, tidak termasuk SC. Ni hangpa semua pun tau.
Jadi, bolehla dikatakan yang SC mungkin masih dalam siasatan, atau mungkin juga dibiaqkan saja, dah aku habaqkan tadi, PUNCA tindakan SS ni bukan kerana pelaboran luaq negara yang masuk banyak2 tu, tapi perangai pelaboq yang menganjoqkan khidmat nasihat pelaboran dan sekuriti seperti SC ni yang dibuat TANPA DAFTAR, TANPA LESEN, TANPA TAULIAH.
Proses panjang ni amik masa lebih kurang 2 taun baru jadi, hinggalah sampai masa kita la ni... Tunggulah....!
Tindakan SC pun kita dah tau, iaitu, TIDAK DIBENAQKAN pelaboran baru dari Malaysia, re-investment dari akaun Malaysia, dan akaun baru dari Malaysia jugak tak dibenaqkan bukak, tak jugak dibenaqkan jadi introducer. Dan yang nyata, semua akaun yang bermula dari my tak boleh di login, dan laman web SC jugak tak boleh "dipanggil' jika kita bukak web tu dari Malaysia. Ni kira hukuman berat. Sampai bila hukuman ni nak berjalan, aku tak tau, dan doakan sajalah... Dan sama-sama tunggu, harap dengan posting ni membukak wajah peristiwa yang berlaku sejak 10 hari lepaih. Terima kasih...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment