Monday, April 16, 2007
Produk Saingan
Asalamu’alaikum Tuan-Tuan sekalian,
Saya adalah seorang pelabur dan penggerak pelaburan SwissCash. Sukacita saya mengambil inisiatif ini untuk menghubungi tuan-tuan dalam usaha memaklumkan kepada tuan-tuan tentang jawapan bagi satu soalan yang biasanya ditanya oleh rakan-rakan pelabur SwissCash mutakhir ini, sama ada yang baru atau lama iaitu berkaitan dengan pelaburan saingan lain yang memberikan pulangan lebih dari segala segi. Antara yang mendapat perhatian ialah ABFund, EAIndex, DanaFutures, BHG-Corp, EBarrel, WinLi Fund, JinLi Capital, Dinar Iraq dan sebagainya.
Semua di atas menawarkan keuntungan yang lebih BANYAK & CEPAT, jadi memberikan saingan yang hebat kepada produk veteran seperti SwissCash ini.
Saya dan rakan-rakan yang serius dalam menjana pendapatan melalui internet ini telah mengambil masa yang cukup lama sebelum bergiat aktif, hanya untuk mengkaji sedalam-dalamnya daripada semua segi dan masih lagi belajar dan mengkaji untuk memperkemaskan knowledge produk ini.
Tidak salah untuk kita melabur di mana-mana pelaburan yang ditawarkan tetapi bagi individu yang ingin menjadikan perniagaan internet ini satu career jangka panjang, mungkin sedikit ulasan saya di bawah boleh dijadikan ukuran dan panduan, insyallah.
Saya TEKANKAN kelebihan SwissCash untuk dibincang bersama-sama…
1) SwissCash adalah salah satu daripada 5 produk Swiss Mutual Fund (1948) yang telah dilancarkan pada 1 April 2005 dengan saiz dana USD3B untuk pasaran global. Swiss Mutual Fund (1948) adalah satu syarikat SAH, BELESEN & BERDAFTAR di Commonwealth Of Dominica, tertakluk kepada undang-undang International Business Corporation, IBC (Reg No. 00757) berkaitan perniagaan Luar Pesisir (Offshore) yang antaranya mendapat keistimewaan PENGECUALIAN CUKAI 100% untuk tempoh 20 tahun. Swiss Mutual Fund adalah full licenced 3rd party mutual fund agent di Dominica. Keistimewaan ini tuan-tuan boleh baca dari www.swissmutualfund.biz, website untuk parent company bagi SC. Bagi saya, ini yang menjadikan SC unggul berbanding produk lain.
2) Saiz dana sesuatu produk pelaburan adalah SANGAT PENTING untuk disemak & diketahui. Pelaburan yang tidak menyediakan saiz dana boleh dianggap tidak mempunyai hala tuju dan mustahil boleh bertahan lama. Ini kerana saiz dana menentukan kemampuan sesebuah firma pelaburan menguruskan dana orang ramai. Jadi saiz dana adalah satu point penting untuk disenaraikan dalam checklist.
3) Pengecualian cukai juga adalah satu point penting untuk ditekankan. Pelaburan di syarikat yang tidak menyatakan penyelesaian percukaian mereka amatlah boleh diragui kerana di Malaysia, cukai korporat adalah 28-30%, maka bolehlah dicongak cukai yang patut dibayar oleh Maybank bagi suku kedua tahun ini ialah RM2.01B*30%=RM603M. Tinggi kan? Jadi percukaian patut dimasukkan dalam checklist pelaburan yang dipilih. Swiss Mutual Fund dikecualikan cukai sejak beroperasi di Dominica pada 1996 dan ada masa 10 tahun lagi insyallah untuk menikmati keistimewaan ini. Inilah antara sebab yang membolehkan SC membayar sejumlah 300% pulangan dalam 15 bulan tanpa masalah.
4) Pengesahan syarikat pelaburan yang BERDAFTAR, SAH, dan BERLESEN dari sesuatu Negara sepatutnya menjadi ukuran utama sesuatu pelaburan yang ingin disertai. SC dan SMF melepasi screening ini.
Perkara di atas antara scereening paling awal untuk kita menyemak syarikat sebelum membuat pelaburan.
BAHAGIAN TEKNIKAL:
Inilah bahagian yang sering dilepas pandang jika kita kurang berhati-hati: Sebagai panduan ada beberapa tips untuk dikongsikan:
1) Apabila melayari laman web berkaitan kewangan & privasi, perhatikan address web akan ditukar dari http kepada https dan ikon mangga “security seal’ akan muncul. Kita boleh double click mangga ini untuk melihat detail issuer path kepada security seal berkenaan. Dari sini kita boleh search kredibiliti syarikat issuer seal ini dengan menggunakan google search engine atau lain-lain. Pada masa ini SC menggunakan godaddy sebagai security guard, amat logik setelah security guard yang sebelum ini, GeoTrust telah berjaya dicerobohi oleh penggodam pada lewat bulan lepas. GoDaddy adalah syarikat wibawa yang telah meraih 8 anugerah dalam bidang keselamatan laman web, dan yang paling murah dalam perkhidmatannya.
2) Secara logik jika laman web pelaburan yang tuan-tuan sertai tidak mendapat kelepasan dari screening di atas, ia adalah terlalu mengarut untuk disertai.
3) Apabila SC diceroboh tempohari, ini menunjukkan yang data-data kewangan dari SC memang real money, bukan hanya figure semata-mata. Penggodam hanya berminat dengan laman web yang genuine mempunyai wang di dalamnya, bukan hanya wang di atas screen.
4) Semakan kepada whois sesuatu laman web boleh dibuat dengan percuma dan mudah, hanya masuk ke www.whois.domaintools.com dan masukkan laman web yang hendak dicari asal-usulnya. Server SC dan SMF terletak di PROLEXIC TECH. INC, USA, sebuah syarikat unggul menyediakan perkhidmatan guarding daripada DDOS attack, sejenis penggodam kategori lain yang lebih canggih. Prolexic bagi saya adalah sebuah company wibawa yang tuan-tuan boleh baca di www.prolexic.com untuk mendapatkan detail. Maknanya, SC melantik sebuah syarikat besar untuk diletakkan servernya secara fizikal, bukan hanya menumpang di server-server provider yang boleh didapati secara mudah dan murah di internet.
5) Jika tuan-tuan mendapati keraguan dalam lokasi server pelaburan yang tuan-tuan sertai, contohnya sever hanya dikatakan di Hong Kong tanpa pengawasan watchdog seperti Prolexic, secara dasarnya amat terdedah kepada DDOS attack. Tapi suka saya nyatakan bahawa penggodam hanya akan berminat dengan web pelaburan yang memang ada duit di dalamnya, bukan figure di atas screen semata-mata.
6) Frequently Asked Question (FAQ) sesebuah web pelaburan boleh juga dijadikan kayu ukur dalam pengkajian. Sila baca FAQ web-web tersebut dan adakah ianya memadai dan cukup wibawa untuk dipercayai? Contoh terbaik ialah BHG-Corp menggunakan 95% FAQ SwissCash dalam ruang FAQ nya….cuba bandingkan.. Di mana wibawa syarikat seperti ini yang meniru produk syarikat lain? Elok kita baca SEMUA FAQ SwissCash untuk mendapatkan kefahaman lebih tentang produk.
7) PALING PENTING… Siapa yang mewakili syarikat jika terdapat apa-apa masalah yang timbul. Sebagai contoh, ketika web SC ditutup untuk maintenance dan berlaku kekalutan antara .biz dan .net tempohari, pelabur biasa akan merujuk kepada leader yang terdekat, dari leader ke leader, sehingga ke group leader, main leader dan seterusnya ke orang paling lama dalam SC, dan kemudiannya dirujuk kepada Pengarah Teknikal yang dilantik dan dibayar gaji oleh syarikat untuk khidmatnya, bagi mendapatkan penjelasan rasmi daripada syarikat. Cuba bayangkan kalau tiada pengarah teknikal ini untuk dirujuk? Jangan harapkan orang atas tuan-tuan kerana mereka pun tak tahu… jadi perlantikan WAKIL SYARIKAT amatlah penting untuk dipertimbangkan sebelum menyertai pelaburan. Sepengetahuan saya, hanya SC yang mempunyai STAFF syarikat untuk dirujuk, yang tiada pada pelaburan lain.
8) Ruang CONTACT US juga boleh dijadikan panduan… sila bandingkan, web yang tidak menyatakan dengan jelas di mana mereka beroperasi, hanya menyatakan perhubungan melalui email amatlah diragui berbanding SC yang menyediakan 2 alamat lengkap sebagai rujukan. Pelabur SC juga diberi keistimewaan untuk berinteraksi dengan syarikat melalui Swiss Ticketing System. Ini juga setahu saya tiada dalam program yang lain.
9) Suka saya cadangkan kepada semua untuk membaca SEMUA NEWS UPDATE dalam Notice Board di dalam akaun kita dari hari pertama hinggalah yang mutakhir. Dari sini sebenarnya keyakinan akan mula timbul dengan produk ini.
Pembahagian keuntungan yang boleh dihuraikan.
Bukan kita mencari keuntungan semata-mata… bagi saya, jika kita dapat mengagak & meneka penyangak sedang meminta duit kita untuk dibayar orang lebih lama, buat apa kita nak bagi duit kepada penyangak ini?
SC memberikan keuntungan yang boleh dihuraikan dan logik. Bagi pelaburan kita, tak kira berapa jumlahnya, pembahagian keuntungan adalah seperti berikut:
Pulangan Dari Pelaburan : 300%
(tolak) Modal : 100%
Bersamaan : 200% dibahagi 15 bulan = 13.3% sebulan atau 0.5% sehari.
Kalau kita membaca cara syarikat membuat keuntungan, pasti kita tahu bahawa TARGET MINIMA untuk syarikat capai setiap hari ialah 1% keuntungan atau 26% sebulan. Bermakna ada perkongsian 50-50 dengan SEMUA PELABUR, tidak kira berapa mereka labur…
Adakah susah untuk capai untung 1% sehari?
Senarionya, tuan-tuan ada RM100 untuk dibuat modal beli barangan terpilih, dan kemudiannya kita jual dalam masa sehari dan pastikan selepas habis jualan, duit RM100 tadi akan menjadi RM101… itulah 1% untung….. susah nak capai?
Jadi penjelasan perolehan keuntungan yang logik perlu diambilkira sebelum kita letakkan duit kita di mana-mana pelaburan.
Penjelasan ini adalah hanya garis panduan, wang tuan-tuan sendiri yang uruskan saya tiada niat untuk menghalang, tetapi bagi rakan-rakan yang serius untuk mencari platform syarikat kukuh dan wibawa untuk dijadikan career harus mengambil kira keuntungan jangka masa panjang. Kawan saya sebelum ini pada NOVEMBER 2006 ada mengajak saya sertai dan buat secara serius SPLITINDEX dan beliau adalah antara penggerak utama dengan group yang besar di utara ini. Selepas screening semampu yang saya buat saya tidak berminat untuk sertai atas penerangan seperti di atas. Pada Disember 2006 SPLININDEX collapsed dan bayangkan beliau terpaksa menjawab dengan ramai pelabur, tiada Pengarah Teknikal untuk dirujuk, nama baik tercemar, duit hilang dan yang paling penting, terpaksa merangkak dari bawah semula untuk membina rangkaian di pelaburan baru… bukankah membuang masa namanya..? Dan bukan mudah sekali lagi untuk membina rangkaian setelah reputasi tercemar?
Perkongsian ini hanya untuk rakan-rakan yang berkaitan, saya akui semua pelaburan ada risiko dan biarlah kita mengambil risiko dalam keadaan berfikir, menaakul maklumat dan menganalisa supaya kita tak membazir masa, wang dan reputasi.
Saya juga akui system SC juga masih ada kelemahan terutamanya sikap tamak dan tidak bertanggungjawab introducer atau leader dalam group kecil kita… yang suka menangguk keuntungan tanpa berkerja keras mengharapkan kerajinan orang bawah. Nasihat saya bersabar dan berhijrahlah! Kalau boleh dibawa bincang dengan ikhlas untuk kepentingan bersama. Saya sendiri menubuhkan group kedua (akaun 2) setelah menerima pengalaman buruk di akaun 1. Tapi peluang yang besar ini saya tak boleh lepaskan hanya dengan sikap buruk sebahagian kita. Fikir, susun dan teruskan. Insyallah berjaya.
Jangan pula terikut-ikut dengan otai group kita yang mula meneroka peluang pelaburan lain kerana pada level seperti mereka, tiada lagi duit sendiri yang perlu dikeluarkan, hanya rolling duit keuntungan sedia ada. Pendapatan mereka takkan jatuh sampai bawah USD10k sebulan walaupun mereka tidur sepanjang bulan! Mana sama dengan kita yang masih perlu menggemukkan group kita.
SC ada kelebihannya, Cuma kita perlu tahu mengeksploitasi kelebihan yang ada. Tidak perlu mengutuk produk lain, hanya perlu memberitahu kelebihan SC dan tekun dalam membina rangkaian. Tak hairankah kita dengan peniaga kecil kaum cina yang boleh buat kerja yang sama, untuk tempoh 30 tahun? Takkan tuan-tuan tiada kenalan kaum cina seperti ini di kampung-kampung? Yang kerjanya servis basikal, servis tv dan sebagainya.
Memang dalam ruang yang terbatas ini hanya ini yang mampu saya ulaskan. Terlalu banyak lagi perkara lain yang boleh dibincangkan bersama-sama untuk kebaikan.
Inilah serba sikit yang boleh saya tuliskan. Maaf jika terkasar bahasa dan tersilap kata. Sekian, terima kasih.
Selamat Maju Jaya dan Wassalam.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment