JOM KIRA RAMAI-RAMAI...!!! BERMULA 11 JUN 2007,


Monday, April 16, 2007

Loyar Buruk....

Satu perbualan pada 12 April 2007...

"Macamana nak buat ni?... Fatwa dah keluaq kata benda ni haram....", kata sorang kakak yang baru labur SIP15300 dan hanya sempat collect sekali payment 10%. Suami dia isap rokok... sebagai tambahan fakta....

"Takpa kak, nanti insyallah bulan Oktober saya tolong juai semua ACF kak dan saya akan pass balik semua modal kak hari tu, kemudian kalau kak risaukan tentang Majlis Fatwa punya keputusan tu kak pass je semua keuntungan tu kalau ada kat saya, saya ambik.. takpa......." balas aku....

"eh.. takpa... kak risau saja..."

(nak pulak....?)

Keterangan.

Saudara-saudaraku... setakat hari ni, laporan penuh yang menjadi resolusi Majlis Fatwa masih belum dapat kita baca.... yang paper dok belasah ni asalnya pasal Fatwa ja tapi la ni duk meleret sampai semua isi kain dikorek.... tapi bagi kengkawan yang dah penah 'kena' ngan KOSMO September taun lepas ada sikit rileks, pasal isu sama masih dimainkan... kira tak puas hati la tu...

Kita tunggu saja... insyallah mudah2an duit kita semua dapat dimaterialisekan, Oktober nanti....

Wassalam....

No comments: