JOM KIRA RAMAI-RAMAI...!!! BERMULA 11 JUN 2007,


Thursday, April 26, 2007

Pasai Lain La Pulaaakkk....!

Boring jugak asyik dok sembang pasai SC saja.. la ni pun nak sembang pun takdak modai sangat pasai dalam paper & TV pun dah tak sembang isu ni...

Aku sempatla tengok berita TV3 sat tadi, dah lama jugak tak sempat tengok TV time perdana macam ni... maklumlah, time ni lah dulu kita sibuukkk kerja saja... jumpa client, member... ni la time yang paling perdana...

Yang menarik perhatian aku ni, ada 3 berita, yang pertama laporan yang mengatakan ramai cikgu kat Malaysia mintak berenti keja cikgu sebelum time persaraan, yang kedua pasai pilihanraya Ijok, yang ketiga pasai e-filing income tax naik 300% penggunaan berbanding taun lepaih, kata LHDN.

Malam ni aku tulih pasai Ijok la dulu, memandangkan lagi 2 hari pilihanraya kecik tu, mana tau ada sorang dua pungundi Ijok baca blog ni, boleh la bantu buat pilihan... tapi untuk pembaca lain pun mesti ada kaitan jugakla, nanti-nanti pun mungkin kena ngundi jugak...

Sama macam isu SC, aku nak ajak kita pikiaq cara yang paling simple, tapi BERPENDIRIAN. Berlandaskan kebenaran, yang kadang-kadang memangla pahit, tapi kena telan jugak... macam kes SC & ACF ni la, pahit jugak, tapi kena jugak telan... kalau nak merajuk dulupun tak mau buat lagi pun takpa...

Ada ramai menteri pi Ijok la ni... mintak apa pun depa bagi, buat jalan baru, masjid yang dah di mintak berbelas taun tak dapat, tapi kerana matinya wakil depa hari tu, Ijok dapat masjid baru bernilai RM 5.5j terus dibagi peruntukan, bukan itu saja, keseluruhan peruntukan SEGERA yang diterima lebih RM20j... wuih... baguih jugak ada orang mati ni.... Cuma nak tanya, kalau BN kalah Sabtu ni, semua projek tu jalan jugak kaaa...?

Isu perkauman langsung dikatakan dimainkan pembangkang... nilah masalahnya, tapi dalam berita tak pulak ditunjuk kempen pihak pembangkang, yang ditunjuk kempen kerajaan saja.. biasalah tuuu...

Langsung aku teringat ayat Al Quran, Al Maidah ayat 57, "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil jadi pemimpinmu, orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, DAN ORANG-ORANG YANG KAFIR (Musyrik). Dan bertakwalah kepada Allah, jika kamu betul-betul orang yang beriman."

Ijok mempunyai majoriti 52% pengundi Melayu-Islam, hanya 23% pengundi India. Tapi pemilihan wakil yang dibuat atas dasar BN ini adalah kes terpaksa yang menjadi kewajipan pemimpin BN, atas dasar muafakat la kata depa. Atas dasar quota sebenaqnya.

Ni yang susah, apa nak jadi dengan negara kita...? mungkin hangpa semua tak perasan, cuba campoq semua wakil Melayu-Islam di Parlimen (Tak kira parti, BN, PAS, ADIL, BEBAS, SENATOR), bandingkan dengan wakil bukan Melayu-Islam, hangpa akan dapat bilangan wakil bukan Islam lebih ramai.... Jangan lupa pulak, yang duk mengaku Islam pun, ada macam-macam jenih pegangan. Osu Sukam pun Islam jugak, tapi kena dakwa utang RM7Juta dari Casino London, dah lupa...? Tolak-tolak yang tak berjenih tuuu... berapa kerat tinggal orang Islam sebenaqnya...? Yang masih solat... yang tak rasuah....yang isteri & anak tutup auratt.... yang tak dak kes rasuah, pompuan, pecah amanah.....?

HHmmmmmm..... apa nak jadi...?

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluargamu dari api neraka....." Al-Quran, At-Tahrim, Ayat 6.

Moga Allah lindungi kita dengan rahmatNya....

Buatlah apa yang mampu...

No comments: