JOM KIRA RAMAI-RAMAI...!!! BERMULA 11 JUN 2007,


Monday, April 16, 2007

Penjelasan September 06

Asalamu'alaikum Tuan-tuan...

Hangat... memang hangat.... isu yang melanda dalam akhbar KOSMO! RM0.80... dan tiada pulak virtual version dalam internet... kesian....

Sebagai seorang yang rasional, yang lebih penting ialah:

1) SwissCash adalah satu PELABURAN yang disebut oleh Bank Negara (Perenggan 2 kenyataan akhbar dalam link di bawah), bukan SCAM atau Skim atau Labu Peram. Sila lihat press release BNM yang asal bertarikh 5 September 2006. Walaupun dalam bentuk AMARAN, tiada satu perkataan LARANGAN dikeluarkan untuk pelaburan di sana.

Cuba baca dengan teliti. Biasalah dalam bahasa, tambah-tambah lagi orang Melayu, berapa ramai orang yang hisap rokok walaupun dalam masa yang sama membaca "AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA, MEROKOK MEMBAHAYAKAN KESIHATAN' tertulis pada kotak rokok? Sila lihat link ini http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=61&pg=69&ac=1300&lang=bm

2) Semua peraturan tempatan dipatuhi. Tidak timbul pengambilan deposit secara haram kerana deposit memang tidak pernah diambil tetapi ditukar... pelabur dinasihatkan membuat TT terus ke Barclay bank di UK untuk transaksi dan semua pelabur mempunyai akaun masing-masing.

3) Tidak timbul juga urusan lesen kerana rakyat Malaysia dah BEBAS untuk melabur ke luar negara sejak 1 April 2005, sila baca kenyataan BNM di link http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=61&pg=69&ac=996&lang=bm perenggan A(i) dan B(i) dengan teliti. B(i) dengan jelas mengatakan "Tiada kebenaran khusus diperlukan terlebih dahulu". Kalau kerajaan Malaysia umumkan, "Rakyat Malaysia bebas untuk memandu kereta, tiada kebenaran khusus diperlukan terlebih dahulu,", apa maknanya? Maknanya, kita boleh memandu tanpa lesen lah! senang je kan? Susah ke?

4) Isu Kedutaan Switzerland, yang menafikan kewujudan SwissCash di sana, eleh..... kek Swiss Roll pun banyak di Carrefour, takdepun kedutaan Swiss nak buat statement pasal kek Swiss Roll tu? Baca sejarah la.... Lagipun kenyataan Swiss Embassy tu dah 7 bulan, dah basi dahhhh...

5) Buat masa ini, SwissCash masih membayar secara tepat kepada semua pelabur, jadi tak timbul isu '50 ribu orang terpedaya', PM yang meminta orang yang terpedaya ini membuat laporan polis secara dasarnya tiada yang tampil membuat laporan kerana masih belum ada yang terpedaya setakat hari ini.

6) Web site katanya akan ditutup: Soalan saya, atas sebab apa? Apa kesalahan? Selepas BNM & Suruhanjaya Sekuriti menyiasat, katanya. Insyallah, kita serahkan kuasa menyiasat kepada mereka yang arif. Setakat ini masih belum ada apa-apa kerana SwissCash masih membayar dan masih mematuhi peraturan-peraturan tempatan. Berhubung siasatan ini, saya mengalu-alukan KENYATAAN yang benar, walaupun mungkin pahit, tetapi adil untuk semua pelabur.

7) Isu komen Menteri...? Hehehehehhehehhe.... Nasib baik KOSMO tak tanya Samy Vellu.....heeheheheehh.... nilaikan sendirilah....hehehheheh... “Apa pandangan Dato Seri tentang Labu Peram SwissCash..?”….. “Ooooo… itu labu ka?.... memang kalau masa(k) lema(k) memang sedap….. saya pun suka… hahahahhahha….

8) SwissCash didalangi oleh Malaysian? Jika ada bukti silalah kemukakan….atau dalam siasatan adil dan rasmi pihak berkuasa mendapati sedemikian, memang patut kita respek rakyat kita tu…. Kerajaan boleh amik dia keja dengan MINDEF atau Bank Negara…. Kepakaran yang dia ada akan memanfaatkan Negara… Saya pun nak tahu siapa yang punya keja ni?, mintak kerajaan ambil tindakan tegas!

9) Mcamana SwissCash boleh bayar 300% 15 bulan?..... Ginilah…. Elok taip “5% daily profit investment” kat search engine dan klik… banyak investment area boleh bagi… kalau 5% daily ada, inikan pula 13% monthly…. (payment termasuk modal)… (300%-100%) / 15 bulan =13% sebulan untung sahaja… Keuntungan syarikat ialah hanya average 1% sehari… sebulan 26%, maknanya 50% sharing profit…. Pening ke?

10) CFO SwissCash, Michael Mansfeild dikatakan tak pernah ditemui oleh mana-mana pelabur dari Malaysia…. Heheheheheh… lawaknya…. Anda ada melabur di ASN/ASB/ASW/Unit2 Trust yang lain di Malaysia..? Dah pernah jumpa Chairman pelaburan-pelaburan tadi? Hehehehehhe….. kenal mereka? Dah pernah telefon untuk mintak bercakap dengan mereka? Hehehehhe….

11) Pelabur Taiwan kata ada telefon SwissCash New York tapi tiada orang layan…? Hehheheh… pertama sekali, pukul berapa dia telefon? Hehehehhehe…. Kedua, untuk pengetahuan anda, pejabat SwissCash di New York hanya VIRTUAL OFFICE, bukan operational office. SwissCash beroperasi dari Commonwealth of Dominica sepenuhnya.

Sebagai syarikat dana internasional, keperluan untuk membuka pejabat di pusat dagangan dunia adalah satu KEPERLUAN. Pusat dagangan dunia ialah di New York. Macam company contractor jugaklah…..walaupun beroperasi dari Perlis, mesti kena ada cawangan di Kuala Lumpur jika nak dapat projek di Seluruh Malaysia…. Kuala Lumpur adalah pusat dagangan bagi Malaysia. Faham kan?

12) Return 300% dalam masa 15 bulan adalah too good to be true… hehehehhehehhe….. dengan penjelasan yang betul, isu ni tak timbul langsung… malah tak cukup lagi adalah… cukup kecil….
Suka bola sepak? Nah! Gaji pemain bolasepak pro di Malaysia average sekitar RM6-8k sebulan…. Kualitinya? Boleh tengok sendirilah…… Gaji pemain pro ternama macam Thierry Henry, Schevchenko, Christiano Ronaldo dan lain-lain di UK sekitar ₤100k-₤200k SEMINGGU! Hah! Too good to be true…? Tulah, jangan fikir di Malaysia saja… saya kalau pandai main bola pun tak main di Malaysia….baik main di UK walaupun gaji sekitar ₤2000 seminggu pun ok apa…? Maknanya, kalau pandai dengan iklim pelaburan di Malaysia pun, janganlah sombong kerana kat luaq orang boleh bagi lebih lagi….. hehehheheheh…..

Walau apapun.... kita tidak boleh terlalu comfortable dan tak juga boleh terlalu skeptikal dengan laporan media, yang penting adalah fakta, bukan berita...

Saya juga bukan seorang hardcore dalam pelaburan ni, memandangkan masih ada peluang mendapatkan keuntungan, masih mengikut peraturan pentadbiran negara, masih ada website, masih ada peluang, buatlah, sambil sentiasa ingat bahawa risiko ada di mana-mana, tak terkecuali dalam pelaburan ini. Peluang dan risiko tak dapat dipisahkan..... Jarang-jarang sekali kita jumpa orang berjaya tanpa mengambil risiko...

Jika kita mengambil risiko melabur, kita pasti tahu tentang risiko yang paling besar ialah kehilangan semua wang kita, tapi kalau tidak tidak mengambil risiko itu pun, kita masih boleh kehilangan semua wang kita…. Melaburlah setakat yang selesa, selesa untuk kehilangan semuanya….

Jika SwissCash terbukti SCAM oleh siasatan badan yang arif lagi bijaksana, saya dan kawan-kawan saya dah pernah jangka, tapi jika betul, memang tak sangka!

Pilihlah untuk melabur atau tidak, duit anda, pilihan anda! Bagi yang sedang melabur, Semoga Berjaya Bersama-Sama….

Salam hormat, maaf kalau tersalah kata... Wassalam...

No comments: