JOM KIRA RAMAI-RAMAI...!!! BERMULA 11 JUN 2007,


Sunday, April 22, 2007

Awat Tak Pii.....?

Bagi sapa yang baca blog ni mesti tau yang aku tak pi majlis penerangan kat Bangi Sabtu hari tu… Saja ja aku telefon member dari group lain yang pi, tanya khabaq apa bestnya program kat situ adakah mampu mengubah mindaku daripada setakat ‘percaya saja..’ kepada ‘lebih yakin’ dengan SC.

Jawapannya, ”hhmmmm…. Biasa saja….”, Yaka..? “Ya, kalau pelaboq kelas biasa ni memang boleh terima dah apa yang diterangkan oleh Super-Power-Rangers –Leaders kat sana tapi bagi pelaboq yang pentingkan FAKTA dan KESUNGGUHAN GROUP BESAQ menjalankan bisnes ni akan rasa majlis hari tu biasa-biasa saja….” Macam kata Pengkritik AF5 yang aku tengok malam tadi…” percubaan yang baik… teruskan usaha…”, pasai 100% apa yang nak diterangkan tu walaupun oleh puak depa aku dah tau pun, ada la sikit-sikit info baru, terima kasih jugaklah aku ucapkan…

Macam nilah… aku dulu awai-awai pembabitan dengan SC dulu ada penah di habaq oleh sorang leader dari utara (yang belum Islam lagi… moga dapat hidayah….) yang mengaku SAYANGKAN bisnes ni dan tak mau aku dari groupnya terlibat dengan aktiviti over-advertised sampai menjejaskan bisnes ni keseluruhannya.

Aku yakin kalau leader yang sorang ni mengaku sayangkan bisnes ni, mesti semua ‘mentol’ dan Super-Power-Rangers-Leaders pun camtu jugakla… La ni aku nak cadangkan semula kalau hangpa betui-betui sayangkan biz ni kena buat perkara PENTING ni…! Cadangkan semula maksudnya aku yakin dah ada pihak yang pernah mencadangkan benda ni, cuma dalam bahasa yang baik dan hangpa pun tak berasa nak buat….

1) Pi SANA…! Pi Dominica dan dapatkan gambaran sebenaq dari sana… ambik gambaq kat depan opis, pastu siar dalam website.. kalau boleh buat appointment dengan si Michael tu dan jumpa dia… Aku dah habaq dalam tulisan yang lepaih, jangan duk mohong kata Malaysia ni tak significant, jumlah pelaburan kecik berbanding orang negara lain yang main USD50k ke atas… Janganla mohong…! aaaaaa…..tuih…!

2) Pi sana make sure si Lee tu pi sekali…. Technical Director jawatannya.. biaq dia ada sama untuk kenalkan dengan staff di sana khususnya si Michael tu…! (2-2 belum Islam, moga dapat hidayah….)

3) Lepaih pi Dominica pi USA pulak…., pi Madison Avenue tu… tengok pejabat kat sana pulak….! Buat benda yang sama….

Lepaih tu balik sini masukkan semua laporan dan gambaq-gambaq dalam website hangpa yang dikatakan terbesaq di Asia Pasific tuuu…. Barulah orang berduyun-duyun boleh masuk dan kerja orang bawahan macam aku ni pun akan makin senang.. .hangpa takpa la duk ataih semua kerja aku di bawah ni yang buat… hangpa tidoq sebulan pun ada koman2 USD20-50k dalam tangan…! Aku…? Dahla kena keja kuat, leader macam hampeh lak tu…! Kedekut pait…!

Secara logik, kata sayangkan biz, maka usaha macam ni perlulah kalau nak teruskan biz untuk jangka masa lama… berapa lama…? 3 tahun..? 7 tahun..? Ntahla….

Hangpa pun kata duit juta-juta dah dapat.. takkan takat laboq RM20-30K untuk pi sana tak mampu…? Boleh pi satu group, mungkin dapat diskaun, boleh call Air Asia untuk buat ‘deal’ special route…!

Jangan dok mohong aku lagi kata biz offshore ni RAHSIA…. aaaaaa…tuih…! Aku bukan suruh pi korek rahsia dia, pi amik gambaq saja…. Laaa… takkan amik gambaq pun kena marah..? Lagipun pelaboq Malaysia penting la bagi SC, takkan tak mau jaga kita…? Mengong laaa…!

Pikiaq laaa… jangan duk berani kat sini saja…. Jangan duk berani explain kat ahli saja… jumpa media tak mau…. Macam2 pulak tu alasan…. Syarikat tak lantik la, apa la…. aku bukan suruh pi jadi wakil syarikat… jadi wakil group pelaboq yang kononnya paling besaq di Asia Pasific ni pun tak boleh..? Waktu jumpa SS 4 jam siap dengan kamera dulu berani pulak jadi ‘wakil’…siapa pulak yang lantik?.…? Pebende niii…? Awat berani dalam web saja kaa….? Bukan jumpa nak explain macammana syarikat buat keuntungan, tapi explain dari kacamata pelaboq la….. tapi kalau boleh panggil si Lee tu sekali lagila baguih…! Apa keja si Teknikal Director tu ntahla…. Kalau takat macam ni keja dia, aku pun boleh apply jadi macam dia bila kontrak dia expired July 2007 nanti…. Aku bukan koman punya orang, yang penting aku Muslim… Tak tamak dengan harta dunia…!

Oh ya… member yang pi Bangi ni jugak habaq top mentol semuanya tak dapat pi walaupun dijemput atas sebab yang tak pulak dihabaq kat aku… wallau’alam, kalau depa tipu aku pun tipu hangpa la…. Aku sangka baik la mungkin depa semua on the way pi Dominica... baguihla Alhamdulillah…

Harap benda penting ni dapat dibuat… jangan duk mohong-mohong lagi…. Kami semua ada akai…!

Ada akai pakai….!

No comments: