JOM KIRA RAMAI-RAMAI...!!! BERMULA 11 JUN 2007,


Thursday, April 19, 2007

Amboi...amboi...amboi...

Amboi...amboi...amboi.... sedap gigi hangpa saja cakap bukan main bersemangat gila babas dan seronok hangpa noooo menghentam SC apabila isu fatwa ni dikeluaqkan..?

Habis semua pelaboq SC yang hangpa kenai pakat-pakat hantaq sms, email memberi amaran dan nasihat la tu kononla... tapi sambil duk hantaq sms tu rokok duk kepit juga kat jari...

Nilah dia bontot orang nak dibasuh bontot sendiri pun dipenuhi taik. Ambik ni fatwa tentang rokok 1 dan rokok 2 dulu bagi yang isap rokok, tapi bersemangat nak pukui SC sekali.

Aku tak mau tegakkan benang yang basah pasai benang yang kering pun lum tentu boleh tegakkan jugak, tapi ada akai pikiaqla tengok, dan dengaq penjelasan dulu... jangan pakai bantai ikut wartawan yang ada niat busuk tu, pasai bisnes uptrend depa kena kacau aku dengaqla, wallahu'alam...

Ceritanya panjang.. tapi aku ringkaskan macam nilah...

1) Sistem pemberian bonus kepada pelabur SC yang diambil sampel perbincangan dalam majlis hari tu dah expired. SC dah tak dak plan pelaburan FIXED RETURN 15 bulan 300% sejak 6 April 2007. Yang ada ialah pelan 25% yang keuntungannya mengikut keuntungan syarikat. Akan dimaklumkan percentage keuntungan dari masa ke masa.

2) Untuk area of investment SC ni hangpa rujuk la kepada introducer masing-masing. Amnya, ACF (pertanian), EMF (Teknologi ICT) dan SIP25 (produk baru)-Projek developement, Equity, HYI, Forex. Tak paham kena tanyalah.

3) Yang boleh ditimbulkan sekarang ni ialah soal Penasihat Shariah. La ni aku bagi contoh keputusan fatwa 2 negeri yang berlainan bagi saham kebanggan kita, iaitu ASB. ASB juga malah semua produk PNB tidak diselia oleh Penasihat Shariah jugak pun, tapi hangpa boleh baca ASB HARAM untuk fatwa 1 dan ASB HALAL untuk fatwa 2.

Jadi apa maksudnya...? Perselisihan pendapat antara ulama' la... tapi adakah pasai perselisihan itu kita nak kena bergaduh..? Ambik la mana-mana pendapat yang hangpa suka dan ikut diam-diam, jangan kacau orang sudah... sebab tu dalam blog ni aku link kan kepada semua tempat yang aku pikiaq boleh hangpa pakat-pakat baca, pastu decide dan duk diam-diam, jangan kacau orang...! Bila ASB dan ROKOK pun ada 2 pendapat, ada ustaz pro dan ada jugak ustaz kontra, takkan perkara macam SC tak berlaku benda yang sama..? Salah ka..? Logik la tu kat SC ada ustaz melabur dan ada jugak ustaz yang menentang... Biasalah tu....

Hangpa boleh baca pandangan ustaz zaharudin dan forum lain yang bincangkan jugak hal pelaburan internet ni. Sebelum tu hangpa jugak kena paham antara pelaburan internet dan pelaburan MELALUI internet...! Tak kira mana mai pandangan ustaz tu kita pun mengaji tak habih bolehka paham semua...? Ada 4 mazhab utama khatam paham semua mazhab kaaa...?

Ada akai, pikiaqla, kalau tak mau susah-susah, ambik satu pastu ikut saja. Tapi jangan pulak hipokrit, SC tolak, tapi rasuah pulun... keja curi tulang atau kata orang la ni.. 'kenching' time keja (rehat lebih time, ngulaq sampai sehari, chatting YM, guna barang pejabat macam barang bapak dia, photostat, fax, komputer, transport opis...)... Utang kredit kad melambak.... utang PTPTN tak bayaq... utang MARA tak bayaq.... utang JPA tak bayaq.... loan umah konvensional... loan keta konvensional... insurans keta, PA semua konvensional... bini sendiri tak jaga aurat... main bola seluaq pendek... solat pun ikut dan saja.. mengaji quran pun tak lagi, last sekali khatam pun waktu baru lepaih akil baligh dulu... client belanja layaaan..., tipu claim milage, tipu overtime dan banyak lagi la... !

Ada akai kena pakai...! amboi...amboi...amboi...!

No comments: