JOM KIRA RAMAI-RAMAI...!!! BERMULA 11 JUN 2007,


Tuesday, May 29, 2007

Soalan Pelabur Marhaen...

Dah 2 bulan.... sejak April 2007 lepaih, swisscash dah kena dengan Suruhanjaya Sekuriti, akhbar-akhbar, Majlis Fatwa, heboh dengan Bank Negara, Kementerian Multimedia, menteri-menteri, kena bantai pada Minggu Saham Amanah PNB, kena dengan ustaz-ustaz tertentu, malah yang lebih teruk, geng-geng investment lain terutamanya daily punya hampir 95% dah lingkup. Dalam masa yang sama, SC pulak buat magic, tukaq program...isy...isy...isy... apa cerita ni....?

Ada jugak geng yang masih buat SC ni mintak aku stop saja tulih, tak mau ada pembaca jadi negatif lalu melingkupkan group depa. Sukacita aku nak habaq lagi sekali, aku pun ada group jugak, dan tak logik aku nak lingkupkan group sendiri. Aku ada lebih kurang 2000 akaun ahli di kiri dan kanan, dalam keadaan ni, dalam keadaan aku tulih ni, alhamdulillah, sejak Mei 2006 aku masih dapat SFP sampai la ni... terima kasih aku ucapkan kepada member group aku yang nampaknya mantap walaupun macam-macam dah jadi. Aku berpendapat perlu untuk kita bincangkan secara terbukak semua isu, tak dak selindung-selindung. Ingat, duit orang.... kita kena tanggungjawab jugak...

Sebelum aku tulih ni, aku sempat jugak masuk tengok ke semua web mentol dan super-power-rangers-leaders kalau-kalau ada jawapan terkini dan penerangan tentang isu-isu terendam-terpendam yang aku nak bangkitkan di sini. Depa bolehlah aku anggap sebagai Tunggak Unggul (atau ringkasnya TUNGGUL... hahahahahhahhahah......!) SC yang berada di level of konfiden yang paling ultimate dalam pelaburan ni. Aku tak payah habaqla sapa hangpa pun tau sendiri ada la 5-6 web taiko yang power-rangers tu...!

Tapi malang, takdak apa-apapun isu terkini yang dihuraikan. Mungkin depa ikut cara penerangan mulut ke mulut.... yang tak sampai ke telinga aku la setakat ni...

"Kalau SC ok Oktober ni, hang tak malu kaa...Pasai macam-macam hang kutuk depa?" Ada orang tanya....., "Laaaa.... apa nak malu lak...? Sujud Syukurla....." aku kata.

Aku tutup tulisan Mei 2007 ni dengan refresh balik semua yang berlaku sepanjang 2 bulan ni, kalau hangpa ada jawapan-jawapan ataih apa yang aku nak mengarut kat bawah ni, sila hantaq email ke pakai_akai@yahoo.com, aku akan publishkan tulisan hangpa tanpa edit, kalau hangpa tak mencarut... Cabaran kepada leaders, CARI JAWAPAN...!

1) Buktikan SC adalah genuine offshore investment. Buktikan SMF dengan nombot IBC 00757 tu dalam satu dokumen yang meyakinkan. Tunjukkan 3rd party link-link yang berkaitan untuk kami semak. Lepaih semak kami nak pakai buat presentation pulak... Kalau boleh ada bukti-bukti bergambaq, bukan andaian semata. Paling penting, antaranya berkaitan dengan opis dan Si Michael tu....

2) Buktikan SC ni dikonsider konsep pelaburan yang halal dalam hujah-hujah ilmiyah dan berakademik. Sanggah semua pandangan uztaz yang menentang dan dengan baik explain kembali ataih apa yang difatwakan oleh MFK.

3) Buktikan Si Lee tu pengarah teknikal Asia, dan mana rakan-rakan sejawat dia di rantau yang lain.

4) Explain kenapa dalam senarai visitor WHOIS tunjuk Malaysian visitor ke SC lebih kurang 45-55%. Boleh tengok kat Laporan Terperinci SwissCash dalam link di blog ni...

5) Explain "sekali lagi" apa cerita dengan ACF...? Aku pernah timbuikan isu ni dulu..... baca balik...

6) Explain mekanisme macamana e-point boleh avialable pada petang 6 April 2007 lepaih, hari yang sama semua e-point dibekukan ke ACF, tup-tup petang ada balik di akaun mentol. Apa cara dia pakai...? Kalau TT (kut dia salah sorang dealer) patut amik masa paling koman 2-3 hari... Tunjuk bukti.

7) Explain macamana mekanisme TT ke Malaysia la ni, macam mana flow chart kalau kita bawak TT balik Malaysia. Pasai pa "CASH DEPOSIT' yang keluaq...? Sapa bank in...? Apa untung SC lantik dealer tolong bank in ringgit ni....? Bukankah terus macam dulu dari Barclay Bank lagi baguih....? Walaupun mahai tapi bukti penghantaran tu lebih mahai harganya. Kalau melibatkan orang tengah kan lebih berisiko....?

8) Kenapa DKT dah macam tak sungguh-sungguh lagi dengan SC ni....? Kenapa tak ada explaination ke pihak media...? (pernah ditimbuikan dulu...) dan kenapa jawapan-jawapan ataih isu sebelum ni tak dijawab dalam website....? Makin sarat web tu dengan peluang cari duit saja... duit...duit...duit....

9) Apa dah jadi dengan CHINEESE BANK GATEWAY...? Dari FEB 2007 aku tengok "unavialable...", apa cerita...? Hangpa tak perasan kaa....? Cuba mintak member yang paham bahasa cina baca tengok.... Sapa boleh jawab...?

Aku sebenaqnya tak heran dengan apa yang paper tulih, boleh pakai akai pikiaq apa...? Tapi semua soalan di ataih ni setakat yang aku tau tak ada jawapan yang betui-betui boleh aku terima. Hangpa kalau baca semua tulisan aku dalam blog ni mesti tau inilah semua isu yang aku pernah sentuh dalam tulisan yang lepaih-lepaih...

La ni aku bukak pada sesiapa yang ada jawapan sila email kat aku. Tak payah ulang kata- "pelaburan ni ada risiko, tak payah laboq kalau takut, aku cuma tunjuk SC untuk hang laboq, risiko tanggung sendiri...Kami sebagai leader hanya nak share saja, kerja kami la cari semua investment untuk share dengan hangpa, sebab tu ada group, tapi jangan laboq sampai lupa risiko...Kami tak bertanggungjawab kalau ada apa yang berlaku nanti, kami pun pelaboq macam hangpa jugak..." Aku dah meluat...!

Leader takkan cakap macam tu, yang cakap macam tu adalah follower... pengikut...

Sekian dulu, lagi 125 hari lagi, moga semua impian kita akan jadi kenyataan....

POWER...!

No comments: