Wednesday, July 4, 2007
Hijrah
Pertama kali rasanya berlaku dalam sejarah poll AFUNDI kita yang pendek itu jumlah AKU YAKIN LAGI melebihi 57%, dan ia berlaku waktu SC tengah panaih dan dalam situasi TAK BOLEH MASUK laman web di Malaysia, sungguh pelik.
Ini cukup menunjukkan bahawa pelaboq-pelaboq yang duk baca di sini semakin hari semakin yakin dengan perkembangan terbaru SC ni, tambah-tambah dengan khabaq gula-gula CFO pada 4 Julai yang lepaih, sungguh melegakan...
Ada harapan yang di gantung, moga akan berbuah kemanisan.
Pernah aku habaq dulu yang aku akan upgrade forum di AFUNDI jadi lebih proper, dan alhamdulillah, kita dah berjaya mengeluaqkan satu ruangan forum yang baru dan lebih segaq. Terima kasih kepada semua yang bagi sokongan di sini. Semua harapan dah ditulih di sana, harap semua orang menghormati tempat bersidang tersebut dan berhemah selalu. Anggap tempat tu macam rumah kita, yang kita tak suka disepah-sepahkan.
Dan nampaknya semua pembaca berdaftar dah diberi ruang yang cukup luaih untuk berkarya dan menyampaikan maklumat tentang SC. Maka, secara logik mungkin penulisan di blog ni akan semakin kurang, diganti dengan perkembangan dan update selalu di forum. Tugas aku yang tak rasmi ni pun dah berjaya di segregate di sana kepada penulis yang rajin, alhamdulillah, rasanya akan kurang sikit beban mencari maklumat lepaih ni.
Kita masih boleh mencapai semua maklumat berkaitan SC di blog ni, semua link yang ada akan dikekalkan dan semua bahan penulisan sama ada yang negatif atau positif kekal dalam archive. Boleh baca balik kalau perlu.
Dan di peringkat seterusnya, insyallah kita akan melantik beberapa orang moderator di forum tu nanti, yang bertugas secara sukarela untuk memantau perkembangan forum. Jadi secara tak langsung keja ni (entahla sama ada berfaedah atau dak...? Semoga berfaedah dan berpahala) akan dibahagi-bahagikan kepada yang komited. Mereka akan dilantik berdasaqkan kualiti mereka, yang kita dah mula kenai sejak awai-awai dulu.... Mereka akan bertanggungjawab dalam perjalanan forum dan memastikan forum berlangsung dalam suasana yang kita kehendaki. Semua bahan sama ada positif mahupun negatif akan dibenaqkan, dalam bataih tertentu.
Dan kita akan teruskan aktiviti ni, sampai tempoh yang sesuai untuk kita berhenti.
Entah sampai bila masanya, kena tunggu jugak...
Sekian, terima kasih.
Jumpa Di Sanaaaaaaa.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment