Friday, July 20, 2007
Kekal Tradisional
Hari ni genap 40 hari dah kita dihalang aksess ke SC, SMF. 'Kita' yang dimaksudkan ialah pelaboq Malaysia yang ID bermula dengan 'my'. Perlu di ingatkan bahawa di negara-negara lain, BIASA SAJA PAK. Dan aku baru terbaca yang di Jamaica pun SC/SMF sedang disiasat oleh SS Jamaica. Wah, kompom la SC ni worldwide. Sampai Jamaica sana pun kena siasat.
Jamaica dengan Dominica dekat saja, macam KL dengan Batam. Air Asia tambang murah boleh dapat RM10 sehala kalau tempah awai. Mungkin SS Jamaica pun sedang berkira-kira nak pi Dominica, selain lawatan sambil belajaq, depa boleh pi makan angin jugak. Dan di Jamaica di repot yang agen-agen SC di sana sedang giat mempromosi... hehehhehe.... macam pernah dengaq, dan mungkin jugak akan berlaku kes sama macam kita kena versi Jamaica pulak.
Dan tempoh 40 hari ni, kalau ikut orang pantang bersalin, dah kebah. Sang suami pun mula dok buat baik dengan isterinya tuh... maklumlah, hampir 2-3 bulan kurang kasih sayang..... hahhahhhaha.... Tapi kita orang Melayu pantang disambung 60 hari lagi. Bagi genap 100 hari. Sebagai tanda penghargaan dan kesian....
Kat tempat aku duk la ni bebudak tengah gila main GASING. Aku pun sempat belek gasing zaman la ni, 20 taun lepaih, aku jugak champion dalam permainan ni. Gasing versi baru ni dibuat dari plastik. Kita dulu kena potong dahan jambu buat sendiri. Jenuh. Pastu test, alignment kalau lari, kena repair, terus repair... bila ok, pi lawan ngan member sekampung. Kalau kurang terrer, alamat cepat pecah kena pukui, pastu buat lagi.... habih dahan jambu kat umah kena tebang. Dan mak kita pun bising.....! Hahahahhahah.....
Tu dulu, la ni, pi beli saja kat kedai. Murah. Susah pecah lak tu. Mana nak pecah?, buat dengan plastik...!
Namun gaya dan sistem permainannya sama. Ikat tali pun cara sama jugak. Pukui, bulatan semua sama, kira point pun sama.
Dulu, 20 tahun lepaih mana ada internet? Orang pi beratoq kat kaunter laboq ASN. Isi borang, mutual fund dan segala mak nenek investment masa la ni tak siapa boleh jangka. Tapi ia masuk ke dunia nyata dan maya tak henti-henti.
Orang dulu amik kesempatan cara dulu. Kira main gasing dengan teknologi dulu. Depa melaboq ASN kerana ASN satu-satunya produk simpan duit untuk dapat untung yang di promosi kerajaan.
Jadi, orang sekarang pulak, takkan nak pakai teknologi dulu jugak....? Cuba, kita pi cari pokok jambu, buat gasing dan pi lawan dengan bebudak yang main gasing plastik tadi.... Tak kena gelak memang saja....! "Ketinggalan zaman", kata depa...
Jesteru, teknologi kena ikut kalau ia memudahkan dan lebih menguntungkan. Jangan jadi bodo tak tentu pasai, reject pembaharuan semata-mata kerana kesempitan pikiran...! Lebih teruk lagi, kutuk dan hina dengan penuh keyakinan...! Bukan apa.... Langit tak selalu cerah, zaman berubah, bimbang bila sampai time kita terbukak hati nak mula ikut teknologi nanti, orang lain dah ke bulan...!
Tinggailah kita, dengan gasing kayu kita tuh...! Lama-lama reput. Gasing plastik ok..... beratus tahun baru reput...! Teknik penguraian semulajadi memakan masa keatas bahan plastik.
Susah nak paham kannnnn.....?
Entahlaaa........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment