JOM KIRA RAMAI-RAMAI...!!! BERMULA 11 JUN 2007,


Saturday, July 14, 2007

Kompetitif


Petang tadi kita kena lagi, 5-0, dah kumpul 10 bolos setakat ni, dan sifar mata dari 2 perlawanan. Kalah dengan China 5-1 dan petang tadi (Maghrib sebenaqnya) lagi 5-0 dikumpul dari Uzbekistan. TAHNIAH aku ucapkan.

Aku sempat tengok 1st half.... rehat pukui 7:15PM. Sambung balik jam 7:30PM, 45 minit sambung lagi sampaila pukui 8:15PM. Ada la lagi 30 minit nak solat Maghrib, tu pun kalau buat laaa.... Tapi hangpa rasa...? Dah la kalah sampai 5-0, Maghrib pun tak menentu... macam tu tak dak pulak sapa-sapa nak komen, menteri ka, JAKIM ka, TPM ka, MFK ka, issyyyy.... Entahlaa... Sensitip nii....

Aku rasa kalau diberi pilihan kepada pemain pasukan Malaysia Si Harimau Malaya sama ada nak lawan atau nak 'elak' game ketiga kumpulan 3 hari lagi, depa akan mengelak...! Sebabnya..? TAK CUKUP KUASA NAK COMPETE.... di ASIAN pun kita di belakang Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina, Myanmar, inikan pula di pentas ASIA...? Yang dok mai tu ada finalis Piala Dunia, kita ni...? Mau kumpul 20 bolos kang....!

Itu cerita bolasepak, ni cerita kereta pulak. Semua orang tau yang AFTA ditangguhkan lagi. Sampai 2010 pulak katanya. Sebab antaranya, sekali lagi, PROTON tak KUASA COMPETE di PERINGKAT GLOBAL. Boleh banding harga keta vs kualiti keta yang ada di Malaysia ni. PROTON 2.0 cuba compare dengan HONDA 2.0.... Simple saja, amik V6 harga RM107,000, bandingkan dengan HONDA CIVIC BARU 1.8 harga di Semenanjung RM112,000.00 manakala harga di OFFSHORE MALAYSIA, iaitu Langkawi dan Labuan hanya RM71,000-RM75,000 pasai cukai kerajaan 300% dikurangkan (pi check kat laman web HONDA Malaysia)... Cuba bezakan rupa bentuk dan prestasinyaa.....?

Nampak...? Nampak kebaikan dan kelebihan OFFSHORE....?

Aku tak heran kalau NAZA dianggap BERJAYA oleh kita semua kerana KAYA dalam bidang penjualan keta ni. Sampai boleh bawak keta KIA dari Korea, dan di brandkan semula kepada NAZA dan dijual serta dicop mohor sebagai keta Nasional Malaysia. Tapi aku lebih heran dan takjub serta tabik spring kalau Si Nasimudin berjaya bawak keluaq PROTON dan jual balik di Korea...! Tu baru betul. Ni kalau pi juai produk orang di sini, tapi produk sendiri tak teringin nak majukan, ORANG BERJAYAKAH ITU...?! BERJAYAKAH DIA....?

Sori.... DIA GAGAL...! Dia GAGAL memajukan negaranya, bangsanya dan produknya. Dia cuma berjaya kayakan dirinya, adik beradiknya, kroninya, orang yang memberi AP kepadanya, orang yang melindunginya dan orang yang menyokongnya kerana kekayaan artificialnya...!

Bila SC masuk Malaysia pada sekitar Jun 2005, ia bergerak dengan lancaq sehinggalah ada pihak-pihak tertentu yang berasa SC menjadi ancaman kepada pendapatan dan tabungan mereka. SC memberi pulangan logik sehingga 20% sebulan (pi baca semua posting aku untuk paham pasai LOGIK ni) dan pihak-pihak tertentu tadi merasakan mereka TAK KUASA nak COMPETE lagi dengan SC, maka strategi di susun dan dilaksanakan untuk menggagalkan SC dari segenap cara.

Depa pukui canang yang depa dah TUTUP web internet investment eaindex yang memang dah bungkuih sejak Mac 2007 lagi, tak payah tutup pun eaindex dah bungkuih. Pasai pa depa buat macam tu...? Pi tutup benda yang dah pun tutup dengan sendiri...? Pandai ka depa ni....? Strategi apa depa pakai ni...????!!! Tak paham la aku....!

Tapi dalam kes SC, sampai la ni pun depa tak tutup lagi, tapi SC saja purposely tutup aksess dari pelaboq Malaysia, dan di maklumkan melalui News Update SC. Malaysia saja jadi lagu tu, lain-lain negara ok saja..... no problem....

Nampak dak...? Tiga kes ni, berbeza subjek tapi keadaannya sama. Hari ni kita belajaq perkataan compete dan harap semua dah pahamla....

Tolong buat ayat satu Apek.....!

"Haiyaaa.. manyak sinang...... " Cosntluction Complete, Constluction Complete...." Atak pandai tak wa...?"

Haiyyaaa apek, compete la, bukan complete...."

"Haiyyaaa talak sama ka...? Suda tukar kaaa....?"

Tu la lu suka main Red Alert saja...! Pi baca offshore pun lagi baguih...!

"Apa offshore....? Offside wa tau la....!"


Sekian...!


No comments: