Tuesday, July 10, 2007
Panas...!
Wuih... satu persatu berita hangat kita dapat sejak sebulan lepaih. Aku ingat makin sejuk menjelang opening my nanti, rupa-rupanya makin hebat, makin pening, makin bingung...
Hari ni Suruhanjaya Sekuriti (SS) keluaqkan press released yang ke sekian kalinya untuk SwissCash (SC), macam biasalah, kalut, ribut, kacau satu kampung...!
Yang tak invest SC pun makin rasa lega (pasai tak terpengaruh), yang jahat sikit (padan muka hangpa yang dok promote aku dulu), yang laboq sikit (abih la burn duit aku..!) yang laboq banyak.. (mampuihla aku...!)
Aku pun tak paham sangat beberapa bahasa undang-undang yang SS gunapakai, kira canggih la bahasa tu, sama la jugak, sorang 'ustat' pandai cakap Arab (pasai dia belajaq kat tanah Arab 7 tahun repeat 2 tahun), walaupun hakikat ilmu agamanya lebih cetek daripada budak sekolah (pasai dia bukan belajaq bidang agama kat sana-dia belajaq akauntan), bila balik sini,.... taboq ayat Arab sepatah dua... tuuuudddiiiiiaaaa.... mulala kumpul pengikut.... hebat.
Tambah-tambah lagi ayat undang-undang internasional, lagi memeningkan kepala aku, di tambah lagi dengan bahasa omputeh, lagi malaih aku nak baca dan translate. Nasib baik ada sorang dua rakan di forum yang rajin, baguih, teruskan....
Tapi aku rumuskan beginila.... Janganla baca di UTUSAN MALAYSIA, KOSMO atau paper lain untuk info ni, TAPI sila amik ORIGINAL press released daripada SS di http://www.sc.com.my/. Aku dari dulu lagi tak berkenan amik info 2nd hand ni, banyak goreng... tambah-tambah lagi kalau KOSMO!
Sebelum tu, yang pelik bagi aku ialah takdak satu pun maklumat yang keluaq daripada BNM pasai isu ini. Kebenaran melaboq ke luaq negara sejak 1 April 2005 yang lepaih seolah-olah wayang dan dikhususkan kepada orang-orang kaya yang ada duit lebih untuk ke luaq negara, ke offshore, tapi kalau fund manager tu menggunakan khidmat online macam SC ni, depa kategorikan semula sebagai, PELABURAN INTERNET. Bukan lagi PELABURAN LUAQ NEGARA MELALUI INTERNET. Perkara ni dah banyak kali aku sentuh, kalau rajin pi baca balik posting yang lepaih... Khususnya yang bertajuk KODOK SESAT.
Lagi satu, bila offshore boleh bagi pulangan yang lebih tinggi kerana 1) TAKDAK TAX di sana, dan tak juga kena tax di sini, 2) Tak payah bukak opis di sini, 3) Tak payah ada staff di sini (bayaq komisyen saja cuma 3-4%), 4) Semua online (jimat kertas, printer, fax tak payah, surat tak payah, cert pun online saja, annual meeting tak payah, prospectus tak payah), 5) Promotion free (pasai ada agen tolong gerak, tak payah promote masuk tv, paper), 6) Dibuka 24 jam (online, tak payah ada pegawai tolong jaga bisness time tidor), maknanya, kalau SMF dapat untung sehari 1% pun, cukupla, pasai sebulan ada 26 hari, 26%, jadi yang SC dok bagi kat kita sehinga 25% tu kira ok laaaa..... dengan sebab-sebab tadi, menimbulkan rasa CEMBURU dan rasa TERANCAM orang tempatan yang berkepentingan, maka, kacaula.....! Apa lagi....? Ni jelas sekali bila web SC tak ditutup pun oleh SS, tak tersenarai dalam 10 yang dah ditutup, tapi diambil langkah undang2.... pelik...pelik.... Kalau dah salah awat tak tutup teruih...?!!!!! Pasai pa cari jalan susah...?
Aku yakin dalam masa 3-5 tahun lagi, PNB dan Unit2 Trust tempatan akan mula memperkenaikan produk online depa ataih kebaikan-kebaikan yang aku cerita kat ataih...! eeellleeeeeeeehhhh.... malu konon nak tiru...! Atau tak mampu tiru pasai modai besaq bang...!?
Secara amnya, ada 3 perkara yang kita dapat dari press release SS tu....
1) SS dah ambil tindakan undang-undang kepada 3 individu kerana MEMPROMOSIKAN SC, bukannya operator SC. Depa ni jugak dikatakan didakwa atas Akta Perindustrian Sekuriti 1983 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.
Kalau depa ni terbukti salah, memang patut kena tindakan... Kita nak tau jugak depa ni tahap apa.....Tapi dengan akta yang depa kena tu nampak teruk sangatlaaaa.... sampai masuk kategori pengganas, wang haram wwwuuuiihhh.. power rangers betuilaa.... wang haram ni ada banyak jenih, salah satunya wang judi sampai hutang 7 juta di London, wang curi duit PPRT 40 juta, wang rasuah projek, wang curi balak, wang rakyat yang digunakan untuk tujuan politik, wang di politik wang, wang komisyen sampai 570 juta sampai mati sorang model (kononnya....), banyak lagila...! Yang pembiayaan keganasan tu memang power laa....! Pengganas rupanya kita ni...!
2) Operator SC (SMF (1948), SC, dan SMF International juga difailkan saman mengikut undang-undang antarabangsa.
Ni baguih, kita seronok tunggu nak start bicara... (ada bicara kaa...?) pasai bila bicara semua maklumat dalam kain SMF, SC dan SMF International akan terbukak laa... Aku tak tau la apa yang sepatutnya berlaku ataih tindakan ini tapi sekurang-kurangnya ada tindakan dari SS, baguihla, bukan digantung tak bertali.
3) SS jugak dah tambah tutup 2 lagi internet investment iaitu eaindex dan winlifund. Menjadikannya genap 10 budak hitam.
Ni yang pelik, pasai pa SC tak ditutup oleh SS...? Dalam 10 senarai tu SC BELUM DITUTUP lagi, tapi SS main cara susah untuk susahkan SC, pening...pening... Lagi satu....., dalam 10 web investment yang dah kena tutup ni, sekoq web lucah yang sampai 33 juta tu belum start ditutup lagi... hahahahhahhahhahahahhahahhahhhahaha. Pasai paaa...? OOoooooo.... masyuukkk........!!!!!
Lain-lain info hangpa boleh baca di ruangan forum.... Kita tak tau la apa lagi nak jadi, harap-harap blog dan forum aku tak la ditutup pulak oleh SS. Hahahahahahahahahhaha
Dahla... boleh jadi bodo sehari kita pikiaq pasai ni...!
Kita bukannya bodo... betui dak...? Oh Negaraku...!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment