JOM KIRA RAMAI-RAMAI...!!! BERMULA 11 JUN 2007,


Monday, June 9, 2008

Berani Berubah



Salam kepada semua pembaca...

Hari ini genap setahun tragedi hitam menimpa kebanyakan kita.

Sepertimana yang telah dimaklumkan (dan telah diagak oleh kita sebelum ini), status pelaburan yang kita terlibat sejak lebih setahun lalu telah pun kita fahami bersama-sama... Inilah hakikat yang perlu di telan.

Atas kelapangan masa yang ada, insyallah sedikit-demi sedikit perubahan akan dibuat pada blog ini untuk masa depan. Saya manganggarkan beberapa bulan masa yang diperlukan untuk kembali aktif menulis dan menaakul peristiwa dan yang berlaku di sekeliling. Insyallah jika diizinkan Allah.

Saya akan meneruskan penulisan di blog ini mengikut arus perbincangan. Saya bercadang untuk lebih terbuka dalam perbincangan semoga sesama kita pembaca dapat mendapat manfaat daripada isu yang ditulis.

Ia akan menyentuh beberapa perkara tidak terhad kepada pelaburan. Ruangan forum akan dikekalkan sepertimana ia ada sekarang bagi memberi ruang yang luas kepada semua mengambil manfaat jika ada. Semua bahan yang pernah ditulis dalam blog ini juga akan dikekalkan. Tiada perubahan kandungan.

Harapan saya untuk kita yang kebanyakannya masyarakat Melayu di bumi Malaysia dan sekitarnya ini dapat berkumpul dan berhimpun berkongsi maklumat agar ikatan perkenalan yang telah dikukuhkan oleh seramai 1556 ahli forum ini dapat diteruskan dengan cara membina.

Nama blog ini juga akan di tukar, bermula 1 Julai 2008 ini blog pasai-swisscash akan ditukar nama kepada www.pasai.blogspot.com sahaja.

Bahan tertulis akan dikategorikan mengikut isu-isu, saya harap ada sambutan dan menerima respon yang baik.

Saya juga akan buka untuk urusan pengiklanan produk jika ada yang berminat secara PERCUMA. Saya cuma minta jika ada berniat untuk memberikan sedikit keuntungan tuan-tuan melalui pengiklanan yang di buat di blog ini agar dapat disalurkan ke 2 madrasah iaitu An Nahdhoh dan Ma'had Adda'wah Al-Islamiyyah milik Ustaz Subri Arshad yang tertulis di ruangan tepi kanan blog ini. Sumbangan terus ke sana melalui nombor akaun yang dinyatakan.

Hala tuju dan matlamat blog kita akan faham insyallah bermula 1 Julai 2008 ini.

Sekian, terima kasih dan salam hormat daripada saya.

Wassalam.


10 Jun 2008

No comments: