JOM KIRA RAMAI-RAMAI...!!! BERMULA 11 JUN 2007,


Wednesday, June 25, 2008

Sabar...


Sesungguhnya sabar itu ada 3 bahagian:

1) Sabar dalam menempuh dan menerima musibah yang Allah ujikan kepada kita. "Jika kamu ditimpa musibah maka ucapkan sesungguhnya kami ini kepunyaan Allah dan kepada-Nya kami kembali..."

2) Sabar dalam melakukan ibadat, semua ibadat yang Allah wajibkan kepada kita dari sekecil-kecil hingga yang besar-besar kita hendaklah sabar dalam membuatnya. Tak mungkin kita sanggup berterus-terusan berbuat ibadat kalau tak disertakan dengan kesabaran dalam melakukannya. Suruhan Allah pada sebahagian orang di anggap bersifat leceh dan mengganggu tugas seharian maka sabarlah melakukannya tanpa jemu dan istiqamah. Doalah supaya kita sentiasa diberikan Allah kekuatan untuk terus melakukan ibadah.

3) Sabar dalam menghindari kemaksiatan dan kemungkaran kepada Allah. Kebanyakan perkara yang seronok-seronok dan sedap-sedap adalah bersifat maksiat maka kita hendaklah sabar untuk tidak melakukannya selagi kita hidup. Dalam masa sama sentiasa meminta agar Allah menolong kita menghindarkannya. Sesungguhnya tiada daya upaya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah juga.

Sabar di dunia ini bermanfaat. Andainya semua jenis kesabaran ini dapat kita lakukan, insyallah diberi ganjaran pahala dan reda oleh Allah. Sabar dalam mengharungi musibah, sabar dalam melakukan ibadah dan sabar dalam menghindari mungkar semuanya akan diganjari Allah. Moga-moga kita ikhlas.

Sabar di kubur dan akhirat pula ketika diseksa dan didera adalah tidak bermanfaat lagi kerana sebaik dunia kiamat, tiada lagi dosa dan pahala untuk di hitung...

Sekian, salam hormat.

Pakai Akai.

100 Hari: Prestasi Awal Pakatan Di Selangor Membanggakan

Tuesday, June 24, 2008

Pilot Peluk Islam Setelah Pesawat Bawa Jenazah Ulama Dilindungi Awan

Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel di ruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew penerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :

1. Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
2. Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
3. Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
4. Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
5. Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.
Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.

Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan di dalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

Al-Fatihah.

Madrasah Al-Yamani, Kampung Baru, Kuala Lumpur


Madrasah Al-Yamani, Kampung Baru, Kuala Lumpur

Terletak ditengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur - Kg Baru Flat tinggi pasar minggu Kg Baru berdekatan Stesyen LRT . Madrasah ini berkonsepkan pondok dan telah ditubuhkan 12 tahun yang lalu oleh Ustaz Fadzli , seorang pendakwah bebas dan pakar rujuk feqah yang banyak memberi kuliah-kuliah ilmu dimasjid-masjid serta pejabat-pejabat kerajaan dan swasta .

Dalam keadaan yang serba kekurangan ini Ustaz Fadzli tetap gigih mendidik anak-anak tahfiz dan tahfizah nya. Pada masa ini terdapat 51 orang pelajar lelaki dan perempuan disamping 5 orang ustaz dan ustazah sepenuh masa. Dengan perbelanjaan lebih RM35,000 sebulan adalah sesuatu yang agak berat bagi madrasah ini untuk terus bergerak tanpa bantuan dari orang ramai. Oleh yang demikian kami merayu anda untuk sama-sama menghulurkan bantuan terus kepada Madrasah Al-Yamani Kg. Baru , Kuala Lumpur .

Untuk menghulurkan bantuan boleh terus hubungi

Ustaz Fadzli 019-3838730

Akaun Bank Islam Berhad - Madrasah Alyamani -1415-3010-0014- 53.

Minta tolong anda terus sebarkan maklumat ini dan jangan diputuskan rangkaiannya supaya sumbangan dan bantuan dapat berterusan bagi membantu kerja-kerja kejalan Allah ini.




Sumbangan Diperlukan


Assalamualaikum wrb,

Tuan/puan yang yang budiman dan prihatin,

Anak perempuan saya murid Tahun 5 (5 Iltizam) SRK Taman Melawati 2 selalu balik menceritakan tentang kisah sedih kawan sekelas dia yang terpaksa duduk dalam ‘khemah’ kerana tiada rumah setelah rumah setinggannya di robohkan. Mula- mula saya tidak berapa ambil kisah kerana anggapan saya manila ada di kawasan Ulu Klang/Melawati keluarga Melayu sebegitu susah, sekurang-kurangnya ada rumah. Tetapi cuti minggu lepas, saya telah dibawa sendiri oleh anak saya untuk melihat khemah dan keadaan keluarga tersebut di Ulu Klang bertentangan dengan Zoo Negara.

Memang amat menyedihkan sekali keadaan keluarga ini, En Zamri seorang guard di Puncak Niaga Klang gate, mempunyai 5 orang anak (15,14,11, 6 & 4tahun) memang tinggal dalam khemah dhaif (sebesar partition Manager kat PETRONAS) tanpa elektrik dan cuma bilik air buatan sendiri. Isteri tidak dapat bekerja kerana ada anak kecil 4 tahun walaupun ingin bekerja. Kepada sesiapa yang hendak lihat sendiri khemah keluarga ini boleh Nampak dari Highway MRR2 – Arah Ampang ke Taman Permata , selepas PETRONAS Hulu Kelang 2, berdekatan bus station ada sign board untuk U TURN ke Zoo Negara.

Menurut En Zamri rumah setinggan mereka di Batu 8 Hulu Klang telah dirobohkan 3 tahun lalu dan mereka telah membeli rumah kos rumah tetapi hingga sekarang tidak siap- siap. Keluarga lain mampu untuk buat rumah ditempat lain tapi beliau belum mampu untuk buat pondok sekalipun walaupun ada plan untuk buat ‘pondok sementara’ di tapak khemah itu…saya ada nampak sedikit kayu recycle terkumpul. Semasa kempen pilihanraya ada ada politician berjanji untuk bantu tapi diam begitu saja. Beliau dirikan khemah di situ kerana dekat sekolah dan keempat empat anak bersekolah di Melewati dapat jalan kaki ke sekolah saja. Menurut anak saya akhir-akhir ni dengan cuaca yang tak menentu, anaknya selalu demam dsb.

Saya juga telah bertanya macamana kami boleh bantu dia sekeluarga. Kalau ada rezeki dia cuma mahu dirikan pondok tempat bertuduh dengan harapan rumah kos murah mereka siap, tapi beliau keberatan untuk memberitahu saya kosnya. Setelah didesak beliau beritahu rumah Indon depan rumah dia kecil tu pun lebih kurang RM 3 ribu juga. Indon pun ada rumah, ini keluarga Melayu, En Zamri orang N9 dan isterinya orang Perak.

Alhamdulilah saya dapat memberitahu kisah keluarga ini pada Hj Zul, AJK Surau PETRONAS dan beliau berjanji akan cuba meminta bantuan ADUN Hulu Klang. Pihak Surau PETRONAS juga telah bermurah hati memberi sumbangan segera RM250. Saya dan suami juga akan cuba ikhtiarkan bantuan lain seperti carikan kerja part time untuk isterinya dsbnya. Menurut En Zamri, sekolah juga memberi bantuan.

Sahabat sahabat yang prihatin, saya mohon bantuan iklas semua kalau boleh kita membantu keluarga ini untuk dirikan ‘pondok’ untuk berteduh…..saya tahu ramai yang bermurah hati untuk memberi sumbangan peribadi , zakat (saya rasa keluarga ini layak mendapat zakat)….atau sebagainya….atau mungkin FOC boleh buat ‘keluarga angkat’ sebagai projek amal jariah kita. Sesiapa yang ingin membantu sila beritahu saya.

Semoga ALLAH membalas amal jariah saudara/i sekelian.

Wassalam.

Ku Azah Ku Mohamad.

Norelinda Othman
Credit Management Department
Tingkat 13, Menara Celcom
No 82, Jalan Raja Muda Abdul Aziz
50300 Kuala Lumpur.
Hp no : 013-2733900
Off no : 03-26883418
Fax no : 03-26810346

Emosi Jangan Mengatasi Akal!

Hari ini tersiar di dalam akhbar Utusan Malaysia tulisan seorang wartawan, Noraini Abdul Razak yang mempertikaikan polisi terbaru Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) berkenaan dengan tata berpakaian peniaga-peniaga di ruang premis MPKB-BRI.

Marah sekali nampaknya apabila diperkenalkan larangan bergincu dan berkasut tumit tinggi kerana katanya ini melanggar fitrah semulajadi wanita. Kata si penulis lagi, kenapa tidak diperkenalkan peraturan agar lelaki menjaga pandangan mata mereka agar tidak tersilau dengan wanita yang bergincu dan bertumit tinggi.

Penulis nampaknya tidak berselindung dalam menunjukkan sikap anti terhadap peraturan seperti ini. Rasanya sebagai seorang muslimah, Noraini sepatutnya sudah menyedari peraturan yang bukan ditetapkan oleh MPKB-BRI tetapi oleh Allah SWT. Bukankah Allah SWT telah menyatakan peraturan kepada kaum muslimah di dalam maksud firmanNya :

"Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. (Surah an-Nur, ayat 31)"

Dalam keadaan hari ini yang menyaksikan kes-kes rogol dan sumbang mahram naik menjulang, indeks jenayah yang semakin tinggi dan kaum wanita yang semakin tidak selamat, beruntung benarlah sekiranya ada golongan yang berfikir untuk keselamatan wanita. Batasan aurat, perhiasan dan pergaulan telah dijelaskan oleh Allah SWT bukanlah bermakna satu diskriminasi terhadap wanita tetapi itulah kemuliaan dari Allah SWT yang meletakkan wanita di tempat yang mulia. Wanita tidak dibenarkan berhias secara berlebihan kecuali untuk suami mereka.

Noraini mempertikaikan, perlukah wanita diajar satu persatu cara untuk berpakain? Jawapannya ialah, ya. Bahkan Allah SWT yang mengajar kaum muslimat satu persatu bagaimana untuk berpakaian. Bahkan Nabi Muhammad SAW mengajar Asma’ binti Abu Bakr dengan kata-katanya, “Wahai Asma’, sesungguhnya wanita apabila telah mencapai akil baligh hendaklah menutup seluruh tubuhnya kecuali ini dan ini,” lalu baginda mengisyaratkan kepada mukanya dan tangannya. (Hadis riwayat Abu Daud, disahihkan oleh al-Bani)

Noraini mempersoalkan kenapa tidak turut diperkenalkan peraturan mengkehendaki kaum lelaki menjaga pandangan serta tata laku. Bahkan didesak supaya dikeluarkan juga arahan supaya kaum lelaki pandai mendidik hawa nafsu supaya tidak mudah tergoda semata-mata apabila terpandang secalit gincu di bibir wanita.

Tulisan berbau emosi seperti ini sebenarnya tidak ditimbang dengan neraca akal yang waras. Tidak perlu kepada penyelidikan ke peringkat PhD, kita sudah cukup maklum bahawa lelaki biasa tidak akan tersilau dengan kecantikan wanita kalau tidak wanita yang berhias secara melampau. Lalu biasanya mereka menghujah, kenapa wanita yang bertudung lengkap turut sama menjadi mangsa? Jawabnya, aurat yang ditutup ialah tanda tanggungjawab seseorang kepada perintah Allah. Ia juga sebagai ikhtiar agar wanita tidak menjadi mangsa kebuasan nafsu. Ikhtiar kadang-kadang tidak mengundang hasil sebagaimana rumah yang dikunci ada ketikanya menjadi mangsa pencuri! Apa yang penting, wanita yang menutup aurat sudah melaksanakan perintah Allah biarpun turut sama menjadi nafsu! Oleh yang demikian, biarkanlah MPKB-BRI dengan peraturan yang diperkenalkannya itu. Lagipun peraturan itu hanyalah untuk para peniaga sahaja. Kalau sekiranya Noraini berminat mengunjungi Kelantan dengan gincu bertempek sekalipun, silalah. MPKB-BRI tidak mempunyai kuasa menahannya.

Tulisan ini hanyalah sekadar respon kepada reaksi Noraini dan kaum muslimah yang sefikrah dengannya. Saya mengajak saudari Noraini khususnya agar janganlah sampai emosi kita menyebabkan kita mempelekehkan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

24 Jun 2008

Ustaz Ahmad Fadhli Shaari

Monday, June 23, 2008

Sapa Nak Bole Pi....

Himpunan 1 juta rakyat bertempat di Padang Timur PJ, 6 Julai

Salmiyah Harun
Thu | Jun 19, 08 | 5:59:52 pm MYT

KUALA LUMPUR, 19 Jun (Hrkh) - Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) mengumumkan bahawa perhimpunan satu juga rakyat akan diadakan pada 6 Julai 2008 bertempat di Padang Timur Petaling Jaya berhadapan Amcorp Mall pada jam 10.00 pagi.

Penyelaras Protes, Dr Hatta Mohd Ramli yakin Protes dapat mengumpul sejuta rakyat negara ini kerana keadaan negara semakin gawat dengan berbagai-bagai masalah termasuklah politik kerajaan.

Tambahan pula katanya, sudah 15 hari rakyat terus menjalani kehidupan yang terhimpit sejak kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Katanya, kemarahan rakyat semakin memuncak dengan demonstrasi membantah kenaikan minyak merata-rata tempat termasuk di Masjid Kampung Baru dan di Kajang.

Beliau juga meminta satu juta rakyat yang akan mengikuti perhimpunan itu memakai baju berwarna merah sebagai identiti rasmi membantah kenaikan harga minyak.

Oleh itu, katanya Protes kali ini dengan slogannya 'Protes Satu Juta Rakyat Turun' akan terus menyatakan siri bantahan terhadap kerakusan kerajaan di seluruh negara.

Ketika ditanya sebab Padang Timur dipilih sebagai lokasi perhimpunan, Dr Hatta berkata Protes mengambil kira keselesaan peserta himpunan dan ia berdekatan dengan sebuah tasik rekreasi.

"Orang ramai boleh datang dari beberapa arah tanpa kesesakan seperti dari lebuh raya persekutuan dan boleh menggunakan kemudahan awam LRT yang berhenti di Taman jaya," katanya kepada wartawan di Pejabat Agung PAS Jalan Raja Laut.

Jelasnya, dalam perhimpunan itu pemimpin Pakatan Rakyat turut berucap kemudian diikuti tayangan media tentang senario kenaikan harga minyak yang akan memberi semangat dan kesedaran kepada rakyat.

"Di samping itu, kita akan menjemput beberapa artis serta mengadakan persembahan teater bergerak untuk menaikan semangat kepada para penyokong bantahan itu," katanya.

Apa yang penting Hatta menegaskan, perhimpunan itu sebagai satu mesej penting kepada Abdullah Badawi untuk menurunkan harga minyak.

Katanya, orang ramai pula tidak perlu risau dengan keselamatan di padang itu, kerana pihak penganjur akan menyediakan seramai 3,500 petugas keselamatan untuk mengawal cubaan provokasi oleh pihak tertentu.

Beliau juga menegaskan tidak berhasrat untuk memohon sebarang permit daripada pihak polis untuk perhimpunan itu.

Merujuk hari perhimpunan yang berubah, Hatta berkata hari Ahad cuti umum dan tidak ramai yang berniaga dan keadaan lalu lintas agak lengang.

"Jika tidak ada di kalangan peniaga merungut mereka kerugian ribu ringgit kerana perhimpunan oleh Protes," katanya.

Menjawab kenapa tidak membuat di tempat yang diputuskan sebelum ini iaitu KLCC, Hatta berkata, sasaran perhimpunan kali ini agak besar dan di kawasan padang berkenaan amat sesuai di samping memudahkan pihak keselamatan mengawal.

Semasa ditanya apa kemucak perhimpunan tersebut, Hatta berkata mereka akan membuat satu 'pengisytiharan' bagaimanapun beliau tidak menjelaskan apa pengisytiharan itu.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang juga penyelaras Protes berkata, himpunan itu juga sebagai satu insiatif Pakatan Rakyat bahawa mereka amat serius dalam menangani masalah rakyat.

Bagaimanapun, katanya untuk menggerakkan satu juta rakyat turun sama-sama membantah kenaikan minyak adalah satu cabaran yang besar.

"Kita tunjuk kepada kerajaan kita akan menggunakan hak demokrasi untuk mengubah nasib kita sendiri," katanya.

Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mat Akin mengajak semua mahasiswa dan mahasiswi untuk sama-sama menyertai perhimpunan itu sebagai satu platform menyampaikan ketidakpuasan mereka terhadap kerajaan.

"Mereka mewakili golongan muda untuk sama-sama mengembleng tenaga bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan memanipulasi isu minyak," katanya.

Seorang lagi penyelaras Protes S. Arultcelvan pula berkata, pada 6 Julai nanti rakyat telah membuktikan kepada kerajaan bahawa mereka menyahut cabaran Perdana Menteri untuk terus mengadakan perhimpunan bantahan.

Thursday, June 19, 2008

Ceramah TG Dato Nik Aziz 14 Jun 2008...!

Sign Petition GERAMM...!

JOM pakat SIGN dan ajak kengkawan kita sign sama.....!

http://www.petitiononline.com/geramm/petition.html

Semoga usaha ini boleh membuahkan hasil...!

Surat Untuk Pak Lah 2



Surat Untuk Pak Lah

Kehadapan Pak Lah ku yang gemar beradu, di sini ingin saya maklumkan kepada pihak tuan bahawa keputusan untuk menaikkan [sekali lagi] harga petrol dan diesel di Malaysia yang di buat oleh pihak tuan semalam amatlah bodoh. Bodoh dengan tidak bijak ni berlainan tau tuan. Orang yg tidak bijak, akan pandai bila mengetahui benda yg sebenar. Tapi orang bodoh, ajarlah banyak mana pun, dia tetap bodoh jugak. Ingin saya bertanya di sini, masih ingatkah lagi bila kali terakhir tuan mengeluarkan wang sendiri, dari poket sendiri lalu diberikan kepada juruwang di mana-mana stesen minyak bagi membayar harga petrol yg di pam masuk ke dalam tangki kenderaan tuan? Malah, tuan mungkin sudah tidak dapat mengingati lagi bila kali terakhir tuan turun dari kenderaan tuan untuk berbuat demikian.

Hati mana yang tidak panas, mulut mana yang tidak menyumpah, doa mana yang tidak bertambah apabila negara masih lagi macam lahanat terumbang-ambing dengan masalah berasnya, simennya, kematian di PLKNnya dan segala bala bencana, tuan dengan muka mintak terajang tenang terus selamba membuat pengumuman bahawa harga cecair penting itu naik lagi.Dan telinga ini semakin meludah dengan kenyataan "Rakyat Malaysia masih lagi beruntung jika hendak di bandingkan dengan Thailand, Singapura blaa blaa blaa.."

Tuan, saya ini sopan budaknya. Tidak pernah kurang ajar dengan kedua orang tua. Tanyalah pada bekas-bekas cikgu saya. Hampir kesemuanya akan mengiyakan. Tapi hari ini, jikalau tuan berpeluang untuk membaca surat ini, ingin saya katakan, "Kepala Hangguk Anda!" Yg pergi bandingkan dengan negara-negara camtu apasal? Singapura contohnya, gaji tukang plaster bangunan mereka hampir 2 kali ganda gaji kakitangan kerajaan berpangkat Chief Clerk di Malaysia. Dan saya yakin, hampir kesemua rakyat mereka berbelanja di Malaysia, di mana mereka akan dapat lebih dari 2 kali ganda jumlah barang-barang tersebut berbanding jika mereka berbelanja di negara mereka sendiri [Dan kalau saya jadi mereka pun saya akan berbuat begitu].. Dan kenyataan tuan itu telah menunjukkan bahawa tuan ini adalah seorang yang amatlah 'takleh bla' sebab Singapura tu jangankan kata minyak, padi pun dia tak ada. Eh jap, tuan tahu tak yang Singapura tak ada padi? Manalah tahu kot-kot tuan tak tahu.

Tapi Malaysia ni? Bukan sahaja padi, minyak, bijih, malahan Bangla, Mat Sempit, bohsia, arbok, pelacur semuanya banyak. Hinggakan kalau kita campak seorang kanak-kanak Bosnia dan biarkan dia bersendirian selama 6 bulan, nescaya akan gemuklah budak itu [itupun kalau dia takde HIV la kan..] Setiap yang berlaku tu mesti ada sebab dan hikmahnya. Macam yg tuan kata lah masa harga beras dulu. Kita boleh jadi lagi sihat dengan mengurangkan makan nasi. Makanan ruji kita rakyat Malaysia apa ek tuan? Tempeyek kot. Pasni apa plak alasan tuan pasal minyak? Suruh rakyat jalan kaki biar jadi lagi sihat? Kalau masuk kerja pukul 8, bertolak dari rumah pukul 4?

Ya, Saya sedia maklum kami sebagai rakyat akan dapat balik pulangan tunai ke tah hape bende yang tuan janji semalam. Kire mcm rebetla kan? Itu pun dapat masa nak renew insuran, kan? Setaun skali. Kalo sminggu tuang minyak RM 50, sebulan jumlahnya RM 200, 12 bulan x RM 200 = RM 2400. Dan kami perlu spent sebanyak itu untuk rebet berjumlah... urm.. paling murah hati pun tuan akan kasi RM 200.00 la kan? Kalau dulu, masa harga petrol RM 1.92 seliter, kami tuang RM 49.92, kami dapat 26 liter seminggu. Sekarang, harga petrol RM 2.70 seliter, lepas kami rombak balik duit belanja rumah, bil air, bil api, beras, gula, blanje skolah anak dan barang-barang dapur yg lain, dapatla extrakan sminggu RM 20 ringgit lagi untuk petrol. So pasni sminggu dah jadi RM 70 tak gitu tuan? Sebulan dah RM 2800. So pasni tuang 26 liter, spent RM 70.02 sminggu. Sminggu perlu tambah RM 20.10, sebulan RM 80.40 dan 12 bulan = RM 964.80 dan ditolakkan rebet yg mungkin tuan bagi RM 200 = dalam masa setahun kami dah rugi RM 764.80.. jumlah yg banyak tu tuan.

Lagi-lagi dengan motto "Kerajaan Dah Subsidi Banyak" tuan tu. Saya ni matapelajaran sains kurang bijak tapi seingat saya, semakin besar sesuatu bekas, semakin banyaklah benda yg boleh diisinya. So sape yg banyak makan subsidi selama ni? Sebuah kereta Proton Waja pihak polis ataupun sebuah kapcai berkelajuan seekor biawak? Kalau dalam RM 1, kerajaan subsidi 30 sen, kapcai penuh tangki katekanlah RM 6, alah baru RM 1.80 saya makan duit kerajaan. Waja? Katekanlah penuh tangki RM 60, dah luak RM 18 kat situ. Pastu bawakla ronda-ronda konon nk cegah jenayah. Adik Sharlinie tu tah ape crita la tuan..

Tuan bolehla tergelak. Tuan pernah naik motor pergi kerja sebab nk jimat? Takpun sebab memang tak ada kereta? Pastu lak hujan tengah jalan, berenti teduh bawah bus stop. Sampai opis, kene maki ngan bos. Tuan, orang yg pernah kena tembak je tau sejuknya peluru. Ala.. tuan mesti cakap, dulu tak nak blajar pandai-pandai, dah besar rasalah hidup susah. Anak-anak tuan semuanya pandai-pandai kan? Tu yg bila dah besar hidup terkangkang senang je tu. Skali bini tuan shopping, tambah lagi dua kosong kat blakang tu pun tade hal. Elaun beli-belah kan ada.

Itulah masalah di Malaysia ni. Jakun. Tengok jela bebudak dia. Pegi skolah bukan nk blajar, gi shuffle blakang kelas. Kepala bana dia shuffle. Dah macam botol cencalok bersepah-sepah kakinye tu. Bebudak barat tu sebab dah abes bosan la tu diorang gi reka shapel-shapel nih. Negara diorang semua dah cukup. Tambah plak agama diorang tak tuntut pun suro cari ilmu. Yg budak pompuan lak ada tu yang tak tau lagi senggugut tu apa, dah pandai dah tekinje-kinje emo sana, clubbing sini. Apa negara lain ada, kita nak ada. KLCC tu sebenarnya tak ada pun dalam 10 tahun perancangan bandar dan wilayah Malaysia. Bukan begitu? Tapi kerana inginkan kemajuan yang "majulah-kononnye" tu, pihak tuan telah mendulukan apa yg tak patut, dan mengkemudiankan apa yg perlu. Kalau berani marilah saman lempang saya. Saya tau apa yang saya cakap. Bukan macam tuan, hanya tidur walaupun di dalam majlis penting.

Tuan, Malaysia ni negara pengguna. Bukannya negara pengeluar. Amerika tu apa yg diorang takleh buat? Tuan nk anak lagi 7 orang pun diorang boleh kasi. Tanpa tabung uji dan tanpa memerlukan khidmat Jin tuan tu. Klon sudah bole.. So tak pelikla kalau diorang tu ada bangunan tinggi-tinggi. Kita ni apa yang boleh? Kapas cikai nk balut luka tu pun nk kena import. Sebab tu Malaysia ni di panggil negara membangun, bukannya negara maju. Nak membangun macam mana tuan, kalau tuan asyik tidur tak bangun-bangun. Lagi-lagi dengan tuan punya "Malaysia Boleh" tu.. Boleh terlungkupla sama tuan.

Saya tidak ingin menjadikan politik sebagai satu isu di sini. Saya bukannya pembangkang, ahli PAS, barua PKR ataupun apa jela pihak yg tuan tidak suka. Penyokong BN pun rasanya berbakul-bakul mereka memaki tuan. Tuan, kalau tahi itu, di kacau, di hancur macam mana sekalipun, ianya tetap tahi. Saya tetap tidak akan suka. Hurm.. dalam Islam, jika seseorang makmum itu tidak suka kepada orang yang mengimamkannya, harus hukumnya bagi makmum itu membatalkan solatnya dan bersolat sendirian. Itu Imam tau tuan.. inikan pula setakat pemimpin Hadhari macam tuan yang saya nampak lebih kepada 'menghalalkan cara' tu. Yela.. kang seganla pulak Jin tuan tu tak bertudung.

Okehla tuan, dah namanye pun surat, takleh panjang-panjang. Nanti dah jadik novel la pulak. Saya taip panjang-panjang ni pun takde manenye tuan nak baca. Baik tuan tido ye tak? Kang lagi panjang saya tulis, lagi banyak dosa saya.

Rakyat Lagi...


Tuesday, June 17, 2008

Nak Berenti ka Tak Mau Ni....!?

KAMAL AMIR MENULIS

PENGUMUMAN peralihan kuasa yang diwar-warkan oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi sejak akhir-akhir ini memperlihatkan semakin terserlahnya pembohongan imam besar mazhab Islam Hadhari apabila menatap berita pengumumannya untuk meneruskan hasrat menawarkan diri bertanding jawatan Presiden parti UMNO menjelang Disember 2008 akan datang.

Bagaimana mungkin seorang pemimpin yang mahu melepaskan jawatannya membuat pengumuman untuk bertanding lagi? Di mana letaknya rasional Abdullah Ahmad Badawi mahu melepaskan teraju kepimpinan kepada pengantinya Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sedangkan diwaktu yang sama dia menyatakan hasratnya bertanding jawatan tersebut? Bertanyalah budak kecilpun mereka pasti akan tertawa terbahak-bahak melihat kelucuan sedemikian.Hairannya orang seperti Najib Tun Razak boleh percaya dengan janji seribu mungkin dari Abdullah Ahmad Badawi. Malahan lebih melucukan apabila dia tidak pula menetapkan tarikh bilakah peralihan kuasa tersebut bakal dilakukan. Dalam erti kata lain tidak mungkin terjadi serta terlaksana perjanjian tersebut memandangkan sejak akhir-akhir ini Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi semakin rancak melakukan siri kempennya keseluruh negara bagi mempertahankan jawatan Presiden parti dalam usaha menyekat kemaraan rakyat memberikan sokongan kepada mantan Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah.

Biarpun berjuta wang rakyat digunakan untuk tujuan politik, meskipun tindakan sedemikian boleh ditafsirkan sebagai politik wang serta pecah amanah terhadap wang rakyat namun atas nama mahu mempertahankan jawatan dia sanggup melakukan apa sahaja meskipun pelbagai jentera kerajaan diperkudakan sebagai tongangannya.

Apabila ketua-ketua Umno dari seluruh negara dihimpunkan setiap hujung minggu dengan menggunakan jabatan dibawah kementerian penerangan atas alasan mengadakan pertemuan secara bersemuka dengan ketua-ketua cawangan, belanja kos membawa mereka ke Kuala Lumpur termasuk tempat penginapan serta jamuan yang diadakan tentunya didatangkan dari kantung wang negara.

Masih belum sedarkah lagi oleh rakyat berhubung penyalah gunaan kuasa dilakukan oleh rejim Abdullah Ahmad Badawi dalam usaha meraih kembali pengaruhnya yang semakin pudar serta terhakisnya keyakinan rakyat terhadap kepimpinannya? Najib Tun Razak bersama-sama pimpinan tertinggi parti Umno sekadar berdiam diri untuk tidak berani membantah atau mengutarakan pandangan berhubung salah laku tersebut. Apakah mereka kurang faham mentafsir maksud disebalik pertemuan yang dianjurkan seperti sessi pertemuan hati ke hati antara akar umbi Umno dengan Perdana Menteri melibatkan wang rakyat?

Terbaru semasa berkunjung ke negeri Kelantan, ratusan ribu wang dari kantung agensi kerajaan dipergunakan untuk tujuan berjamu-jamuan dikalangan pimpinan akar umbi Umno bersama Perdana Menteri. Sedangkan diwaktu yang sama rakyat diseluruh negara terus terhimpit oleh beban untuk menyara kehidupan kesan dari kenaikkan harga minyak di pasaran tempatan.Begitulah licik dan rakusnya Abdullah Ahmad Badawi mengapai matlamat menghalalkan cara demi survival politik peribadinya. Soal rakyat mahu terus diulit seribu mimpi ngeri kesan kenaikkan harga barangan dipasaran bukan masaalah harus difikirkan olehnya. Samada rakyat terpaksa makan ubi kayu kerana meningkatnya harga beras di pasaran juga bukan persoalan harus difikirkan olehnya.

Apa yang penting bagi Abdullah Ahmad Badawi, kuasa politik mesti digapai sebanyak mungkin. Rakyat mahu terlingkup atau menderita juga bukan isu besar baginya. Biarpun hari ini bukan sahaja harga minyak dilambungkan untuk melonjak sebegitu tinggi, malahan kos pengangkutan serta harga barang makanan turut melambung tanpa mampu dikawal lagi.

Hari ini, bagi rakyat berpendapatan sederhana sekitar tiga ribu ringgit sebulan sudah hilang kelayakan untuk menjadi warga kotaraya dipersekitaran Damansara mahupun Taman Tun Dr. Ismail.(Sekadar menyebut satu dua kawasan perumahan elit di ibu kota). Setiap warga kota berpendapatan dibawah jumlah tersebut hanya layak tinggal menetap sebagai setingan atau pindah di hujung-hujung kawasan Gombak, Selayang, Pucong mahupun Kelang.Menjadi lebih gawat lagi apabila gaji bulanan kakitangan kerajaan dibayar dua kali sebulan di mana dengan tindakan sedemikian sudah pasti marhain serta kakitangan kerajaan kelas sederhana tidak lagi mampu melakukan bajet perbelanjaan keluarganya seperti kata bidalan “bagai kain tak cukup, tutup dipusat nampak lutut, tutup bahagian lutut nampak pula lubang pusat”. Segalanya serba tak kena jadinya.Disebalik kesan kenaikan harga minyak yang dilakukan secara mendadak dua minggu lalu disamping war-war dan hu ha hu ha bakal berlakunya peralihan kuasa serta kenyataan Abdullah Ahmad Badawi mahu bertanding jawatan Presiden, pemikiran rakyat begitu mudah dipesongkan untuk tidak lagi berbicara soal kedaulatan tanah air yang begitu teruk tercemar kesan penyerahan Pulau Batu Putih kepada Singapura hasil keputusan perbicaraan di mahkamah dunia The Heague.Licik sungguh Perdana Menteri bersama pemikir di tingkat empat memesongkan perhatian rakyat dari mempersoalkan terhadap gagalnya kerajaan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi mempertahankan kedaulatan bumi Malaysia dari jatuh ketangan kuasa asing.

Rakyat dialpakan serta tidak lagi dapat menumpukan perhatian mereka terhadap isu besar hilangnya daulat negara merdeka untuk kembali terjajah apabila sebahagian daripada tanah jajahannya terjatuh ketangan kuasa asing.Hanya dengan menaikkan kadar harga minyak dipasaran serta mendadaknya kos kehidupan kesan dari tindakan tersebut tiada terdengar lagi sebarang sosek-sosek gagalnya sidang wazir menyelamatkan Pulau Batu Putih untuk dikuasai oleh Singapura meskipun sejak berkurun lamanya pulau tersebut adalah menjadi sebahagian daripada tanah jajahan Malaysia.

Minggu lalu disebalik pengumuman kenaikkan harga minyak Abdullah turut mengumumkan bayaran rebet kepada pemilik kenderaan yang boleh ditebus di pejabat pos sejumlah RM 650 bagi pemilik kereta dibawah injin 2000 kuasa kuda. Seperti dimalam pengumuman kenaikan harga minyak maka berbondong-bondonglah rakyat berbaris di Pejabat Pos untuk mendapatkan rebet sejumlah RM 650 tersebut.Persoalannya kenapakah pejabat pos dijadikan agen kepada pembayaran wang tersebut sedangkan semua mengetahui ia tidak lagi merupakan enteti milik kerajaan kerana telah diswastakan dengan pemilik sahamnya dikatakan turut melibatkan ECM Libra (seperti terdapat dalam kiriman sms ditelefon bimbit saya oleh seorang penghantar mesej) di mana syarikat tersebut turut dikaitkan dengan menantu Abdullah Ahmad Badawi @ anak tanpa bin @ Si Kitol @ Khairy Jamaluddin.

Melalui kiriman sms tersebut dikatakan kerajaan telah memasukkan sejumlah RM 8 billion kepada syarikat Pos Malaysia bagi tujuan pembayaran rebet itu. Di mana pula rasionalnya Abdullah membuat tawaran atau cadangan membayar rebet kepada pemilik kereta dibawah 2000 cc.

Tidakah terfikir dihati kecilnya meskipun rakyat memperolehi wang sejumlah RM 650 sebagai pengganti kepada subsidi minyak namun kesan kenaikkan bahan api itu mengakibatkan harga barangan dipasaran tempat melonjak sebegitu tinggi hingga menjadikan nilai wang ditangan rakyat menguncup dan merudum. Begitulah liciknya pembohongan Abdullah Ahmad Badawi mempermainkan kehidupan rakyat. Fikir-fikirkanlah.....

Luahan Hati...

Kepada Pak Lah… PM kesayangan ku
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepade Pak Lah kerana menaikkan rege minyak..Selepas ini apebile rege minyak naik.. rege barang yg lain akan naik..Saya akan merubah tabiat saya dari makan ikan kembung yang dah merah mate dan pecah perut kepade ikan kering saja..
Saya sanggup berkorban untuk UMNO dan BN..Anak saye yg seramai 5 org itu boleh bekerje selepas waktu sekolah untuk membantu keluarga dan meneruskan tradisi menyokong UMNO dan BN..Saya akan merubah bilik-bilik yg ade di rumah saya untuk dijadikan tempat menternak ikan dan menanam sayur secare hidroponik..Saya terpakse tanam dalam bilik kerna saya dok kat umah flat..Rebet yg diberikan kepade saya memang melebih dari keperluan saya..Apebile saya congak.. saya hanya menggunakan 20 sen aje duit minyak moto sehari.. Ade untung 21 sen..Saya tak pakai pon kete… Sebab bile minyak naik.. Saya kene jual datsun kotak mancis saya.. Dapat gak duit..Anak-anak saya, saya akan soh eksesais setiap hari dengan berjalan kaki atau naik beskal ke sekolah sejauh 5 km..Walaupon saye berpendapatan rm 1000.. ia terlebih cukup untuk keluarga saya…
Buat permulaan untuk merubah kehidupan saya.. Saya tidak akan menggunakan gula… tak akan menggunakan tepung untuk buat jempot-jempot..Saya akan menggantikan beras ngan ubi… Setiap hari saya dan keluarga akan berpuasa (kecuali pade hari hari yg dilarang ajerk)..Saya akan buat minyak masak sendiri. Itu antara care saya merubah hidup..Ade banyak lagi careSemuanya kerna UMNO dan BN..
Dan saya ingin meminta Pak Lah supaya menaikkan lagi rege minyak yg ade..Bukan tu ajerk.. diminta menaikkan lagi rege tol kerna orang sebelah rumah saya nih org pembangkang dia selalu ikut highway, bior padan ngan muke dia..Mungkin Pak Lah boleh melawat saya dan bersedekah kepade saya sehelai kain pelikat dekat-dekat pilihanraya nanti..Insya’allah kain pelikat itu saya akan framekan dan gantung dirumah.. tapi jangan lupa.. Pak Lah tandatangan yerk..!
Jgn lupe Pak Lah.. naikkan lagi rege minyak..Jgn turun kan gaji menteri-menteri dan tuan penasihat 25%..Saya tetap akan menyokong Pak Lah..Kerana Pak Lah saya sanggup buat apa saje..ubah itu,ubah ini..
Akhir kata bior Pak Lah senang, janji kami susah.. hidup UMNO! hidup BN!..
Sekian terima kasih..
p/s : sampaikan salam saye pade KJ dan Patrik Badawi.. dan tak lupe gak tuan punya syarikat Scomi..oh lupe pulak, juga pada Ezam. Semoga murah rezeki..
Pecah kaca, pecah gelas,Sudah baca, harap balas.
Yang Benar,Peminat a.k.a Penyokong mu

Tuesday, June 10, 2008

Gaji Mereka....

Patutlah Mereka Tak Kisah Langsung Nak Naikkan Minyak….

Ini maklumat yang dipost oleh sorang forumer TKO tentang pendapatan menteri… patutlah dioragn tak kisah langsung nak naikkan minyak…

Slip Pendapatan Bulanan bagi Menteri Penuh Malaysia termasuk Ketua-Ketua Menteri:

1. Gaji Pokok RM18,000 - sulit untuk public, tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM10,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati.

3. Elaun Perumahan RM10,800.00 - tidak sulit - pendedahan harus berhati-hati Kebanyakan menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket mereka sajalah

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit tapi tidak orang semua tahu.

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM55,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak kerja.

Lain-lain kemudahan:

1. Bercuti keluar negara sekali setahun terutama selepas persidangan Dewan Negara- semua perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan termasuk tiket penerbangan,hotel, duit poket sebanyak RM50,000.00. Kalau tidak bercuti keluar negara seorang menteri boleh menuntut sebanyak RM50,000.00 tanpa resit.

2. Bil letrik percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

3. Bil Air percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

4. Bil telefon percuma ditanggung oleh kerajaan Malaysia

5. Peruntukan perkakasan dapor/perhiasan rumah dll boleh dituntut setahun sekali sebanyak RM40,000.00

6. Sebuah kereta Mercedes S320, di lengkapi dgn talipon bimbit,satu driver,minyak percuma.Kalau pakai pemandu kementerian,dapatlah duit percuma.

7. Semua pemberian derma spt kpd perkahwinan, kematian,atau pemberian kpd badan kebajikan kebajikan boleh dituntut.

8. Boleh mengadakan rumah terbuka setiap hari raya, segala perbelanjaan ditanggung oleh kerajaan. Kebiasaan Menteri menuntut sebanyak RM400,000.00

9. Setiap menteri biasanya tuntutan mereka sebanyak RM45,000.00 semua elaun perbelanjaan tidak termasuk elaun-elaun dalam slip pendapatan bulanan.

Slip Pendapatan Bulanan Bagi Timbalan Menteri:

1. Gaji Pokok RM15,000 - sulit untuk public,tidak boleh didedah kpd orang awam (OSA) akhbar ditegah mendedahkannya.Terikat dgn akta Parliment

2. Elaun Keraian RM9,500.00 - tidak sulit, pendedahan harus berhati-hati

3. Elaun Perumahan RM9,800.00 - tidak sulit- pendedahan harus berhati-hati Kebanyakan menteri ada rumah sendiri, jadi tuntutan ini masuk poket saja lah poket sendiri.

4. Elaun Wakil Rakyat RM10,650.00 - tidak sulit

5. Elaun parking RM 5,700.00

Jumlah pendapatan bulanan RM50,650.00 yg wajib terima samada sakit atau tidak hadir bertugas.

Lain-lain hal

Maklumat diatas adalah berdasarkan tangga gaji seorang menteri pada tahun 1999. Saya rasa terdapat sedikit sebanyak perubahan sehingga sekarang. Pendapatan diatas tidak termasuk dari lain-lain sumber seperti berikut:

1. Pengerusi syarikat/lembaga jabatan kerajaan
2. Pengerusi syarikat swasta yg dilantik
3. Pedapatan dari syarikat persendirian spt kontrak dll
4. Pendapatan dari kroni-kroni peribadi
5. Saham yang diberi khas oleh kerajaan sebanyak 300,000 unit setiap masa.
6. Tidak termasuk dari pendapatan luar negara
7. Lain-lain sumber

Oleh yang demikian saya merayu dan menyeru kepada tuan-tuan dan puan-puan sahabat saya yang sedang berkhidmat di Bahagian Kewangan di seluruh Kementerian di Malaysia agar membuat pendedahan masing-masing tentang perkara ini agar seluruh rakyat Malaysia mengetahui dan dapat menjadi pengajaran kepada mereka semua. Semoga pendedahan ini dapat menyedarkan semua rakyat dan ahli UMNO di seluruh Malaysia terutama sekali yang terperangkap dengan sekilo gula dan sehelai batik. Siapa tahu Slip Gaji Bulanan Perdana Menteri Malaysia !

Saya akan mendedahkannya sedikit masa lagi!!!

OFFICER INCHARGE
Bahagian Kewangan
Jabatan Perdana Menteri
Putrajaya
Wilayah Persekutuan

Monday, June 9, 2008

Berani Berubah



Salam kepada semua pembaca...

Hari ini genap setahun tragedi hitam menimpa kebanyakan kita.

Sepertimana yang telah dimaklumkan (dan telah diagak oleh kita sebelum ini), status pelaburan yang kita terlibat sejak lebih setahun lalu telah pun kita fahami bersama-sama... Inilah hakikat yang perlu di telan.

Atas kelapangan masa yang ada, insyallah sedikit-demi sedikit perubahan akan dibuat pada blog ini untuk masa depan. Saya manganggarkan beberapa bulan masa yang diperlukan untuk kembali aktif menulis dan menaakul peristiwa dan yang berlaku di sekeliling. Insyallah jika diizinkan Allah.

Saya akan meneruskan penulisan di blog ini mengikut arus perbincangan. Saya bercadang untuk lebih terbuka dalam perbincangan semoga sesama kita pembaca dapat mendapat manfaat daripada isu yang ditulis.

Ia akan menyentuh beberapa perkara tidak terhad kepada pelaburan. Ruangan forum akan dikekalkan sepertimana ia ada sekarang bagi memberi ruang yang luas kepada semua mengambil manfaat jika ada. Semua bahan yang pernah ditulis dalam blog ini juga akan dikekalkan. Tiada perubahan kandungan.

Harapan saya untuk kita yang kebanyakannya masyarakat Melayu di bumi Malaysia dan sekitarnya ini dapat berkumpul dan berhimpun berkongsi maklumat agar ikatan perkenalan yang telah dikukuhkan oleh seramai 1556 ahli forum ini dapat diteruskan dengan cara membina.

Nama blog ini juga akan di tukar, bermula 1 Julai 2008 ini blog pasai-swisscash akan ditukar nama kepada www.pasai.blogspot.com sahaja.

Bahan tertulis akan dikategorikan mengikut isu-isu, saya harap ada sambutan dan menerima respon yang baik.

Saya juga akan buka untuk urusan pengiklanan produk jika ada yang berminat secara PERCUMA. Saya cuma minta jika ada berniat untuk memberikan sedikit keuntungan tuan-tuan melalui pengiklanan yang di buat di blog ini agar dapat disalurkan ke 2 madrasah iaitu An Nahdhoh dan Ma'had Adda'wah Al-Islamiyyah milik Ustaz Subri Arshad yang tertulis di ruangan tepi kanan blog ini. Sumbangan terus ke sana melalui nombor akaun yang dinyatakan.

Hala tuju dan matlamat blog kita akan faham insyallah bermula 1 Julai 2008 ini.

Sekian, terima kasih dan salam hormat daripada saya.

Wassalam.


10 Jun 2008

Sunday, June 8, 2008

Penerangan Alternatif 8 Jun 2008.

Terkini: Klip video reaksi pemimpin alternatif selepas kenaikan harga minyak petrol RM0.78 untuk pertimbangan dan maklumat kita...!

ambik hangpa....!

PART 1:




PART 2:




PART 3:




PART 4:




PART 5:





PART 6:

Pantun Untukmu....



Kepada Pak Lah, Perdana Menteri Malaysia Boleh.......Blah

Hari nie tah hari berapa Pak Lah jadi PM kami
Memang dari dulu kami sokong sampai lani
Tapi hari nie, buka mata, senak perut anak bini......
Tengok Pak Lah habag minyak naik lagi

Memang kami tak tau pasai ekonomi
Yang tau semua Pak Lah ngan kroni
Tapi sampai bila nak jadi lagu nie
Dapat gaji habis tak berbaki

Pak Lah habag tak boleh buat apa
Nie semua ekonomi dunia
Kalau tak naik nanti dunia kata apa
Habis tu yang rakyat dok menderita, tak pa ka

Dulu Pak Lah kata nak jaga rakyat
Kunun Pak lah nak kerja sama sama dengan rakyat......
Nie dok nampak macam nak telan kederat
Dok nampak kami yang nak melarat

Pak Lah kata masalah rakyat nak ambik berat
Kunun tak mau tengok rakyat hidup melarat
Tapi kalau macam nie punya sarat
Darah rakyat pun boleh sejat

Kerajaan ada kata rakyat manja subsidi
Kunun asyik kerajaan saja dok bagi
Sapa kata kami rakyat tak pernah bagi
Tu...yang lima tahun sekali tu....sapa bagi??

Tiap kali naik harga, dok banding sini sana??
Hampa tengok, kat Thailand lagi mahai dari kita......
Apa jenis depa punya kira
Awat tak ikut pulak Brunai punya harga

Brunai tak leh kira
depa punya minyak berlambak tak terkira
Awat, minyak Malaysia tak dak harga ka?
kalau tidak, tak kan jual minyak kita beli minyak depa

Ada Petronas pun tak leh buat apa
Ada duit sikit, dah nak mengada
Pi buat segala menara pagoda kembaq dua
Nak tunjuk, kami la kaya

Petronas kata kami tak tau apa
Kerajaan yang buat kira bicara
Kami ikut apa depa kata
Royalti jadi ehsan pun kami tak leh kata apa

Kunun dok habag petronas hak rakyat semua
Pakailah minyak petronas, nanti untung dapat kat kita
Nie, nak tanya la....tiap tahun untung beribu juta
Rakyat dapat apa ????? kudis buta....

Hari nie petrol naik, tahan la lagi..
Tengok pulak apa cerita esok pagi
Habis ikan, ayam, cabai sampai ke cili
depa pun sama tumbas naik sekali

Nanti ada la menteri tolong bercakap
Sapa naik harga dia nak pi tangkap
Sampai bila la dia nie nak ubah sikap
Ingat yang dok meniaga kat market tu heran kot dia punya cakap

Pak Lah mau renung nasib kami
Kais hari nie makan untuk kemarin pagi
Anak kecik pun dok ada lagi
Boleh hidup ka kami lagu nie

Dah tak larat nak tanggung cukai
Sini cukai, sana cukai
Dari tanah sampai ke pintu punya ada cukai
Dah sampai masa kot Pak Lah kena guna akai

Jangan dok ingat rakyat macam Pak Lah
Gaji berpuluh ribu hidup tak susah
Ada anak pulak bisnes sebelah sebelah
Dapat tender pun tak payah susah susah

Kami rakyat bukan macam tu
Malah la nie pun dah ada rebus siput babi dgan batu
Sedih sungguh ohhhh negara ku
Biar tak merdeka terus pun tak la kalau lagu tu

Dah sampai masa Pak Lah ingat
Selesai masalah rakyat cepat cepat
Nanti kot rakyat naik meluat
satu undi pun Pak Lah tak dapat

Cukup la sampai di sini
Tobat dah...aku tak mengundi BN kali nie
Parti Barang Naik pulak kot jadi depa lani
Kot ada sapa nak Barang Naik lagi undi la depa lagi...


Yang Benar,
Rakyat yang semakin tak larat

*surat ni dijana oleh komputer cap kambing, tiada tanda tangan diperlukan

Thursday, June 5, 2008

RASAKAN...!

Naik Lagi...!

Aku dah jangka yang minyak ni akan naik lepaih pilihanraya, cuma berapa minggu amik masa sebelum naik ka atau lama-lama skit masa nak di ambik. Tapi pilihan Pak Lah Bodowi (Panggilan beberapa kawan kepada dia) naikkan pada 5 Jun 2008 tatkala ramai masih tak dapat menyerap banyak kenaikan sebelum ini sekaligus 78 sen memangla tak berperikemanusiaan.

Awai taun dulu banyak kes berlaku bebudak darjah satu masuk sekolah kena bayaq sampai RM140. Biasanya sebelum-sebelum tu hanya 40 hingga 50 hinggit saja. Si Hishammudin pun dengan angkuh habaq kat TV3 sapa-sapa mak bapak yang tak pueh hati boleh pi mintak balik yuran tu di sekolah, Porah...! Ada sekolah bagi balik...?

Yang anginnya tu dalam bajet 2008 Pak Lah habaq yuran sekolah dimansuhkan. Hakikatnya yang mansuh RM 4 tapi yang kena bayaq RM 140. Jumlah ni pulak tak dak price breakdown list. Satu jumlah lump sum yang di bayaq olah mak bapak tak tau untuk apa. Yang di tulih dalam resit.... "Yuran Tahun 1"... Breakdownnya...? Tak tau...! Satu pembohongan puak depa tu..!

Sebelum piliharaya plak si Najib Mongolia habaq mai kata "Petrol takkan dinaikkan lepaih pilihanraya.." Masuk paper di sana-sini..... Tak sampai 3 bulan tuuuudddiiiiiiaaaaa... pakat-pakat depa bohong kita idup-idup....! Naik melampau-lampau..!

Aku cukup meluat kalau TV dan media kerajaan dok ulang "KENAIKAN INI TIDAK DAPAT DIELAKKAN KERANA KENAIKAN HARGA MINYAK DUNIA, WALAUPUN NAIK RM0.78, MALAYSIA MASIH MURAH BERBANDING KEBANYAKAN NEGARA LAIN DI ASEAN..." Aaaattuuuiiihhhhh... ! Ni yang aku meluat sekali....! Depa tak tau ka rakyat dah pandai..? Tak boleh nak bodo-bodo macam tu...?!

Rakyat tau Malaysia ni negara pengeluar minyak...., kita eksport 250 tong sehari... harga minyak la ni USD130 hinggit se tong, berapa banyak untung tu..? Baru bulan lepaih Petronas umum keuntungan RM70 bilion..... Tapi sayangnya mat lepasan degree dalam bidang agama ni tak berapa reti nak belanja dengan cara yang paling bijaksana... Dia dapat nasihat daripada sapa ntah?.... macam dulu la jugak, dapat nasihat suruh buat pilihanraya bulan Mac, ada la mamat-mamat penasihat yang BAGI BERITA BAIK SAJA kat dia, bila bungkuih baru padan muka...! Sama la dengan kes minyak ni, ada la penasihat tu, dia ni kejanya buat statement saja.....

Mai baca tulisan Mantan Tun DR M pasai kenaikan minyak tu di SINI... Bekas TPM pulak di SINI.... Hangpa pun tau aku tak berapa berkenan nak baca tulisan Utusan Meloya dan Berita Hari-Hari tu.....! Baca la berita alternatif.... Nah amik berita alternatif dari youtube di SINI.... Nah LAGI berita alternatif siap perangkaan pasai minyak ni..... Ustaz ZAHARUDDIN pun ada ulasan yang baik di SINI.... Dulu dia ni 'kawan' kita.... la ni pun kawan jugak.... heheehhehe......

Hang pa pun dah baca dah ni... aku tau laa...

Tak berapa lama lagi, awai Julai plak TNB pulak naikkan tariff... 18%. Maknanya bagi setiap RM10 yang kita pakai, ada tambahan RM1.80 lagi... kira lah sendiri......

Ayoooo......!