Tuesday, July 1, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BACALAH..! BACALAH...! BACALAH...! "BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU YANG MENCIPTAKAN, MENCIPTAKAN MANUSIA DARIPADA SEGUMPAL DARAH, BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU YANG MAHA MENGETAHUI, YANG MENGAJARKAN MANUSIA DENGAN QALAM, MENGAJARKAN MANUSIA APA-APA YANG TIDAK DIKETAHUINYA..."
Salam kepada semua pengunjung yang dihormati... setahun telah berlalu sejak rakyat Malaysia tidak dapat masuk ke akaun SC kita dan ia merupakan titik hitam kepada majoriti pelabur di negara ini khususnya, dan seantero dunia khasnya. Saya telah membuat penilaian dengan rakan-rakan karib dan dukacita mengesahkan bahawa SC adalah permainan SCAM yang pada awalnya mungkin bertujuan dengan harapan tinggi dan baik namun akhirnya tidak dapat mengawal desakan kekayaan dunia lalu pengendalinya terjerumus seperti kebanyakan labu peram yang lain. Pengendali SC yang kita tahu ialah Albert Lee tanpa penglibatan Michael Mansfeild dan pasukan-pasukan virtual-nya. Ini adalah satu penipuan yang cukup terancang dan bijak. Saya akur penipuan jenis ini amatlah berkesan kepada rakyat di negara membangun seperti kita. Dreamkaya pula adalah pepromo produk ini dan pengetahuan mereka tentang ketulenan SC untuk dibawa dan diperkenalkan kepada kita pada masa lalu hanya Allah Yang Maha Mengetahui...
Asalamu'alaikum, sukacita saya ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca blog ni. Setelah lebih setahun menguruskan blog ini eloklah hala tuju blog ini dikemaskan dan di susun semula supaya lebih releven dengan kehendak masa kini. Apa yang telah berlaku saya anggap sebagai satu pengalaman berharga dalam meniti kehidupan ini. Apa yang saya harapkan ialah kemaafan lahir dan batin daripada ahli kumpulan dan keampunan daripada Allah SWT atau segala ketelanjuran di masa yang lalu... Semoga hala tuju blog ini lebih diredzai.... Terima kasih...
"Ya Allah, Engkaulah Tuhan, Tiada Tuhan melainkan Engkau Yang Menciptaku, dan akulah hambaMU, dan aku mengaku semua dosa-dosaku terhadapMu, aku berlindung daripadaMu daripada semua kesalahan dan dosa, aku mengaku semua anugerah nikmatMu dan aku juga mengaku semua dosa-dosaku, ampunkanlah aku, sesungguhnya tiada yang boleh mengampunkan dosa melainkan Engkau"
My blog is worth $564.54. How much is your blog worth?
No comments:
Post a Comment