Sunday, September 30, 2007
Meniti Suratan.......
Besok...!!!
Esoklah hari yang ditunggu-tunggu, 1 Oktober 2007 bersamaan 19 Ramadhan 1427H. Hari Isnin penuh suspen yang kita di MY dah tunggu sejak 6 April 2007 dan untuk harapan juai semua ACF yang kita ada dan jadikannya duit untuk pi supermarket shopping raya.
Tu satu hal, satu hal lagi ialah laman yang ditunggu-tunggu oleh semua pelaboq satu dunia nampaknya masih belum dapat melegakan kita yang dok tunggu lama ni... Ada macam-macam spekulation macam biasalah pembuktian dan kesahihan memerlukan masa.
Satu hal lagi pulak kalau semua dah ok, web dah boleh masuk, ACF dah boleh juai masih ada satu masalah lagi iaitu menjadikan matawang maya tu sebagai RM untuk kita meniaga. Dalam keadaan la ni, dengan Mr Amek Assan pun kena dengan SS, di arah bawak balik RM 35 juta kata depa ke Malaysia , kita yang mungkin buat apa-apa saja untuk jadikan matawang maya ke alam nyata pun tak terkecuali akan kena tol malah lebih teruk lagi kalau kena paw semua teruih dengan pihak berkuasa....
Nasib...nasib.....
Bagi ramai yang masih dok tanya, aku habaq kalau boleh tunggu sila la tunggu, kalau dah takleh tunggu mulakan lah hidup baru. Ada masa mai baca di sini mana tau satu hari nanti dah ok kita tak putih mata.
Aku ada dengaq jugak ada individu tertentu yang boleh buat magic kayakan kita macam kita nak, aku tak mau komen banyak pasai tu pasai aku sendiri tak penah kontek dia apatah lagi mintak tolong dia. Hangpa yang ada maklumat apa-apa bolehla sumbangkan di forum, kalau takut dengan spy, sila PM kepada aku atau moderator yang hangpa suka. Kita share. Tapi jangan tersilap langkah, jangan terkena. Hati-hati selalu.
Tapi bagi aku kalau ditanyakan tentang esok, wa pu ci tau...! Ada baguihnya kita tinggaikan sat hiruk pikuk persoalan dan perdebatan pasai hal ni sebaliknya kita tumpu 10 Ramadhan ni dengan segenap usaha untuk memperhebatkan Ramadhan yang menyinggah dalam hidup kita pada taun ni. Mana tau taun depan umoq tak cukup panjang nak jumpa Ramadhan lagi.
10 akhiaq ni jugak Nabi kata ada Lailatul Qadr. Aku amik kesempatan tulih sat malam ni dan aku jangka hingga lepaih raya mungkin tak dak lagi post kecuali ada hal penting. Insyallah keputusan dan status SC ni akan aku muktamadkan dalam post yang akan datang.
Selama 166 hari blog ni di publish kan, bilangan pengunjung blog dah lebih 50,000 orang. Terima kasih aku ucapkan. Sekurang-kurangnya, amiklah tanggungjawab bagi depa yang ada group panjangkan keujudan blog ni kepada ahli group untuk sama-sama kumpui maklumat. Suka aku nak ulangkan kita di sini bukan nak IYAKAN atau MENYOKONG SC semata-mata, tapi untuk kumpuikan maklumat untuk semua pembaca yang ikhlas cari berita terbaru. Aku tau ramai yang sempat kaya melalui SC ni namun lebih ramai bagi aku yang dok pening kepala pikiaq banyak benda nak bayaq kalau teramik loan dulu untuk masuk SC. Jadi sapa-sapa yang dah kaya tu jangan pulak lupa tanggungjawab kepada ahli group menyampaikan maklumat sehingga kita PUTUS ASA. Blog dan forum ni boleh dijadikan rujukan bagi depa yang nak.
Namun, selagi kita masih boleh tunggu dan masih ada harapan, aku nak tunggu. Hangpa kalau nak tunggu sila tunggu kalau dah tak larat boleh pi buat keja lain. Jangan pulak cari pasai bergaduh dengan orang lain sudah. Kalau SC bukak pun ok, kalau tak bukak pun kita ready, TAPI jangan kerana SC ni kita tempah dosa free berbalah malah bergaduh antara kita. Tak dak faedah....!
Selagi masih boleh, apa salahnya terus berusaha untuk kita meniti suratan hidup kita tentang SC ni, sama ada ia akan meninggaikan kesan yang baik atau dak dalam hidup kita, sama-sama kita tunggu.
Kita harapkan yang terbaik, kita sediakan diri dan hati untuk berita terburuk...!
Mai kita usahakan Ramadhan taun ni lebih dari usaha kita taun lepaih. Satu azam untuk diri sendiri jugak.
Terima kasih.....!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment