JOM KIRA RAMAI-RAMAI...!!! BERMULA 11 JUN 2007,


Wednesday, September 19, 2007

Dah Menyerah......?


Dah lebih 100 hari akaun my dibekukan. Dan ada 11 hari lagi untuk sampai ke Oktober 2007. Dan hari ni pun dah 8 hari kita berposa, semoga 8 hari ni di rasakan dah mampu mengubah perangai buruk kita sebanyak-banyaknya. Semua orang ada perangai buruk, jangan perasan baguih (aku pun laaa....).

Bila ditanya tentang perkembangan SC, jawapan yang paling popular ialah, "Mintak tunggu lagi...", memang tak ada siapa pun yang boleh dabik dada kata dia tau apa yang berlaku la ni. Apa yang diperdebatkan dalam forum hanyalah usaha-usaha depa yang masih rajin menggali maklumat dari segenap cara dan yang baiknya depa itu ialah, depa sanggup berkongsi pengetahuan depa tantang apa yang depa tau dan jumpa. Dalam keadaan macam tu punya pengorbanan, ada jugak yang pandang sinis. Hai..... manusia... manusia.....

Kalau pandai dan tak tau menghargai usaha orang lain, CARILAH SENDIRI. Kalau nak lagi power bukak blog sendiri dan bukak forum sendiri. Hangpa boleh tulih apa yang hangpa suka pasai hangpa sendiri jugak yang edit, pastu hangpa sendiri jugak yang baca...! Senang.

Kita perlukan maklumat. Itu yang utama. Tak ada power rangers atau leaders apatah lagi mentol yang berani bersuara memberikan pendapat. Apa yang depa kata ialah sama ada "tunggu," atau "SC dah abih, mulakan hidup baru...".

Kita manusia mana puaih hati dengan jawapan seumpama tu, maka ada beberapa orang yang terus berusaha, walaupun di carta kumpulan mungkin dia yang paling bawah. Ramai lagi yang masih rugi dalam SC ni kalau SC tak bukak balik, berbanding yang dah balik modai ataupun yang dah kaya gila baban.

Yang dah kaya gila baban depa ni takkan peduli lagi apa yang berlaku. Depa dah ada modai yang besaq untuk buat meniaga lain tapi macam mana pulak dengan makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang masuk last minit berpuluh ribu malah beratus ribu? Sanggup kita biaqkan depa tanpa berita...?

Ada sikit berita baik yang mai daripada web temporary SC yang SS baru sekat hari tu. Nak detail sila pi baca kat forum. Namun ada jugak yang anggap web tu pun palsu jugak, maklumatnya dikatakan palsu dan takleh percaya. Hangpa pikiaqlah sendiri.

11 hari lagi ni cukup genting. 1 Oktober 2007 tarikh yang cukup penting. Sama ada kita akan bersuka ataupun berduka, gelombangnya semakin dekat. Kalau di buka semula tanpa masalah, maka satu begita baik kepada 580,000 orang pelaboq seluruh dunia. Kalau dak, sepatutnya kita bagi sikit lagi Extension Of Time (Mengikut kenyataan akhir CFO SC) mungkin beberapa minggu lagi sebelum aku muktamadkan status SC ni dalam blog ni dan forum sana.

Insyallah, umoq panjang kalu, satu posting lagi untuk memuktamadkan penantian beratus hari kita semua.

Pemuktamadan itu akan dibuat selepas beberapa proses dijalankan. Selepas itu, hala tuju blog dan forum ini akan ditentukan. Kita ada komuniti yang besaq, bagi depa yang tak sabaq-sabaq nak promote produk hangpa mungkin boleh dipertimbangkan masa tu. Bagi yang dah putus asa se-asa-asanya, mungkin akan terus tinggaikan blog dan forum. Maka, blog dan forum akan jadi satu sejarah, sama juga macam semua makhluk yang lain, SAMPAI AJALNYA.

Blog dan forum boleh di delete hanya dengan 2 kali KLIK. Tak payah bimbang hal itu. Kalau itulah hala tuju blog dan forum ni, kita akur. Ini merupakan kenangan aku paling maneh sebagai pelaboq satu investment dan sebagai seorang blogger. Terima kasihlah kepada semua.

Sehingga sampai ke masa itu, kita akan tunggu lagi...! Masih berbaloi untuk menunggu.

Tetapi, jika keadaan jadi macam yang kita nak, persoalan nombot dua ialah, macam mana nak cayaqkan epoint tu (atau apa saja panggilannya dalam web baru yang dikatakan tu nanti) kepada matawang yang kita mau? Masih ada halangan yang cukup besaq. Kita belum boleh bergumbira lagi.......

Wallahu'alam.

24hb ni, Top Mentol kita akan ke mahkamah. Sebagai manusia kita harapkan perbicaraan berjalan dengan ADIL. Yang salah tetap salah, yang betui tetap betui. Janganlah pulak kita duk spekulate macam-macam kat brader kita sorang tu. Macam mana pun perasaan kita kat dia, dia manusia dan kita pun manusia, sama-sama kena hormat dan hargai. Selamat Berjuang diucapkan kepada beliau, kalau beliau baca blog ni (ada masa kaaa...?), kami di sini masih menghargai anda walaupun mulut cakap macam-macam, tapi hati kami pun baik jugak....

Kalau mahkamah di dunia ni terlepas pandang atau sengaja jadi tak adil, ada satu lagi mahkamah di akhirat sana kita boleh tau jugak nanti. Moga kita semua di hisab dengan hisab yang mudah oleh Allah.....

Mai la kita semua berbanyakkan taubat di bulan pengampunan ni, cukup perit kehidupan di sana bagi manusia yang dimurkai Allah. Kita takkan sanggup hadapi atau tunggu macam kita tunggu SC ni..... SC hanya ujian dunia, jauh bezanya dengan apa amaran Allah di sana. Jangan lepaskan peluang Ramadhan ni untuk membersihkan diri kita semua dari semua benda yang dimurkai Allah. Bulan Rahmat, Bulan Pengampunan, Bulan Pembebasan Dari Api Neraka. Nanti Syawal pun menjelang insyallah kalau umoq panjang, SATU PELUANG untuk kita bermaafan sesama manusia, kalau tak pasai raya nak mintak mahap tetiba nanti orang kata buang tebiat lak...!

Selamat menunggu, selagi belum habih, kita akan tetap tunggu. Jangan Menyerah...!

Sekian.

No comments: