JOM KIRA RAMAI-RAMAI...!!! BERMULA 11 JUN 2007,


Monday, September 10, 2007

Hikmah Ramadhan Al Mubarak.


Kat forum sana ada berita yang kata SC akan kembali pada 15 September ni dengan segala-galanya baru. Lagi 4 hari nak kena tunggu, sama ada tarikh tu akan berlaku seperti apa yang kita nak atau sebaliknya, tunggu sajalah.

Kalau tarikh 15 September ni pun tak jadi, ada lagi satu tarikh, iaitu 1 Oktober, lagi 20 hari. Ada countdown kat blog ni hangpa boleh pantau.

Tapi aku nak ingatkanlah, JANGAN OBSESS dan TERLALU YAKIN dengan 15 September ataupun 1 Oktober. Kalau SC dah bukak pun, masalah kedua ialah nak materialkan duit tu sejelepuk menjadi RM. RM yang boleh pi pasar malam buat beli ikan. Masih ada halangan yang besaq (Kerajaan, BNM, BANK, CUKAI, SS, dsb) untuk memagickan duit tu dari bentuk e-point kepada RM ataupun mana-mana matawang yang hangpa naklah.

Jadi yang terbaik bagi aku pada masa ini ialah, BERSEDIA MENERIMA BERITA TERBURUK... Kalau berita baik, ALHAMDULILLAH, kalau sebaliknya, kita dah TOTALLY READY.

Perkembangan SC boleh hangpa ikut melalui forum. KLIK RUANGAN FORUM di ataih sekali blog ni dan register member dulu untuk baca perkembangan SC. Sapa yang bukan member SC nak menyibuk baca sama aku tak halang, tapi jangan buat kecoh dahla...

Forum tu disediakan pun BUKAN untuk MENGIYAKAN SC dan MENYOKONG SC bulat-bulat, ia hanya tempat kumpul bahan tentang perkembangan SC sedunia dan hangpa boleh masuk baca dengan free. Member sahaja. Bila tak jadi member ramai tumpang baca dan membership cuma 300 orang lebih saja, bila WAJIB jadi member tetiba membership naik sampai 800 orang lebih..... Ooooooo.... ramai rupanya........ Takpalah.... Tak marah pun..... Aku yakin akan sampai 1000 member menjelang 1 Oktober ni... Insyaallah.

Secara tak langsung, kita dah ada medan untuk berkumpul dan berbincang. Kita pun dah sebut bahawa kita akan buka forum kepada isu lain, pelaburan lain, bisness lain satu hari nanti bila masanya sesuai. Buat masa ni, hingga kita semua putus asa, kita hanya akan bincangkan pelaburan SC sahaja.

Bila aku dok belek-belek fail softcopy aku hari ni, aku terjumpa satu transaction TT yang berlaku genap setahun lepaih yang ada dalam PC aku. Jadi, mengenangkan bisik-bisik kata 15 September ni semua akan ok balik dengan rebranding, dan 1 Oktober pun tinggai lagi 20 hari saja, aku flashback semula apa yang kita panggil satu daripada punca keyakinan kita kepada SC suatu masa dulu, iaitu Telegraf Transfer atau TT.

Ni aku bagi bukti bawak keluaq duit dari SC, dokumen ni dah di delete kan nama pemegang akaunnya. Ni bukan group aku punya, tapi kerana amount dia yang agak besaq dan baguih untuk di tunjukkan, aku pakai la. Aku dapat ni dari satu web promotion SC taun lepaih, la ni web tu dah tak dak..... Dah lari agaknya geng tu, takut RM10 juta dan 10 tahun penjara gamaknya, baguih...baguih.... Kepada pemilik sampel ni yang mungkin perasan yang benda ni dia punya, kalau hang baca aku mintak mahapla, jangan saman aku pulak.....! Jangan tau...!

Kita arahkan TT duit dari sana, semua jelas di sini hangpa bacalah...... ambik transaction yang ataih tuh...! Yang dibuat pada 9 September 2006 yang lepaih.



Lepaih buat arahan TT di akaun kita, proses seterusnya ialah tunggu duit masuk lah.....

Hanya pada 13 September 2006 (4 hari sahaja), duit dah masuk akaun dengan remark INWARD TT. Apa lagi nak dipertikaikan....? Tengok ni...... Yang dalam kotak merah tuuu....



Tak berapa lama kemudian, sampailah slip dari bank yang berkenaan berhubung transaksi kita tuh. Macam ni punya slip sapa boleh kata SCAM? Tengok dalam kotak merah tu terang-terang tulih : "Being Inward TT Received From HSBC New York, By Order Of SMF (1948)", pasai dokumen seumpama inilah ramai orang boleh percaya dan masuk SC. Termasuk aku dan makcik aku...!

Bukan apa, kalau nak bukak akaun bank guna nama syarikat, bukannya senang. Cubalah hangpa pi buat kalau nak tau. Takkan HSBC pun kena kon dengan SMF (1948)....? sebelum tu Barclay Bank pun kena kon jugak dengan SC ni.....? Maybank pun kena kon jugak....? Bank Negara pun sama.....?



Diringkaihkan cerita, kalau SC ni menipu kita, jangan sedih sangat, pasai ramai lagi yang kena macam kita, bukan takat Bank besaq macam Maybank, Barclay dan HSBC tadi, Datuk-Datuk, mintri-mintri, Tan Sri-Tan Sri, doktor, laywer, engineer, pegawai bank, polis, bomba, askar, Pegawai Tentera, peladang, peniaga internet, cikgu-cikgi, pegawai agama, ustat-ustat, imam-imam, pesara-pesara, pakar-pakar IT, pensyarah-pensyarah, leader-leader MLM, geng media cetak & elektronik, hingga sampai kepada orang yang tak dak keja pun kena kon dengan SC nih...! Bukan di Malaysia saja, SATU DUNIA, ada lebih 580,000 orang pelaboq...! Iran, Indo, Brunei, US, UK, Australia, China, HK, Taiwan, Singapore, Jepun, wuiiiihhhh..... power ni....! Satu pembohongan BESAQ sedunia terekod di abad ini.....!

Jangan sedih kena tipu la, sedih duit terbang tu kena la, patut la... Anggaplah ini salah satu saja daripada kegagalan kita sepanjang hidup ini, menjadikan kita lebih bersedia, tabah dan matang dalam menghadapi cabaran baru yang akan datang. Ujian tuuu.... ujian mai dalam macam-macam bentuk, ada di uji jadi kaya, ada di uji jadi miskin, ada di uji jadi petani ada di uji jadi pegawai. Hujung-hujung hidup ni kita kembali jugak ke tanah.

Pasti ada hikmah, kita takkan tahu hingga masa untuk kita cukup paham apa yang sedang berlaku ni.... kalau tak di dunia ni, di sana pasti kita akan tau jugak....

Hangpa penah bercinta gila baban niat nak kawin pastu tak jadi...? Sampai gila frust tertonggeng makan tak lena tidoq tak basah mandi tak kenyang....? Dan la ni 2-2 orang kawin dengan orang lain...? Pernah pikiaq pasai HIKMAH ni.... HIKMAH pasai tak jadi kawin dengan awek tadi....? Hahahahhahahhahahha..... Padan muka hangpa...!

Hikmah, hikmah dan hikmah..... Siapa lagi yang Maha Hikmah dan Maha Bijaksana Melainkan Dia....?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahu, sedangkan kamu tidak mengetahui..." Al Quran, Al Baqarah, 216.

Kita kembalilah kepadaNya, ini rezeki Ramadhan, sama ada dapat atau dak, dua-duanya rezeki kita. Mungkin kalau dapat kita boleh buat duit raya, kalau tak dapat kita boleh FOKUS untuk beribadat sepanjang Ramadhan ini.

Selamat Beribadah Di Bulan Ramadhan, Bulan Mulia yang Allah lipatgandakan pahala untuk bekalan kita di akhirat. Semoga Ramadhan kita tahun ini lebih baik daripada Ramadhan tahun-tahun yang sudah. Satu ingatan untuk diri sendiri dan pembaca semua....

Allahu Akbar...!

No comments: