JOM KIRA RAMAI-RAMAI...!!! BERMULA 11 JUN 2007,


Sunday, July 20, 2008

CERAMAH DI MELAKA ISU SEMASA

BAHAGIAN 1



BAHAGIAN 2



BAHAGIAN 3



BAHAGIAN 4

Snippets - Fitnah internet, SMS perbuatan khianat PM

Kata Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi; "Tindakan menyebarkan fitnah dan pembohongan melalui internet dan SMS untuk mewujudkan persepsi negatif rakyat terhadap Kerajaan adalah perbuatan khianat," - Berita Harian 8 Julai, 2008.

Perdana Menteri mengaskan perbuatan itu jelas melanggar prinsip Rukunegara seperti;

1) Kesetiaan kepada Raja dan Negara

2) Keluhuran Perlembagaan

3) Kedaulatan Undang-undang

4) Kesopanan dan Kesusilaan


Dimanakah disebut "Kerajaan" dalam Rukunegara? Atau apakah pada pendapat Dato Seri Abdullah Kerajaan adalah sama dengan Raja dan Negara?

Memang dalam sebuah negara demokratik, mengkritik Kerajaan menjadi satu daripada tanggungjawab parti lawan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), bahkan rakyat biasa. Jika ini dianggap fitnah dan pengkhianatan, lebih baik lagi Kerajaan isytihar pemerintahan kuku besi.

Apakah kritikan dalam internet dan SMS (sistem pesanan mesej ringkas) semuanya pembohongan?

Bohongkah Kerajaan Dato Seri Abdullah berdolak-dalik kata sesuatu hari ini, batalkan hari esok?

Bohongkah Kerajaan rugi satu billion Ringgit apabila batalkan projek jambatan, apabila jual M.V. Agusta yang dibeli dengan harga 70 juta Euro (RM300 juta) dijual dengan harga satu Euro (RM4), kenaikan harga minyak dengan mendadak, kenaikan kos untuk bina landasan kembar berelektrik keretapi daripada RM14 bilion dari Johor Baru ke Padang Besar kepada RM12 billion hanya dari Ipoh ke Padang besar, kekalahan teruk Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum 2008 dan lain-lain.

Yang membohong ialah Kerajaan dengan membuat kenyataan segala-galanya baik dalam negara, semua rakyat sokong Kerajaan, parti UMNO sebulat suara hendak Dato Seri Abdullah kekal sebagai Presiden dan lain-lain.

Jika pembohongan adalah pengkhianatan, maka yang mengkhianati Negara dan Rakyat ialah Kerajaan dengan pemimpinnya.

Jika rakyat melalui saluran yang tidak dikuasai oleh Kerajaan meminta supaya Dato Seri Abdullah berhenti daripada memimpin Kerajaan, mereka bukan buat fitnah. Sebaliknya mereka setia dan sayang Raja dan Negara dan ingin lihat negara ini tidak dibelenggu oleh Kerajaan pimpinan orang yang tidak sedikit pun setia kepada negara, hanya setia kepada diri sendiri dan keluarga.

From chedet.com

PENJUALAN AGUSTA OLEH PROTON

PENJUALAN AGUSTA OLEH PROTON

1. Saya mengaku saya cuma mempunyai pengetahuan yang sedikit mengenai perakaunan syarikat. Tetapi saya tahu bahawa perakaunan kreatif boleh membuat kerugian diperlihatkan sebagai keuntungan didalam buku-buku akaun.

2. Samada kos itu tenggelam atau tidak ia masih melibatkan kos didalam bentuk wang yang nyata (bukan nombor-nombor yang terdapat didalam buku-buku akaun).

3. Apabila pentadbiran Proton yang lalu membeli 57% saham M.V. Agusta, mereka menyedari masalah kewangan yang dihadapi oleh syarikat tersebut. Siapakah yang akan menjual sebuah syarikat yang membuat keuntungan berlipat ganda? Jika mereka mahupun, harganya sudah pasti tidak dapat kita penuhi.

4. Hutang M.V. Agusta telah dikurangkan hasil perundingan dengan bank-bank. Pembayaran akan dibuat secara berkala.

5. Kos pembelian saham sebanyak 57% adalah 76 juta Euro + 57% dari 107 juta Euro (hutang M.V. Agusta).

6. Disamping itu, M.V. Agusta mempunyai aset didalam bentuk bangunan dan stok bernilai 120 juta Euro dan 57% dari itu adalah 68 juta Euro dan ini akan menjadi kepunyaan Proton jika dijual pada ketika itu.

7. Jika diambil nilai bolehkira M.V. Agusta sahaja, Proton memiliki 144 juta Euro.

8. Inilah apa yang telah dijual oleh Proton kepada Gevi SpA dengan harga 1 Euro, walaupun hutang-hutang itu diambilkira.

9. Menimbulkan mengenai hutang 107 juta Euro (dimana bahagian Proton adalah 60 juta Euro) dan kemudiannya memperlihatkan bahawa bebanan 107 juta Euro itu boleh berubah menjadi keuntungan yang luarbiasa cuma dengan menjual M.V.Agusta dengan harga 1 Euro kelihatan sebagai satu muslihat perakaunan, digunakan untuk menipu pemegang saham minoriti.

10. Katakanlah keuntungan yang diperlihatkan oleh cara perakaunan ini adalah benar, Proton masih lagi kerugian 144 juta Euro - 107 juta Euro (seperti yang disebutkan oleh pengulas chedet.com) = 37 juta Euro (kira-kira RM 190 juta).

11. Cara mana sekalipun diputar, Proton mengalami kerugian apabila menjual dengan 1 Euro sesuatu yang dibelinya dengan harga 76 juta Euro.

12. Mengapa beli M.V.Agusta? Tanyalah BMW dan Harley-Davidson. Mereka kelihatannya percaya nilai M.V.Agusta itu lebih tinggi daripada apa yang dibayar oleh Proton.

13. Pembelian teknologi tidak sama dengan pembelian keseluruhan syarikat pengeluaran termasuk pekerjanya, keupayaan pengeluaran, keupayaan rekabentuk dan penyelidikan dan kualiti daripada pengalaman salah satu syarikat pengeluaran motorsikal yang paling moden. M.V.Agusta untuk motorsikal adalah seumpama Ferrari untuk kereta lumba dan kereta sport. Namanya (brand) sahaja pun mempunyai nilai yang amat tinggi.

14. Teknologi bukanlah sesuatu yang statik. Ianya perlu ditingkatkan sepanjang masa. Kita perlu mempunyai keupayaan menaikkan teknologi sepanjang masa. jika kita mahu terus berada didalam pasaran. Kita perlu berkembang dan belajar bagaimana mahu berkembang di masa akan datang. India membeli teknologi Morris Oxford pada tahun 1956 dan kereta itu tidak berubah mahupun ditingkatkan sehingga kini, tahun 2008. Cuma mutakhir ini India bekerjasama dengan industri Jepun untuk belajar bagaimana kereta moden dibuat.

15. Orang Itali telah gagal didalam pengurusannya. Proton mempunyai pengalaman di dalam pengurusan. Pada ketika itu Proton adalah sebuah syarikat yang amat berjaya dan mempunyai keuntungan yang banyak dengan wang tunai terkumpul sebanyak 4 billion ringgit. Ia telah membina di Tanjong Malim sebuah kilang yang paling canggih bernilai 1.8 billion ringgit yang dibina tanpa meminjam mahupun mendapat suntikan dana daripada Kerajaan. Tunai di tangan melebihi RM2bilion.

16. Pengurusan Proton agak berkeyakinan yang ia boleh memulihkan syarikat tersebut. Ia bersedia untuk menyuntik modal pusingan. Saya mempunyai keyakinan terhadap Proton dibawah Tengku Mahaleel.

17. Bagi pihak saya, saya berminat untuk membawa teknologi enjin berkuasa kecil ke Malaysia. Terdapat kemungkinan merekabentuk serta mengeluarkan kereta yang benar-benar murah, berharga sekitar RM10 ribu hingga RM15 ribu dengan menggunakan enjin motorsikal dan komposit. Kita juga mungkin dapat mengeluarkan enjin untuk generator set, outboard dan mesin potong rumput. Tetapi, pengurusan yang baru tidak ada dayafikir untuk menggunakan kepakaran M.V. Agusta, akibatnya India yang berjaya mengeluarkan kereta yang murah.

18. Hari ini Proton tidak lagi gah seperti dahulu. Ini bukan kerana ianya tidak berkeupayaan untuk bersaing dengan kereta luar yang diimport tetapi kerana pengimport kereta asing masih tidak isytihar nilai sebenar.

19. Mereka menubuhkan syarikat di United Kingdom dan tempat lain, membeli kereta-kereta dan mendaftar kereta-kereta disana dan kemudiannya mengeksport semula kereta-kereta itu sebagai kereta terpakai ke Malaysia. Sudah pasti harganya rendah dan cukai yang dibayar turut rendah.

20. Proton sepatutnya boleh bersaing jika persaingan itu adil. Tetapi keadaannya tidak sedemikian.

21. Saya diberitahu ramai jurutera-jurutera yang berpengalaman telah meninggalkan Proton.

22. Mungkin ramai rakyat Malaysia merasa bangga melihat industri otomotif negara yang masih muda ini hancur. Saya tidak tahu. Tetapi saya tidak.

Petikan http://test.chedet.com/che_det/2008/07/sale-of-agusta-by-proton.html#more

Wednesday, July 16, 2008

The Cycle Of Missing

The cycle of missing goes like this in Malaysia;


Get Vietnamese workers, dogs missing.

Get Bangladeshi workers, Malay girls missing.

Get Indonesian workers, money missing.

Get Indian workers, jewellery missing.

Get Chinese workers, husbands missing.

Call the police, the evidence goes missing,

Call the lawyers, the judge go missing,

Call the ministry of transport, the reports go missing

Change the government, funds go missing,

Say something and you may be missing.

Tuesday, July 8, 2008

Lagi Berita Himpunan

Bukan sebab ahli PR

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memohon maaf kepada semua penonton yang menghadiri perhimpunan Protes Sejuta Rakyat Malaysia di Stadium Kelana Jaya berikutan tindakan melampau salah satu ahli kumpulan Carburator Dung menunjukkan punggung semasa persembahan mereka, kelmarin.

Menurut Khalid pengurus kumpulan ‘underground’ itu telah memohon maaf di khalayak ramai semalam sebelum Penasihat Pakatan Rakyat (PR), Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan sempena perhimpunan itu.

“Dengan ini, saya memohon maaf kepada semua penonton yang hadir ekoran tindakan kumpulan ini. Mereka (Carburator Dung) juga sudah memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan seperti itu lagi,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, semalam.

“Apa yang berlaku bukan disebabkan oleh ahli-ahli parti Pakatan Rakyat, tetapi disebabkan oleh keghairahan kumpulan anak muda ini yang juga ingin memprotes kenaikan harga minyak telah menyampaikan dengan cara yang salah dan melampau,” jelasnya yang juga tidak akan mengharamkan kumpulan itu jika mereka dapat berkelakuan lebih sopan selepas ini.

Khalid menambah, perhimpunan Protes Sejuta Rakyat Malaysia semalam merupakan satu kejayaan dan PR akan terus mengadakan protes sehingga kerajaan mengambil inisiatif mengurangkan beban yang sedang ditanggung rakyat.

“Kerajaan masih tetap dengan pendirian untuk tidak mengubah keadaan, maka rakyat akan terus menerus bangkit melakukan protes sehingga kerajaan mendengar keluhan dan membantu mengurangkan beban yang sedang ditanggung. Apatah lagi dalam tempoh tiga bulan keadaan ekonomi akan bertambah teruk,” ulasnya.

Berikutan daripada kejadian kelmarin, penonton di Stadium Kelana Jaya bertindak membaling botol air ke pentas kerana membantah tindakan artis ini menunjukkan punggung ketika menyampaikan lagu terakhir bertajuk Jilat.

Malah, ada penonton yang kelihatan menyerbu ke arah penyanyi tersebut dan terpaksa ditenangkan oleh ahli Skuad AMK dan membawa ahli kumpulan seramai empat orang itu beredar di situ bagi melindungi keselamatan mereka.

Kejadian tersebut berlaku pada kira-kira 7 malam di hujung persembahan mereka.

Sebelum itu, keadaan meriah ketika kumpulan tersebut menyampaikan tiga buah lagi - sebuah lagi Inggeris dan dua buah lagi Melayu - Tak boleh dan Hantu raya di Putrajaya - yang berunsur satira politik.

Penulis Hishammuddin Rais kemudiannya memohon maaf kepada para penonton dan berkata beliau bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku.





Ni kot komen drpd DPPNS yg tersiar dlm akhbar Sinar harian



Penganjur lalai dengan tanggungjawab: Solihin

Perhimpunan Protes Turun Harga Minyak yang diadakan di Stadium Kelana Jaya tercemar akibat tindakan penonton membaling botol air ke arah pentas kerana membantah tindakan penyanyi kumpulan Carburator Dung menunjukkan punggung ke arah mereka sambil menarik seluar dalamnya.

Penonton yang marah dengan tindak tanduk penyanyi tersebut bertindak membaling botol ke arahnya. Malah, beberapa penonton turut menyerbu ke arah penyanyi tersebut tetapi terpaksa ditenangkan oleh anggota Skuad Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Skuad AMK terpaksa membawa anggota kumpulan seramai empat orang itu beredar di situ bagi melindungi keselamatan mereka.

Mengulas kejadian, itu, Solihin berkata, ada pihak seakan-akan ‘mengambil kesempatan’ menggunakan perhimpunan ini dengan membawa masuk kumpulan berkenaan.

“Mereka seolah-olah menjadikan program ini sebagai tempat berhibur, lari daripada objektif sebenar penganjurannya. Mereka perlu sedar, perhimpunan ini merupakan satu ‘signal’ dalam usaha menyampaikan mesej betapa susahnya rakyat menghadapi bebanan akibat kenaikan harga minyak,” ujarnya.

Katanya, Pemuda Pas kesal atas tindakan pihak penganjur yang dianggap ‘lalai’ dalam menjalankan tanggungjawab mereka.

“Kita tidak terpilih untuk menyertai jawatankuasa tersebut tetapi kita hadir hanya untuk memenuhi jemputan sebagai rakan dalam PR serta ingin bersama-sama rakyat membuat protes kepada kerajaan berhubung kenaikan harga petrol dan makanan.

“Tetapi kita mata sedih, peristiwa sebegini terjadi dalam program tersebut. Sebagai wakil Pas, ia tamparan hebat bagi kita kerana selama ini kita sendiri membantu serta memperjuang untuk mengatasi gejala sosial di negeri ini. Tetapi, dalam masa yang sama, kejadian ini turut mengundang risiko moral serta permasalahan sosial,” tegasnya.

Tambah beliau, sebagai kerajaan baru, Pakatan Rakyat (PR) sepatutnya menjaga imej mereka agar tidak disalahertikan oleh rakyat.

“Patutnya, dalam waktu-waktu sebegini, PR perlu teliti serta berhati-hati ketika membuat sesuatu perkara kerana rakyat akan menilai setiap perkara yang kita buat.

“Kita masih baru dan belum teruji. Oleh itu, setiap langkah yang kita ambil perlu dikaji baik dan buruknya,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkenaan agar mengenal pasti semula ‘ketirisan’ yang berlaku semasa penganjuran program tersebut.

“Kita minta pihak berkenaan menilai semula penganjuran tersebut supaya kejadian sama tidak akan berulang pada masa akan datang. Sebagai pihak penganjur, kita perlu sedar konsert sebegini mengundang gejala sosial dan pada waktu yang sama rakyat dalam keadaan kegelisahan dan tekanan akibat kenaikan harga minyak dan barangan keperluan.

“Kita tidak mahu, akibat kejadian ini, kita akan dicop sama seperti kerajaan terdahulu,” ujarnya lagi.

Protes Minyak Bertukar Jadi Protes Konsert

Protes Minyak Bertukar Jadi Protes Konsert

MALAM tadi dengan berbekalkan kamera kecil saya ke stadium Kelana Jaya, Petaling Jaya sekali lagi untuk melihat secara langsung Himpunan Sejuta Rakyat memprotes kenaikan harga minyak. Malam ada acara kemuncak pidato protes oleh ketua-ketua parti pembangkang, PKR, Pas dan DAP. Sebelah pagi saya sudah ke sana dan laporan telah pun dimasukkan ke dalam blog ini di sebelah petang.

Apakah isi dan hujah pidato oleh ketua-ketua pembangkang. DAP diwakili oleh Lim Kit Siang, manakala Pas oleh Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa. Manakala PKR diwaikili oleh penasihat umumnya Anwar Ibrahim yang juga menjadi perasmi penutup himpunan berkenaan.

Saya yakin orang ramai bersedia berpusu ke sana bukan malam tadi bukan lagi untuk menjerit memprotes kenaikan harga minya dan memberi cadangan kepada kerajaan mengatasinya, tetapi lebih ingin mendengar apakah hujah balas dan huraian terbaru oleh Anwar berhubung kes yang melingkungi dirinya kini.

Ada beberapa perkara yang orang ramai memerlukan penjelasan dan ketegasan daripada Anwar Ibrahim selain daripada mendengar cerita-cerita molok mengenai harapan untuk membentuk Malaysia Baru.

Sampai separuh jalan ada mesej masuk dalam telefon mengatakan Pas tidak menghantar wakilnya untuk berucap malam ini. Kenapa?

Sebabnya, tentulah tidak lain dan tidak bukan kerana insiden pada petangnya, di mana berlaku sesuatu yang kurang manis dalam majlis yang disertai sama Pas. Khabarnya di sebelah petang telah berlaku konsert rock oleh sebuah kumpulan yang bernama Carburator Dung. Penampilan dan persembahan kumpulan berkenaan katanya tidak menyenangkan sesetengah anak muda Pas.

Ada tarian tungging punggung dan aksi tarik seluar dalam sambil melaung perkataan, jilat... jilat. Semasa kumpulan itu beraksi di pentas, protes bukan lagi kepada kenaikan harga minyak tetapi protes bertukar kepada persembahan rocker berkenaan.

Orang ramai marah dengan aksi itu sampai berlaku baling botol dan kumpulan rock seramai empat orang itu terpaksa dilindungi dan dibawa turun dari pentas. Khabarnya ada yang jatuh terlentang!

Semasa meninjau ke stadium itu di sebelah pagi saya sudah nampak atas pentas bawah ada alat muzik. Ada orang sedang mencuba-cuba memetik gitar. Saya sudah rasakan bahawa ada nyanyian akan berlangsung. Dan melihat kepada beberapa muka yang bakal mengambil bahagian saya sudah dapat bayangkan apa yang akan berlaku kelak. Tentu persembahan mereka panas dan penuh emosi!

Ternyata apa yang diduga itu benar-benar berlaku.

Gara-gara insiden itu menyebabkan himpunan yang mula berjalan secara teratur menjadi cacat sedikit. Pasukan keselamatan Unit Amal Pas dikatakan telah menarik diri daripada memberi khidmat kawalan lalu lintas dan keselamatan pada sepanjang himpunan berkenaan.

Protes UnitAmal itu memang tepat. Tidak ada guna mereka berkawal kalau hal-hal seperti nyanyian dan tarian tunggung punggung dipersembahkan. Mereka mungkin tidak mahu bersubahat dengan kerja-kerja mungkar sedemikian. Pas berjuang menegak kebenaran dan bukan bersubahat dengan kemungkaran!

Kejadian itu mungkin mendapat perhatian para pemimpin rohani Pas, yang mana akhirnya memutuskan tidak menghantar mana-mana pemimpin untuk memberi ucapan kemuncak protes pada malam tadi. Nasarudin Mat Isa yang dijangka berucap tidak kelihatan.

Apa yang berlaku itu perlu diambil iktibar. Tidak salah kalau Pas menyokong apa-apa juga protes untuk kepentingan rakyat (bukan kepentingan individu). Itulah jihad. Tetapi kalau ianya diselit dengan kemungkaran, maksiat dan kurafat ia tidak sesuai bagi Pas.

Mungkin kepada PKR, DAP dan NGO lain tidak mendatangkan apa-apa masalah. Hal-hal yang berlaku petang semalam adalah biasa dan menghiburkan mereka! Tetapi bukan kepada Pas. Justeru lain kali Pas kena pastikan apa-apa majlis yang dianjur bersama hendaklah diselidiki dan dikenal pasti bentuk pengisiannya.

Bagi ahli yang tidak tahu erti berpolitik (matlamat menghalalkan cara) dan jujur, mereka pergi kerana Allah tentu akan terkedu dengan peristiwa itu. Sebaliknya hal-hal yang berlaku di himpunan itu semalam mungkin tidak menjadi masalah kepada ahli-ahli Pas klon yang sudah terbiasa dan pernah melewati suasana seperti itu atau yang cukup serasi dengan budaya politik hedonisme

Tindakan Unit Amal menarik diri ternyata memberi kesan kepada perjalanan himpunan itu. Paling jelas keadaan lalu lintas selepas himpunan itu selesai tidak berjalan licin seperti biasa. Berlaku sedikit kesesakan. Dan kelambatan saya postingkan catatan ini adalah sebahagian daripada halangan berkenaan.

Apa yang berlaku malam tadi, tanpa kehadiran wakil Pas menyebabkan Anwar merasai akan tindakan Pas itu. Sedikit sebanyak tentu beliau merasa ralat dengan apa yang berlaku. Beliau berucap kira-kira 40 minit sahaja. Jarang berlaku begitu apa lagi dalam crowd melebehi 30,000 di mana cukup merangsangkan Anwar untuk berucap.

Bagi mengelakkan Pas terus terjebak dalam suasana itu di masa akan datang, muktamar Pas akan datang wajar mengenal pasti siapakah juara-juara Pas klon yang galak cuba membenarkan unsur dan budaya hedonisme demikian dalam Pas!

Karburetor Dung yang 'dungu'...!

Kronologi penglibatan Pemuda mengenai Himpunan PROTES 7 Julai 2008. Dilulus terbit pada Tuesday, July 08 @ 07:47:31 MYT oleh greenboc

Oleh rusly_islam

"Mesyuarat Protes pertama – Wakil Pemuda tiada dalam mesyuarat awal PROTES yang menetapkan Pengarah Pengisian Himpunan adalah Hishamuddin Rais.-

- 19 Jun 2008 Mesyuarat ke 3 jam 1 tgh di Parlimen.
DPP Pusat pertama kali hadir dalam Jawatankuasa Pelaksana program. Sdr Kamaruzaman hadir mewakili DPPP. Mempersoalkan pengisian program yang terlalu panjang serta perubahan lokasi.

- 20 Jun 2008 (Jumaat)
Mesyuarat ke 4 jam 5 ptg di tkt 5 Bangunan PAS.
DPP Pusat tidak hadir. Justeru tiada bantahan. Hishamuddin Rais meneruskan program persembahannya. Antara yang dimasukkan ialah persembahan kumpulan-kumpulan Underground.

- 30 Jun 2008 (Isnin)
Ust Nasrudin Hassan, Timbalan Ketua DPPP di dalam blognya mempersoalkan pengisian program dalam Himpunan tersebut terutamanya kehadiran kumpulan band underground dan menimbulkan polemik di kalangan aktivis pemuda dan PAS. DPP Pusat mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Pemuda pada sebelah malam dan membincangkan isu tersebut. Mesyuarat memutuskan untuk membantah kehadiran kumpulan underground dalam program tersebut dan bersetuju untuk menarik sokongan Pemuda kepada program Himpunan tersebut sekiranya tuntutan pemuda tidak dilayan. Mesyuarat mewakilkan Sdr Kamaruzaman (Ketua DPP Wilayah Perskeutuan juga Exco DPP Pusat) bersama Khairul Faizi Ahmad Kamil (Ketua DPPN Johor yang juga Exco DPP Pusat) ke mesyuarat PROTES pada keesokannya.

- 1 Julai 2008 (Selasa (siang))
Mesyuarat ke 5 Protes di bangunan PAS. DPP Pusat menyuarakan bantahan keras terhadap penganjuran program (pengisian) yang ada unsur hiburan (konsert kumpulan underground) . Hishamuddin Rais sebagai Pengerusi Persembahan menjanjikan untuk membuang senarai nama kumpulan tersebut atas bantahan DPPP. Protes meminta DPPP berbincang lebih lanjut dengan Hishamuddin Rais untuk mendetailkan aturcara baru.

- 1 Julai 2008 (Selasa (malam))
Pertemuan DPPP yang diwakili oleh Sdr Kamaruzaman Mohamad bersama beberapa Exco DPP WP. Mesyuarat bersetuju menukar persembahan kumpulan rock kepada kumpulan nasyid dan dikir barat. Sekali lagi Hishamuddin Rais memberikan jaminan dan berjanji bahawa kumpulan underground tidak akan membuat persembahan. Sdr Kamaruzzaman menegaskan sekiranya berlaku persembahan yang tidak menepati kehendak seperti yang dipersetujui pihak Pemuda akan membatalkan penyertaan Pemuda PAS

- 4 Julai 2008 (Khamis)
DPPP berpuashati dengan penjelasan Sdr Kamaruzaman dengan aturcara himpunan yang baru dan jaminan kawalan persembahan yang baik. DPPP telah mengarahkan kehadiran seluruh pemuda termasuk petugas AMAL di seluruh negara melalui SMS dan pengumuman dalam Sistem komuniti UKJ.


- 6 Julai 2008 (Ahad)

- Dari jam 9.00 pagi – 1 tengahari.
Himpunan Protes berlangsung. Sebelah pagi program berlangsung dengan baik dan aman. Persembahan yang moderate sehingga jam 1 tengahari. Pemuda PAS dan pasukan AMAL bertugas di segenap penjuru daripada petugas keselamatan, protokol, sehingga kepada Pengerusi Majlis.

- Jam 2.30 petang.
Program sesi petang dimulakan dengan persembahan kebudayaan India (Hindraf) disusuli dengan persembahan berat rock band (kumpulan rock). Walaupun judul lagu dianggap patriotik dan bersifat satira politik, pemuda PAS keseluruhannya mula keresahan. Melihat kepada penonton yang hadir kebanyakannya dari kalangan aktivis PAS (muslimat, golongan agamawan dan lain-lain). Sdr Kamaruzaman cuba menghentikan persembahan dan mengadakan rundingan dengan Hisamudin Rais untuk menghentikan persembahan band tersebut tetapi gagal. Program terus berlangsung dengan 3 buah lagu rancak. Sdr Kamaruzaman berbincang dengan Ust Azman Syapawi Abdul Rani (Naib Ketua DPP Pusat) dan DPPP membuat keputusan untuk memboikot dan menarik diri dari menjadi petugas himpunan Protes tersebut. DPPP mengarahkan seluruh petugas AMAL dan pemuda keseluruhannya menarik diri.

- Jam 7.00 petang.
DPPP diberitakan berlaku insiden tunjuk punggung oleh kumpulan Karburator Dung.

Yang benar,
Ahmad Sabki Yusof
Setiausaha DPPP


Pakai Akai: Amat malang himpunan aman yang dianjurkan menjadi medan maksiat dan budaya dungu segelintir orang yang memang dungu...!

Akai tak terpakai...!

Monday, July 7, 2008

THE CORRIDORS OF POWER

THE CORRIDORS OF POWER

Malaysia Today

The Royal Malaysian Police (PDRM) is in the process of computerising its operations so that it is better-equipped to solve and reduce serious crimes such as Bloggers slandering the Deputy Prime Minister’s wife and whatnot. The computerisation program entails various phases as the two-page chart below shows.

Three companies have been short-listed to undertake this work -- Master Plan Consulting Sdn Bhd, System Protocol Information Sdn Bhd and D. G. Kom Sdn Bhd. But these three companies were given different phases of these contracts on condition that they all sub-contract the work to Asiasoft (M) Sdn Bhd.

Who are the people behind Asiasoft and how come they wield immense power in the police force? And what is the Israeli link? Let us examine the facts.

Master Plan Consulting Sdn Bhd (357303-V)

The company is owned by Raja Azlina Binti Raja Abdul Jalil (3 million shares) and Ahmad Firdaus Bin Abdul Halim (2 million shares). They are both Directors of the company. The company has RM26 million in assets and RM6.6 million in liabilities with a paid up capital of RM5 million.

System Protocol Information Sdn Bhd (603787-M)

The company is owned by Aswadi Anuar Bin Shamsudin (350,000 shares) and Mohd Supardi Bin Abdul Majid (150,000 shares). The Directors are Aswadi and Raziah Binti Sidek who share the same residential address and therefore could be husband and wife. The company has about RM2.3 million in assets and RM1.8 million in liabilities with a paid up capital of RM500,000.

D. G. Kom Sdn Bhd (87537-V)

The company is owned by Saki Almahdaly Holdings Sdn Bhd (6,075,000 shares), WYN Resources Sdn Bhd (1,215,000 shares), PFB & Anak-anak Holdings Sdn Bhd (405,000 shares) and Prodaya Sdn Bhd (405,000 shares). The Directors are Syed Abd Kadir Bin Ibrahim, Dato’ Mohammad Radzi Bin Salleh and Nor Azman Bin Abdul Karim. The company’s assets are RM26 million against liabilities of RM19 million with paid up capital of RM7.6 million.

Asiasoft (M) Sdn Bhd (150529-H)

The company is owned by Bees System Sdn Bhd (350,000 shares) and Asiasoft (Singapore) Pte Ltd (15,000 shares). The Directors are Toh Kian Hong (Singapore citizen), Lim Tze Kuang and Lim See Hui. The assets of the company are RM4 million against liabilities of RM1.8 million with a paid up capital of RM500,000.

Bees System Sdn Bhd (422358-V)

The company is owned by Lim See Hui (12,500 shares) and Lim Tze Kuang, Lim Mee Yoke, Lim Moi Lan, Lim Mooi Kim and Lim Mee Chin (who own RM2,500 shares each). The Directors are Lim Mooi Kim, Lim Mee Yoke, Lim See Hui, Lim Mee Chin and Seow Bee Ching @ Chee Bee Ching. The company’s assets are RM7.7 million against liabilities of RM4.8 million with a paid up capital of RM25,000.

Asiasoft (Singapore) Pte Ltd

Toh Kian Hong, the Singaporean Director of Asiasoft (M) Sdn Bhd, is also a Director of Asiasoft (S) Pte Ltd. The other Directors are Izhak David Nakar (Israeli), Ido Schechter (Israeli) and Shoshani Eliahou Moshe (Israeli with Singapore PR). The company is wholly-owned by Asiasoft Global Pte Ltd.

Asiasoft Global Pte Ltd

The Directors of the company are Toh Kian Hong (Singapore citizen), Izhak David Nakar (Israeli) and Ido Schechter (Israeli). The shareholders are Toh and Top Image System Limited (Israel).

Top Image Systems Limited

You can read about the company in the following link: http://www.topimagesystems.com/

Izhak David Nakar (Israeli passport number 10902695)

Izhak David Nakar founded Top Image Systems Limited and served as Chairman of the Board and CEO from inception until May 2001. In 2005, he was re-elected as the Chairman of the Board and in this position is responsible for TIS’s strategic M&A activity.

Mr. Nakar served in the Israel Air Force from 1970 to 1987, where he led various large-scale highly technical development projects, including leading a development team that worked in cooperation with the U.S. Air Force. He received his B.Sc. in Computer Science from Bar Ilan University in 1982, and an MBA from Tel-Aviv University in 1984. Mr. Nakar is a recipient of the “Israel Defense Award,” bestowed annually by the President of Israel, for the development of high-tech systems in the field of intelligence for the Israeli Defense Force. He also received the “Man of the Year Award” in Business and Management (‘95-’96) in recognition of his business accomplishments and contributions to the growth and development of Israeli high-tech companies.

In 1998, Mr. Nakar founded NIR4YOU Capital, a privately held investment company specializing in early stage investments in high–tech companies. NIR4YOU Capital has 14 companies on its portfolio including: ForesCout, e-mobilis, TopGuard, Matearis, Video Codes, SundaySky, Secur DI, MomSense, etc. Three of the 14 companies were sold to large enterprises, including SAP and Microsoft. In 2004 Mr. Nakar was elected as a Board member of the Israel-Japan chamber of Commerce.

(http://www.topimagesystems.com/IntPage.asp?Par=1&id=9 )

Ido Schechter (Israeli passport number 56626252)

Dr. Schechter has been with Top Image Systems Limited for 9 years and is serving as the Company's CEO since January 2002. Prior to that, Dr. Ido Schechter was the Company's Vice President of Sales and Marketing from August 1996. From January 1995 until August 1996, Mr. Schechter served as General Manager of Super Image, an affiliate of the Company; which operates a form processing service bureau.

From August 1993 to December 1994, Mr. Schechter oversaw the start-up of automatic form processing services at Israel Credit Cards, Ltd. From 1991 to 1993, Mr. Schechter was a research scientist at the Horticultural Research Institute of Ontario, Canada. Mr. Schechter is the recipient of eight Honors and Scholarships, has published or presented more than twenty-five articles and is a Captain in the Israeli Air Force. Mr. Schechter received his Ph.D. and M.Sc. in Plant Physiology from the University of Guelph in Ontario, Canada and his B.Sc. from the Hebrew University in Israel.

(http://www.topimagesystems.com/IntPage.asp?Par=1&id=9 )

Wednesday, July 2, 2008

Terkini 1 Julai 2008



Pakai la idea baru Pak Lah ooiiiii..... Tun Mahadhir pun tergelak hang dok pakai idea buruk dia...... aparaaaa...? Porraaahhhhh.....!

Tuesday, July 1, 2008

Jawatan Kosong

Pengusung Tilam Mahkamah

Kelayakan : Minima Darjah 6

Pengalaman : Pernah bekerja mengusung tilam sekurang-kurangnya 1 bulan. Sesiapa yang baru pernah mengusung tilam untuk kes pertama dulu digalakkan memohon.

Skill : Boleh mengenalpasti tompok-tompok yang dicari supaya tidak terpegang takut tercemar. Boleh mengangkat tilam yang beratnya antara 30 - 50 kg

Lain-lain kelayakan :

Sanggup bekerja lebih masa untuk mengusung tilam dari satu tempat ke satu tempat yang sulit

Boleh menyimpan rahsia

Boleh menurut perintah tanpa banyak soal

Boleh bersubahat walaupun mungkin dakwaan palsu

Boleh melakukan apa juga kerja seperti mencalit tilam, mengotorkan tilam

Boleh menjadi Pak Sanggup untuk apa-apa juga kerja berkaitan tilam

Boleh menutup mata walaupun untuk kerja-kerja memfitnah

Berminat sila hubungi Mahkamah berkenaan dan Pejabat Berkenaan. Cepat sebelum terlambat. Urgently required.

Makanlah RFC sepuasnya, Lupakan KFC








Now is Open at Sungai Petani ( Kedah )

100% halal – Syarikat Bumiputra, menggunakan ayam Organic
Restoran Radix Fried Chicken.

HPA buka restoran

HPA Industries Sdn Bhd (HPA) melangkah setapak lagi dalam visinya menyediakan produk halal dan berkualiti kepada orang ramai apabila membuka restoran pertamanya, Radix Fried Chicken (RFC), semalam.

Syarikat jualan langsung (MLM) milik Bumiputera itu antara terbesar di negara ini yang terkenal dengan jenama Kopi Radixnya, membuka cawangan pertama RFC di Lagenda Heights, bersebelahan Village Mall di Sungai Petani, Kedah.

Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata HPA mensasarkan membuka 20 cawangan RFC menjelang akhir 2009.

Menurutnya, syarikat itu menawarkan sistem francais kepada 500,000 ahlinya di Malaysia untuk membuka cawangan RFC di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.


“RFC adalah jawapan kepada pelbagai masalah yang membelenggu masyarakat kebelakangan ini, terutama ayam yang dikhuatiri disuntik vaksin haiwan seperti babi yang bukan saja haram kepada umat Islam, tetapi berbahaya kepada kesihatan manusia keseluruhannya.

“Di RFC, kami menggunakan ayam organik yang diternak sendiri HPA yang dijamin bebas daripada vaksin kerana menggunakan herba sebagai makanannya seperti daun mambu, kunyit dan Tongkat Ali.

“Pada masa sama, semua produk digunakan di dalam RFC adalah keluaran HPA yang berasaskan herba dan bebas daripada bahan kimia termasuk sos, minuman dan lain-lain,” katanya ketika majlis pelancaran RFC, semalam.

Selain ayam goreng asli dan pedas yang menggunakan ramuan herba terpilih, RFC juga menyediakan pelbagai set makanan lain termasuk burger, sosej, kentang goreng dan putar, sayur bermayonis dan ais krim.

RFC turut menyediakan minuman Kopi Radix, Cola Radix, Sarsi Radix selain jus roselle dan mangga.

Tahukah Anda Kerajaan Malaysia Menanggung berbillion ringgit subsidi kpd Singapura

Oleh Reformis Muda

Mungkin diantara kita terleka dan berhujjah berkenaan subsidi Minyak yang kononnya diberikan Kerajaan Malaysia pimpinan Umno kepada Rakyatnya,Namun ramai diantara kita mungkin terlupa bahawa kerajaan Malaysia juga menanggung pelbagai subsidi terutama subsidi air kepada rakyat Singapura. ada dikalangan pemimpin pembangkang juga gagal menyedarkan rakyat dalam isu ini.

Tidakkah kita hairan suatu ketika bila Kerajaan menghalang warga Thailand membeli minyak di sempadan Malaysia, Najib Tun Razak dengan jelas dalam sidang medianya memberikan keistimewaan kepada warga Singapura dimana di sempadan Singapura dikecualikan dari sekatan, kononya atas sebab ramai dari rakyat kita bekerja disana.namun ia hanya satu alasan. pemimpin Umno lebih rela menekan warga Thailand yang majoritinya Melayu Islam dan memberikan keistimewaan kepada majoriti Cina dari Singapura.

bila ada isu seludup tidak ada kawasan lain yang menjadi tumpuan untuk kerajaan bersandiwara, sudah tentu sempadan Thailand yang menjadi mangsa. walhal bukankah kita juga memerlukan bekalan beras berkualiti dari Thailand . Mengapa pula negara sekecil Singapura yang tidakpun memberi sebarang manafaat dan mempunyai hasil bumi sering menjadi anak emas Kerajaan Malaysia.Apakah warga Singapura tidak menyeludup? atau diberikan keistimewaan dan lesen oleh kerajaan Malaysia untuk menyeludup? apakah ratusan ribu kenderaan yang menyeberang tambak johor setiap minggu itu datang untuk melancong semata mata? apakah oleh kerana mereka berkereta mewah mereka tidak menyeludup Minyak dan bahan makan yang disubsidi ke Singapura? disini akan saya huraikan apa yang telah kerajaan Malaysia berikan subsidi kepada rakyat Singapura . mereka cukup menekan dan berkira dengan rakyat sendiri, tetapi membela rakyat Singapura.

1. Kerajaan Malaysia Memberi Subsidi Air Pada Singapura
walaupun kita tahu kerajaan malaysia terikat dengan perjanjian bodoh dengan Singapura, namun kerajaan Malaysia melanggar perjanjian dengan rakyat sendiri, bagaimana Kerajaan Malaysia melanggar perjanjian royalti Minyak terhadap rakyat Terengganu tetapi begitu taat kepada Singapura walaupun harga air yang dijual sudah tidak logik di akal namun kerajaan malaysia terus melayan baik Singapura. sebutkan mana mana negara dalam dunia ini menjual air pada kadar 3sen seribu gelen? malah kerajaan Cina sendiri menjual air kepada wilayah Hongkong tanah jajahannya juga lebih 4 dollar seribu gelen.apakah kos menyeleggara dan kerja kerja membekalkan air pada singapura percuma? apakah kos penyelenggaraan tidak meningkat seperti mana kos menggerudi minyak bak kata Sharir Samad? berapa kos yang dikeluarkan Kerajaan Malaysia kepada Singapura? tidakkah itu subsidi!! itupun kerajaan Malaysia tetap melayan baik Singapura walaupun Negara tersebut terlalu kurang ajar kerana mereka 1sen pun tidak mahu harga tersebut dinaikkan. kenapa Kerajaan malaysia tidak dahulukan hal harga air ini berbanding tuntutan pulau batu putih ke Mahkamah Antarabangsa.

sekarang anda lihat fakta tersebut berkenaan perjanjian air antara Malaysia dan Singapura. kalau diikut pada kiraan 50sen harga yang patut dijual Malaysia kepada Singapura ini bermakna Malaysia memberikan subsidi air kepada SINGAPURA lebih 7 BILLION setahun. inipun dikira jauh lebih rendah dari cas air di Selangor.

lihat perjanjian tersebut

PERJANJIAN AIR 1961 DAN 1962
1. Mengikut perjanjian ini, Malaysia perlu membekalkan air mentah kepada Singapura secara berterusan sebanyak 250 juta gelen (250,000,000) sehari pada harga jualan 3sen (RM0.03) bagi setiap 1,000 gelen.
2. Malaysia pula perlu membeli air yang telah diproses oleh Singapura dengan kadar 50sen (RM0.50) bagi setiap 1,000 gelen
3. Loji pemprosesan air ini terletak di Gunung Pulai, Skudai, Tebrau dan Kota Tinggi dalam Negeri Johor tetapi diuruskan oleh Public Utilities Board (PUB) milik Singapura
4. Perjanjian Air 1961 akan tamat hanya pada tahun 2011 dan Perjanjian Air 1962 pada tahun 2061
5. Singapura membuat untung besar dengan penjualan air Malaysia kepada kapal – kapal yang berlabuh di perlabuhan Singapura.

PERJANJIAN AIR 1990
1. Perjanjian ini menyebabkan Malaysia perlu mengorbankan hutan simpan seluas 21,600 hektar (53,374 ekar) di daerah Kluang, Kota Tinggi dan Mersing untuk dijadikan kawasan tadahan air dan empangan yang dikenali sebagai EMPANGAN LINGGIU.
2. Lokasi strategik pertahanan kerana koordinat sifar berada di lokasi tersebut
3. Perjanjian ini hanya akan tamat pada tahun 2061.
2. Kerajaan Malaysia memberikan Subsidi Minyak kepada Singapura.

tahukah anda ratusan ribu kereta singapura menyeberang ke Johor setiap minggu, mengikut statistik penggunaan Minyak dikawasam sempadan dengan Thailand hanya sekitar 10 - 12juta sebulan. manakala jualan minyak disempadan johor ianya mencecah RM 45-50juta sebulan. apakah semua minyak tersebut digunakan warga Johor? kalau diandaikan hanya separuh nilai tersebut digunakan rakyat Singapura Malaysia memberikan hampir 600juta setahun Subsidi berbanding harga pasaran Singapura iaitu RM 5per/litter.itupun dikira murah kerana nilai dollar Singapura 3 kali ganda dari matawang kita.sebenarnya cara kerajaan Malaysia mengstrukturkan semula subsidi minyak inipun gagal menyekat dari rakyat singapura menikmati subsidi. lebih baik adakan sahaja kaunter minyak khas untuk warga asing, selesai masalah.

3. Kerajaan Malaysia Memberikan Subsidi Makanan Pada Singapura.
Kerajaan Malaysia beria ia menyekat warga thailand membawa keluar minyak masak, tetapi pernahkah Kerajaan Malaysia merampas barangan dari warga Singapura yang mengeluarkan Minyak,Beras,barangan dapur dan Ikan dari sempadan Johor? jawapannya tidak kerana Malaysia tidak berhak mengusik sedikitpun rakyat Singapura. sedangkan kerajaan menekan warga Thailand yang majoritinya adalah sama bangsa dan agama dengan kita.sedangkan kita memerlukan juga beras dari Thailand.kadang kadang sedih melihat bagaimana gula dan minyak 2-3kilopun dirampas. mungkin kerana mereka tidak memakai kereta mewah seperti warga Singapura.inipun dianggarkan jualan disempadan Johor adalah sekitar 100juta.dalam keadaan pendapatan mereka 3 kali ganda dari Malaysia mereka juga diberikan hak Kerajaan Malaysia untuk menikmati subsidi makanan.

4. Kerajaan Malaysia beri Subsidi pasir, Tanah dan Pulau kepada Singapura.

Seperti mana pendedahan Tun Dr Mahathir yang terbaru, kerajaan Malaysia dibawah paklah telah menjual pasir kepada Singapura, semuanya bagi menampung pembesaran kawasan baru untuk warga singapura hidup selesa walaupun perairan dan kawasan penangkapan ikan rakyat malaysia terjejas. tidak cukup dengan pasir Kerajaan Malaysia juga mengsubsidikan tanah rizab melayu dan wilayah yang menjadi kedaulatannya kepada singapura melalui WPI atas nama pelaburan, dan tunggulah saatnya nanti nasib tanah di WPI akan senasib isu air dan pulau batu putih. semuanya adalah subsidi dengan ehsan kerajaan Malaysia . malah pulau batu putih dan Negara Singapura itupun sebenarnya adalah Subsidi yang diberikan pemimpin Umno terdahulu kepada cina berfahaman komunis iaitu Lee Kuan yew. malah sehingga kini kerajaan Malaysia masih menyambut baik kedatangan pemimpin ini sehinggakan Malaysia sanggup mengeluarkan kos membeli buah Durian yang bernilai RM 24,000 hanya kerana menyenangkan hati pemimpin Singapura. melalui menantunya beberapa kepentingan negara kini juga disubsidikan untuk syarikat pelaburan Singapura iaitu Temasek.

Jadi dalam kita menilai sikap kerajaan pada Singapura, berbanding rakyat sendiri , anda kini boleh melihat dengan jelas. mereka menekan rakyat dan menjadikan rakyat Singapura sebagai anak emas mereka. kenapa tidak mereka ungkit sahaja Subsidi air yang telah mereka berikan berpuluh tahun kepada rakyat Singapura.inilah wajah sebenar pemimpin yang menggadaikan kedaulatan Negara. inilah pemimpin UMNO.

Lawan tetap lawan

reformis muda

Berita Perhimpunan