JOM KIRA RAMAI-RAMAI...!!! BERMULA 11 JUN 2007,


Thursday, March 13, 2008

Berhenti Berharap...?

Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati,

Bulan Mac tahun ini, genap SETAHUN blog pasai-swisscash di lancarkan ke alam maya. Dalam tempoh itu juga, pelbagai bahan yang berkaitan dengan pelaburan ini telah ditulis dan dihidangkan untuk pembacaan semua yang berminat untuk membaca.

Peringkat awal blog ini hanyalah untuk menyatakan protes kepada UL-UL khususnya DKT atas penyerapan dana kita ke ACF yang menyebabkan ramai menderita, memang betul di kalangan DKT juga mengalami penderitaan tetapi adakah penderitaan mereka dan kita sama...?

Serta merta pada bulan Mac 2007 juga saya menolak untuk membuat pempromosian SC khususnya SIP25 yang makin mengarut kerana emosi saya tidak berpihak kepada mempertahankan SC semata, sebaliknya satu perbincangan dan hujahan pendapat perlu dibuat untuk memberi maklumbalas kepada leader yang mengaku leader supaya terhantuk sikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada siapa yang terpilih untuk merasa.

Saya telah menulis dalam blog apa yang sesuai pada ketika itu. Perjalanan blog amat memberangsangkan dan saya berterima kasih kepada semua pembaca dan yang memberi maklumbalas kepada saya sepanjang 'tempoh sibuk' blog yang menjadi tumpuan setiap hari.

Bilangan pembaca meningkat mendadak hingga bagi yang tidak mengenali saya sebagai moderator blog juga mencadangkan saya mendapatkan info dari blog saya sendiri!

Identiti dirahsiakan kerana bersebab, saya tidak mencari publisiti dan saya juga tidak mengambil sebarang keuntungan dari forum dan blog ini. Sementelah ada masa dan tenaga serta iringan ilham yang Allah kurniakan saya terus menyumbang tulisan moga-moga saya mampu memberi nasihat kepada yang terasa dengan tulisan itu dan saya tidak juga dipersalahkan oleh DL saya jika SC berkubur tanpa info kerana semua DL saya telah diberikan alamat blog ini untuk mendapatkan maklumat perkembangan SC dari seluruh negara malah dari serata dunia yang mana di sampaikan dan di sumbangkan oleh rakan-rakan forumer dan bloggers lain.

Terima kasih saya ucapkan kepada mereka.

Ketika pool hijau-kuning dilancarkan saya tertanya-tanya sambutan pembaca namun alhamdulillah semuanya baik dan dalam keadaan terkawal dibantu oleh rakan-rakan alam maya yang cukup mantap.

Atas sambutan sebegitu saya lancarkan forum yang lebih tersusun, dengan dibantu oleh semua moderator dan rakan-rakan yang saya tidak kenal di luar membantu perjalanan forum dari anasir pengacau yang sudah dijangkakan ada pada mana-mana forum. Terima kasih juga untuk sumbangan mereka.

Saya bukanlah seorang ahli DKT seperti yang sudah dimaklumkan. Mohon jangan kaitkan saya sebagai penampan tindakbalas pelabur yang tidak puas hati melengah-lengahkan masa dengan membaca berita baik sahaja dari forum ini.

Saya serahkan kepada tuan-tuan untuk tindakan masing-masing.

Hari ini sukacita saya lancarkan ruang forum untuk kita bincangkan tentang pelaburan dan perniagaan lain yang difikirkan sesuai dikongsikan selain SC. Saya tidak juga menjadi ahli mana-mana perniagaan yang bakal diiklankan. Harap tiada yang menguji saya dengan membuat telahan sebegitu.

Tujuannya hanyalah memberi ruang kepada komuniti kita di forum ini untuk mula menghayun langkah ke dunia baru. Agak malang keahlian seramai lebih 1500 di kalangan kita di sini jika tidak boleh bersatu dalam membangunkan ekonomi masing-masing secara ikhlas dengan rakan-rakan yang lain.

SEBARANG RISIKO ADALAH TANGGUNGAN SENDIRI. Saya hanya menyediakan ruang tetapi tuan-tuanlah yang mengisinya. Jika tak terisipun tidak menjejaskan saya kerana saya tak cari makan dengan cara ini, sekurang-kurangnya untuk masa ini.

Saya berkerja. Kembali berkerja sebenarnya. Alhamdulillah, saya bukanlah orang senang tetapi saya bahagia dengan hidup saya sekarang. Bagi yang mengetahui komitmen saya terhadap SC dulu, ramai juga yang masih mengajak melakukan bisnes lain seumpamanya tetapi EMOSI saya masih kuat dengan kegagalan RAKAN-RAKAN dan MAKCIK-MAKCIK saya dalam SC. Sekali lagi saya tegaskan saya tidak rugi dengan SC tetapi kerugian rakan-rakan dan saudara mara dari group saya amatlah terkesan di hati saya.

Sehubungan itu, saya juga buat pertama kalinya ingin meminta maaf kepada semua ahli di group saya dahulu. Terutamanya yang telah mengalami kegagalan dalam SC yang mana saya menjadi pengenal kepada mereka semua. Saya membuat pengenalan atas segala pengetahuan yang saya ada di samping pengkajian yang mendalam selama 3 bulan sebelum saya mula mengajak. Saya tidak berbohong untuk kepentingan perniagaan saya kerana cara itu mengundang LAKNAT daripada Nabi SAW, selaku pengamal perniagaan yang paling berjaya dan berkah dalam sejarah.

Kesilapan saya dalam hal ini pada masa itu amatlah saya kesali hingga sekarang.

Pada masa sekarang saya masih menetap di Pulau Pinang dan pernah ke Kota Kinabalu, Tawau, Kelantan, KL, Seremban, Melaka, Perlis, Kulim, Kuala Terengganu dan beberapa tempat lagi khususnya di utara semenanjung untuk sesi penerangan SC.

Saya juga adalah salah seorang penceramah program di Seremban awal tahun lalu yang dihadiri oleh ramai orang, rata-ratanya bukan group saya.Saya menjadi leader kecil untuk group kecil saya. Group kecil ini amat saya hargai atas sokongan mereka terhadap saya suatu masa dulu.

Kepada mereka semua, saya pohon maaf atas apa yang telah terjadi. Saya amat berharap mendapat maaf daripada tuan-tuan dan mendapat ampun daripada Allah atas kesulitan ini.Semoga segala kerugian tuan-tuan pada SC mendapat balasan yang lebih baik daripada Allah pada masa depan.

Saya tidak mengatakan SC telah berkubur dengan rasminya. Masih ada pihak yang memantau perkembangan SC di forum, terima kasih saya ucapkan kepada mereka.

Kembali atau tidak SC masih boleh dinantikan. Terpulang kepada masing-masing untuk menetapkan tarikh akhir. Saya mempunyai tarikh akhir tersendiri.

Akhir kalam, terima kasih saya ucapkan kepada tuan-tuan semua. Semoga perjalanan hidup kita diberkati Allah dunia dan akhirat.

"Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,

Ya Allah, ampunkanlah dosaku, dosa ibu bapa ku, rahmatilah mereka sepertimana mereka mengasihiku semasa kecilku. Ya Allah, ampunkan aku, atas dosa-dosa yang lepas, atas dosa-dosa yang terakhir, dosa-dosa yang aku zahirkan, dosa-dosa yang aku sembunyikan. Ya Allah, Engkau yang Maha Mengetahui keadaan diriku, Engkau Yang Qidam, Engkau Yang Akhir, tiada tuhan selain Engkau. Ya Allah, aku berlindung denganMu, dari azab kubur, dari fitnah terhadapku semasa hidupku, dan fitnah terhadapku sesudah matiku, dan fitnah Al Masih Dajjal, Wahai Yang Membalik-Balikkan Hati, kekalkan hatiku dalam ketaatan terhadapMu dan ketaatan terhadap agamaMu. Ya Tuhanku, berikanlah kami kebaikan di dunia, kebaikan di akhirat dan jauhkan kami dari azab api neraka.

Ya Allah, perkenankan doaku"

Sekian, Salam Hormat, Wassalam.

Pakai Akai

13 Mac 2008

No comments: